336,726
Kategori:
Genre:
Bab 96
Malam itu, Faliq seorang saja yang menjaga Aliaa. Dalam jam 11.00 malam tadi, Adil balik ke rumah mahu membersihkan diri kemudian dia akan datang lagi. Petang tadi ramai yang datang melawat Aliaa, Puan Asmah, Encik Kamaruddin, kawan-kawan office Aliaa di KL, family Dato' Hamid dan family Datin Zita juga. Betapa bersalahnya Datin Zita pada Aliaa. Setiap kali datang, pasti airmata mengalir. Menyesal yang teramat sangat. Jika dia tahu siapa Aliaa, pasti dia izinkan hubungan Arwah Haikal dengan Aliaa dulu. Tapi semuanya sudah terlambat. Haikal sudah pun menghadap ilahi bersama rasa sayang dan cinta pada Aliaa. Sayang dan cinta yang hanya sebentar. Manakala Aliaa pula masih lagi bertarung nyawa antara hidup dan mati. Tiada siapa yang tahu, apa kesudahannya.

Faliq merenung wajah Aliaa yang pucat itu. Diteliti setiap inci wajahnya. Tangan Aliaa dipegang dan digenggam. Tiba-tiba rasa sedih teramat sangat. Inilah wajah yang amat dia kasihi dan cintai. Inilah wajah yang telah mengubah hidupnya dahulu. Inilah wajah yang yang buat dia bahagia. Inilah wajah yang pernah menjadi isterinya dan ibu kepada puteri sulungnya. Dan inilah juga wajah pernah dilukai, pernah sakiti. Inilah wajah yang masih boleh menerima dirinya walau sebagai teman tapi mesra. Inilah wajah Aliaa Sofea. Dia buang segala kesakitan dan kelukaannya demi perhubungan bersama bekas suaminya. Belum tentu orang lain boleh lakukan ini pada bekas suami tapi Aliaa dia buang segala negatif. Dia terima semua itu dengan tenang. Betapa besar pengorbanannya yang tidak pernah dia hargai dahulu. Betapa kuatnya hati Aliaa hadapi semua ini. Airmata jernih mengalir dipipinya. Satu perasaan bersalah menyelinap dalam diri.

"Aliaa.. Saya minta maaf Aliaa. Saya minta maaf. Awak jadi begini mungkin semua berpunca dari saya. Derita awak selama ni kerana saya. Ampunkanlah saya Aliaa. Saya menyesal atas perbuatan saya. Izinkanlah saya tebus semua salah silap saya. Berikanlah saya peluang. Saya akan jaga peluang ini dengan baik. Saya sayang awak Aliaa. Sayang awak sangat-sangat. Bangunlah Aliaa.. Bangunlah sayang..!! Kita mulakan hidup baru, kuatkanlah semangatmu Aliaa. Lawanlah segala kesakitanmu sayang. Bangunlah Sayang.. !! Bangunlah..!! Saya tak sanggup tengok awak macam ni. Saya tak sanggup sayang..!! Bangunlah sayang..!! Saya sayang awak..!! Hanya awak saja yang boleh buat saya bahagia. Bangunlah Aliaa.. Bangunlah..!!" Faliq menangis dan terus menangis.

" Jangan buat saya macam ni. Saya perlukan awak Aliaa. Awak kekuatan saya, awak sumber inspirasi saya. Tanpa awak hidup saya terasa kosong. Abang awak perlukan awak. Anak kita perlukan awak. Mama, papa, Mak Long, Pak Long, Angah, Along semua perlukan awak Aliaa.. Kuatkan semangatmu Sayang.. Bangunlah Sayang.. Bangunlah..!! Saya perlukan awak.. Bangunlah Aliaa...!!" Deras airmata Faliq. Bercakap dengan Aliaa. Tersedu-sedu dan tersekat-sekat suaranya menahan tangisan. Dia tahu Aliaa dengar apa yang dia cakap cuma mungkin dia tak mampu untuk bersuara. Airmata Aliaa mengalir. Faliq senyum. Setidak-tidaknya ada tindakbalas dari Aliaa.

" Aliaa.. Saya tahu awak dengar. Saya nak awak tahu, yang saya tetap sayang awak sampai syurga. Saya sayang awak Aliaa. Awak kena kuat ya, saya tahu awak kuat. Awak wanita paling kuat, awak wanita tabah. Awak boleh sayang.. Awak boleh..!!" Sambung Faliq lagi. Memberi semangat pada Aliaa. Faliq genggam tangan Aliaa. Faliq senyum lebar. Ada tindakbalas gerakkan jari Aliaa. Happynya dia.  Faliq mengesat airmata. Direnung lagi wajah Aliaa.

Pintu dikuak. Seorang jururawat masuk untuk buat pemeriksaan pada Aliaa.

