336,585
Kategori:
Genre:
Bab 158
Setelah menunaikan solat maghrib bersama abang dan Dhia. Kami membaca Surah Yassin pula sedekah pada arwah ibu, arwah ayah dan juga arwah Haikal. Rasa rindu pula pada mereka. Menitis airmata kerinduan. Andailah mereka masih ada lagi didunia ni. Alangkah bahagianya hidup aku, punyai ibu ayah dan sahabat yang paling baik. Tapi apa daya aku, Allah lebih menyayangi mereka. Aku kesat airmata, sambung baca sampai tamat. Aku masih duduk termenung menghadap tikar sejadah. Dhia pula dah keluar. Abang melipat tikar sejadah dan sidai. Pandang aku dan duduk bersila dihadapanku. Merenung wajahku. Aku pandang sekilas saja dan kembali tunduk pandang bawah.

"Kenapa dengan adik abang ni. Sedih je abang tengok dari tadi. Rindu ibu ayah ye.." teka abang dengan senyuman.

" Entahlah abang. Rasa rindu ibu, ayah  dan rindu Haikal juga. Kalaulah mereka masih ada, mesti adiklah orang yang paling bahagia sekali.." Mataku mula berkaca.

" Kenapa? Adik tak rasa bahagia ke sekarang?!" Tanya abang. Masih merenungku.

" Bahagia juga. Adik bersyukur sangat, walaupun mereka tak ada dengan adik tapi adik ada abang dan Dhia. Cuma mungkin akan lebih bahagia kalau mereka ada.." jawabku.

" Iya.. Abang faham apa adik rasa. Abang pun rasa macam tu juga. Rindu pelukkan ibu ayah. Senyuman mereka. Betul kan, rindu pada orang yang dah tak ada ni, sangat sakit. Tapi apapun, abang tetap rasa bahagia dan sangat bersyukur. Abang ada adik, ada Dhia disisi abang dan ada kehidupan yang alhamdulilah. Tak kurang dan tak lebih.." kata abang penuh kesyukuran. Senyum je muka abang. Tenang je.

"Iya abang.. Adik pun bersyukur sangat, dapat abang yang saaaangat baik didunia ni. Takkan ada abang sebaik abang. Adik sayang abang sangat-sangat dunia akhirat." Puji aku. Senyum.

"Iyalah tu. Okey sekarang taknak sedih-sedih. Satu abang nak pesan, apapun terjadi dalam hidup ni, jangan putus asa. Kena hadapi apapun dugaan dan ujian dengan tenang. Dan ingat! Jangan tinggal solat.." pesan abang.

"Insha Allah abang. Adik akan ingat, lagipun solat tu kan wajib.."

"Memang wajib tapi kadang-kadang yang wajib tulah paling berat nak buat. Bila dah lalai semua akan jadi hilang. Sebab tu abang selalu pesan. Kita ni iman turun naik, time rajin solat penuh time angin malas. Kadang lima waktu hanya dua waktu je buat.." Aku sengeh. Macam perli je abang ni. Aku solat cuma kadang lambat-lambat. Tu kira lalai jugalah tu.

"Okey abang..! Lepas ni adik akan usahakan untuk solat tepat pada waktunya.. !!"

"Ha..!! Faham pun maksud abang. Ingat tak faham tadi.." Aku sengeh lagi.

" Dah.. Jom makan! Lapar dah ni.." ajak abang.  Aku angguk.

" Oh ya..!! Eh! Ni abang nak tanya ni. Faliq cakap adik marah dia, dah kenapa pula?" Aku tercengang. Alaa mengadanya si Faliq ni, dia mengadu dekat abang. Apa? Ingat manjalah tu. Eeeee...!!

" Sikit-sikit ngadu. Mengadanya. Mengalahkan perempuan je.." Aku menyidai kain telekung dan tikar sejadah. Abang masih lagi duduk bersila.

