336,395
Kategori:
Genre:
Bab 71
Disebabkan hari ini Haikal masuk office petang. Jadi, aku kena cover semua kerja pagi ini. Tak ada buat apa pun, check report je. Pagi tadi sebelum pergi kerja, aku dah siap-siap sarapan dirumah. Sis Tuti masak spagetti cabonara. Permintaan si kecil. Dah pandai meminta dah Dhia, selera boleh tahan si kecil selera western. Ikut selera aku. Nasiblah anak. Hehe!!

Appointment dengan Encik Andy dan Faliq selepas lunch nanti. Itu aku tak tahu sangat sebab Haikal yang atur semua. Dan, aku pun tak tahu Faliq tahu ke tak. Pandailah Haikal tu nanti.

Haikal.. Haikal.. !! Tersenyum pula aku sendiri bila teringat dia. Aku pun tak tahu macam mana boleh rapat dengan dia sampai sekarang. Tak pernah terfikir pun sebenarnya. Sekelip mata je rasanya. Masuk kerja semula terus Dato' Hamid offer jawatan yang tak pernah terfikir sikitpun akan aku pegang. Dan berkerjasama dengan Haikal di Sabah ni pula.  Yang pelik, jawatan aku lebih tinggi dari Haikal. Sedangkan dia adalah yang paling layak. Tapi entah kenapa dia nak juga aku. Rupanya Ada alasan sendiri.

Semasa dia hantar kami petang semalam. Aku dan dia berbual di halaman rumah. Duduk bersantai di kerusi kayu. Memujuk akulah apalagi. Serba salah jugalah dia, bila aku tahu status dia sebenar. Nak rahsia sangat. Geram pula aku. Sengaja aku merajuk bagai.

" Saya minta maaf okey! Saya memang nak bagitahu awak tapi tunggu masa yang sesuai. Saya tak ada niat pun nak tipu awak. Lagipun bagi saya, kerja office adalah office. Doktor adalah doktor. Saya taknak campur adukkan dan kalau boleh saya taknak orang tahu. Sebab tu saya guna nama pun lain-lain.." jelasnya. Aku mendengar je. Lembut suaranya.

" Saya tak suka nak cerita status saya. Kawan-kawan saya pun tak tahu. Ahli keluarga pun ramai tak tahu. Yang tahu saya businessman tapi tak tahu saya doktor. Dan, yang tahu saya doktor tapi tak tahu saya businessman. Lagipun, doktor ni part time je." sambungnya lagi. Selama aku kenal dia pun, memang dia tak pernah cerita apa-apa pasal diri dia. Haikal ni pendiam, tak banyak cakap. Mungkin sifat dia beginilah dia tak suka nak dedahkan siapa dia kut.

" Tapi kenapa awak buat dua kerja dalam satu masa. Macam tamak je..!!" Selambaku cakap.

" Hahaha...!!" Haikal gelak.

"Bukan tamak tapi ada alasan sendiri.." sambungnya. Senyum.

" Alasan apa?!"

" Sepatutnya jawatan ni, papa nak bagi dekat adik saya. Tapi lepas dia kahwin, dia ikut suami dia pindah. Papa nak tutup je company ni tapi saya sayang sebab dah maju.." katanya. Menghirup teh o panas.

" Kenapa nak tutup?! Habis Dato'?"

"Papa saya tiba-tiba jatuh sakit dan ada sikit problem. Tak ada siapa nak handle. Papa sayang company ni,jadi saya fikir dan bincang dengan uncle. Alhamdulilah, Uncle setuju share dengan saya. So, saya ambil alih tugas papa dan saya kena uruskan."

" Sebelum awak ambil alih company ni awak still doktor??"

"Iya.. Saya memang berkhidmat sepenuhnya dekat sini lama dah. Tapi terpaksa stop dan part time sampai sekarang.." aku angguk-angguk kepala.

" Kenapa tak stop terus doktor!"

