336,408
Kategori:
Genre:
Bab 25
Tepat jam 5pagi, aku terus ke dapur buat sarapan. Teringin nak sarapan dengan Faliq. Aku harap dia nak duduk semeja dengan aku dan bersarapan dengan aku. Nasi goreng kampung sarapan aku pagi ni. Ini juga makanan kesukaan Faliq. Dulu, dia selalu suruh aku buat nasi goreng kampung ni. Selera kami sama peminat tegar nasi goreng kampung bersama air teh o panas. Aku punya khas, nescafe. Dah lama tak minum air nescafe. Sejak lepas koma dulu Doktor tak bagi minum kafein, tak elok untuk kesihatan aku. Ni aku minum sebab tersangat teringin. Tak apalah sesekali kut. Alhamdulilah hikmah disebalik koma dulu, sampai sekarang aku jarang sakit. Tekanan darah aku pun dah okey. Cuma kadang-kadang je. Tapi masih boleh kawal. Bertambah baik semua.

Kemudian, aku siapkan baju kerja Faliq. Siap gosok kemeja, seluar dan tali leher sekali. Hari ni hari akhir aku uruskan dia. Uruskan suami. Dan hari ni hari akhir aku dirumah ni. Aku nak dia layan aku dengan baik dan  aku nak layan dia dengan baik. Semua dah selesai. Aku halfday kerja hari ni, aku nak settlekan semuanya. Nak jumpa mama papa, abang dan Angah.

Aku setia menanti Faliq diruang tamu. Awal dia bangun hari ni. Dia ke dapur dan ambil teh o panas dan kemudian ke ruang tamu. Entah tidur entah tidak dia ni. Tengok muka mengantuk je. Entah apa yang dia fikirkan. Sedih tengok!! Dia duduk dikoridor. Masih gelap lagi. Subuh pun belum masuk. Aku menghampirinya dan duduk bersimpuh diatas lantai meletakkan kepala dilututnya. Kepalaku diusap-usap.

" Abang!! Saya ada satu permintaan. Boleh tak abang tunaikan!" Tanyaku lembut. Mata mendongak pandangnya.

" Kenapa?!" Aku senyum.

" Saya tahu permintaan ni berat bagi abang. Tapi saya harap sangat. Permintaan akhir dari saya.." airmataku mengalir. Ku kesat dan senyum semula. Dia senyap.

" Boleh tak untuk sehari ni je. Sehari je ni abang. Abang layan saya dengan baik, layan saya sebagai isteri abang. Saya rindu saat-saat kita dulu. Boleh tak? Sehari je ni. Saya merayu. Lepas ni takkan ada lagi.." kataku. Dia senyap lagi dan angguk perlahan. Aku senyum rasa sangat seronok.

" Terima kasih abang.." aku ambil tangannya dan cium. Iya.. aku rindu nak cium tangannya ini. Dulu setiap pagi tangan inilah yang aku cium sewaktu dia pergi kerja dan tangan ini jugalah aku cium bila dia balik kerja. Aku mengimbau kenangan itu. Kami berdua diam membisu. Masuk je waktu subuh, aku ajak dia solat bersama. Iya.. aku rindu nak solat bersamanya. Aku rindu nak dia imamkan solatku. Imamkan untuk kali terakhirnya. Alhamdulilah, dia setuju. Ya Allah..!! Seronoknya hatiku. Aku terus sediakan tikar sejadah dan siap pakai telekung. Airmata menemani ku sejak tadi. Dia masuk ke bilik siap berpakaian kain pelikat,baju melayu dan bersongkok hitam. Hensem suami aku ni. Sama macam dulu. Aku senyum lagi dan lagi.

Selesai solat, kami masih duduk ditikar sejadah.

" Abang..!! Maafkan segala dosa-dosa saya selama jadi isteri abang. Ampunkan segalanya, halalkan segalanya dan redhakanlah saya. Saya terima segala ketentuan ini. Saya redha..!!
Andai ini memang dah ditakdirkan untuk kita tidak bersama lagi, saya redha. Izinkan dah ikhlaskan lah saya keluar dari rumah ni untuk kebaikan kita. Insha Allah, mungkin ada jalan penyelesaian. Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu pada kita.."aku senyum. Dia menunduk tak sanggup memandang wajahku.

"Jaga diri baik-baik. Jaga Dhia baik-baik. Awak tetap isteri dunia akhirat abang. Abang minta maaf.." menitis airmata egonya. Tapi apa maksudnya aku tak tahu.

