336,398
Kategori:
Genre:
Bab 151
Tersenyum dia melihat diri sendiri. Dengan memakai baju kurung dan berselendang pink lembut. Memang cantik. Bertuah siapa yang memiliki wajah cantik itu. Dia sangat berpuashati dengan penampilannya pagi itu. Sesiapa yang melihatnya pasti akan menoleh dua tiga kali. Lagi-lagi yang melihatnya si jejaka, boleh bergetar tulang rusuk dibuatnya. Lampu tidur dan segala yang pecah subuh tadi, dibiarkan bersepah. Langsung tidak dihiraukan. Apa yang penting, plannya pagi itu pasti berjalan dengan lancar. Senyum sinis sendiri.

Dia melihat jam di handphone. Sudah masuk jam 9.00 pagi. Tak pasti sama ada Faliq sudah pergi kerja atau belum atau Faliq masih bercuti sebab menjaga Aliaa. Ah! Aliaa.. Aliaa.. Aliaa..! Tak ada orang lain lagi ke. Cetus hatinya. Geram dan sakit hati semakin memuncak. Tanpa buang masa dia mengambil handbag dan memasukan handphone ke dalam handbag nya dan terus keluar dari bilik. Jalan perlahan menuju ke dapur, mengambil satu bekas tupperware kosong dan dimasukkan ke dalam beg kertas dan  terus menuju ke pintu utama. Menyarungkan kasut tinggi bertutup. Memang persis wanita melayu terakhir. Pintu dikunci dan memulakan langkah menuju ke liff dan butang liff ditekan. Apabila pintu liff berbuka terus dia masuk. Tiada orang. Dia bernyanyi lagi. Yakin plannya akan berjaya. 

Sampai di parking kereta, dia terus jalan lenggang dan lenggok. Happy pula hatinya pagi itu. Dia terus masuk ke dalam kereta dan terus menghidupkan enjin kereta. Sebelum memandu, dia sempat melihat wajahnya sendiri di cermin pandang belakang. Senyum lagi.

" I akan pastikan semuanya berjalan lancar. Plan pertama.." yakin dan yakin. Dia terus memandu menuju ke destinasi. Ke mana? Entahlah.

Dalam perjalanan, senyuman memang tak lekang. Di satu lorong, dia ternampak gerai menjual nasi lemak dan  dia memberhentikan keretanya dibahu jalan. Jalan perlahan ke gerai tersebut.

"Iya Kak.. Nak beli nasi lemak? Kuih? Nasi kerabu? Bubur?" Sapa si penjual. Dia memberikan senyuman.

"Bagi kuih ni rm3.." Pintanya. Meminta dibungkuskan kuih Donut yang gebu itu. Si penjual memasukkannya ke dalam plastik dan kemudian beri padanya. Tasya mengambil dan membayar. Lantas, berlalu kembali ke kereta. Masuk saja ke dalam kereta, terus dia ambil bekas tupperware yang dibawanya tadi. Menyusun kuih donat satu persatu ke dalam bekas. Kemudian dimasukkan semula ke dalam beg kertas.

" Lalalalaalaaaa...!!" Bernyanyi- nyanyi. Meneruskan pemanduan. Sampai saja di tempat tujuan, dia parking kereta seperti biasa jauh sedikit dari rumah Faliq. Pintu pagar tidak bertutup. Mungkin Faliq masih ada lagi dirumah.

"Ada dialah. Mesti tak kerja.. Tak apa, i tunggu sekejab.." Tidak lama kemudian, kereta Faliq keluar dari rumah itu. Dia terus menundukkan kepala apabila Faliq melalui disebelah keretanya parking. Fuh!! Lega. Faliq dah pergi. Ke mana Faliq pergi. Dia sendiri pun tak tahu. Dia melihat kereta Faliq melalui cermin pandang belakang, apabila kereta itu hilang dari pandangan. Dengan pantas dia terus memandu menuju ke rumah Faliq. Kereta diberhentikan betul-betul dihadapan rumah. Mata meliar melihat perkarangan rumah. Kelihatan Puan Asmah sedang menyapu sampah di halaman rumah. Senyum dia lagi.

