336,442
Kategori:
Genre:
Bab 28
Di keheningan malam, aku sendirian. Mengenangkan segala pahit manis kehidupan yang ku lalui selama ini. Suka duka kehidupan di alam remaja hingga di alam perkahwinan. Pelbagai onak duri ku hadapi sendiri, ku jatuh dan ku bangkit sendiri. Hidup tak lari dari diuji dan diduga. Aku berdikari mencari kekuatan diri, aku melangkah mencari keteguhan hati. Aku terus hadapi mencari redha ilahi. Hidup aku tak sendirian. Aku sentiasa ditemani dan sentiasa bersama Allah. Iya.. Kadang aku lalai, kadang aku terlupa kehadiranNya tapi dikala aku jatuh Dialah yang memberi aku semangat. Dialah yang memberi aku kekuatan untuk terus berdiri teguh terus menempuh kehidupan yang berliku ini. Ku kuatkan hati keranaNya.

Sekarang, aku nekad. Mahu tinggalkan segala kepahitan semalam dan mahu mencari kenangan mendatang. Aku mahu bina kenangan baru yang indah dan manis. Insha Allah.

Semua barang dah standby di tepi pintu. Esok tinggal nak angkut je. Aku happy nak bina hidup baru tapi dalam masa yang sama aku sedih mahu meninggalkan dia. Sedih mahu meninggalkan suamiku. Ya.. aku sedih sangat. Dia yang pernah buat aku ceria, dia juga yang pernah buat aku bahagia dan kini aku harus tinggalkan dia. Ya Allah!! Sungguh aku sedih..!! Tapi sebenarnya siapa yang tinggalkan siapa? Entahlah.. Macam mana pun dia tetap suami aku selagi belum sah berpisah. Dia tetap aku sayang, tetap aku cintai. Bukan mudah mahu melupakan serta-merta orang yang kita sayangi dan cintai. Ambil masa dan tak tahu sampai bila harus begini. Aku tinggalkan dia bukan suka-suka. Aku pergi dan tinggalkan dia untuk dia sedar akan perbuatannya. Itu je niat aku. Manusia bila ia ada didepan mata, memang tidak akan dihargai. Tapi kemungkinan bila ia sudah tidak ada, akan rasa kehilangan.

Airmata kerinduan terus mengalir. Aku rindu saat-saat bahagia kami. Aku rindukan saat-saat kami dipisahkan oleh abang dulu. Aku rindukan saat-saat cemburunya padaku kerana Zahwan dan Encik Zack. Aku gelak sendiri. Gelak dalam tangisan kerinduan. Kerinduan yang amat sangat pada suami sendiri. Aku rindu suaranya, aku rindu renungan matanya, aku rindu gurau sendanya, rindu usikannya, aku rindu gelak tawanya yang tak ingat dunia tu. Aku rindu semuanya.  Aku rindu suami aku. Tapi aku tak mampu nak meluahkan. Aku hanya mampu melepaskan rasa rindu padanya dengan doa. Doa semoga rasa rindu ini dirasai oleh dia juga. Hanya itu yang mampu kulakukan. Dengan doa dari kejauhan. Abang. Sayang rindu abang!!

Setiap hari aku pergi kerja, aku harapkan dapat melihat wajahnya. Cukup buatku tersenyum. Walaupun dia bersama kekasih gelapnya. Tak apalah tak kisah pun, janji dapat melihat wajahnya dah cukup bagiku. Melihat dari kejauhan je. Nak kutegur, aku tidak dipedulikan. Nak bersemuka, pasti aku akan diperli dan dihina oleh kekasih gelapnya. Jadi, aku curi-curi pandang bila terserempak dengannya. Orang kata, sambil berenang minum air. Itulah caraku melepaskan sedikit kerinduan. Tapi beberapa hari ni aku tak nampak dia, tak tahu mana dia pergi. Entah sihat entah tidak. Entah makan entah tidak. Entah apa yang dia buat. Aku tak tahu. Lindungilah suamiku Ya Allah..!! Jauhkanlah dia dari perbuatan yang keji. Lindungilah dia..

