336,398
Kategori:
Genre:
Bab 160
Petang itu, aku balik dengan Faliq. Dia ajak teman beli barang, entah barang apapun aku tak tahulah. Ikut jelah. Aku pun tak buat apa, kerja dah settle semua. Jadi, balik awal sikit hari ni. Aku jalan perlahan menuju ke kerusi sebelah pasu besar tempat biasa aku tunggu Faliq. Selamat redup. Faliq tak sampai lagi, sengaja aku turun awal. Rasanya Faliq balik dari appointment dia pagi tadi kut ni. Sebab tengahari tadi pun dia tak masuk office. Aku lunch dengan officemate je tadi.

Titt.. whasapp masuk.

"Tunggu kejab ya. Jalan jem pula ni. Lima minit lagi sampai.." Laa.. Itu je nak info. Aku gelak. Ni mesti takut aku merajuklah ni kut.

Lalalalaaaa...!! Sementara tunggu Faliq. Macam biasalah layan perasaan sendiri. Menyanyi-nyanyi.

Tiba-tiba aku rasa semacamlah. Eh!! Ada orang perhatikan aku ke ni. Teka aku dalam hati. Aku pandang ke hadapan ke satu arah tapi biji mata pandang kanan dan pandang kiri. Kenapa aku rasa macam diperhatikan je ni. Aku menoleh ke belakang. Tak ada orang. Kemudian, aku bangun. Jalan perlahan sambil nyanyi ke pasu. Kut-kut orang tu menyorok kat celah pasu ke. Tak ada juga. Aku berkerut. Tak lama, bunyi hon kereta. Dah sampai pula di Faliq ni. Nizam keluar dari kereta. Tersengeh pandang aku.

"Cik Aliaa main sorok-sorok ke kat belakang pasu tu..!" Nizam perli aku. Hahaha... Aku gelak je dan terus masuk dalam kereta. Faliq senyum.

" Nak main cak-cak dengan saya ke?!" Pula dia perli.

" Taklah.. Rasa macam ada orang ikut saya lah.." kataku jujur.

"Ikut awak? Siapa pula?"

" Manalah saya tahu.."

"Tak adalah. Tu perasaan awak je kut.."

"Mugkinlah. Ni nak ke mana ni?!"

"Saya nak beli something tapi nak awak pilih.."

" Pilih apa? Pilih bini ke?!"

" Hahahaa.. Nak ke pilihkan bini untuk saya.."

" Kalau awak nak, okey je. No problem! Boleh ganti tempat saya.." kataku selamba.

" Jangan nak mengada ye. Tak ada makna ganti-ganti ye. Awak tetap bini saya.." tegas Faliq cakap. Dia memang marah kalau aku cakap ganti tempat aku. Hahahaa.. Saja je nak tengok reaksi dia macam mana.

Aku pun tak tahu mana dia nak bawa aku dan tak tahu nak aku pilih apa entah. Layankan jelah. Sepanjang perjalanan, kami berbual mengenai majlis nikah rujuk kami nanti. Dia punya cerita macam pertama kali nak nikah je. Macam-macam dia nak buat. Dah serupa majlis besarlah pula. Ish!! Merepek jelah dia ni. Aku taknak, aku cuma nak nikah je dan buat kenduri kesyukuran. Cukup bagi aku. Tapi dia, nak bersandinglah, nak buat kad jemputanlah, nak itulah nak inilah. Aduhaiii... Faliq ni, Mengalahkan perempuan pula.

Kereta diberhentikan betul-betul dihadapan sebuah kedai perabut jati. Aku berkerut. Dan terus keluar dari kereta. Berdiri tercegat lagi. Faliq menghampiriku.

"Jom..!"

"Buat apa ke sini? Awak nak beli perabut ke?!"
Dia senyum dan terus tarik tangan aku. Fuh!! Cantik-cantik perabut jati ni. Terpanah mata aku tengok. Faliq senyum lebar.

" Saya tahu awak minat rumah berkonsepkan moden klasik. So, ini salah satunya.. Sila pilih perabut mana awak suka.." katanya. Senyum.

" Tapi nak buat apa? Rumah awak kan dah complete semua. Tak payahlah membazir..!" Kataku.

" Sayang..!! Saya nak semuanya baru. Buka buku baru, yang lama-lama kita tukar jadi baru. So, sekarang ni saya taknak awak membebel macam mak nenek. Tapi saya nak awak pilih. So, jangan bantah..!!" Dia senyum.