Puan Asmah berkerut melihat sebuah kereta berhenti didepan rumahnya.

"Siapa pula yang datang ni?" Kata Puan Asmah sendiri. Setia menanti si tetamu yang keluar dari kereta. Seorang wanita senyum padanya dan berjalan masuk ke perkarangan rumah itu.

"Assalammualaikum makcik..!!" Lembut suara Tasya memberi salam. Penuh kesopanan dan kesusilaan.

" Waalaikumsalam.." jawab Puan Asmah membalas senyuman. Tasya bersalam dan mencium tangan Puan Asmah.

" Ni rumah Faliq kan? Dia ada tak?!" Tanyanya lagi. Berlakon.

" Aha.. Iya ni rumah Faliq. Faliq baru je keluar pergi kedai katanya.."

"Oh  iye ke..! Ni mak Faliq ke?!"

" Ya saya. Anak ni siapa?!" Tanya Puan Asmah pula.

"Saya kawan lama Faliq. Dah lama tak jumpa dia, tu yang datang nak tanya khabar. Dia sihat ke makcik.."

" Ohh..!! Alhamdulilah.. Dia sihat walafiat. Anak ni dari mana?!"

Saya baru pindah KL ni. Sebelum ni duduk dekat Kedah. Saya kawan dia waktu belajar dulu.." jelasnya. Pandai Tasya menyusun ayat.

" Oyeke..! Makcik tak tahu pula. Sebab Faliq tak ramai kawan perempuan waktu belajar dulu. Kalau ada pun yang makcik kenal je. Maaflah ye nak, mungkin makcik lupa kut.." terang Puan Asmah. Jujur. Sengeh.

" Eh! Tak apa makcik. Faliq memang tak layan perempuan dari dulu. Perempuan je yang kejar dia.. Hehe!!" Pandai Tasya bergurau.

"Itulah.. Eh! Jemput masuk, boleh borak panjang. Sekejab lagi Faliq balik tu.. Jom..!!" Pelawa Puan Asmah. Mesra.

"Makcik.. Makcik..!! Minta maaf banyak-banyak. Saya ada meeting ni. Insha Allah, lain kali ya. Oh! Ya.. Ni ada sedikit kuih saya buat lebih pagi tadi.." Tasya memberikan beg kertas pada Puan Asmah.

"Alahai.. Susah- susah je anak ni. Terima kasihlah banyak-banyak ye..! Ajak masuk taknak pula. Boleh borak..!"

" Tak apa makcik. Ada masa nanti saya datang lagi. Nak jumpa kawan lama tu..!" Kata Tasya lemah lembut.

" Baiklah..! Nama anak apa ya? Nanti makcik bagitahu Faliq.." tanya Puan Asmah. Alamak!! Takkan nak bagitahu nama i. Habislah kantoi. Bisik hati Tasya.

"Saya Anis. Okeylah makcik. Saya minta diri dulu ya. Kirim salam dekat Faliq..!"

"Oh..!! Anis.. Baiklah. Hati-hati ya..!!" Pesan Puan Asmah. Tasya terus salam Puan Asmah dan berjalan laju ke keretanya. Kena pergi cepat sebelum Faliq balik. Kalau terserempak dengan Faliq. Habis hancur plannya. Kereta terus dipandu laju.

"Haahahaaaa... Plan pertama dah berjaya. Baik sungguh mak you Faliq. Bertuahnya i. Tak apa makcik, i akan jadi menantu you suatu hari nanti. Sayaaaang makcik. Haahahahaaaa..!!" Tasya ketawa kuat. Happy sangat. Selendang terus dibuka dan dicampak diseat sebelah. Radio dipasang kuat. Bernyanyi-nyanyi kuat mengikut rentak lagu. Bahagia hidup.