Aku cuba hubungi dia tapi tak dapat. Aku ingin sangat dengar suaranya. Rindu sangat. Tapi tak dapat. Mana dia? Kenapa aku tak boleh nak hubunginya? Mesti si parasit tu pegang handphone nya. Mesti parasit tu tak bagi Faliq call aku. Memang betul-betul meroyan punya perempuan.

Abang.. Abang suami yang baik. Abang memang baik. Tapi tak tahu kenapa abang mudah sangat termakan pujuk rayu si meroyan tu. Tak tahu kenapa lemah langsung iman abang bila bersama si parasit tu. Adakah ini semua salah aku? Adakah aku yang tak pandai jaga suami?  Tapi apa yang aku telah lakukan? Apa yang aku dah buat padanya? Aku beri segalanya pada Faliq, aku lakukan segala yang dia pinta dan aku tak buat apa yang dilarang. Selama kami kahwin tak pernah dia mengeluh pun. Tapi sejak aku mengandungkan Dhia. Dia mula berubah. Kenapa? Sebab aku selalu tak sihat? Sebab aku mabuk dan sakit? Sebab dia penat urus rumah atau sebab apa?


Ampunkan aku suami. Maafkan aku. Aku tak minta semua ini terjadi. Tak pernah terlintas langsung di fikiranku. Aku perlukanmu abang. Aku perlukan kasih sayang dan cinta darimu. Berikanlah aku secebis kasih sayang dan cinta ikhlas untukmu. Sebelum mata ini tertutup rapat.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Airmata kerinduan masih lagi mengalir. Tiada lagi mawar merah untukku. Tiada lagi lagu untukku. Aku senyum lagi. Senyum dalam tangisan lagi. Mawar merah menjadi saksi cinta kami. Mawar merah lambang cintanya padaku. Setiap hari pasti mawar merah diberi padaku. Haruman mawar merah membuatkan hatiku tenang. Setenang melihat wajahnya. Yang sentiasa tersenyum. Mawar merah juga menjadi temanku dikala merinduinya. Iya.. mawar merah!!

"Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu..

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya.."

Setiap kali mendengar lagu ini. Pasti airmata jatuh ke pipi. Lagu kesukaannya. Yang dia selalu nyanyikan untukku.  Allahuakhbar..!! Sedihnyaa!! Malam ini aku dihujani airmata kenangan dan kerinduan padanya. Tersangat rindu..!! Pedihnya menahan rindu..

Abang.. !! Sayang sangat merindui abang..!!

Aku bagun dan masuk ke bilik air. Aku cuci muka. Mata naik bengkak kerana menangis dari tadi. Malam semakin pekat,tapi mataku masih tidak dapat lelap. Sukarnya pejamkan mata. Setiap kenangan bersama Faliq terbayang didepan mata. Mungkinkah dia juga merindui aku? Entahlah..

Aku melangkah semula ke katil. Melabuhkan badan ditilam empuk itu. Ku pandang ke syiling. Arhh!! Terbayang lagi wajahnya. Aku mengiringkan badan ke kanan. Terbayang dia lagi. Tiba-tiba teringat akan sesuatu. Antara yang aku tak pernah lupa dan sangat sedih. Aku taknak pun ingat tapi yang pedih itulah yang perit itulah yang selalu bermain dikelopak mata. Disaat aku sakit, aku dibiar tanpa berteman. Hanya si kecil yang tak tahu apa-apa bersamaku. Sedangkan dia berseronok bersama Tasya. Sedihnya..!!

Selepas solat maghrib, aku beri Dhia makan. Dan kemudian aku biarkan dia bermain sendirian. Badanku rasa memang tak sihat, lemah, pucat, rasa nak pitam. Biasalah penyakit aku. Mungkin sebab stress sangat kut. Dan sebab dah lama tak sakit dan tiba-tiba je sakit memang fuh!! Tak tahu nak cakap apa. Kebetulan ubat aku dah habis, jadi nak taknak aku kena tanggung sendiri. Entah macam mana, aku rebah ke lantai. Pandangan aku gelap tapi aku masih mampu mendengar dan sangat lemah. Aku buka mata, kabur je.  Dhia tengok keadaan aku, serta merta dia menangis. Kasihan Dhia. Aku tak mampu nak buat apa. Memang tak larat. Kerana tak sanggup biarkan Dhia nangis, dalam keadaan kepala yang macam nak putus, dada yang tersangat perit aku kuatkan juga paksa diriku mengesot sikit-sikit mencapai handphone diatas meja. Aku terus call Faliq. Banyak kali aku cuba call. Aku whatsapp, sms semua. Tidak berjawab. Aku kuatkan juga. Aku call lagi. Badanku dah menggigil. Pegang handphone pun tak larat. Lemah selemah-lemahnya. Akhirnya dia jawab. Lega sangat..!!