" Hahaha.. Dia takut, adik marah betul-betul punya marah sampai cancel pula nikah rujuk korang nanti. Sebab tu dia mengadu minta abang pujuk adik.." kata abang.

"Tahu takut tapi buat. Padan muka!!" Aku gerutu sendiri. Aku duduk bersila depan abang semula. Dah macam bertapa pula kami ni.

" Ish! Tak baik macam tu.."

"Okey ni adik nak tanya abang pula. Abang kenal Anis yang kata kawan universiti korang dulu.." tanyaku pula.

"Mestilah tahu. Kenapa?!"

" Sejak habis study, pernah jumpa dia tak? Baru-baru ni?"

"Tak pernah langsung pun. Cuma yang Faliq cerita tu jelah.."

" Abang tak rasa pelik ke..!"

" Pelik kenapa?!"

"Korang last jumpa waktu study. Lost contact kan. Tiba-tiba, Anis muncul mengaku kawan lama. Okey tak apa, adik pun fahamlah kawan lama nak jumpa. Apa salahnya kan. Yang buat adik terfikir, dia tak jumpa Faliq lagi sejak pindah sini, dan boleh pula dia tahu rumah Faliq dan terus pergi rumah Faliq jumpa mama. Tapi setiap kali dia ke rumah, waktu Faliq tak ada. Sedangkan dia tahu Faliq tengah kerja. Abang rasa?!" Abang berkerut.

" Hmm.. Musykil juga ni.." aku senyum.

" Dia datang bukan nak jumpa cari Faliq. Tapi dia ada plan sendiri. Kalau dia nak jumpa Faliq, kenapa tak jumpa di office? Atau jumpa diluar dan kenapa dia mesti ke rumah jumpa mama. Dia seolah-olah tahu waktu bila Faliq ada atau tak ada. Dia cakap, dia nak bagi Faliq projek, tapi sampai sekarang tak ada pula apa-apa appointment or discussion pun.." aku jelaskan semuanya pada abang. Ini kaji selidik yang aku buat sendiri. Hahaha.. kajilah sangat. Fikir logik dan tak logik je kan.

"Betul juga kan. Kalau Anis tu nak jumpa makcik pun mestilah kena jumpa Faliq dulu. Ni main terjah je jumpa makcik. Yang Faliq pun satu, confident sangat yang orang tu adalah Anis gemuk.." Abang dah dapat tangkap dah apa maksud aku.

" Kan.. !! Anis tu datang rumah, hantar makananlah, hantar buahlah ni tadi hantar kain pula. Kononnya baru balik dari Bali, belikan mama kain. Dari situ adik dah fikir something tau..!"

" Mmm.. Kita kena bincang ni dengan Faliq. Mungkin Faliq tak perasan kut, Faliq tu kan peramah. Ni kalau adik tak info detail ni. Abang pun tak fikir. Sebenarnya abang pun ingat betul lah Anis gemuk tu. Hehe..!" Abang gelak kecil. Abang ni tetap memyebelahi sahabatnya juga. Peramah konon. Tak perasan konon. Ayat je..!!

"Iyalah abang.. Sama je. 2 x 5.." aku menjeling manja pada abang.

" Hahaha.. So, maknanya adik ni marah sebab Anis lah ni ye.." Abang tanya lagi. Tak puashati lah tu.

" Ha lah. Abang tahu tak, boleh dikatakan setiap hari tau Anis tu call Faliq. Faliq tu pun seronok melayan dan masalahnya depan adik pun dia boleh melayan. Dari mula masuk kereta sampai ke destinasi bergayut. Gelak-gelak, gurau-gurau. Siapa tak sakit hati. Adik ni sebelah dia macam tunggul kayu je. Sakit jiwa..!!" Kali ni aku pula mengadu dekat abang. Abang angkat kening.

