336,502
Kategori:
Genre:
Bab 173
Aku memandu meninggalkan perkarangan hospital. Pagi tadi sebelum pergi kerja, abang yang ingatkan appointment aku dengan doktor. Nak harapkan aku yang ingat, memang taklah. Kesihatan aku masa accident tu, alhamdulilah sepenuhnya okey dan ini last appointment dengan doktor tapi bab anemia masih lagi. Tahap hemaglobin pun bawah 10, biasalah tu kut. Rasanya aku jaga kesihatan sebaik mungkin tapi hmm tak apalah. Redha je. Okeylah malas nak fikir.

Aku nak singgah mall kejab. Nak beli barang sikit. Lama dah tak pergi jalan sorang-sorang. Lepas kejadian accident tu, kalau nak kemana-mana mesti dengan abang atau Faliq. Kalau pergi sorang pun, asyik di call je. Bosan sampai dah macam pesalah je. Dan aku harap tak adalah gangguan lagi dari Tasya atau Mr.K tu. Pagi tadi pun, Mr.K dah tak hantar barang dan bunga. Aku tunggu juga, tapi tak ada. So, aku fikir, dah tamatlah semua perkara ni. Lega!! Mungkin dia redha je kut sebab aku pulangkan semua barang yang dia bagi. Kan membazir namanya tu. Banyak duit, apalah sangat.

Sampai di mall, aku memandu perlahan mencari parking. Pusing punya pusing. Okey cun, ada satu parking kosong tapi jauh sikit dari pintu. Tak kisahlah, jalanlah sikit. Sebelum keluar kereta, aku tengok muka dekat cermin dulu. Kut-kut ada yang pelik ke dekat muka ni. Bila dah puashati. Aku ambil handbag dan terus keluar. Pintu ku lock dan memulakan langkah.

Sunyi sepi, tak ada orang. Waktu kerja memanglah, cuba waktu hujung minggu kalau tak sesak nafas dengan pengunjung. Kadang nak cari parking pun berjam-jam. Huh! Sungguh membosankan. Aku melangkah masuk ke pintu mall. Sejuknya..!! Jalan punya jalan, aku singgah kedai kasut. Kut-kut lah ada yang berkenan, kasut aku dah hampir rosak juga ni. Ni semua disebabkan Epul lah. Habis tumit kasut aku, selamat tak patah, punyalah sepenuh hati aku pijak kakinya kelmarin. Hmm.. Tak ada yang berkenan. Aku senyum pada staff kedai tu dan terus keluar.

Entah macam mana, tergerak hati aku untuk menoleh ke belakang. Rasa semacamlah pula. Seperti ada orang ikut je. Bila aku toleh, tak ada orang pula. Ah! Perasaan aku je ni. Abaikan..!!

Aku masuk lagi ke kedai kasut yang lain. Ada satu kasut ni aku berkenan, aku cuba pakai dan gayakan sikit depan cermin. Mataku terpaku pada seorang lelaki bertshirt pendek maroon di balik dinding mengintai aku. Aku perasan dari pandangan cermin ini. Tapi muka tak jelas. Aku pandang setiap sudut kedai, kut-kut dia tunggu orang rumah dia atau girlfriend dia ke. Tapi tak ada orang yang ada seorang amoi cina ni ha yang sedang pilih kasut juga. Eh!! Siapa pula tu? Ishh!! Jangan fikir bukan-bukan Aliaa. Orang tu tengah tunggu orang rumah tu kut. Hatiku berbisik.

Okey!! Aku berkenan kasut ni. Selesa dan terus bayar di kaunter. Dapat satu dah. Niat datang cuma nak cari barang keperluan sendiri tapi lain pula yang disambarnya. Biasalah perempuan. Sambil jalan mata berkenan, ambil je. Aku pun bukan selalu nak jalan macam ni. Jarang sangat. Tapi tulah kalau dah jalan, agak berkenan je terus ambil. Kalau tak cukup duit minta abang. Hehe.. Bukan tak ada duit tapi sengaja nak pau abang.

Aku jalan pula di hadapan Sembonia Shop. Pandang sekilas je dalam kedai tu. Tiba-tiba langkah ku berhentikan. Cantiknya..!! Aku terus masuk dan disambut oleh staff. Dan belek-belek handbag kulit berwarna coklat gelap. Simple dan sangat menarik. Dah berkenan dah ni. Tengok harga kejab. Terbeliak juga mata tengok harga ni.

"Tak ada potongan harga ke dik?" Aku bertanya.

" Yang ini ada potongan 20% harga ni kak.." jawab staff itu dengan senyuman. Aku balas senyuman. Macam nak je ni.

" Nak ni lah.." kataku pada staff. Aku keluarkan wallet, tengok duit.

