336,409
Kategori:
Genre:
Bab 191
Selesai saja tugasnya di Kedah, terus saja dia ambil keputusan pulang ke KL. Tak fikir apa lagi dah. Segala penat dan letih ditolak ketepi. Apa yang dia fikirkan, mahu balik rumah jumpa isteri dan anaknya. Dah terlalu rindu pada mereka. Dia siapkan segala kerja dengan penuh teliti dengan dibantu oleh Nizam. Sepatutnya esok petang baru dia balik tapi kerja siap awal, berjalan lancar dan lengkap semua. Jadi, tengahari itu juga dia balik. Memandu terus dari Kedah. Biasalah Faliq, kalau outstation mana nak lama-lama, selesai saja kerjanya terus balik KL. Pasti lebih awal dari jangkaannya. Dia manfaatkan betul waktu outstation, baginya masa itu emas. Tak perlu membazir masa. Kerja sungguh-sungguh, buat yang terbaik dan ikhlaskan. Insha Allah akan dipermudahkan.

Selepas hantar Nizam ke rumahnya, Faliq terus pecut memandu balik ke rumah. Tak sabar nak balik rumah, nak jumpa isteri dan anaknya. Itu yang bermain difikirannya. Aliaa tak tahu dia balik awal, sengaja mahu buat surprise. Jam ditangan dilihatnya, sudah menunjukkan ke angka 5.50 petang. Bermakna Aliaa sudah balik kerja dan sudah tentu ada dirumah. Tersenyum sendiri.

Masuk saja ke perkarangan rumah. Terus saja dia matikan enjin kereta. Keluar dan mengambil beg pakaian dan beg kerjanya. Tanpa berlengah terus masuk perlahan-lahan ke dalam. Pintu terbuka. Dia jalan ke ruang tamu, tiada orang. Beg pakaian dan beg kerja diletak diatas meja. Lalu, terus ke dapur. Hanya kelihatan Puan Asmah sedang mengelap meja. Senyum lagi.

"Assalammualaikum mama..!" Puan Asmah menoleh.

" Waalaikumsalam.. Dah muncul dah..!" Senyum. Faliq mencium tangan dan dahi mamanya. Rindu juga.

" Mama sihat tak ni?!"

"Sihat alhamdulilah.. Awal sampai, bukan esok ke Alang balik?" Sengaja Puan Asmah bertanya. Walhal dia dah tahu jawapan.

"Biasalah ma. Siap awal baliklah awal. Buat apa nak tunggu lama-lama. Lagipun dah ada bini, mana boleh lama-lama. Rindu dekat bini. Hehe.." Faliq gelak kecil. Puan Asmah pun gelak.

"Baguslah kalau macam tu.."

" Sunyi je rumah ma, Dhia dan Aliaa mana ma?" Tanya Faliq.

" Dhia dekat belakang tolong Sis Tuti tanam pokok bunga. Aliaa naik atas tadi.." jawab Puan Asmah.

" Okeylah ma. Alang naik dulu ye. Nak jumpa bini.." pinta Faliq.

" Iyalah.." Puan Asmah angguk. Faliq terus melangkah. Beg pakaian dan beg kerjanya diambil dan mendaki anak-anak tangga. Pintu bilik dibuka perlahan-lahan.

" Assalammualaikum sayang..!!"  Eh!! Tak ada pun si isteri. Dia meletakkan begnya tadi diatas kerusi. Kemudian, buka pintu bilik air. Pun tiada. Garu kepala dia sendiri.

"Sayang..!! Awak kat mana? Abang dah balik dah ni.." Dia menanggalkan stokin dan masukkannya ke dalam bakul pakaian kotor.

" Mana pula  bini aku ni. Ke dia yang nak buat surprise kat aku kut ni.." Faliq terus turun ke bawah.

" Mama nampak Aliaa tak? Dia tak ada dekat bilik pun." Tanya Faliq.

" Tak ada? Kat luar kut.." jawab Puan Asmah. Faliq angguk dan jalan laju ke belakang rumah. Ada Sis Tuti dan Dhia saja, sedang menyiram pokok pula. Riangnya hati Dhia, gelak tawa saja. Tapi Aliaa tiada juga.