" Bila abang dah sedia nak nikahi Tasya nanti. Abang info je saya, bila-bila masa insha Allah saya akan tolong. Dan, selesai je pernikahan abang dan dia. Kita selesaikan urusan kita. Apapun, saya akan sentiasa doakan kebahagiaan abang bersamanya. Jadikan dia solehah abang, bimbinglah dia, didiklah dia bawalah dia ke syurga. Dia bakal bidadari abang. Insha Allah.. Abang adalah imam dia yang terbaik.." aku senyum dan senyum.

"Terima kasih sudi jadi imam saya. Saya sangat hargai. Abang.. Izinkan saya simpan semua kenangan kita dalam kenangan manis hidup saya ya.." kata-kata akhirku disubuh

hari. Dia diam seribu bahasa.

" Dahlah.. Saya ada buat sarapan. Nasi goreng kampung. Dulu abang suka makan nasi goreng kampung kan. Kita makan sama ya.. " Faliq angguk dan senyum. Ya Allah..!! Aku rindu sangat dengan senyuman ini. Dah sekian lama dia tak senyum macam ni padaku. Terima kasih suami. Aku sangat terharu! Aku melipat tikar sejadah dan telekung. Faliq melihat Dhia yang sedang tidur. Lalu diciumnya. Aku senyum lagi. Dan terus berlalu ke dapur.

Ku senduk nasi goreng dalam pinggan. Ku letak perlahan dan tetap mengalir airmata. Ini nasi goreng akhir aku buat untuknya. Harap dia makan hingga habis. Tak lama Faliq muncul. Duduk dan baca doa. Dia menghirup air teh. Handphone tak lekang dari tangan. Rasa sedih juga sebenarnya, aku minta dia layan aku sehari je tapi sebenarnya hanya untuk beberapa jam je lagi. Sekejab lagi dia akan pergi kerja. Tapi handphone tu. Khas untuk Tasya. Kenapa perlu ada Tasya juga. Bertabahlah hati.. Tak apalah.

Nasi goreng dikunyahnya. Alhamdulilah berselera sungguh dia makan. Mungkin dah lama kut tak makan nasi goreng kampung airtangan aku ni. Salah siapa? Bukannya aku tak masak tapi dia yang ego sangat taknak makan. Macam mana nak makan, kalau asyik terbayangkan perempuan parasit tu. Entah apalah yang perempuan tu buat sampai jadi macam ni suami aku. Sampai benci betul dia dengan aku. Muka aku langsung dia tak pandang. Sesekali je. Tak apalah.

Kemudian, dia minta tambah nasi. Senyum lebar aku. Aku senduk nasi ke dalam pinggannya. Sesuap dua suap dia makan. Tapi seleranya terhenti apabila bunyi whatsapp masuk. Cepat-cepat dia baca whatsapp depan aku. Ya Allah..!! Pedihnya hati. Depan aku depan rezeki. Dan akhirnya.. dia berhenti makan. Dah kenyang katanya. Selera yang bersungguh terus terhenti dek kerana whatsapp dari Tasya mungkin. Allahuakhbar..!! Mengalir lagi airmata. Tak apalah. Janji dapat tengok dia makan sepinggan pun, bersyukur sangat. Dengan rasa hampa, aku kemas semua. Dan kembali ke ruang tamu.

Baru je nak duduk. Tengok Faliq dah bersiap nak pergi kerja. Ha? Nak pergi kerja? Awalnya.. Baru jam 7.00pagi. Okeylah.. Aku faham..!!

"Abang pergi dulu.." katanya.

" Abang sekejab..!!"

"Kenapa?!" Dia menoleh padaku. Aku jalan kearahnya dengan senyuman.

" Boleh tak sayang nak peluk abang untuk kali terakhir..!!" Pintaku lagi. Redup matanya pandang aku. Dia mengangguk perlahan. Aku peluk dia erat. Betapa rindu aku padanya. Sangat rindu. Airmata sedih mengalir lagi. Dia cium dahiku. Iya.. dia cium dahiku untuk kali terakhir juga.

" Abang dah lambat ni.." Aku lepaskan pelukan. Aku angguk dan senyum. Dia menghulurkan tangan dan aku salam dia salam terakhir dan ciuman terakhir. Dia pandang wajahku. Senyum padaku.

"Assalammualaikum...!!"kataku dan dia terus berlalu pergi. Hanya airmata menemaniku kini.