" Alamak..!! Dik.. Dik..!! Kejab.. Letak dululah dik. Duit akak tak cukup pula ni. Dah beli kasut tadi. Sorry dik.. Akak nak cari Atm kejab ya.. Nanti akak datang lagi. Tolong simpankan ye.. Jangan jual tau..!!" Kataku berseloroh. Aku tunjuk wallet dekat staff tu. Dia gelak tengok gelagat aku. Duit tak cukup pula dekat tangan. Dah buat beli kasut tadi. Nak kena pergi Atm dulu ni. Aku memang tak bawa duit banyak. 


Lagi pula memang tak ada niat pun nak beli kasut. Sebelum aku keluar dari kedai tu, aku sempat jeling di cermin. Lelaki itu lagilah. Sah ni dia memang ikut aku kut. Okey tak apa. Untuk kepastian, aku terus jalan tapi tak terus ke Atm. Aku saja turun naik esklator, nak tengok lelaki tu betul ikut aku atau pun tak. Iyalah, dia ikut aku. Tapi aku tak cam mukanya. Nak tangkap gambar dia pun, payah sebab dia ikut aku bukan aku ikut dia. Aku masuk kedai pakaian, dia pun ikut. Aku masuk kedai pakaian dalam wanita, tak pula dia ikut. Hahaha..!! Tapi macam pernah nampak. Siapa ek? Aku jadi takut pula nak pergi Atm. Kut-kut dia nak ragut aku ke. Aku lalu depan Restoran Pizza Hut. Ni kalau dapat makan spagetti ni mesti sedap. Tapi lelaki ni pula menyibuk. Aku menoleh ke belakang dia terus menyorok di balik  tiang. Hmm.. Suka kaulah lelaki.

Aku masuk pula ke Gurdian. Nak beli barang peribadi. Sambil-sambil pilih barang, aku curi-curi pandang lelaki itu. Eh!! Dia menghampiri akulah. Dup.. dap.. dup..dap..!! Jantungku berdegup laju. Aku standby kotak kasut aku ni. Memang kena ketuk dengan kotak ni nanti. Okey!! Dia berhenti pula. Aku tak jadi beli dan terus keluar. Jalan ke depan lagi. Aku singgah pula ke kedai pakaian kanak-kanak, tersusun kemas dress kanak-kanak di kaki lima kedai tersebut.  Alahai cantiknya. Nak belikan sepasang untuk Dhia. Sedang aku memilih dress.

Tut...tuttt... Handphone berbunyi. Alamak.. Cepat-cepat aku keluarkan handphone dalam handbag.

" Awak dekat mana? Dah pergi jumpa doktor? Apa dia cakap?" Aku senyum.

" Dah jumpa dah. Alhamdulilah semuanya baik-baik je. Cuma macam biasalah anemia. Tapi okey, jangan risau ye.." jawabku perlahan. Jalan dan duduk dikerusi menunggu di kaki lima.

" Syukur alhamdulilah. Awak dekat mana ni?"

"Saya dekat mall, beli barang kejab.. " jawabku.

" Awak sorang je ke?!"

" Sorang jelah. Kan dari hospital..!"

" Bukan dengan abang ke?"

" Taklah.. Abang busy hari ni. Taknak susahkan dia.."

" Kenapa tak cakap, kalau tak saya boleh..."

" Tak apalah. Saya okey je kut.."

" Awak cakap memang tak apa tapi masalahnya, kalau Tasya tu buat sesuatu dekat awak lagi macam mana?!" Nada kerisauan pula dia. Aduhai..

" Insha Allah.. Tak adalah. Awak dekat mana ni!?" Aku menukar tajuk perbualan. Sambil mata meliar kanan kiri. Semakin rasa tak sedap hati pula ni. Lelaki tu ada dekat hujung sana.

" Saya balik dari tapak ni. Nak pergi makan dulu, lapar sangat dah ni.."

" Aik!! Kenapa tak makan lagi? Dah jam berapa dah ni.." aku tengok jam ditangan. Dah jam 4.20petang dah.

" Tak sempat lagi nak makan.."

" Alaaa kasihannya..!! Okeylah awak pergilah makan. Saya nak cari baju untuk puteri dekat rumah tu. Bye..!!" Aku terus matikan talian. Masukkan handphone dalam handbag. Sebelum bangun aku menoleh pada lelaki itu. Biarlah dia. Aku kembali ke kedai baju kanak-kanak tadi. Pilih dan pilih. Berkenan sepasang dan terus bayar. Selesai bayar aku jalan perlahan, nak pergi Atm pula. Lelaki itu masih ikutlah. Siapa dia ni ye. Dari tadi ikut aku. Dia budak Tasya juga ke? Teka aku.