Puan Asmah meletakkan beg kertas itu diatas meja dan sambung menyapu sampah. Selesai menyapu dia menyimpan penyapu ditepi rumah. Muncul pula kereta Faliq masuk ke perkarangan. Berdiri dia menunggu si anak kesayangan keluar dari kereta.

"Ni ma.. Alang beli ikan merah, ayam, hati ayam dan sayur.."

" Banyaknya. Lauk semalam pun ada lagilah Alang.."

"Tak apa! Hari ni Alang nak masak nak hantar rumah Aliaa sikit. Mama rehat hari ni ya.." kata Faliq. Memeluk bahu mamanya.

" Okey! Hari ni mama jadi boss..!!"

"Iya Boss..!! Bungkusan apa tu ma?!" Faliq berkerut memandang beg kertas diatas meja.

"Ha ni.. Lepas Alang keluar tadi. Ada kawan Alang datang. Dia bagi kuih ni.."

"Kawan Alang? Siapa ma?" Faliq kehairanan.

" Dia kata kawan lama Alang sewaktu belajar dulu. Perempuan, cantik pula tu..!" Jelas Puan Asmah. Bertambah hairan Faliq.

"Kawan lama? Perempuan? Ish!! Alang mana ada kawan perempuan sangat ma. Sampai tahu rumah bagai. Yang tahu rumah cuma Wan dan Adil jelah.."

"Entahlah Alang. Dia cakap sebelum ni dia duduk Kedah. Baru pindah KL ni. Iyelah kan.. Kalau dia duduk Kedah, macam mana dia tahu rumah pula. Ke Alang yang lupa ni..!"

"Kedah? Macam pelik je..!" Faliq masih berfikir.

"Dahlah. Jom masuk..!" Puan Asmah berjalan ke dalam rumah.

"Kawan lama? Kedah? Ish!! Biarlah.." Faliq terus mengekori mamanya. Menuju ke dapur. Puan Asmah mengeluarkan tupperware dari dalam beg kertas. Membuka penutup tupperware itu. Beberapa ketul donat gebu didalamnya lalu disusun dalam piring. Faliq pula meletakkan lauk pauk yang dibelinya tadi kedalam besen kecil. Semangat dia mahu masak untuk kesayangannya. Mahu tunjuk bakat pada Aliaa.

" Makan ni Alang. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari..!" Kata Puan Asmah sambil menuang kopi suam ke dalam cawan.

"Taknaklah makan. Takut Alang, kut-kut dijampi ke apa.."

"Ish!! Alang ni. Ke situ pula dia.."

"Iyalah ma. Alang tak tahu siapa dia. Tiba-tiba datang mengaku kawan Alang. Siap bawa makanan lagi. Kalau dijampi dan Alang makan tak naya namanya.." selamba Faliq cakap.

"Tak baik buruk sangka. Kalau betul dia memang kawan lama Alang, macam mana? Kut-kut Alang ni yang dah lupa.."

"Hmm.. Mama ada tanya nama dia tak?!"

" Anis..!"

"Anis?! Kalau tak silap Alang lah. Ada sorang budak kelas nama Anis. Mahanis kut ha iya nama dia Mahanis. Tapi dia budak Penang bukan Kedah. Dan tak rapat pun.. Mustahil lah.." Faliq mengingati semula.

"Ha..! Mugkinlah kut. Kawan lama nak jumpa balik. Apa salahnya..!" Kata Puan Asmah.

"Hmm.. Pelik juga. Kalau betul lah dia tu Mahanis. Macam mana dia tahu rumah dan kenapa tiba-tiba pula. Ishh!! Seribu persoalan ni.."

" Hehe.. Dah sudah. Tak payah nak serabut muka tu. Cepat masak, dah lama mama tak rasa masakan Alang ni.." Puan Asmah terus tukar tajuk perbualan. Kalau fikir pasal empunya nama tu nanti. Sampai ke petanglah tak masak lauk tu.

