336,414
Kategori:
Genre:
Bab 104
Alamakkk!!! Terlewat bangun. Biar betul..!! Aku gosok-gosok mata, berkali-kali tengok jam di dinding. Ha?! 9.40pagi???  Ini bukan sikit punya terlewat ni. Kenapa abang tak kejutkan aku, apalah abang ni. Aku pun kesedapan tidur pula, mentang-mentanglah tak boleh solat. Apa kena aku hari ini. Aduh!! Masalah betul lah. Nilah akibatnya bila Sis Tuti dan Dhia tak ada. Rumah sunyi sepi, kalau tak awal pagi lagi dah kecoh dengan suara si kecil. Betul-betul aku ambil kesempatan ye ketiadaan mereka. Huhu..!!

Kelam kabut aku bersiap. Memghadap cermin pakai tudung bawal. Terfikir pula, rasanya pagi ni tak ada buat apa kut. Petang nanti ada meeting dengan bahagian kewangan. Iyelah!! Pagi ni kan aku free, hmm.. Buat apa nak kelam kabut. Hahaha!! Aku gelak sendiri. Lawak pepagi. Aku kembali menghadap cermin.

" Apalah kau ni Aliaa. Orang kata kalau tidur lepas asar tu jadi gila sekejab. Yang kau, bangun pagi terrrrlewat pun jadi gila. Tulah.. Lain kali jangan cakap si Faliq tu gila. Kau pun sama gila juga. Dua-dua gila, dua-dua gila-gila. Memang cunlah tu.. Hahaahahahaaa!!" Aku sambung gelak lagi. Ketawakan diri sendiri.

Aku ambil handbag dan handphone. Terus menuju ke ruang tamu. Letak handbag di sofa dan ke dapur. Ada roti bakar dan jem kaya je atas meja. Abanglah ni makan kut tadi. Aku tuang air suam dalam gelas dan duduk dimeja. Ambil roti bakar dan sapu kaya. Masuk dalam mulut dan makan. Kunyah perlahan-lahan. Handphone ku ambil. Baca whatsapp dulu. Wajib!

" Dik.. Nanti breakfast dekat office lah ye. Abang tak sempat buat breakfast. Terlambat bangun. Abang kejutkan adik tapi adik tak bangun. Soo, abang tinggal jelah.. byee!"

Oh! Abang ada kejut rupanya. Aku jelah yang tak sedar. Nasib, abang pun terlewat bangun juga. Ni penangan nasi arab lah ni.

" Oii beb..!! Mana kau ni. Hari ni aku datang awal. Kau pula lambat. Hari ni aku nak belanja lunch, jangan lewat sangat masuk office. Ceeepat!!" Hahahaa!! Sorrylah Naim. Murah rezeki aku, ada je orang nak belanja makan. Jimat duit!.

Eh!! Kenapa si Faliq ni tak whatsapp aku pula. Biasa dialah yang paling awal whatsapp aku. Aku berkerut. Merajuk lagi kut. Hmm.. Faliq.. Faliq..!! Mengalahkan Dhia pula. Anak daranya pun tak kuat merajuk macam dia. Seronoklah Faliq dapat main dengan Dhia. Entah apalah aktiviti Dhia pagi ni. Mesti seronok sangat dia ada kawan. Alahai si anak, rindunya mama dekat kamu!!

Aku terus buat panggilan. Call mamalah, tanya Dhia.

"Assalammualaikum mama..!!"

" Waalaikumsalam.."

"Mama buat apa ni? Busy ke?!"

" Taklah. Ni tengah melayan cucu-cucu ni.."

" Dhia buat apa ma?"

"Ada ni tengah main bola dengan Adam dan Ika. Aliaa dekat office ke ni?!"

" Masih dekat rumah. Nak pergi kerjalah ni. Terlambat bangun. Hehe..!"

"Hmm.. Faliq pun terlambat bangun juga, subuh tadi Dhia yang kejutkan. Lepas tu sambung tidur sampai jam 8.00pagi. Itupun Dhia juga yang kejutkan..!" Kata mama.