"Mana boleh. Cita-cita saya doktor. Dah tercapai dah pun. Walaupun sekarang part time je tapi still dapat tolong orang.."

" Awak korbankan cita-cita awak sebagai doktor dan ceburi bidang businessman pula?"

" Hmm.. Tapi taklah korbankan pun sebab still berkhidmat lagi. Cuma tak sepenuhnya. Dan, company ni kira business family lah. Takkan nak tutup. Tak mungkin..!!"

" Betul juga kan.." Haikal senyum.

" So, Jelas tak? Nak merajuk lagi tak?!" Aku pandang Haikal dan senyum.

"Tak..!! Sorry tau..!! Iyalah bukan apa. Saya rasa macam ditipu pula. Awak nak rahsia bagai. Saya pantang orang menipu saya, sekali menipu memang saya jenis takkan percaya lagi dah.." kataku. Pun menjelaskan juga.

"Iya.. Saya tahu dan saya faham.."

" Hmm.. Harris Haikal. Doktor Harris dan Encik Haikal. Doktor vs Businessman. Dua watak dan perwatakan yang berbeza. Hebat awak ni..!!"

"Tak ada apa yang hebat pun Aliaa. Saya pun orang biasa je. Cuma niat saya, doktor untuk bantu orang sakit, nak selamatkan nyawa orang. Dan, business ni untuk family saya.


Siapa lagi nak tolong orang sakit kalau tak doktor. Dan, siapa lagi nak tolong family saya kalau tak saya. Dua- dua dibawah tanggungjawab saya. Tanggungjawab pada pesakit dan tangungjawab pada family. Saya anak sulung, adik pula sorang je. Dah kahwin pula tu. Papa sakit. Jadi, sayalah.." terangnya lagi.

"Apapun, saya minta maaf ya Haikal. Saya tak tahu.. Sorry!!"aku mohon maaf. Aku pula yang rasa bersalah.

" Hehe.. Tak apalah. Saya pun salah juga, tak terus-terang pada awak..."

" Baru saya faham sekarang. Kenapa awak taknak pegang jawatan saya ni.."

" Itulah sebabnya. Kalau saya pegang jawatan awak ni, dah tentu saya takkan dapat bahagikan masa. Nak fikir office nak fikir pesakit lagi. Sebab tu saya minta uncle bagi jawatan ni pada awak. Lagipun, awak orang kepercayaan uncle. Saya tak kisah pasal jawatan ni. Saya percaya pada awak. Dann.. awak pernah tanya saya. Kenapa tak kahwin kan. Inilah juga sebabnya. Bila masa nak cari kekasih, 24jam busy je. Kalau ada kekasih pun confirm lari.." Hahahaha.. Aku gelak kuat.

" Tapi takkan tak kahwin kut. Umur bukan muda lagi. Rugi tau kahwin lambat.."kataku. Saja nak tahu apa jawapan dia.

" Ada sebab juga saya tak kahwin lagi. Mungkin kerana niat. Dan mungkin Allah nak bagi saya pahala lebih sebab tolong orang sakit dan tolong family saya. Kan?!" Aku senyum. Mulianya hati Haikal. Terharu pula aku dengar.

"Memang betul. Tapi awak kena kahwin juga. Takkan nak membujang sampai ke tua.."

" Kalau macam tu, awak jelah kahwin dengan saya. Awak dah tahu saya,dah tahu tugas saya, dah tahu kesibukkan saya kan. Macam mana okey?!" Dah pula. Pandai betul spiko dia ni.

" Amboii..!! Tak payah nak psiko saya ye.." aku jeling bergurau. Haikal gelak. Aku tahu hati Haikal. Memang kalau boleh dia nak tunggu aku pun. Dah berapa kali dah dia luah. Tapi.. hmm.. No komen!!

" Dengan ini, saya Doktor Harris dengan seikhlas hati sepenuh jiwa raga akan menjadi personal doktor kepada Aliaa Sofea. Jadi, segala nasihat dari saya, anda kena patuhi sepenuhnya. Faham?!" Amboiii.. Berikrar lagi. Hahahaa...