" Abang.. Tolong!! Sayang sakit, sayang tak larat abang. Tolong bawa sayang ke hospital.." kataku dengan tangisan menahan peritnya dada.

" Tak makan ubat ke?!" Selamba dia tanya.

"Ubat dah habis. Tolong abang. Dada sayang sakit sangat. Tolong abang!!"aku merayu dan merayu. Dengan anak yang menangis.

" Okey!" Terus dia matikan handphone. Perasaan aku? Hanya Allah yang tahu. Dhia masih terus menangis. Aku terus baring dilantai. Sempat aku mencapai botol susu Dhia dan beri Dhia susu. Baru Dhia senyap. Aku cuma perasan Dhia baring tanpa bantal disebelahku. Airmataku terus mengalir menahan sakitnya dada. Tercungap-cungap rasa. Dan.. aku pun tak tahu apa jadi.

Aku tersedar apabila Faliq tepuk-tepuk pipi aku. Antara sedar dan tak sedar je berkali-kali dia panggil aku.

"Ya Allah..!! Pucatnya. Sayang okey tak ni? Sayang..!!" Dia angkat aku dan bawa aku ke dalam bilik. Aku tak mampu  nak cakap, tak mampu nak buat apa. Badan masih lemah. Hanya mata je yang bergerak. Aku nampak dia angkat Dhia dan letak Dhia dikatilnya.


Faliq duduk ditepiku. Meletakan panadol dan air suam diatas meja lampu. Dia minta aku telan panadol, aku ikutkan je. Kemudian aku baring lagi.

" Abang.. Bawa sayang ke hospital. Sayang tak larat. Dada sakit sangat..!!"kataku dengan suara lemah. Tangan masih menekan dada. Airmata masih mengalir.

" Dah makan panadol ni. Sayang tidurlah. Nanti bangun mesti dah sihat.. " Ya Allah..!! Dia tak tahu betapa seksanya aku. Rasa nyawa macam dihujung tanduk je. Kenapa dia taknak bawa aku ke hospital. Aku tak larat. Doktor dah pesan, kalau aku sakit kena pergi hospital. Tapi suamiku.. huh!!

"Sayang tidurlah. Abang nak keluar. Ada hal sikit..Tidur ye..!!" Dia nak keluar juga dalam keadaan aku sakit macam ni. Tak ada apa yang boleh aku buat. Hanya menahan sakit sendiri dan menahan sakit hati. Sampainya hati dia tinggalkan aku diwaktu aku rasa sakit nak mati macam ni. Allahu..!! Dia pun terus pergi meninggalkan aku. Luluh hampa hatiku. Hidup dan mati je rasanya. Aku dibiarkan sendiri dalam kesakitan. Aku tak mampu nak buat apa. Nak bangun dan halang. Badanku lemah. Tak larat. Nak panggil merayu minta dia temankan aku tapi suara seperti tersekat. Sudahnya.. hanya mata membenarkan pemergiaannya.

Terima kasih Abang.. !! Siapalah aku dihatinya? Siapalah aku didalam hidupnya. Sampai hati dia biarkan aku sendirian menanggung kesakitan ini. Sampai hatimu meninggalkanku .. Sampainya hatimu wahai suami...!! Itulah yang aku tak pernah lupa. Ditinggalkan dikala sakit. Redha..

Airmata menjadi peneman di malam ini. Masih deras mengalir. Aku harap ini tangisan terakhir aku disini. Iya.. tangisan akhirku ..

Andaikata.. Suatu hari nanti dia kembali padaku. Biarlah dia kembali padaku kerana Allha taala. Bukan kembali kerana aku sendiri.
Dan, andai memang tiada jodoh antara kami. Biarlah dia kembali pada kedua ibu bapanya..

Aku?? Biarlah aku terus hidup dengan cara begini. Aku akan terus melangkah mencari sinar baru..! 

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.