" Yeke?! Hahaha.. "

" Iye..! Aliaa.. Bole tak kalau mama hantar Dhia Ahad ni. Sebab Adam dan Ika balik Ahad ni. Along cakap esok nak bawa Dhia picnic ke Port Dickson. Nak bermalam dekat sana.." pinta mama.

" Berapa malam?!"

" Katanya dua malam. Tapi tak pasti lagi. Tengok pada keizinan Aliaa. Macam mana?!" Tanya mama.

"Siapa je pergi ma?!"

" Along sekeluarga, mama dan papa. Faliq tak tahu nak ikut ke tak. Tak bagitahu dia lagi ni. Tapi kalau Aliaa dan Adil nak ikut pun boleh juga. Lagi best ramai-ramai.."

"Tak bolehlah ma. Kerja kan. Lagipun Sabtu ni Naim nak kahwin, nak pergi majlis kahwin dia. Okeylah, kalau mama pergi bolehlah Dhia ikut. Nanti malam Aliaa hantar baju Dhia lagi.."

" Okey.. Terima kasih sayang..!! Eh! Tak payah hantar baju Dhia, semalam Along dan Abang Long bawa Dhia shopping baju baru. Cukup sangat dah tu.."

" Shopping? Alahai.. Segannya Aliaa..!"

" Ish!! Nak segan buat apa, bukan orang lain pun. Satu-satunya anak saudara diaorang ni. Sayang betul Abang Long dengan Dhia ni. Dah macam anaknya sendiri tau..!!" Terang mama. Aku senyum.

" Baiklah ma. Nanti sampaikan salam Aliaa dekat Along dan Abang Long dan cakap terima kasih ya.."

"Insha Allah.. Aliaa janganlah risau ya. Lagipun Faliq kan ada.."

" Iya mama. Okeylah mama.. Aliaa nak pergi kerja ya. Kirim salam dekat Dhia ya ma. Assalammualaikum..!"

" Insha Allah. Jaga diri baik-baik ya. Waalaikumsalam.." Talian aku matikan. Aku senyum happy. Alhamdulilah, mereka layan Dhia dengan baik sekali. Keluarga Faliq layan aku tetap baik, tetap sayang aku. Harapan mereka pun besar sebenarnya nak aku bersatu semula dengan Faliq. Kadang aku terfikir, perlukah aku terima Faliq semula? Patutlah aku bina kehidupan baru dengannya semula? Entahlah. Tiada jawapan.

Aku terus ambil handbag dan keluar. Mula memandu ke office. Hari ni Naim last kerja, esok dia dah start cuti kahwin. Cuti dua minggu je. Dia cakap tak boleh cuti lama-lama. Entah apa yang tak boleh pun tak tahulah dia. Belum kahwin memanglah cakap tak boleh cuti lama-lama, alasan komitmen kerja. Esok dah cuti lama, confirm tambah cuti lagi. Mood kahwinlah katakan. Hahahaa!!

Sampai je di lobi, aku jalan perlahan-lahan. Boleh tahan panas terik jugalah hari ni. Jalan punya jalan, tiba-tiba rasa pening pula kepala ni, kabur sikit pandangan. Dah sudah! Dia datang balik dah!! Jangan buat hal. Dah lama tak sakit ni, ni kalau sekali dah sakit pasti akan kerap. Aduhai.. Tak boleh jadi ni. Nak kena jumpa Doktor Raziq. Rindu Doktor Raziq kut. Hehehe!!

" Aliaa... Aliaa..!! Tunggu... Tungguuuuuuuu!!" Menjerit-jerit Tasya ni panggil aku dah kenapa pula. Seksa betul aku tengok pakaian dia ni. Aku berhenti di tempat redup, terus sihat kepala aku ni jadinya.

" Dah macam orang tak betul je awak ni. Kenapa?!" Tegurku selamba.

"Mana Faliq?!" Aku berkerut.