" Nurse..!! Jari dia dah gerak.." Faliq memberitahu pada jururawat. Jururawat terus keluar dan memanggil Doktor Raziq. Dengan pantas Doktor Raziq meluru masuk dan terus menghampiri Aliaa. Buat pemeriksaan pada Aliaa. Faliq hanya memerhati saja.

" Abang...!!" Tiba-tiba Aliaa bersuara lemah dan perlahan. Perlahan-lahan matanya dibuka. Senyum lebar Faliq. Bersyukur ke hadrat ilahi.

"Aliaa.. Awak dah sedar.. Alhamdulilah..!!" Kata Doktor Raziq dengan senyuman dan berpandangan dengan Faliq.

Mesin bantuan pernafasan dicabut. Tekanan darah, denyutan jantung semua baik-baik sahaja. Alhamdulilah.. Semakin baik. Cuma masih dalam keadaan lemah. Aliaa pandang Faliq dan senyum.

"Terima kasih Doktor. Terima kasih sangat-sangat. Saya tak tahu nak cakap apa, Aliaa dah sedar ni saya rasa satu anugerah yang amat bermakna. Terima kasih doktor.." ucap Faliq pada Doktor Raziq. Sangat terharu. Sangat gembira. Sampai mengalir airmata. Airmata kegembiraan. Tak putus bersyukur pada Allah.

" Sama-sama. Saya hanya jalankan tugas. Semua ni Allah yang tolong. Saya keluar dulu ya. Kalau ada apa-apa nanti, panggil saja ya.." Doktor Raziq terus keluar. Faliq masih berdiri dengan senyuman. Lalu terus menghampiri Aliaa.

"Faliq.. Saya lapar. Saya nak makan..!!" Pinta Aliaa.

" Okey!! Awak nak makan apa? Ada roti je ni. Atau saya turun ke kantin kejab saya beli nasi.." kata Faliq.

" Bolehlah roti je.." Aliaa bangun dan bersandar di kepala katil dengan dibantu oleh Faliq. Faliq berikan roti pada Aliaa dan air mineral. Senyum lebar Faliq pandang Aliaa.

" Mana abang?!" Tanya Aliaa dengan mulut yang penuh.

" Oh!! Abang balik kejab. Mandi. Saya call Adil ya, nak info berita gembira ni.." Faliq terus keluarkan handphone menghubungi Adil.

"Broo.. Kau dekat mana?!"

"Aku baru gerak ni. Kenapa? Ada berlaku apa-apa ke?!" Tanya Adil cemas. Risau.

"Aliaa dah sedar ni.."

"Iyeke?! Alhamdulilah.. Syukur Ya Allah..!! Terima kasih Ya Allah..!! Jumpa kejab lagi.."

" Okey.. Hati-hati..!" Talian dimatikan. Kemudian, Faliq menghubungi Puan Asmah pula. Senyum ke telinga. Aliaa hanya memerhati. Dia terus makan. Lapar sungguh.

"Mama..!! Aliaa dah sedar.." kata Faliq ceria.

"Alhamdulilah..!! Berita sangat gembira. Dia macam mana sekarang?!" Tanya Puan Asmah. Ceria.

"Dia tengah makan roti. Sedar-sedar minta makan. Lapar katanya.." Faliq gelak kecil. Aliaa mencebik.

" Alaa kasihannya. Esok mama masakan untuk dia ya.."

"Dhia tidur dengan siapa ma? Dia ada tanya Alang dan Aliaa tak?!"

"Dia tidur dengan Angah. Dia ajar Angah melukis tau. Cantik dia lukis. Ada juga dia tanya, Angah cakap papa Dhia jaga mama sakit dekat hospital. Alhamduliah dia faham.." jelas Puan Asmah.

"Iyeke.. Hehe. Bijak Dhia tu.. Okeylah ma. Apa-apa nanti Alang call mama ye.. bye!!" Talian dimatikan. Faliq pandang Aliaa.

" Siapa ambil Dhia?!" Tanya Aliaa.

"Kak Su dan Sis Tuti. Adil belikan tiket petang tadi baru sampai.. " terang Faliq. Angguk.

"Saya rindu Dhia. Esok awak bawa Dhia datang sini ya.." pinta Aliaa. Botol mineral diberi pada Faliq. Muncul Adil dimuka pintu. Terus datang menghampiri Aliaa. Aliaa sambut Adil dengan senyuman. Terus dipeluk Aliaa. Dicium dahi adiknya. Airmata kegembiraan menitis.

"Alhamdulilah adik dah sedar. Syukur sangat..!! Happy sangat abang dikk..!" Kata Adil. Aliaa hanya senyum.

"Ni abang belikan bubur ayam. Nak makan tak?!"

" Nantilah. Adik dah makan roti. Nanti adik lapar, adik makan..!"

"Iyalah..! Abang takut sangat. Takut tak jumpa adik..!" Kata Adil. Sedih.. Aliaa senyum saja.