"Hmm.. Okeylah..!!" Dah disuruh pilih. So, pilih jelah. Ikut jelah apa big boss cakap. Selesai semua kami pun beredarlah dari kedai perabut tu.

Hati aku masih tak sedaplah, aku masih rasa ada yang mengekori kami je. Tak tenang hati ni. Naluri seorang wanita tak pernah salah. Semasa melalui deretan kedai berdekatan. Aku nampak seperti ada kelibat perempuan misteri tulah di satu tiang. Aku menoleh padanya hingga hilang dari pandangan.

"Uitt.. Tengok apa tu? Sampai pusing 360 darjah.." Faliq perasanlah pula.

" Tak adalah.." Aku senyum je. Taknaklah info dia, dia akan cakap. Itu perasaan je.

Kereta memasuki ke jalan besar, melalui trafik light dan Faliq singgah isi minyak di Petronas pula. Dia turun dan membayar kaunter dan kembali ke kereta mula isi minyak. Aku melilau mata melihat sekeliling. Bau minyak petrol menusuk ke hidung, tak suka bau ni. Busuk..!! Selesai isi minyak, Faliq masuk semula dalam kereta. Memulakan pemanduan.

"Nak singgah mana-mana tak?!" Tanyanya.

" Taklah.. Nak balik rumah. Penat..!!" Jawabku.

"Okey!! Abang cakap awak nak beli kereta ye.."

"Aha.. Minta abang uruskan.." jawabku. Faliq angguk. Kami berborak tapi fikiran aku ke perempuan tu je. Naluri aku kuat mengatakan perempuan tu ada dekat dengan aku. Kemungkinan memang betul dia ikut aku.

Entahlah.. Aku cuba abaikan perasaan itu. Kenderaan banyak petang itu. Waktu kemuncak orang balik kerja, agak sesak jugalah. Borak punya borak, entah macam mana tiba-tiba mata aku terpandang seorang wanita yang baru keluar dari sebuah kereta Mazda putih diseberang jalan. Berjalan masuk ke sebuah restoran. Haa!! Itu dia. Dah agak dah. Memang dia yang ikut aku tadi. Tetap memakai selendang hitam dan sunglasss. Berkobar-kobar aku nak kejar dia. Tapi... Alamak..!! Macam mana nak turun ni? Kenderaan banyak lalu lalang. Ah!! Peduli..!!

"Faliq.. Faliq..!! Berhenti.. Berhenti.. Cepat!!" Jerit aku minta diberhentikan kereta. Terus cuak Faliq.

" Ha?! Berhenti??  Mana boleh berhenti tengah-tengah jalan ni.." Faliq berkerut.

"Cepatlah. Buka pintu..!!" Pintaku lagi kelam- kabut.

" Mana boleh buka pintu, kenderaan banyak ni. Kenapa awak ni?! Nak pergi mana?!" Aduhai Faliq ni banyak tanyalah. Aku nak cepat ni.

" Tak payah tanya. Cepat buka pintu..!" Mata aku tetap pandang ke arah perempuan tu. Aku taknak lepaskan dia kali ni.

" Tak bolehlah. Bahaya ni..!!" Kata Faliq. Aduhh!! Masalahlah dia ni. Mujur ada lampu isyarat yang tinggg..!! Merah!! Yess!! Tanpa buang masa aku tekan lock pintu kereta. Dan tanpa hiraukan Faliq yang membebel aku terus keluar dari kereta.

"Ya Allah..!! Aliaa... Nak pergi mana?" Jerit Faliq.

" Tunggu kejab..!!" Sempat aku menjerit pada Faliq. Aku berlari dicelah-celah kenderaan yang sedang berhenti. Opss!! Selamat aku tak langgar motor yang juga mencelah-celah macam aku. Kenderaan mula bergerak, apalagi masing-masing bunyikan honlah sebab aku. Mesti mereka bengang. Alaa.. Bukan selalu pun aku buat hal macam ni. Aku angkat tangan tanda mohon maaf dan lari dengan berkaki ayam, kasut kutinggal dalam kereta. Aku berdiri di pembahagi jalan nak melintas ke seberang jalan sana pula. Lajunya kenderaan ni. Bagilah aku peluang melintas. Dahlah jejantas tak ada. Nampak clear je kenderaan. Dengan larian pecut aku terus melintas, ada juga kenderaan yang bunyikan hon. Ah!! Aku abaikan. Aduh panaslah pula tapak kaki ni. Aku lari terus ke kereta Mazda putih tersebut. Tak ada orang. Dan tanpa buang masa, aku terus meluru pula ke dalam restoran yang perempuan tu masuk tadi.