"Hahaahaa!! Personal doktor ya. Takut pula saya dengar. Ni nak kena bayar berapa ni wahai Doktor Harris.." aku gelak.

" Hahahaa.. Tak mahal pun. Bayaran murah je. Bayar dengan hati awak. Boleh?!" Boleh tahan juga ayat dia ni.

" Wowwww!! Mahal tu. Tak mampu pula nak bayar. Tak apa, nanti Doktor bedahlah dada saya ni, ambil hati saya ni buat bayaran ya ataupun dermakan pada yang memerlukan. Okey!!" Hahahaha.. Kami gelak bersama.

Hahaha.. Aku geleng kepala dan gelak sendiri. Masih ada lagi orang semulia Haikal. Hanya Allah je yang dapat balas jasa baik awak Haikal. Kataku sendiri. Aku meneruskan menyemak setiap helaian dokumen ni. Boleh pula berkhayal.

Hai lah hati. Aku takut terjerat dengan  perasaan sendiri pula. Tak mungkin.. Tak mungkin..!! Sekarang ni pun, niat aku datang sini untuk cari rezeki dan besarkan anak. Bukan cari suami. Jangan cari nahas. Lelaki ni ayat belum dapat memang power rangers. Hmm.. Bosan!!

Tok.. tokkk!! Pintu dikuak, muncul Syirah dimuka pintu.

" Cik Aliaa.. Ada orang nak jumpa..!"  Kata Syirah.

"Siapa?!"

"Encik Faliq..!!" Terkejut aku.

" Suruh dia masuk..!!" Dah kenapa dia nak jumpa aku. Appointment kan petang. Tak ada urusan apa-apapun aku dengannya. Hmm.. Mesti ada sesuatu ni. Tak lama, Faliq tersengeh-sengeh masuk ke bilik. Aku muka serius.

" Busy ke? Sorrylah kacau.. " terus je dia duduk. Tak malu. Orang tak suruh duduk pun.

" Ada apa datang? Appointment lepas lunch kut.." kataku. Mata masih menghadap dokumen.

"Saja nak jumpa awak. Awak dah minum? Jom minum nak.." dia senyum.

"Tak apa terima kasih. Saya dah minum dekat rumah.." jawabku ringkas.

" Aliaa.. Ada benda saya nak bincang dengan awak" Faliq memulakan bicara. Dah agak dah. Aku angkat kening.

" Bincang apa?!"

" Pasal kita.."

"Kalau awak datang sini dan nak bincang semata-mata pasal kita. Rasa dah tak ada apa nak dibincangkan. Semua dah berakhir."

" Belum berakhir lagi Aliaa. Masih ada peluang lagi. Demi Dhia. Dhia perlukan ibubapa.." aku senyum sinis. Geleng.


"Demi Dhia?? Baru sekarang fikir demi Dhia? Waktu awak bahagia dengan Tasya, ada tak fikir demi Dhia?" Aku pandang tepat ke anak matanya. Senyum sinis.

" Aliaa.. Maafkanlah saya. Saya tahu selama ni saya abaikan awak, abaikan Dhia. Bagilah saya peluang. Sekali lagi. Saya janji, saya akan bertanggungjawab atas segalanya.. " Aku berdengus. Dokumen dihadapanku, ku tolak ke tepi. Menarik nafas panjang.

" Peluang? Dah banyak kali saya bagi awak peluang Faliq. Tapi awak langsung tak hargai. Sikitpun tak. Kalau ikutkan, saya boleh je minta fasakh tapi sebab sayang awak, sebab masih bagi peluang dekat awak. Saya tak ambil apa-apa tindakan pun. Malah, saya tetap tunggu awak hinggalah awak bagi surat perceraian. Lepas sahaja awak lafaz depan hakim, peluang dan ruang dah tak ada lagi untuk awak Faliq. Dah tak ada.." kataku dengan panjang lebar. Hampir saja airmataku menitis tapi ku tahan dari jatuh dihadapan Faliq.