" Awak ada nampak tak saya dengan dia sekarang ni? Tak ada kan.. So, i don't know..!"
Pelik. Apasal tanya aku, ingat aku bodyguard Faliq.

" Memangla tak. Tapi mestilah you tahu kan. Dah you all 24jam berkepit je.. " Katanya buat muka bosan.

" Sekarang awak nampak saya berkepit dengan dia tak? Tak kan.. So, i don't know..!" Aku ulang lagi. Kalau dia tanya lagi maknanya dia ni memang tak faham bahasa.

" Belagaknya you kan. I tanya elok-elok kut..!" Dia jeling aku.

" Saya rasa saya jawab yang betul. Ada salah ke? Atau awak yang tak faham bahasa kut..!" Balasku selamba. Aku sinis padanya.

"Hmm.. Eh you.. Macam mana you boleh pikat Faliq semula. Sedangkan dulu dia benci you sangat-sangat tau. Dan dia sayang i sangat-sangat. You ada guna-gunakan dia ye. Bomoh mana you jumpa?" Amboi mulut parasit ni. Kalaulah ada cili sekarang ni, kan best!!

" Ada. Memang saya ada guna-gunakan dia.." jawabku selamba.

" Ha?? Biar betul. Perempuan solehah konon macam you ni pun pandai main bomoh. Tak patut...!! Bomoh mana you guna, bomoh siam ke?" Ceh!! Buat muka terkejut konon.

" Nak tahu tak cara guna-guna apa saya guna?" Aku sengaja. Senyum.

" Boleh ke share. Sharelah. Macam best je.!!" Excited pula dia. Ni mesti dia lebih arif bab bomoh kut. Ishh!! Astagfirullah Al Azim aku ni. Tak baik!

" Saya tak keluarkan duit sesen pun. Tak payah membazir bagi dekat bomoh bagai. Dan saya tak mainlah bomoh-bomoh ni. Tak guna tu semua.  Free je.." kataku lagi.

"Ish!! Jangan nak mengarutlah Aliaa. Mana ada bomoh yang tak kena bayar. I ni dah puaslah. Habis duit i tau semata-mata untuk Faliq, nak Faliq terus dengan i tapi hmm.. Tak jalan! Yang jalan dia ke you juga. Hmm.."  Ha??  Tengok!! Pandai tak aku psiko parasit ni. Ooo patutlah bekas laki aku ni tunduk dekat kau, jadi bodoh sebab kau. Alkisahnya.. Pandai-pandai Tasya ni tersimpan bodohnya juga sampai terlepas cakap.

" Awak bomohkan Faliq? Astagfirullah Al Azim.."

"Alamak! Kantoii!! Hmm.. Ceritalah macam mana?"

" Okey.. Tapi saya penatlah. Jom duduk kejab. Saya cerita semua.." Tasya mengangguk. Aku jalan terus ke kerusi tepi pasu besar. Dia mengekori dan duduk disebelahku.

" So..?!"

"Senang je Tasya. Solat jangan tinggal. Lepas solat banyak-banyak berdoa mohon pada Allah, baca quran. Berdoa.. Berdoa dan berdoa pada Allah. Tak putus. Solat sunat. Itulah cara saya. Simple kan.. Tak perlu buang masa tak perlu buang duit jumpa bomoh,." aku jelaskan sikit padanya.

Aku senyum. Airmuka dia berubah.

"You perli i?! I tahulah i ni tak solat, jahat. Tak payahlah nak perli-perli.."  Uit pandai marah pula.

" Aik!! Bila masa saya perli. Dah awak tanya, saya jawablah. Dah memang itu yang saya buat. Pelik juga awak ni kan. Hmm...!!" Aku menggeleng. Entah kenapalah aku boleh buang masa berbual dengan parasit ni pun tak tahulah.

" Eleh.. You yang bajet solehah ni pun tengok, Faliq tinggalkan you juga. Tak pasal-pasal jadi janda sebab i.. Hahaha!!" Amboii gelak sakan kau ye.