" Baik boss!! Hahahaa.." Faliq gelak. Dia mencuci ayam, ikan dan hati ayam. Dibelinya siap potong, mudah kerja. Puan Asmah membantunya memotong sayur kacang panjang, lobak, bunga kubis dan cendawan.

" Alang nak masak apa ni?!"

" Alang nak masak sup ikan merah, kari ayam mamak dan sayur campur cendawan. Hati ayam tu nak goreng je. Simple.." Jawab Faliq.

"Sedap tu..! Apa kata, Alang jemputlah Aliaa dan Adil makan tengahari dekat sini. Papa pun balik tengahari ni, halfday katanya.." cadang Puan Asmah.

"Iyalah kan.. Boleh bincang sekali tarikh nikah. Hehe.." Faliq sengeh.

"Ha! Eloklah tu. Sekali jalan.. !" Faliq terus mengeluarkan handphone nya dari poket dan menghubungi Adil.

"Bro.. Kau buat apa?"

" Aku tengah cuci kereta ni. Kenapa?!"

" Macam ni.. Mama jemput kau dan Aliaa datang lunch kat rumah nanti.." Faliq senyum.

" Lunch ek! Okey boleh.. Nanti aku info Aliaa.."

" Alright!! Aliaa mana?!" Sempat pula dia tanya Aliaa.

"Tu ha, tengah sibuk simbah air dekat orang. Oiiii Dik.. Habislah basah.. Bertuah betul.." jerit Adil pada Aliaa.

" Cepatlah cuci tu abang, yang bergayut tu kenapa?!" Terdengar suara Aliaa di hujung talian.

" Kejablah. Ni ha Faliq call ni.. Okeylah Liq, rosak pula handphone aku ni ha disimbah. Jumpa nanti. Byee!!"

"Hahahaa.. Okey! Byee..!!" Gelak Faliq dengar gurauan adik-beradik tu. Handphone diletak diatas meja. Gelak kecil lagi.

"Dah kenapa gelak sorang-sorang. Adil datang tak?!" Tegur Puan Asmah.

" Hahahaa.. Datang ma. Happy Alang tengok Adil dan Aliaa tu. Seorang abang yang baik sangat. Kagum Alang dengan Adil tu.."

" Memang dia baik pun. Besar pengorbanan Adil tu pada Aliaa, sampai sekarang tak kahwin"

" Tulah. Dia cakap taknak kahwin selagi Aliaa tak dapat bahagia. Dia taknak adiknya hidup sendiri. Dia nak jaga Aliaa.."

" Macam tu pula. Dia dah bertunang kan." tanya Puan Asmah.

" Dah putus pun. Tapi ma jangan bagitahu Aliaa tau, Aliaa tak tahu. Adil taknak Aliaa rasa bersalah.."

" Laa iyeke? Kasihannya.. Tak apalah. Mesti ada hikmah. Alang tu, nanti dah nikah. Jagalah Aliaa baik-baik. Kasihanlah dekat sahabat tu. Dia pun nak ada keluarga. Kalau adiknya Alang sia-siakan lagi. Memang jawabnya tak kahwin sampai ke tua lah Adil.."

" Insha Allah ma. Peluang kedua ni Alang akan hargai sebaik-baiknya.." jawab Faliq lembut.

Puan Asmah hanya mengangguk. Senyum. Dia tak sabar nak anak dan bakal menantu bersatu semula. Bakal menantu kesayangan.

Dua beranak itu sibuk didapur. Berbual, bergurau sambil memasak. Seronok melihat mereka. Puan Asmah mahu buat agar-agar buah naga. Buah naga yang diberi oleh Asnida kelmarin. Bolehlah buat pencuci mulut nanti. Seronok dia, sudah lama tidak makan bersama Aliaa dan Adil. Lama tak berkumpul. Bahagia hatinya. 
Previous: Bab 150
Next: Bab 152

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.