336,579
Kategori:
Genre:
Bab 43
Hmm... Perempuan ni memang meroyan. Kasihan betul. Pandai konon nak mengaku Faliq bagai. Ceh!! Ingat aku tak tahu ke. Hanya dia je yang selalu menfitnah macam ni. Gila meroyan. Aku menggeleng kepala dan menarik nafas. Ni mungkin betul lah nombor Faliq. Patutlah aku call tak dapat. Dah tukar nombor rupanya. Okey tak apa. Aku pun okey je. Betul-betul dia benci aku. Sikit-sikit Allah tunjukan pada aku. Insha Allah.. Dia bagi aku racun aku cuba bagi dia madu. Dia bagi aku kelukaan, tak apa aku bagi balik dengan senyuman. Aku dah boleh terima semua ini. Untuk apa nak meratapi kesedihan. Andai memang sudah ditakdirkan. Aku redha.. Alhamdulilah.. Kehidupan aku bersama anak aku pun cukup bahagia. Dan kehidupan aku pun bertambah semangat. Dengan kerjaya aku, jawatan yang aku pegang ni, dengan kedai aku bersama Kak Su. Sesuatu yang aku rasa sudah cukup semua. Dan, ini  adalah anugerah dari Allah yang tak pernah aku fikirkan akan dapat semua ini. Terima kasih Ya Allah..!!

Aku letak handphone. Layan customer lagi best dari layan si meroyan ni. Aku jalan keluar, melihat kanan kiri. Cuci mata tengok luar. Hari ni customer tak ramai. Biasalah tu.. Lagipun hari kerja, kalau hujung minggu memang best. Tak menang tangan. Seronok je customer keluar masuk. Rasa tenang hati. Tak fikir apapun. Fikir diri sendiri, anak, kerja dan kedai. Itu je. Fikir Faliq? Hmm.. Ada jugalah tapi entahlah.. Okey Aliaa..!! Jangan pening-pening kepala fikir Faliq. Dia pun dah ada kehidupan. So, kau teruskan melangkah. Okey set!!

" Haiii cute..!!" Terkejut beruk aku. Mahu je melompat ke tingkat bawah ni. Fuhh!!

" Awak ni kan. Kalau saya ada jantung. Dah comfirm mati kajung dekat sini tau tak!!"  Aku membebel dekat Zahwan. Gila terkejut aku. Dia gelak je.

"Hahahaa... Sorry.. Sorry..!! Ingat awak perasan.." Gelak lagi. Aku pun gelak juga.

"Ni untuk awak.." dia menghulurkan jambangan bunga rose merah padaku. Aku pandang mukanya. Aduhaii Zahwan.. Teragak-agak aku nak ambil atau tidak.

"Kenapa? Tak sudi ke..!" Buat muka kasihan.
Aku senyum dan dalam hati aku cakap. Aku ambil ni sebagai seorang kawan sahaja. Dan, aku terus ambil jelah jambangan bunga ni dari tangannya.

"Thanks..!!" Aku hidu bunga rose merah ini. Ya Allah..!! Nikmatnya bau haruman bunga ni. Dah lama tak dapat. Sangat lama. Bunga rose merah lah yang hampir setiap hari aku dapat dulu tapi sekarang tak lagi dah. Dan, inilah kali pertama sejak aku ada anak dan dapat. Ah!! Zahwan.. Kau sengaja mengingatkan aku pada kenangan bersama Faliq. Huhu..!!

" Jom minum..!!" Ajak Zahwan.

"Saya dah minum tadi dekat dalam. Sorry..!!" Aku mengelak. Teringat pula dekat bekas isteri Zahwan tempoh hari. Minta aku jauhi Zahwan. Macam mana aku nak buat supaya Zahwan tak jumpa aku lagi. Buntu pula ni.

" Oyeke.. Tak apalah..!!" Aku senyum. Kami berdua senyap. Aku terfikir, okey jugalah minum kejab. Boleh aku cakap terus dekat dia. Iyelah kan!!

"Eh!! Jomlah minum.. Bosan pula ni.. !" Ajakku sengeh. Dia pun setuju je. Aku letak jambangan bunga dalam kedai dulu dan kami berjalan sambil berbual. Berbual kosong sampai restoran. Baru saja duduk. Seorang pelayan datang dengan bawa menu. Aku dan Zahwan order air saja. Kemudian, pelayan berlalu. Aku senyap. Tak tahu macam mana nak mulakan. Zahwan pandang je. Jadi tak senang duduk aku jadinya.

" Apa keputusan awak seterusnya?" Dia bertanya.

" Keputusan apa?!"

"Iyalah.. Awak dengan Faliq?" Aku hanya senyum.

"Adil cerita semua dekat saya. Awak ada hak untuk buat keputusan Aliaa. Takkan nak biarkan terus macam ni.." Aku tarik nafas.

" Biarlah dulu. Saya taknak komen apa-apa. Saya serah semuanya pada Allah.." tu je yang mampu aku cakap.

" Awak masih sayang dia?!"

" Hahahaa.. Dah nama pun suami kan. Mestilah sayang.. Apalah awak ni.." aku gelak. Aku rasa soalan yang dia tanya tu memang lawak.

" Walaupun dia dah buat awak macam ni?!" tanyanya lagi. Aku senyum dan senyum. Tak jawab pun. Rasa tak perlu kut nak jawab. Biar hanya aku dan Allah je yang tahu.

" Awak masih boleh terima dia?!" Aduhai Zahwan ni. Kenapa asyik tanya je ni. Naik rimas pula aku.