" Papaaa...!!" Melonjak gembira Dhia apabila melihat Faliq. Terus berlari dan memeluk Faliq.

" Rindunya dekat anak papa sorang ni.." Dicium bertubi-tubi pipi gebu Dhia. Dipeluk erat melepaskan rindu.

" Dhia lagi rindu papa..!" Dipeluk papanya lagi.

" Dhia buat apa dekat sini?!"

" Dhia tanam pokok bunga. Dhia tanam sendiri tau.." jawab Dhia sambil tangan menunjukkan ke arah pasu bunga.

" Oh iyeke?! Boleh hidup ke bunga tu?!"

" Mestilah boleh. Dhia nak jaga sampai dia berbunga. Nak bagi bunga tu dekat papa dan mama.." balas Dhia semangat.

" Good anak papa ni. Okeylah, papa nak jumpa mama. Dhia ada nampak mama tak?!" Tanya Faliq.

"Mama dah masuk dalam.."

" Okey. Pergi sambung tanam bunga. Lepas tu, naik atas mandi ye.."

" Okey papa!!" Dhia kembali menyiram bunga. Faliq berjalan semula masuk ke dalam rumah. Menghampiri Puan Asmah yang sedang mengemas meja hiasan disatu sudut ruang tamu.

" Mama.. Mana Aliaa ni. Tak ada pula dia dekat luar. Dhia cakap dia dah masuk.." Berkerut risau Faliq dan duduk di sofa. Memerhati Puan Asmah mengemas.

"Aik!! Tak nampak pun dia masuk. Dekat taman tak ada ke?!"

"Tak ada..!!"

" Saya ada ni.." Aliaa dengan senyuman bersuara lembut.

" Ya Allah sayang..!! Sayang pergi mana? Abang cari dekat bilik tak ada, dekat dapur, dekat luar, belakang tak ada.." tanya Faliq bertubi-tubi. Terus berdiri. Aliaa senyum saja. Bersalaman dan mencium tangan Faliq. Satu ciuman didahi Aliaa diberi oleh Faliq.

"Ada orang hilang bini. Tak tenang hidupnya ye. Hihii.." perli Puan Asmah.

" Bukan tak tenang lagi ma. Rasa nak tercabut nyawa adalah.. " jawab Faliq. Aliaa gelak kecil. Ada-ada saja Faliq ni. Naik malu Aliaa dibuatnya.

" Sayang dari mana ni?!" Tanya lagi Faliq. Masih tak puashati.

" Saya dari toilet belakang tu.." jawab Aliaa.

" Ha dengar tu. Bini awak tu dari toilet, tak ke mana pun Alang oii. Hihii.." Puan Asmah mengusik anak lelakinya.

" Ooo ingat ke mana tadi. Lega!!" Faliq sengeh. Senyum saja Puan Asmah melihat gelagat Faliq. Bahagia dia melihat anak menantunya itu.

Tiba-tiba kepala Aliaa jadi pening dan loya teramat tekaknya. Rasa mahu muntah.

Uwekk..!! Aliaa terus menutup hidung dan mulut dengan tangan. Ada sesuatu bau yang buat dia loya tekak.

" Sayang kenapa ni?!" Tanya Faliq.

"Abang pakai minyak wangi apa ni. Busuknyaaa..!!" Kata Aliaa, rasa benci pula dengan bau itu.

" Ha?? Busuk?? Minyak wangi yang biasa abang pakailah. Sedap je bau ni.." Faliq hairan. Berkerut.

" Ishh!! Pergi jauh-jauh. Jangan dekat dengan sayang. Jangan pakai minyak wangi ni lagi. Busuklah..." Aliaa terus lari naik ke biliknya. Tak tahan dengan bau Faliq. Menggelegak rasa isi perut. Mahu terkeluar segala isi perut. Faliq hanya memerhati Aliaa dan garu kepala. Terpinga-pinga. Puan Asmah gelak.

