336,471
Kategori:
Genre:
Bab 179
Seperti yang dijanjikan. Petang ni nak berdating dengan kesayangan si Faliq.  Dia dah call Aliaa dan menyuruhnya standby di depan pagar rumah. Sebenarnya Aliaa malas pun nak keluar tapi sengaja nak cuci mata, nak ambil mood, nak tengok sekeliling, nak tengok ragam orang, nak ceria-ceria bersama Faliq. Nak happy kan hati sendiri dan nak happy kan Faliq juga. Beberapa hari dah  Faliq sedih dengan tindakan gila Aliaa. Kasihan Faliq. Rasanya dah macam-macam hal yang Aliaa lakukan, tapi Faliq tetap terima Aliaa, tetap sayang Aliaa. Sebenarnya dari situ pun Aliaa boleh nampak yang Faliq memang bersungguh-sungguh nak dia semula. Baguslah. Sekurang-kurangnya, apa yang Aliaa lakukan selama ni tidak sia-sia. Inilah hikmahnya.

Aliaa berjalan perlahan menuju ke pagar. Belum sempat mahu buka pintu pagar, muncul kereta Faliq. Aliaa senyum manis menyambut kedatangan Faliq dan lebih lebar senyuman adalah senyuman si Faliq. Memang berseri saja wajahnya. Boleh tahan panas cuaca hari ni. Terik. Cepat-cepat Aliaa tutup pagar semula dan terus masuk ke dalam kereta. Tersengeh-sengeh pula Faliq pandang Aliaa.

" Saya tengok awak ni makin kuruslah sayang. Risau sangat." Kata Faliq memulakan perbualan dan meneruskan memandu.

" Kurus? Sama je kut. Masa kat hospital hari tu saya timbang, naik dua kilogram tau tak. Terkejut beruk saya..!!" Balas Aliaa.

"Iyeke?! Tapi saya tengok dah kurus. Tak apalah. Nanti kita dah duduk satu rumah, saya akan pastikan awak gemuk. Pagi petang siang malam subuh maghrib semua saya bagi awak makan. Okey?!" Aliaa menoleh pada Faliq. Berkerut senyum.

" Gemuk? Sorry..!!! Saya tak nak gemuk. Sedangkan saya kurus, cute pun ditinggalkan. Ini lagi saya gemuk, confirm dicampak je. Tak nak.. tak nak..!!" Kata Aliaa spontan.

" Alalalaa.. Gemuklah sikit baru best nak peluk. Memang lena tidur nanti kan.. kan.. Hahahaa..!" Faliq gelak kuat. Aliaa menjeling manja.

"Eee.. Kalau awak nak gemuk, sila gemuk sorang-sorang ye. Saya tak nak..!!" Faliq sambung gelak lagi. Meriah pula mereka ni, sepanjang perjalanan gelak tak sudah.

 Ni belum nikah memang gelak je manjang, jangan esok dah nikah berdiam je sudah. Cetus hati Aliaa. Ish!! Jangan bersangka buruk Aliaa oii. Positif.. Positif..!! Opss..!! Hati kecilnya mengingati.

Sampai di lokasi yang dituju, mereka jalan beriringan masuk ke dalam shopping mall. Faliq melayan saja Aliaa, keluar masuk kedai, dari tingkat satu ke tingkat satu. Sengaja jalan-jalan. Pelik juga Faliq, biasa diajak jalan Aliaa tak nak tapi kali ni dia sendiri yang nak pula. Tak beli apa pun sejak tadi. Garu kepala sendirilah Faliq.

"Sayang..! Saya nak pergi toilet kejab ya. Buat hal pula perut ni. Jangan pergi mana-mana tau..!" Kata Faliq.

"Iya..! Saya nak pilih baju kat sini..!" Jawab Aliaa yang masih fokus memilih blouse. Faliq terus berjalan. Keluar saja dari kedai itu, Faliq perasan seperti ada orang yang memerhatikannya. Bila dia menoleh belakang, ke kanan dan kiri tapi tiada orang. Lalu dia pandang ke arah dalam kedai sebelah pula terdapat dua tiga orang pelanggan yang sedang memilih pakaian. Dia rasa tak sedap hati.

Dia masuk ke dalam kedai tersebut, mahu melihat kut-kut ada yang mencurigakan. Lalu keluar semula. Berkerut sendiri. Memikirkan sesuatu. Dua hati pula jadinya, nak tinggalkan Aliaa sendirian. Dia syak si Tasya saja.