"Hmm.. Si Faliq ni pun buat hal. Cari pasal lah kau Liq. Tak apalah, nanti abang slow talk dengan dia. Dahlah, jangan marah-marah lagi. Benda boleh bincang, kita bawa bincang. Marah-marah, merajuk, gaduh semua tu takkan boleh settlekan masalah.." nasihat abang. Automatik, hati aku jadi lembut pula dengar nasihat dari abang ni.

" Tak marah dah. Cuma dia tu kena dibuat macam ni juga. Biar dia fikir sendiri. Kalau tak makin menjadi nanti. Lagipun adik taknak lah abang disakiti lagi. Tak larat dah. Kadang fikir, hidup sendiri sampai mati jelah lagi bagus.." luahku lagi.

" Ish!! Tak baik cakap macam tu. Manusia tak ada yang tak buat silap. Lupakan yang lama. Tak apa, nanti kita bincang baik-baik. Faliq tu pun tak tenang hatinya selagi adik tak maafkan dia. Kut-kut muncul je muka dia depan pintu.." Abang gelak kecil. Aku pun gelak.

" Dah jom makan..!" Ajak abang. Abang bangun dan tarik tangan aku. Kami keluar bersama ke dapur pula. Lauk pauk dah terhidang, Dhia dah tunggu depan meja. Kasihan tunggu lama. Kami menikmati hidangan makan malam. Sambil makan sambil dengar si kecil berceloteh. Meriah family aku ni. Sejuk hati.

Selesai makan dan tolong Sis Tuti kemas. Kami ke ruang tamu, menonton tv pula. Inilah rutin aku tiap hari dan tiap malam. Lepas makan tengok tv sama abang dan Dhia dan Sis Tuti. Borak-borak dan gurau senda.

" Mama.. Dhia nak masuk bilik dulu. Ngantuk!!" Dhia menggosok-gosok matanya.

"Baiklah sayang!! Meh sayang mama dulu. Good nite!" Aku cium Dhia dan Dhia ke tempat abang pula.

" Alaaa ngantuk dah ye. Pergilah masuk, sebelum tidur jangan lupa baca apa?!" Tanya abang pada Dhia.

" Baca doa, baca ayat Kursi dan 3 Qul.." jawab Dhia semangat.

" Bijak..!! Okey, sayang uncle dulu.." Dhia terus peluk dan cium pipi abang. Happy aku tengok mereka. Dan kemudian, Sis Tuti temankan Dhia masuk dalam biliknya.

" Assalammualaikum..!!" Aku berpandangan dengan abang. Ada orang ucap salam lah. Malam-malam macam ni siapa pula yang datang.

" Siapa pula tu.. Waalaikumsalam..!" Jawab abang dan terus bangun ambil kunci. Aku menghadap tv jelah.

" Dik.. Tolong buatkan air. Kesayangan awak tu datang nak memujuk awak. Hihihii.. Nah ni ada cookies dia bawa.. " Aku mencebik dan mengambil sebekas cookies coklat dari tangan abang dan terus ke dapur. Ceh! Nak pujuk konon. Hmm..

Siap!! Aku angkat dulang berisi air teh panas bersama cookies yang Faliq bawa tadi. Sebelum ke luar rumah, aku berhentikan langkah dan dengar sikit apa mereka borak. Serius je perbincangan mereka ni. Mungkin abang cerita dekat Faliq lah kut apa yang aku info abang tadi. Okey.. Sekarang, tarik nafas dan lepaskan perlahan. Muka relax ye Aliaa, taknak ketat-ketat. Sempat pula kata hati kecilku ini pesan.

Mata dia terus melirik padaku. Aku buat selamba je. Letak dulang, tuang air dalam cawan dan beri pada Faliq dan abang. Aku baru je nak melangkah masuk. Abang panggil suruh duduk sekali. Hmm.. Okey boss!!

" Sedap cookies ni. Mana kau beli Liq?!" Abang memulakan perbualan bila tengok kami diam.

" Anis bagi lah tu.." perli aku selamba.

"Adik.. !" Abang berkerut marah padaku.