" Mama.. Busuk sangat ke Alang ni.." Faliq menghampiri Puan Asmah. Risau juga dia kalau betul badannya berbau busuk.

"Taklah. Wangi je pun.."

"Kan..  Habis kenapa Aliaa cakap Alang busuk pula ni. Pelik ni.."

" Hahahaa.. Biasalah dalam keadaan macam tu. Kadang-kadang, apa yang asalnya dia suka, automatik jadi tak suka dan apa yang dia tak suka, automatik dia suka.." Saja Puan Asmah buat Faliq berfikir maksudnya.

" Dia suka tak suka. Aduhh ma..!! Suka tak suka apa ni ma. Pening dah Alang ni. Alang tak fahamlah.." Garu kepala lagi. Naik buntu dah dia.

" Hahahaha.. Kalau tak faham. Pergilah tanya Aliaa sendiri. Nanti Alang fahamlah tu.." Puan Asmah gelak besar. Lawak melihat gelagat Faliq.

" Okeylah ma. Alang naik dulu.." Faliq terus naik ke atas.

"Suka, tak suka, tak suka, suka?! Pening.. Pening.." merungut Faliq sendiri. Pintu bilik dibuka. Aliaa masih didalam bilik air. Pintu bilik ditutup rapat dan menuju ke katil. Tidak lama kemudian, Aliaa keluar dengan menutup hidung dan mulutnya.

"Abang.. Abang tolong jangan dekat dengan sayang. Abang ambil tuala, abang pergi mandi dulu. Selagi tak mandi jangan dekat dengan sayang..!" Aliaa memberi amaran.

"Okey.. Okey..!!" Faliq ikutkan saja permintaan Aliaa. Terus dia ambil tuala dan masuk dalam bilik air. Aliaa duduk di katil, ambil minyak angin dan sapu di hidung dan kepala. Rasa lega sikit. Aliaa bangun dan ambil beg pakaian Faliq. Zip beg dibuka. Kemudian, ditutup semula. Baunya sangat meloyakan. Aliaa tak boleh bau minyak wangi Faliq. Busukk!!

Aliaa mengambil jug air sederhana besar yang dah kosong. Memang disediakan didalam bilik memudahkan untuknya makan ubat. Puan Asmah yang suruh Faliq sediakan. Tak payah susah-susah Aliaa kena turun bawah. Setelah mengisi air suam, Aliaa naik semula ke bilik. Perlahan-lahan pintu dibuka. Faliq bernyanyi- nyanyi dan senyum.

" Abang jangan pakai minyak wangi tu. Buang je.." kata Aliaa.

"Buang?? Hey sayang.. Mahal kut minyak wangi ni. Baru je kita beli kut.." Tercengang Faliq.

" Tak kira. Abang kena buang juga minyak wangi tu. Jangan pakai walau sikit pun. Kalau abang pakai juga. Sila tidur diluar dan jangan dekat dengan sayang. Faham?!" Aliaa beri amaran. Serius. Makin pelik Faliq dengan sikap Aliaa yang tiba-tiba berubah.

" Tak kan sampai nak buang sayang. Habis abang nak pakai minyak wangi apa?!" Faliq buat muka sedih. Dahlah itu minyak wangi yang paling dia suka dan dari zaman bujang sampai dah kahwin memang itulah minyak wanginya. Tiada yang lain. Aliaa pun suka wangian tapi tiba-tiba jadi benci pula. Sungguh tidak faham.

" Tak payah pakai minyak wangi. Sayang nak bau abang yang asli. Abang..!! Tolong buang atau bawa minyak tu jauh dari sayang sekarang. Sayang tak nak bau tu. Busuk lahhh..!" Pinta Aliaa terus tutup muka dengan bantal. Faliq pandang Aliaa. Pelik.

"Okey.. Okey..!! Abang buang minyak wangi ni.." nak tak nak terpaksalah Faliq turuti permintaan Aliaa. Dia terus ambil minyak wangi di atas meja solek dan bawanya turun ke bawah. Muka sedih saja menuju ke dapur.