" Hahahaa.. Lawaknya..!! Tapi cuba awak tengok. Walaupun kami dah berpisah, macam mana hubungan kami? Still baik, still boleh sweet and sweet, still perlukan satu antara satu sama lain, still bahagia. Sebab salah satu faktor dalam hati Faliq tu hanya ada saya je. Macam mana pun awak cuba pisahkan sebenarnya awak makin mendekatkan saya pada Faliq. Kan saya ni cinta Faliq sampai ke syurga. Doa dia dan doa saya bersatu, jadi ikatan tetap bertahan walaupun sebagai sahabat dan tak mustahil akan kembali menjadi suami isteri yang sah. Kan?! Allah Maha Besar, Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Bukan bergantung pada bomoh untuk cari bahagia. Kurafat dan syirik. Berdosa besar tau. Dimukai dan akan dapat azab dari Allah. Takutnya saya... Bertaubatlah sebelum terlambat.. Allah Maha Pengampun. Okey Cik Tasya. Faham?!." Aku tanya dan senyum.

" Tak payah nak ajar i lah. I tahu semua tu. Ingat i ni jahil sangat ke. Ish!!! Nanti-nantilah i taubat..!!" Aku geleng kepala.

" Hmm.. Sukahati awaklah. Mati tu tak tunggu awak untuk taubat dulu, bila-bila je boleh mati. Sekarang ni pun kalau dah sampai ajal awak Allah tarik. Rasa-rasanya sempat ke nak bertaubat?! Okeylah.. Dari layan awak ni lebih baik saya naik office, sejuk sikit.. Byee. Taubatlah sebelum terrrrlambat..!" Kataku mengakhiri perbualan. Dan bangun mahu meninggalkan Tasya yang masih duduk. Muka relax je dia ni tak rasa terkesan kut. Hmm..!!

" Sayang tunggu kejab..!!" Eh!! Faliq muncul lah pula. Sekarang ni dia panggil Sayang tu pada aku atau Tasya. Tasya terus berdiri disebelah aku. Aku dan Tasya pandang ke arah Faliq yang tersenyum.

"Haiii Sayang..!! Dari tadi i tunggu you tau...!!" Amboii gediknya Tasya. Terus menghulurkan tangan ke arah Faliq. Dan melangkah ke hadapan aku. Nak sweet-sweet kut dia dengan Faliq. Faliq dengan selamba terus menuju ke arah aku dan abaikan Tasya, lalu hulurkan setangkai mawar merah untuk aku. Berdiri rapat dihadapan aku. Aku pandang Tasya dan senyum. Sebenarnya nak gelak tapi tahankan je. Muka Tasya. Fuhh!! Berubah merah menyala. Berdengus dia. Menjeling tajam padaku.

" For you Sayang..!! Special for you.. !! Love you so much..!!" Jahat juga Faliq ni. Hahaha!! Sengaja dia cakap kuat-kuat pada aku bagi Tasya dengar. Semakin terbakarlah si Tasya.

" Thank you..!!" Aku pun melayan juga. Lakonan semata-mata. Kikiki..!!

" Okey Tasya. Saya naik dulu. Byee!!" Kataku sebelum berjalan bersama Faliq meninggalkan Tasya yang masih menyala itu. Mesti menyirap, membandung, mengopi lah hati Tasya tu. Sorry ye Cik Parasit. Bukan salah saya tapi salah kamu.

" Kasihan Tasya tu..!" Aku sengaja.

" Buat apa kasihan?!"

" Dia dah excited dah ingat awak nak bagi bunga ni dekat dia dan nak peluk dia tau. Alih-alih ke saya pula.."

" Ish!! Dari saya peluk dia. Lebih baik saya  dukung awak bawa terus pergi pejabat agama, jumpa tok kadi. Lagi bagus. Dah sah je baru boleh peluk-peluk awak. Kan.. kan...!!" Aku membeliakkan mata. Dia melirik manja konon. Ciss!!