"Betul lah.."

"Cookies tu mama beli dekat kawan dia. Tu mama suruh bagi sebab Dhia suka makan cookies coklat.." jawabnya lembut.

"Ha dengar tu. Makcik yang beli.! Tak baik menuduh tau.." Aku diam. Eleh abang, sahabat dia jelah yang betul. Aku mencebik pada abang. Faliq senyum. Muka ada sikit bersalah, ada sikit kasihan dan ada sikit hmm.. Minta kasihan. Huh!!

" Okeylah.. Korang boraklah ye. Abang nak ke toilet dulu. Nak membuang.."

"Pengotor..!!"

"Uit.. Hati tu hati. Jangan nak keras hati sangat ye.." sempat lagi abang pesan. Sabar jelah. Terus dia tinggalkan kami berdua. Aku masih berdiam.

" Sayang..! Adil dah cerita semua. Saya minta maaf, saya memang tak perasan semua tu. Saya cuma fikir dia kawan lama. Tu je.. Saya minta maaf ya..!!" Katanya lembut. Aku masih diam.

" Mama pun ada cakap juga tadi dan mama pun tak sedap hati. Lepas ni kalau Anis tu datang bagi apa-apa lagi. Mama dah taknak ambil dah dan mama minta saya tak layan Anis tu lagi.." jelasnya penuh berhati-hati. Dia mengeluarkan handphone nya dan beri padaku.  Aku ambil dan baca whatsapp dari Anis.

" Haii Faliq.. You dah balik kerja ke? I masih di office lagi, busy hari ni. You free tak? Boleh i call?"

Aku tengok masa whatsapp ini dihantar. 6.23 pm. Ada lagi.

"I baru je sampai rumah ni. Penat sangat. You dah makan?" Masa dihantar 8.15pm.

" Hii Mr..!! Sabtu ni i free, i nak jumpa you boleh? Kita jumpa di Tasik Titiwangsa. Boleh borak panjang. Nak jumpa kawan lama.."

Masa dihantar 9.22pm. Baru je whatsapp ni. Aku tarik nafas. Satu pun Faliq tak reply. Aku bagi semula handphone padanya. Masih senyap.

" Sebenarnya saya pun rasa curiga. Lain macam pula Anis ni. Betul lah apa yang awak cakap tu. Dia ada plan. Saya rasa dia Tasya..!" Aku senyum. Apa yang Faliq fikir, itulah yang aku fikir.

" Iya.. Itu yang saya fikir. Dari ayat dia dalam whatsapp ni, saya confident dia Tasya.." Faliq angguk.

" Dah okey tak?! Dah sweet-sweet ke belum?!" Eee abang ni. Perli-perli pula. Belasah nanti baru tahu. Faliq gelak kuat. Sukanya dia. Aku buat selamba je.

" Tapi kan Dil. Ash ada info, dia cakap Tasya ni dah balik JB, dah tak duduk KL lagi. Black ada follow dia ke kampungnya. Memang betul lah dia ada dekat sana. Black sendiri nampak.." kata Faliq.

" KL ke JB bukan jauh pun. Sekelip mata je dia sampai. Tak mustahil pun dia boleh ulang-alik.." kataku.

"Yup.. Betul tu. Dekat je pun.." Faliq angguk.

" Risau pula aku dekat mama. Takut dia apa-apa kan mama pula. Aduh..!! Kenapalah budak ni tak habis-habis ganggu hidup kita. Tak fahamlah..!" Keluh Faliq.

" Kerana dendam. Aku tak rasa dia buat tak elok dekat makcik. Dia cuma lakukan dekat Aliaa je. Sebab dia nak Aliaa tinggalkan kau atau kau tinggalkan Aliaa. Bila korang dah berpisah, baru dia boleh tackle kau balik dan tackle makcik.." kata abang.

"Betul.. Betul..!! Setuju..!!" Kataku. Angguk kepala.