" Ya Allah..!! Andai dia jodohku dunia akhirat Kau tunjukkanlah. Kembalikanlah hatinya padaku. Kembalikanlah rasa kasih sayang dan cintanya padaku semula dan jika dia bukan jodohku dunia akhirat Kau tunjukkanlah jua. Jauhkanlah dia dariku, dan jauhkanlah aku darinya. Berikanlah kebahagiaan dunia akhirat kepadanya. Dan berikanlah aku dan anakku kebahagiaan dunia akhirat untuk kami.." doaku mengiringi perjalanannya ke destinasi.

Aku mengesat airmata. Sementara Dhia sedang tidur. Aku ambil peluang bawa semua bagasi dan barang-barang penting turun bawa dan masukkan dalam kereta. Jenuh nak mengangkat satu persatu. Nilah akibatnya duduk Kondo bertingkat-tingkat. Best memang best. Tenang je tak dengar bunyi apapun tapi seksa bila mengangkat barang walaupun ada lift. Fuhh!! Letih.. Tak apa, exercise pagi-pagi. Kan sihat namanya. Selamat barang tak banyak. Berpeluh jugalah. Okey selesai!!
 
Kata sepakat dah dibuat, atas persetujuan aku sendiri bersama family Dato' dan sangat dipersetujui oleh Erisya. Aku dibenarkan tinggal dirumah Dato' buat sementara waktu sebelum terbang nun ke sana. Alhamdulilah.. Ada lagi orang yang sudi tolong aku. Rezeki namanya ni. Aku terus bersiap, kejab je. Simple-simple je. Kemudian aku kejutkan Dhia. Si anak dara kecil aku ni. Siapkan dia pula.


Aku tak risau sangat, bibik maid rumah Dato' sedia menjaga Dhia dan pula Datin pun sangat excited nak Dhia duduk dengan dia. Almaklumlah.. Rumah tu dah lama tak ada budak kecil. Mesti meriah rumah mereka. Dhia ni pun dah dianggap sebagai cucunya sendiri. Happy aku.

Sebelum aku meninggalkan rumah ni. Aku sempat menulis satu nota untuk suamiku.

" Assalammualaikum..

Pertemuan yang tak dirancang..
Dari tidak mengenali menjadi kenal,
Dari selalu bergaduh menjadi teman tapi mesra,
Dari teman tapi mesra menjadi teman sehati sejiwa.
Dan, dari teman sehati sejiwa menjadi teman sehidup semati.
Tapi.. hanya mampu hingga menjadi teman sehidup dan tidak semati.
Pelbagai onak duri mempertahankan hubungan hingga akhirnya inilah kesudahannya.
Terima kasih suamiku. Kau adalah suami yang terbaik untukku. Tapi aku tidak yang terbaik untukmu.
Adainya ini bisa buat kau bahagia. Aku relakan jiwaku. Andai ini takdirku, aku redha..!!
Semoga kau bahagia bersamanya.

Cincin ini tak layak masih dijari manisku, berikanlah pada yang selayaknya.

Salam akhir dari isterimu,
-Aliaa Sofea-

Aku letakkan nota ini diatas katil. Bersama cincin pernikahan kami. Aku pandang sekeliling bilik ini. Mengalir lagi airmata. Aku melangkah perlahan, tutup pintu rapat dan keruang tamu. Setiap sudut kupandang, sedihnya mahu meninggalkan rumah ini. Aku menghampiri satu sudut hiasan, terdapat gambar potretku tergantung indah. Hasil lukisan dari tangannya sendiri. Potret mula-mula dia lukis dulu. Potret yang sentiasa dia bawa kemana saja dia pergi dulu tapi kini dah tiada makna lagi. Ku turunkan potret ini dan ku telangkupkan diatas meja bersama potret perkahwinan kami. Maafkan aku.. Semua ini dah tak ada makna. Hatiku kecewa..!! Sangat ķecewa!! Aku kesat lagi airmata.

Aku dukung Dhia dan memeluk Dhia. Ya Allah..! Hanya Allah je yang tahu betapa sedihnya hatiku mahu melangkah dari rumah ini. Maafkan aku.. Maafkan aku..!! Aku kena lakukan sesuatu. Andai ini boleh buat Faliq sedar, aku bersyukur. Andai tidak, aku redha..!!

Selamat tinggal suamiku..
Selamat tinggal rumah..
Selamat tinggal segala kenangan manis..
Selamat tinggal segala kenangan pahit..

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Melangkahlah dengan satu tekad untuk bangkit dari kejatuhan. Kerana aku adalah wanita terpilih untuk lebih kuat menjalani kehidupan yang bakal aku tempuhi sendirian kelak. Ya!! Aku kuat, aku boleh, aku mampu..!! 

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.