Aku abaikan. Nasiblah. Aku nak keluarkan duit nak beli handbag tadi. Kalau tak beli nanti sampai mimpi-mimpi pula. Mana pula Atm ni, turun naik ekslator, penat dah ni. Tapi bagus jugalah, biar lelaki tu ikut je aku. Mesti dia pun penat juga. Tapi pelik, kenapa tak berdepan je, kenapa nak ikut aku sangat. Nak jadi bodyguard aku kut.  Dia tahu kut aku sorang-sorang. Lagipun tak ramai orang dekat mall ni. Gentleman lah sikit. Kalau sampai malam aku dekat mall ni, maknanya sampai malam jugalah dia ikut aku ni. Hmmm... pelik juga. Lantak kaulah.

Selesai keluarkan duit. Yeahh!! Sekarang nak pergi beli handbag tadi. Eh!! Aku rasa lelaki itu semakin rapat dibelakang aku. Aku pegang handbag kuat-kuat. Dia nak ragut aku ke ni. Aku jalan laju masuk je mana-mana kedai. Dan jalan lagi. Dia masih ikut. Apa nak buat ni?  Kenapa tiba-tiba aku jadi cuak ni. Bukan selalu aku berani ke. Aduhai.. Menakutkan pun ada.
Relax Aliaa.. Relax..!! Tarik nafas dan cool. Jangan panik. Buat biasa je. Bisik hatiku. Okey..!! Aku relax..


Jalan sambil bernyanyi. Jumpa pun akhirnya Sembonia Shop tadi. Jenuh mencari, lupa tingkat berapa entah. Aku terus menuju ke handbag yang aku minat tadi. Staff perempuan tadi terus layan aku, senyum je dia. Mesti dia ingat aku tak datang lagi kut. Hehe..!! Aku belek-belek handbag tersebut. Nak kena check satu persatu. Luar dalam kanan kiri. Check setiap zip, tali dan jahitan semua aku check. Memang lama jugalah aku membelek. Nak pastikan semuanya elok, nak guna lama ni. Bukan pakai buang punya. Walaupun berjenama tapi kadang jenama je lebih tapi kualiti tak ada. Bila aku dah betul-betul puashati. Aku beri handbag itu pada staff perempuan tu. Aku membuat bayaran dan terus keluar dari kedai itu. Banyak juga aku shopping.

Okeylah ni, cukuplah ni. So, sekarang aku nak balik tapi dahagalah pula. Aku mencari-cari handphone, mana pula handphone ni. Keluar punya keluar. Aduh...!!! Terlanggar lelaki itu.

"Maaf... Maaf..!" Terus dia lari anak. Muka dia pun aku tak sempat nak tengok. Aku gosok-gosok lengan tangan. Berkerut aku. Mana pula dia pergi. Hilang pula. Ish!! Peliknya. Malas aku nak fikir.

Aku nak cari air lagi baik. Dahaga sangat dah ni. Jalan punya jalan, aku ternampak stall jual   pelbagai makanan ringan. Lega! Penat dah ni dan dan sangat dahaga. Aku beli air oren. Lepas membayar, aku jalan dan cari kerusi. Duduklah kejab sambil menikmati air oren ni. Barang-barang aku letak ditepi. Fuhh!! Leganya tekak. Mata masih lagi meliar. Tak nampak dah lelaki tadi. Mungkin perasaan aku je kut. Aku gelak sendiri.

Habis satu cup ni aku minum. Ini betul-betul dahaga. Aku bangun dan buang bekas cup dalam tong sampah yang tak jauh dari kerusi aku duduk. Kemudian, aku ambil barang-barang aku tadi.

" Cik Aliaa Sofea..!!" Seseorang memanggil nama aku. Aku terus menoleh pada suara itu. Tercegat lelaki tadi di belakangku. Bila masa pula dia muncul ni. Aku berkerut pandangnya. Dia senyum. Mata kami bertentangan. Eh..!! Kalau tak silap aku, lelaki ni adalah....!!

" Sayang...!!" Terkejut aku sekali lagi. Faliq tiba-tiba muncul. Dia dari arah tepi dan terus menghampiri aku. Mukanya serius. Faliq terus tarik aku dekat padanya.

" Engkau..?!" Faliq pandang lelaki itu. Serius memang serius. Lelaki itu pun agak terkejut melihat Faliq. Aku terpinga-pinga sendiri. Lelaki itu mula rasa serba-salah.

Aku pandang lelaki itu dan kemudian pandang Faliq. Masing-masing terdiam. Faliq kenal lelaki ini? Macam mana pula Faliq boleh tahu aku ada dekat sini? Dan, siapa lelaki ini? Kenapa dia ikut aku tadi tadi? Apa dia nak? Dia yang langgar aku tadi dan...

Ishh!! Macam-macam persoalan dalam fikiran aku ni. Tapi lelaki ni aku memang rasa macam pernah nampak. Tapi dekat mana ek? Kawan Faliq ke? Entahlah.. 

Previous: Bab 172
Next: Bab 174

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.