Pintu restoran kubuka. Wow!! Ni restoran ke pub. Aku main masuk je tak tengok restoran apa. Sekali memang betul lah, ini pub. Punyalah dasyat pakaian dan pengunjungnya. Seksa mata, bertambahlah dosa aku. Semua mata tertumpu pada aku. Aku cari perempuan tu tapi tak adalah pula. Dah sudah!! Mana pula dia hilang. Takkan dia menyorok kut. Atau dia perasan aku terjah ni. Aduh... !! Kantoi.

Aku keluar dari pub itu dan berlari pula menuju ke kereta tadi. Ha!! Itu perempuan tu. Cepat-cepat dia masuk dalam kereta,iya dia perasan aku. Aku pun lajulah lari nak tahan kereta tu dari terus jalan. Aku ambil keputusan berdiri ditengah jalan, mendepakan tangan dan mahu menghalang kereta perempuan tu. Pula kenderaan dari lain yang bunyikan hon lagi. Kacau je. Aku tetap berdegil. Tetap berdiri ditengah-tengah. Apa jadi pun jadilah. Punyalah nekad aku nak perempuan tu berhenti. Nak tangkap perempuan tu juga. Aku memang tak perasaan mukanya. Dia tutup mukanya dengan selendang. Perempuan tu terus memandu laju ke arah ku. Aku mengucap panjang, dan fikir ini pengakhiran hidup aku. Aku hanya pandang kereta yang semakin dekat ke tubuh badanku. Dan pandang tajam ke muka perempuan itu. Bengis. Dannn....!!

" Sayaaaannggg!!!" Tanganku ditarik kuat dan aku terjatuh ke jalan bersama Faliq.


Aduh..!! Sakitnya badan.

" Sayang.!!" Faliq terus pegang bahu aku. Mukanya sangat-sangat risau.

"Saya okey. Tak apa-apa.." Aku terus bangun dan masih mencari kereta tadi. Dah hilang dah. Terlepas lagi. Aku ketuk dahi.

" Sayang kenapa buat macam ni? Bahaya tau ..!! Bahaya!!" Faliq marah. Aku diam je. Melihatkan aku diam je. Dia tarik nafas dan menyapu muka dengan tangannya.

"Dahlah.. Jom masuk kereta.." Aku angguk. Tangan aku ditarik lembut. Mesti marah gila Faliq ni nanti. Jadi bengis mukanya. Aku senyap seribu bahasa. Taknak cakap apa-apa. Aku tahu salah aku. Tapi aku buat ni bukan suka-suka, ada sebab.

Geram betullah. Boleh terlepas. Sakit pula hati ini. Aku dah confident dah boleh tangkap perempuan tu tapi nak over confident pun tak boleh. Kecewalah akhirnya. Macam mana perempuan tu boleh perasan aku tadi. Ada yang info kut. Aduhaii..!!

Sepanjang perjalanan, Faliq langsung tak bersuara sikit pun. Senyap sunyi. Marahlah tu. Radio pun dia tak pasang. Aku pula rasa brsalah.

"Awakkk!! Marah saya yee..!!"saja aku bertanya tapi langsung dia tak jawab.

"Okeylah.. Saya diam.." kataku lagi. Tak ada respon juga. Hmm... iyalah. Memang bahaya pun sebenarnya perbuatan aku tadi. Kalau dilanggar kenderaan lain mahu koma aku. Dalam keadaan jalanraya yang sedang sibuk, kenderaan laju. Ishh!! Itu nasiblah tu aku tak dilanggar. Nasib menyebelahi aku kali ni. Buat hal lagi kau Aliaa. Hmm..

Sampai saja di rumah, Faliq terus masuk rumah. Aku mengekori dia, abang dah balik. Matilah kena marah ni. Redha jelah. Aku melangkah masuk perlahan-lahan. Faliq menyandarkan badan dan kepala. Marah lagi.

" Lewat balik?!" Tanya abang sebaik lihat kami.

"Tanyalah Aliaa ni. Kenapa lewat.." Faliq menjeling padaku. Aku mencebik.

" Adik buat hal lagi ke?!" Abang teka. Aku sengeh.

" Sorry..!! Tak sengaja.."jawabku selamba.

"Tak sengaja awak cakap. Kalau kena langgar tadi macam mana? Huh!!" Faliq menekup muka.