"Ke situ pula dia. Gatal, miangnya .."

" Aduh.. sakitlah.." kan kena cubitan hampir maut dari aku. Padan muka.

" Padan muka. Eh!! Dah tak merajuk yee!! Baru perasanlah.. Hehehe!!" Aku perli. Kami menaiki liff. Tak ada orang langsung.

" Mana ada merajuk.." Faliq menafikan.

"Macamlah saya tak tahu. Sorrylah ye, saya tak  kuasa nak memujuk. Nak merajuk?! Silakan.."kataku.

" Sampainya hati. Saya mana boleh merajuk lama-lama. Nanti awak sukalah saya tak kacau awak. Bolehlah awak layan si Shah tu kan.." Nada cemburu tu. Hahaha!!


" Eleh.. Jelous!! Eh! Awak ingatkan saya pada Shah lah. Thanks Faliq. Nanti saya nak call abang nak tanya abang dah bagi nombor saya ke belum dekat Shah. Takut abang lupa pula.." aku sengaja menyakat. Pintu liff terbuka. Aku keluar dan diekori Faliq. Boleh pula kami sambung berbual didepan office aku. Dah kenapa pula rasa sweet-sweet ni. Hahahaa!!

"Aliaa..!! Janganlah buat saya macam ni. Sedih saya..!!" Alahaiii.. Buat muka sedih pula dia. Ini muka minta simpati atau muka minta di belasah.

"Alalaaaaa.. Sedih ye!! Tak payah nak sedih sangatlah. Buruk rupa tu. Kata hensem?!"

"Memanglah hensem. Awak sayang saya tak?!" Pantang cakap hensem terus tak jadi merajuk.

"Okeylah ye. Tak perasan pula dah sampai depan office. Saya masuk dulu ya. Bye..!!" Aku senyum. Tak jawab.

" Iyalah sayang!! Byee..!!" Faliq mengenyitkan mata padaku. Aku senyum je dan terus melangkah masuk dalam office.

Aku senyum dan senyum. Macam-macam hal. Aku terus masuk ke dalam bilik. Meletakkan handbag, handphone dan bunga yang diberi Faliq tadi di atas meja. Aku duduk bersandar. Tersenyum lagi. Bunga ku ambil. Ini mesti bunga dari rumah mama ni. Harumannya aku dah kenal dah. Hai lah Tasya, rupanya kau bomohkan Faliq ya. Kasihan Faliq jadi mangsa, sampai tersesat wahai Faliq. Rasanya kalau Tasya tak panggil aku tadi, sampai bila-bila pun aku tak tahu dia guna-gunakan Faliq dulu. Patutlah macam orang bodoh je Faliq. Allahuakhbar..!! Mujur tersedar dari pukauan bomoh tu. Allah sayang kau Faliq. Alhamdulilah, syukur sangat!

Aku pun entah macam mana boleh terjebak tadi. Niat aku nak bagi kesedaranlah dekat si Tasya. Manalah tahu dari apa yang aku cakapkan akan buat dia insaf ke. Tak ada pun terfikir pasal bomoh-bomoh ni bagai. Tapi itulah, perancangan Allah memang terbaik. Sekelip mata je Tasya boleh buka mulut cerita pasal bomohkan Faliq. Dengan muka selamba dan tak bersalah pula tu. Sekarang ni aku nak info Faliq atau tak ye. Hmm.. Kena info juga ni, supaya Faliq boleh berhati-hati bila bertemu Tasya. Takut macam-macam lagi dibuatnya.

Ya Allah..!! Lindungilah kami dari orang-orang yang mengekutukanMu Ya Allah. Lindungilah kami dari azab api neraka dan lindungilah kami dari ancaman sihir mereka yang ingin membinasakan kami. Kami berlindung sepenuhnya kepadaMu Ya Allah!! Aaminn..

Doaku sebelum memulakan kerja. Faliq oh Faliq!! 

Previous: Bab 103
Next: Bab 105

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.