" Betul-betul tak sedap hatilah. Aduh!! Perut ni pun, time nilah nak buat hal.." dia cakap sendiri. Terus berlari anak menuju ke toilet. Kalau lambat, mahunya tercicirlah pula.

Selesai melepaskan hajat, dia kembali ke kedai pakaian tadi. Lega perut. Entah apalah yang dia makan hingga meragam perutnya. Mata meliar pandang kanan kiri. Langkahnya terhenti dan terus menoleh ke belakang. Ada lembaga mengekorinya.

" Ada orang ikut aku ni. Tasya ke? Eh!! Aliaa..!!" Terus teringat Aliaa. Dia masuk ke kedai pakaian tadi. Tapi Aliaa tidak kelihatan. Alamak!! Mana pula Aliaa pergi ni, cetus hatinya. Faliq bertanyakan pada pekerja kedai tersebut dan menurut pekerja itu Aliaa sudah keluar tadi. Dia keluar menyapu muka sendiri. Handphone di keluarkan dari poket dan menghubungi Aliaa. Beberapa kali dia menghubungi Aliaa tapi tidak dijawab. Semakin risau dia. Sudahlah dia merasai ada orang mengekorinya, dan Aliaa pula entah kemana. Dia jalan laju mencari Aliaa. Mata meliar.

Tutt... Tuttt.. Handphone berbunyi. Cepat-cepat dia keluarkannya dari poket. Mungkin Aliaa. Tekanya. Tapi bila tengok di skrin handphone, tertera nama Inspektor Adam.

" Assalammualaikum Faliq.. Aliaa ada dengan awak tak?!"

"Waalaikumsalam.. Saya dengan dia tapi tak tahu dia ke mana ni. Dia cari barang kut.." jawab Faliq. Suara Inspektor Adam serius.

"Saya call dia tak dapat. Saya baru call Adil, ada hal penting saya nak info ni..!" Kata Inspektor Adam.

" Hal penting? Hal apa tu?!"

" Macam ni.. Subuh tadi kami buat operasi untuk berkas Angel dan budak-budak dia. Hanya Pian dan budak-budaknya kami dapat tangkap tapi Angel berjaya lepaskan diri. Kami dapat info,  Angel mahu cari Aliaa.." jelas Inspektor Adam.

" Apa? Terlepas?? Nak cari Aliaa??" Terkejut beruk Faliq dengar.

" Iya..! Awak dekat mana sekarang ni?!" Tanya Inspektor Adam lagi.

Perbualan diteruskan. Serius dan serius. Semakin berdebar hati Faliq. Mendengar segala arahan Inspektor Adam dan angguk kepala tanda memahami.

" Okey, baiklah. Apa-apa nanti saya call.. Terima kasih..!" Terus talian dimatikan. Dia berlari anak mencari Aliaa lagi. Patutlah hatinya tak sedap. 

Tut.. tutt... Handphone berbunyi lagi. Kali ni, Adil pula yang call.

" Aliq..!! Inspektor Adam ada call aku tadi.."

" Iya.. Dia baru call aku juga. Dia ada info pasal Tasya.."

"Kau dengan Aliaa kan? Mana port?!"

" Aku dekat  Times Square ni.." jawab Faliq.

"Hati-hati bro. Risau aku. Apa-apa call ya..!!"

" Okey..!!" Talian dimatikan. Faliq menghubungi Aliaa lagi. Tapi tetap tak dijawab.

" Mana pula Aliaa ni.. Aduhai...!" Faliq mengeluh. Terus dia jalan mencari Aliaa. Dalam masa yang sama dia fikir juga mengenai Tasya. Tasya nak cari Aliaa? Mesti mahu lakukan sesuatu pada Aliaa. Mahu melepaskan dendam pada Aliaa. Bahaya ni. Macam-macam Tasya boleh lakukan.

" Faliq..!! " Terhenti langkahnya yang mahu menaiki esklator. Terus menoleh ke arah suara tersebut. Fuh!! Lega, sangat lega. Tersenyum Aliaa manis. Faliq menghampiri Aliaa. Tersenyum juga.

" Sayang.. Awak pergi mana? Sampai nak gila saya dibuatnya.."

" Alaa.. Sorry lah. Saya cari baju dekat kedai tu. Ni tengok, cantik tak?!" Jawab Aliaa sambil menunjukkan blouse yang baru dibelinya.

" Iya cantik. So, nak pergi mana?" Tanya Faliq.