"Apa dia dah buat Liq.." Tanya abang lembut.
Faliq menceritakan semua kejadian tadi. Aku hanya membisu je. Bernanah telinga kena marah dengan Faliq. Betul-betul dia marah. Jarang nampak dia marah macam ni. Siapalah yang tak marah dengan kejadian tadi.

" Kenapa buat macam ni? Cuba adik cakap, adik kejar siapa sebenarnya.." Abang duduk disebelah aku. Lembut je suara abang. Tak macam Faliq, tahu marah je. Sebenarnya abang pun dah tak boleh nak marah kut. Sebelum ni aku  teruk juga kena marah dengan abang. Ni kali, Faliq pula yang marah aku teruk macam ni. Hadam jelah.

"Adik kejar perempuan yang datang tengok adik dekat hospital tempoh hari.." jawabku jujur.

" Perempuan?"

"Iya.. Perempuan yang adik cerita dekat abang tu. Dia selalu ikut adik. Bila adik kejar dan dia lari. Adik nak tahu je, siapa perempuan tu. Tak salah kan.." Abang dan Faliq berpandangan.

" Siapa cakap tak salah. Adik bertindak seorang diri. Kalau apa-apa terjadi macam mana. Macam tadi, kalau dilanggar, mati katak je tau. Nak ke? Dan kalau dia buat sesuatu dekat adik macam mana sayang. Adik tak fikir keselamatan adik ke? Kenapa taknak info abang atau Faliq.." Aku dengar je abang cakap.

"Adik info pun korang buat tak tahu je.."

" Bukan buat tak tahu dik. Tapi negara kita ada undang-undang. Kita serahkan pada pihak berkuasa. Sebab ini melibatkan keselamatan adik. Adik patut bagi keterangan pada polis. Kes Tasya langgar adik tempoh hari pun tak settle lagi sebab adik taknak bagi kerjasama. Ni  perempuan tu pula, adik kena cakap semua pada polis. Takut ada kaitan antara Tasya dan perempuan tu.." jelas abang dengan panjang lebar. Aku berdiam. Tak tahu nak jawab apa.

Memang betul apa yang abang cakapkan tu. Tapi entahlah. Aku bukan nak tunjuk hebat nak cari bukti sendiri. Tak pun. Cuma aku nak tahu siapa perempuan tu. Itu je.

"Bagi adik.. Selagi perempuan ni tak buat jahat dekat adik, buat apa nak info polis. Lainnya si Tasya tu. Dah sah-sah dia memang langgar adik. Tapi perempuan ni cuma tengok adik je lepas tu lari. So, adik nak tahulah siapa dia.."

"Yang Tasya dah sah-sah langgar awak pun.  Awak still taknak info polis..!" Kata Faliq.

Aku diam. Menunduk pandang bawah.

" Dahlah. Pergi masuk, mandi dan solat. Nanti kita makan sama. Aliq.. Makan dekat sinilah ye. Aku masak lebih ni tadi.." Kata abang. Aku angguk perlahan dan senyum tawar.

" Okey..!! Aku tumpang mandi kejab ya. Berbau dah badan ni.. " Jawab Faliq pula. Abang angguk. Dan, Faliq pun terus ke bilik tetamu yang dah jadi bilik dia kut.

"Abang.. Adik minta maaf. Adik tahu perbuatan adik tadi memang salah dan bahaya. Adik cuma nak tahu perempuan tu je. Adik tak berani cakap yang perempuan tu adalah Tasya sebab tak ada bukti lagi. Tapi dia selalu datang dalam mimpi adik. Seolah-olah macam nak info something. Tu yang adik nampak dia adik nak juga tangkap dan nak tahu kenapa. Tapi dia lari pula. Itu je abang..!" Aku jelaskan dengan panjang lebar.

" Tak apa. Abang faham dan kami cuma risau keselamatan adik. Sekarang ni abang taknak adik stress. Dah pergi masuk, mandi, solat lepas tu kita makan. Abang dah lapar ni.. Pergilah..!" Aku angguk. Sejuk hati aku dengar abang suara lembut abang.

Abang je yang faham aku. Tak macam Faliq tu, marah je. Aku terus ke bilik dan duduk sekejab. Perempuan tu masuk pub? Memang aku nampak dengan jelas dia masuk restoran tu tadi. Sebab tu aku pun terus tuju ke restoran pub tu. Dan memang aku tak tahu itu sebenarnya pub. Ini satu kemusykilan ni. Makin seronok pula permainan ni. Hmm...

Previous: Bab 159
Next: Bab 161

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.