" Dil.. Minta dijauhkan lah. Kalau aku dan Aliaa tak ada jodoh pun. Aku takkan nak dia lah. Aku rela membujang sampai mati..!" Amboi confident nya.

" Mungkin dia akan happy bila dia atau Aliaa tak dapat kau. Dua-dua tak dapat. Baru puashati dia.." sambung abang lagi.

" Betul.. Betul.. Betul.. !! Setuju sangat..!!" Kataku lagi. Angguk lagi.

" Hmm.. Apapun terjadi, aku akan tetap pertahankan hubungan aku dan Aliaa. Aku takkan mengalah dan takkan biarkan dia terus ganggu kami.." Semangat sungguh dia ni.

"Baguslah kalau macam tu. Tak sampai dua bulan lagi pun kan nikah rujuk korang ni. Insha Allah, niat yang baik Allah akan permudahkan.." sambung abang.

" Betul.. Betul.. Betul.. !! Setuju sangat..!!" Aku masih angguk sambil mengunyah cookies. Sedap betul cookies ni. Aku sorang je makan. Aku melirikkan mata pada abang dan Faliq. Mereka pandang aku. Aku buat tak tahu je.

" Dari tadi betul-betul je. Sampai licin cookies dia je yang makan. Dah tak betul dah ke?!" Abang perli.

"Laaa... Memang dah betul pun. Takkan nak cakap salah pula. Apalah abang ni.. " Faliq gelak. Abang geleng kepala tengok gelagat aku.

Tutt... Tutt..!! Handphone Faliq berbunyi. Jelas tertera nama Anis. Faliq berikan handphone padaku. Dia suruh aku jawab. Okey good!! Aku ambil dari tangannya.

"Haii Faliq..!! You dah tidur ke?!"

" Haii.. Ahaa, Abang Faliq dah masuk bilik dah nak tidur..!" Jawab Aliaa. Senyum. Abang dan Faliq dengar je.

"Eh!! Hmm.. Siapa ni ye?" Tanya siapa konon. Poyo je. Berlakon konon. Huh!!

"Saya orang rumah Abang Faliq lah. Takkan kekasih gelap dia pula kan. Ada apa ye call dia malam-malam ni. Rasanya waktu pejabat sampai jam 5.00 petang je. Malam-malam macam ni waktu dia dengan isteri kesayangannya..!" Jawab Aliaa. Abang berkerut. Faliq gelak je.

" Oh..!! Soooo sorry..!! Bukan dia dan awak dah berpisah ke?!" Eh! Eh!! Tanya pula.

" Kami still sweet-sweet lah. Awak ni salah orang kali ye. Eh!! Okeylah ye. Abang Faliq saya dah panggil, biasalah malam Jumaat kan. Sorry ye.!! Okey bye.. !!" Aku terus matikan handphone. Faliq gelak kuat.

"Adik ni kan, sengaja je buat orang tu sakit hati.. Dia pula yang cari pasal.." abang marah. Aku pandang Faliq, Faliq pandang aku dan kami gelak besar bersama. Dengan abang pun gelak. Haahahaa..!!

" Tak syak lagi. Adik confident 100% Anis ni adalah Tasya. Lenggang lenggok suaranya adik kenal sangat..!!" Kataku. Sangat-sangat confident. Mereka terdiam dan berpandangan. Keadaan kembali serius. Aku ditengah-tengah diantara mereka. Masing-masing mencari idea. Apa perlu kami lakukan selepas ini. Kan aku dah cakap, aku akan kaji selidik siasat sampai dapat jawapan. Kes Anis settle. Mudah je nak buat kajian ni. Kaji selidik siasatlah bagai. Macam-macamlah kau ni Aliaa. Hahaa!! Sekarang ni, aku nak siasat pula siapa perempuan misteri dan Mr.K tu. Mr.K ni aku tak boleh info abang dan Faliq. Tunggu dulu..!!

Previous: Bab 157
Next: Bab 159

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.