" Hmm.. Kita cari baju Dhia ye. Ni last, lepas tu kita balik.." Aliaa sengeh.

" Okey sayang..!! Jom..!" Layankan sajalah Faliq. Mata Faliq tetap memandang sekeliling. Penuh berhati-hati. Perasaan berdebarnya masih ada lagi. Dia tidak terus beritahu Aliaa. Tak nak Aliaa risau. Dalam masa yang sama dia sedang whatsapp bersama Black.

Aliaa memilih dress untuk puteri tunggalnya. Mesti comel bila Dhia memakai dress tersebut. Warna baby blue yang nampak sweet sangat. Faliq pun berkenan. Mereka berdua ke kaunter untuk membayar. Dress dimasukkan ke dalam beg kertas oleh pekerja dan diberikan pada Aliaa. Faliq menghulurkan wang kertas berjumlah seratus ringgit pada pekerja dan pekerja memulangkan baki bersama resit bayaran. Memberi senyuman pada pekerja itu dan mereka mula melangkah keluar.

Keluar saja dari kedai tersebut. Mata Faliq boleh pula terpandang ke tingkat atas dan terpaku pada seorang wanita yang sedang memandang mereka dengan wajah yang bengis. Aliaa tidak perasan. Faliq kenal sangat wanita itu. Memang dia cari Aliaa. Jika Aliaa seorangan ketika itu, pasti dia akan lakukan sesuatu pada Aliaa. Siapa yang tak kenal Tasya. Berani lakukan apa saja janji berpuashati. Mujurlah dia temankan Aliaa.

Berdebar-debar hatinya. Tak syak lagi, memang dia mengekori Faliq dan Aliaa sejak tadi. Tapi kenapa dia munculkan diri? Atau dia sengaja. Sengaja mahu menakutkan mereka. Ish..!! Entahlah.

" Sayang.. Kita balik ya..!!" Faliq mengajak Aliaa. Aliaa mengangguk perlahan. Tangan Aliaa ditarik lembut dan dipegang erat. Faliq sempat memandang Tasya.

Eh!! Mana pula Tasya ni.

Cepatnya dia hilang. Kata hati Faliq. Dia tak nak sampai Aliaa tahu kalau boleh. Dalam keadaan kesihatan Aliaa yang masih tidak sepenuhnya sihat lagi, takut bila dia tahu lain pula jadinya nanti. Apapun terjadi, dia tetap akan lindungi Aliaa. Isteri tak lama lagi.

Sampai di parking kereta, dari jauh dia nampak ada sekeping kertas berlipat putih terselit di viper. Aduhai.. Baru nak sembunyikan daripada Aliaa tapi tak boleh juga. Faliq dan Aliaa berpandangan sesama mereka. Faliq menyuruh Aliaa masuk ke dalam kereta. Kertas putih berlipat itu diambil dan sebelum masuk ke dalam kereta Faliq memandang setiap sudut kawasan parking itu. Sunyi sepi. Lalu, terus masuk dalam kereta dan lock pintu.

"Surat apa tu?!" Tanya Aliaa ingin tahu.

" Entahlah sayang..!! Saya pun tak tahu.." jawab Faliq. Dia menghidupkan enjin kereta dan memasang aircond. Kertas lipatan itu dibuka penuh berhati-hati. Risau juga dia kut-kut diletak sesuatu.

" Sampai ke lubang cacing pun, i akan cari you Aliaa. Tunggguuuu!!!"

" Allahuakhbar..!! " Aliaa berkerut melihat Faliq. Lalu, kertas ditangan Faliq diambilnya dan dibacanya.

"Ni mesti dari Tasya kan Faliq..?!" Aliaa bertanya. Senyum sinis.

" Mungkin.."

"Bermakna Tasya ada dekat sinilah kan. Kut-kut dia ekori kita tak.." teka Aliaa.

" Mungkin..! Saya pun perasan tadi macam ada orang ikut kita tapi tak tahu siapa"  katanya.

" Tak apalah. Dia nak ugut macam ni, biarkanlah. Saya yakin dan saya percaya. Allah sentiasa bersama kita.." kata Aliaa dengan senyuman. Tenang saja.

Aliaa malas nak bebankan fikiran. Pasrah sajalah. Apapun yang Tasya mahu lakukan, biar sajalah. Tapi dia masih tak tahu yang Tasya berjaya melepaskan diri dari pihak berkuasa. Faliq nak info Aliaa tapi Adil tidak benarkan. Adil tak nak fikiran Aliaa terganggu. Sebab esok Adil mahu bawa Aliaa jumpa Doktor Raziq dan kemudian mahu berjumpa Inspektor Adam pula. Banyak urusannya esok. Faliq akur saja permintaan Adil.