" Jodoh pertemuan ajal maut kan ditangan tuhan. Ada jodoh adalah, tak ada jodoh saya redha.." Aku menyedut air limau. Lega tekak. Zahwan terdiam. Entah apalah yang difikirkannya.

" Hmm... Oh ya!! Apapun tahniah Wan..!!" Aku menukar tajuk. Tadi dia tanya aku macam-macam kan. Sekarang giliran aku pula nak bertanya.

" Tahniah?? Tahniah untuk apa??" Berkerut dahinya. Nak gelak tengok muka dia. Terus berubah.

" Iyalah.. Dah awak nak rujuk dengan bekas isteri.. Alhamdulilah panjang jodoh awak.." kataku dengan senyum lebar.

" Rujuk?! Siapa yang cakap??" Zahwan pelik. Berkerut dahinya.

"Aik.."

" Aliaa.. Siapa yang cakap ni? Mimi jumpa awak?" Tanyanya pula. Alamak!! Aku jadi serba salah pula nak jawab.

" Kenapa macam terkejut je? Patut happy jodoh masih panjang.." Aku pula tanya dia.

"Tak.. Saya tak ada pun nak rujuk dengan dia. Dan saya tak tahu apa-apapun.." jawabnya tapi jawapan jujur atau tak. Aku tak pasti.

" Iyalah.."

" Iya Sumpah..!! Mimi jumpa awak kan?!"

"Siapa pun yang info, itu tak penting. Saya minta tolong pada awak.. Lepas ni tak payah jumpa saya lagi. Call, cari saya, ganggu saya dan tak payah semuanya. Bole tak Wan?!" Pintaku. Mengharap.

" Tapi kenapa pula. Takkan kita nak berjumpa, borak-borak tak boleh. Kita kawan kan.. "

"Tak boleh Wan. Tak boleh..!! "

"Aliaa.. Saya nak kawan dengan awak je. Dulu saya nak kawan dengan awak, tak boleh. Sebab awak ada Faliq. Sekarang ni saya single dan awak pun single kan.. "

"No..!! I'm not single. I masih ada suami. Ada suami. Saya masih isteri Faliq yang sah Wan, masih.." Serius. Mataku tepat pandang Zahwan. Zahwan membalas pandangan aku.

" Okey..!! Saya minta maaf...!!" Katanya lembut.

"Saya taknak keruhkan keadaan. Saya taknak jadi penghalang antara awak dan bekas isteri awak. Saya masih isteri Faliq. Kalau Faliq tahu kita jumpa macam ni. Lagi parah! Saya dah penat dan tak larat dengan fitnah orang tu. Tolonglah..  Saya merayu jangan jumpa saya lagi ye. Please Wan..!!" Aku mohon sangat. Aku taknak panjangkan cerita. Aku taknak gaduh lagi dah. Aku takut kalau Zahwan masih jumpa aku. Nanti Mimi pasti akan benci aku. Mesti marah. Aku taknak ada musuh di Sabah ni.

" Tak salah kan kita terus kawan?!"

" Salah Wan. Salah kalau saya terus berhubung dengan awak. Sebab saya dah janji yang saya takkan ganggu awak lagi.." Zahwan terkejut dengan kata-kata aku.

" Kenapa sampai macam ni. Saya tak terfikir sikit pun nak rujuk dengan dia..!" Keluh Zahwan.

"Itu saya tak tahu. Yang penting saya dah berjanji. Maafkan saya.. " sambungku lagi. Tegas.

" Tak apa. Nanti saya bincang dengan dia.."

" Tak payahlah Wan. Lain jadinya nanti. Saya malas nak fikir semua ni. Tolonglah.!!. Dengan Faliq buat saya macam ni, saya pindah sini sebab nak bina hidup baru. Bila sampai sini, ni pula jadinya. Tolonglah faham.. saya penat tau tak.. Penat..!! Tolonglah jangan cari saya lagi.. Tolonglah Wan, saya merayu. Saya minta maaf. Saya minta diri dulu.. Assalammualaikum.." kataku jujur dan terus jalan meninggalkannya. Zahwan langsung terdiam. Aku tak toleh langsung padanya. Terus je jalan sampai ke kedai.

Sampai je kedai aku terus masuk dalam. Duduk termenung sekejab.

"Tolonglah.. Tolonglah faham keadaan aku. Aku taknak cari nahas, aku taknak tambah masalah, taknak.. taknak.. taknaaaakkkk...!!" Kataku pada diri sendiri. Menjerit kecil. Aduhh.. Sakit jiwanya. Bila nak selesai semua ni. Dengan Faliq macam ni, dengan perempuan tu macam tu, dengan Zahwan lagi. Huh!! Sakit jiwa, sakit otak dan lama-lama jadi sakit mental aku ni.

"Aliaa.. Relax.. Cool.. Jangan stress..!! Pejamkan mata. Tarik nafas dan lepas. Tarik nafas lagi dan leps lagi. Bayangkan depan mata kau sekarang ni senyuman Dhia, gelak tawa Dhia. Kemudian, kau pandang sebelah kanan Dhia. Ya..!! Kau tengok wajahnya, senyumannya, wajah yang amat menyayangimu, itulah abang kandungmu. Kemudian, di sebelah kiri Dhia. Dua wajah tua yang semakin kedut. Senyuman manis penuh kasih sayang yang sungguh ikhlas dan suci. Itulah Mak Long dan Pak Longmu. Merekalah kekuatanmu, Aliaa.. Jangan pernah putus asa, kuarkan semangat. Kau boleh Aliaa. Kau boleh!!!"  kata hati kecilku.

Tapi kenapa suami aku tak ada?? Mana dia?? Oh sedihnya..!!

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.