" Abang.. Haikal?! Haikal mana?! Haikal okey kan.." Tiba-tiba Aliaa bertanya. Berubah airmuka Adil dan Faliq. Berpandangan antara mereka. Ini yang paling berat mereka nak jawab. Faliq menyapu muka dengan tapak tangan. Aliaa pandang Adil dan kemudian pandang Faliq pula menanti jawapan.

"Abang..!! Mana Haikal. Adik nak jumpa Haikal.." pinta Aliaa pula. Aduhhh!!

"Adik..!! Dengar ni ye, adik kena banyak sabar ya sayang ya.. !" Adil memandang ke tilam. Aduh..!! Macam mana nak cakap ni.

" Sabar? Sabar kenapa? Adik nak jumpa Haikal kejab je kut..! Mama dia tak bagi adik jumpa dia lagi ke? Adik nak jumpa dia kejab je. Adik nak tengok keadaan dia. Lepas tu adik janji adik tak jumpa dia lagi dah. Boleh kan abang..!!"

"Adik.. Haikal dah tak ada dik. Adik dah meninggal dunia. Allah lebih sayangi dia..!!" Aliaa terpaku. Terdiam seribu bahasa. Memandang tepat ke dalam anak mata Adil.

"Haikal... Haikal dah tak ada? Haikal dah meninggal dunia? Apa.. apa abang cakap ni. Abang tipu adik kan? Abang saja tak bagi adik jumpa dia kan. Ha abang?!


Faliq.. Abang tipu saya kan Faliq kan.." mata Aliaa mula berkaca.

"Abang tak tipu dik. Abang cakap betul. Haikal dah meninggal dunia. Dia dah tak ada lagi didunia ni sayang.. Tak ada..!" Makin deras airmata Aliaa.

" Allahuakhbar..!! Kenapa Haikal tinggalkan adik. Adik nak jumpa dia..!" Adil terus peluk Aliaa. Aliaa nangis semahu-mahunya didalam pelukan si abang. Suasana sangat sedih. Hanya esakan tangis Aliaa saja yang kedengaran.

" Sabar sayang.. Allah lebih menyayangi dia.."

"Dia baik.. Kenapa dia pergi cepat sangat abang.."

"Adik.. Orang yang baik itu yang Allah sayang. Doakan dia. Semoga dia diletakkan di dalam golongan orang yang beriman.." sambung Adil lagi.

" Adik nak jumpa dia. Abang bawa adik jumpa dia ya.. Abang please!!"

"Jangan macam ni sayang..!! Haikal dah tak ada.. Adik kena terima semua ni. Adik kena kuat.." Tersedu-sedu Aliaa menangis. Aliaa melepaskan pelukan Adil. Mengesat airmata.

"Bila dia pergi abang.." tanya Aliaa perlahan.

" Empat hari lepas.."

" Adik tak dapat tengok muka dia buat kali terakhir.." mengalir lagi airmatanya.

"Adik.. Abang nak adik kuat. Adik baru je sedar. Abang taknak adik sakit lagi. Sebelum Haikal pergi, dia ada pesan dekat adik kan. Supaya jaga kesihatan, makan ubat, jaga diri. Adik ingat tak?!" Aliaa angguk-anggukkan kepala.

" Insha Allah abang. Adik akan ingat pesanan dia.." Adil senyum dan kesat airmata Aliaa. Dia tahu hati dan perasaan adiknya. Memang sangat sakit bila kehilangan orang yang rapat dengan kita yang menyayangi kita dan yang kita sayangi. Hanya Allah saja yang tahu.

" Banyak-banyak bersabar sayang.. Sedekahkan al fatihah untuknya." Aliaa mengangguk perlahan. Lalu, menyembamkan muka lagi didada Adil. Tersedu-sedu Aliaa. Sangat sedih. Tiada lagi senyuman dari Haikal. Tiada lagi suara lembut Haikal. Tiada lagi personal doktor, yang selalu ingatkannya supaya makan ubat. Tiada lagi bestfriends forever. Semuanya hanya tinggal kenangan. Kenangan bersama Haikal adalah kenangan yang paling berharga.

Pasti Aliaa akan merinduinya. Pasti akan terbayang-bayang wajahnya di kelopak mata. Haikal pergi bersama kasih sayangnya. Sempat Aliaa mengaku sayang padanya sewaktu jumpa di Tasik Shah Alam tempoh hari. Itu dah cukup buat Haikal bahagia. Itulah pertama dan terakhir Aliaa mengaku sayang padanya. Rasa sayang ditentang oleh mama Haikal. Tapi Haikal tahu Aliaa juga menyayanginya cuma tidak terluah. Betapa sucinya kasih sayang dan cinta Haikal pada Aliaa. Apa yang Haikal cakapkan itu dah terbukti. Kasih sayang dan cintanya pada Aliaa hingga hujung nyawanya. Allahuakhbar..!!


Previous: Bab 95
Next: Bab 97

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.