Faliq ada beritahu Black mengenai Tasya yang dilihatnya di mall tadi. Tapi sekejab saja hilang sudah Tasya, betul-betul licik Tasya tu. Boleh pula dia terlepas dari pihak berkuasa. Entah ilmu apalah dipakainya.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Aliaa ceria saja. Dia saja yang membebel dan ketawa sejak tadi. Sungguh ceria hatinya petang itu. Faliq melayan saja tapi dalam masa yang sama perasaan risaunya menggunung. Takut juga kalau Tasya mengekorinya ke rumah. Mata memang kena tajam. Tak boleh terlepas pandang. Buruk padahnya. Selagi Tasya masih bebas, jangan haraplah dapat tidur lena. Lagi pula dengan surat ugutan itu. Memang Tasya akan dapatkan Aliaa juga. Fuhh!! Seram dengar.

Tutt.. Tuttt..!! Handphone Aliaa berbunyi. Dia mengeluarkan handphone dari dalam handbag.

" Iya abang.."

"Adik dekat mana ni?!"

" Nak sampai rumah dah ni. Kenapa?"

" Okey..! Balik rumah terus ya. Abang baru keluar office ni. Pesan kat Faliq tunggu abang sampai rumah. Nak jumpa dia nanti.." kata Adil lembut.

"Okey. Nanti adik info dia. Abang.. Belikan keropok lekor.." pinta Aliaa.

" Kalau ada nanti abang singgah.."

" Okey set. Byee..!!" Aliaa matikan talian dan tersenyum.

" Abang pesan, dia suruh awak tunggu dekat rumah nanti. Dia nak jumpa awak. Abang baru keluar office..!" Aliaa menyampaikan pesanan dari abangnya pada Faliq. Faliq hanya mengangguk.

" Banyaknya missed call. Abang, Encik Adam Black dan awak pun. Tak perasan pula handphone bunyi. Kenapa rasa macam huru-hara je ni. Ada yang tak kena ke Faliq?!" Aliaa merasakan sesuatu. Menoleh pada Faliq.

" Tak ada pula. Inspektor Adam call mungkin ada hal lah tu kut. Lagi pun kita kena info dia juga ni pasal surat tadi tu.." jawab Faliq.

" Iyalah kan.. Nanti malamlah info dia. Hmm.. Esok saya nak kerja. Banyak kerja tergendala. Kasihan Nina kena buat sorang.."

"Eh! Bukan esok abang awak nak bawa awak jumpa Doktor Raziq ke?!"

"Tak confirm pun. Tapi tak tahulah ni. Abang tak info apa-apa pula. Alaaa.. Lagipun kejab je kut jumpa Doktor Raziq tu. Boleh je saya keluar kejab.." balas Aliaa. Faliq hanya diam.

Faliq menoleh pada Aliaa yang sedang melayan perasan bernyanyi mengikuti rentak muzik. Tenang wajahnya. Tapi masih kelihatan pucat. Perangainya yang tetap gila-gila.

Maafkan aku sayang..!! Disebabkan kesilapan aku, kau jadi mangsa keadaan. Jadi mangsa dendam kesumat oleh kekasih gelapku dulu. Dendam hingga ke hari ini. Bertahun sudah, macam-macam kau hadapi tapi engkau tetap kuat melawan. Tidak sedikit pun gentar dihatimu sayang malah kau yang mencari segala jawapan dari persoalan. Keberanianmu amat membanggakan aku dan abangmu. Terima kasih sayang!!. Akan aku tebus segala kesilapan dan kebodohanku selama ini. Aku sayang kamu Aliaa..!! Kata hati Faliq meluahkan dalam diam.

Senyum melihat Aliaa. Berdoa dan terus berdoa. Semoga segalanya akan berakhir. Berakhir apabila tertangkapnya Tasya nanti. Harap Tasya dapat diberkas sebelum majlis nikah rujuk mereka nanti. Risau juga dia kalau Tasya masih bebas dan akan lakukan sesuatu di majlis tersebut. Fuhh!! Memang bikin panas. Hati perasaan jiwa dan segalanya merisaukan sungguh selagi si parasit masih bebas. 
Previous: Bab 178
Next: Bab 180

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.