"Apa kena bini aku ni. Dahlah minyak wangi ni mahal, baru guna tiga kali kut. Dah pula nak kena buang. Padahal dia juga yang suka bau ni. Ni tiba-tiba pula suruh buang. Pelik betul lah. Aduhai. Hmm.. Hai lah minyak wangi, dah kenapa pula mood bini aku berubah jadi tak suka kau. Mujurlah dia tak suka kau, kalau dia tak suka aku. Naya aku.  Maafkan aku ya minyak wangi. Sayang bini punya pasal, berkorbanlah.." kata Faliq seorang diri. Baru saja mahu masukkan minyak wangi itu ke dalam tong sampah kecil di dapur. Puan Asmah yang memerhatikannya dari tadi menegurnya. Faliq tak sedar pun yang mamanya curi dengar rungutan dia.

" Hehe.. Sedihnya mama dengar. Tak payah buang minyak wangi tu. Simpan je tapi jangan sampai Aliaa tahu. Buat masa ni tak payah pakai wangi-wangi bagai. Ikut jelah apa Aliaa nak. Nanti dah habis 9 bulan 10hari boleh pakai balik.." kata Puan Asmah menghampiri Faliq. Faliq berkerut.

" 9 bulan 10hari??" Faliq cuba memikir sesuatu.

" Iya Alang..!! Aliaa tak cakap apa-apa lagi ke?!"

"Tak ada pun. Dia cuma suruh buang minyak wangi ni. Kalau Alang pakai juga, dia suruh tidur luar dan jangan dekat dengan dia. Tu je.." jelas Faliq.

" Hahahahaha.." Puan Asmah gelak kuat. Faliq garu kepala. Lawak pula Puan Asmah dengar. Sengaja dia buat Faliq tertanya-tanya dan biarlah Aliaa sendiri yang beritahu berita gembira.

" Bagi minyak wangi tu kat mama. Biar mama simpankan. Tapi kalau Aliaa tanya, cakap je Alang dah buang tau.." Faliq memberikan minyak wangi pada Puan Asmah.

" Iyalah.. Tapi kenapa dengan Aliaa ma. Pelik je.." tanya Faliq.

" Tak ada yang pelik pun. Nanti dia beritahu Alang lah tu. Dah pergi naik sana..!"

" Okeylah..!" Faliq terus berjalan perlahan, menaiki satu persatu anak-anak tangga. Kemudian berhenti.

" 9 bulan 10 hari.. 9 bulan 10 hari..!! Eh!! 9 bulan 10 hari tu bukan ke tempoh ibu mengan... Haa??!! Bini aku mengandung?? Ya Allah.. Biar betul..." Tinggg!! Tekanya sendiri. Senyum lebar ke telinga. Terus berlari masuk ke dalam biliknya.

" Sayang.. Sayang.. Sayangg..!!!" Menjerit panggil Aliaa. Tutup pintu rapat dan menghampiri Aliaa yang sedang sikat rambut. Aliaa terus tutup hidung dengan tapak tangannya.

" Eh.. Eh..!! Jangan dekat. Jangan dekat. Abang ada pakai minyak wangi tak?!" Aliaa menghalang  Faliq dari mendekatinya.

"Tak pakai dah.!!"

" Abang dah buang minyak wangi tu?" Tanya Aliaa lagi. Faliq gelak.

" Iya sayang.. Abang dah buang dah.." jawab Faliq.

"Betul?? Abang tak tipu sayang?!" Tanya Aliaa lagi. Alamak!! Macam tahu pula dia ni, kata hati Faliq.

" Iya betul. Kalau tak percaya, sayang boleh tanya mama. Saksi utama.." Terrpaksa bohong. Bohong sunat. Hahahaa.

"Hmm.. Okey!!" Aliaa senyum pada Faliq. Suami isteri berpandangan mata. Dua-dua senyum. Merenung wajah masing-masing. Gelak bersama.

" Abang sorry sangat. Sayang terpaksa, sayang tak boleh bau minyak tu. Orang baru ni, dia tak nak bau minyak wangi busuk tu. Dia nak bau badan asli papa dia.." kata Aliaa lembut. Senyum bahagia.

" Hahahahaa.. Jadi, inilah dia berita yang buat abang double triple happy tu ye?!" Gelak Faliq. Bahagia.

" Iya abang sayang..!!" Jawab Aliaa.

" Dan, inilah sebabnya yang mama cakap. Suka, tiba-tiba jadi tak suka dan tak suka, tiba-tiba jadi suka tu ye?!"

"Hahaha.. Iya abang sayang..!!" Aliaa pula gelak. Diikuti Faliq.


" Ya Allah..!! Macam tak percaya je ni. Hmm.. Bakal orang baru tu dah berapa bulan?!" Tanya lagi.

" Alhamdulilah dah enam minggu.." Faliq menyapu muka dengan tapak tangan. Dia sangat terharu dan terlalu happy.

" Alhamdulilah, syukur. Ya Allah.. !! Sayang.. Abang macam mimpi je ni. Terima kasih sayang..  Terima kasih..!!" Menitis airmata kegembiraan. Aliaa senyum saja. Dia sendiri pun menitis airmata melihat reaksi bahagia suaminya.

" Iya abang.. !! Sayang mengandung anak kedua kita. Allah bagi rezeki pada kita awal.."Aliaa meyakinkan Faliq.

" Iya sayang.. Alhamdulilah. Hmm.. Boleh abang dekat dengan sayang tak? Abang tak pakai minyak wangi atau minyak busuk pun tak pakai tau. Memang asli bau abang ni.." kata Faliq.

" Hahahahaa.." gelak besar Aliaa. Faliq terus memeluk erat Aliaa. Dicium dahinya. Sangat bahagia. Berkali-kali mengucapkan terima kasih pada si isteri. Bersyukur tidak terhingga pada Allah swt.

" Sayang ada nak mengidam apa-apa tak?" Faliq melepaskan pelukkan.

"Hahahaa.. Tak ada pun.." jawab Aliaa. Gelak lagi.

" Okey.. Kalau mengidam apa-apa, cakap tau. Insha Allah abang akan carikan juga sampai dapat. Tapi jangan yang susah-susah cari dahlah ye.."kata Faliq.

" Aikk!! Boleh pula macam tu ye. Hmm.. Sayang tak janji tau. Orang baru ni yang nak, bukan sayang.."

"Hahaha.. Tak apa. Nanti abang slow talk dengan orang baru ni. Anak papa kan baik..!" Faliq menyentuh perut Aliaa. Aliaa dipeluk lagi.

"Dhia dah tahu tak berita ni?!"

"Belum lagi. Nanti abang bagitahu Dhia ye.." pintaku.

"Alright..!! Mesti Dhia happy nak dapat adik.."

"Abang..!! Baju-baju abang dalam beg tu. Sayang nak keluarkan tadi tapi baju tu bau min..." Belum sempat Aliaa habiskan cakap. Faliq terus potong.

"Eh.. Tak apa sayang. Biar abang keluarkan nanti. Jom turun bawa, tak sabar nak share good news ni dengan mama.."

"Mama dah tahu. Sayang tak info apa-apa pun tapi iyalah orang tuakan dia lebih tahu.." kata Aliaa.

"Oye..! Biasalah. Mama berpengalaman empat orang dah. Tiga perempuan sorang lelaki. Yang lelaki ni juga yang paling hensem, paling bijak.." mereka berdua berjalan beriringan bersama keluar dari bilik.

" Start dah dia.."

Bergurau senda, gelak tawa. Seronok mereka. Memang double triple happy si Faliq dengan berita itu. Rasa seperti mahu dapat anak pertama saja gembiranya. Sangat bahagia. Bukan mereka saja gembira, seluruh keluarga pasti akan gembira sama. Tak sabar Faliq mahu info Adil akan berita ini. Orang pertama yang Faliq sendiri mahu info. Di ruang tamu, terus dia menghubungi Adil. Aliaa hanya memerhati gelagat si suami yang sangat gembira itu. Senyum tak putus dari wajahnya. Ceria dan berseri wajah mereka berdua. Bahagia milik mereka.

Previous: Bab 190
Next: Bab 192

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.