" Aliaa.. Ampunkanlah saya. Saya sayang awak.  Saya lepaskan awak sebab saya taknak awak menderita kerana saya. Sebab tu saya buat keputusan itu.." mukanya sedih. Aku sinis. Mudahnya dia cakap macam tu.

" Oh!! Awak ceraikan saya sebab taknak saya menderita tapi kenapa sekarang awak nak rujuk semula dengan saya? Awak taknak, awak buang saya. Bila awak nak, awak ambil balik. Mudahnya!! Awak ingat saya ni apa?  Tak ada hati dan perasaan? Tak ada maruah? Senang cerai senang rujuk. Huh!!" Aku geleng kepala dan menjeling padanya. Aku menyandarkan badan di kerusi.

" Bukan.. Bukan macam tu maksud saya.." Muka Faliq sangat bersalah. Aku tak hiraukan pun.

" Sudahlah Faliq. Cukuplah. Saya dah tak sanggup nak menangis lagi, tak mampu nak menagih kasih lagi. Saya dihina, difitnah, tak ada siapapun tahu. Walaupun kita dah berpisah, tapi tetap juga saya difitnah. Saya dah penatlah Faliq. Dah penat, dah letih nak hadap semua ni. Cukuplah..!!" Luahku.

" Tapi saya tetap sayang awak Aliaa. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Awak segalanya dalam hidup saya..." katanya lagi.

"Insha Allah. Akan ada yang lebih baik dan lebih sempurna untuk awak nanti. Saya akan sentiasa doakan semoga awak jumpa solehah awak dan sama-sama menuju ke syurga Allah.." kataku dengan senyuman.

" Tapi Aliaa...!!" Faliq menunduk. Menyapu muka dengan tapak tangan. Aku tahu menitis airmatanya. Tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri. Aku memang tak boleh terima. Bukan Faliq saja tapi semua lelaki. Pintu hatiku tertutup rapat untuk lelaki kini. Sedangkan Haikal yang berhati mulia pun aku tak terima. Inikan pula insan yang telah buat hati, jiwa dan hidupku hancur. Tidak sama sekali.

" Maafkan saya..!!"

" Izinkan saya terus menyayangi awak, mencintai awak dan merindui awak Aliaa. Walaupun sekarang, saya tak dapat miliki hati awak semula tapi saya takkan pernah berputus asa untuk terus berdoa semoga suatu hari nanti Allah satukan semula hati kita.." katanya penuh harapan. Aku pejamkan mata dan senyum.

" Saya taknak komen apa-apa. Hati perasaan saya milik Allah.." Faliq angguk dan senyum.

" Iya.. Saya faham. Tapi kita tetap berkawan kan. Awak tak dendam dengan saya?" Tanyanya. Risau.

" Saya taknak bermusuhan dengan sesiapa. Awak bapa kepada Dhia Afia. Untuk apa saya berdendam. Kita tetap berkawan macam biasa. Insha Allah..!!" Kataku jujur. Senyum dan senyum.

" Terima kasih, Aliaa. Hmm.. Saya nak tanya sesuatu boleh?!" Alamak!! Aku rasa aku tahu apa Faliq nak tanya.

" Tanyalah.." jawabku bersahaja.

" Awak dan Haikal bercinta ke?!" Soalnya serius.

"Saya rasa.. Tak perlu kut saya jawab.. " aku senyum. Aku jadi serba salah nak cakap. Kalau cakap tak, nanti dia mesti nak tackle aku balik dan kalau aku cakap iya. Aku dah menipu. Lagi tak baik, sedangkan aku sendiri pun tak suka ditipu. Ishh!! Jangan menipu tak baik.

" Kenapa?!" Tanyanya lagi. Aku hanya senyum.
Tiba-tiba pintu diketuk dan Syirah muncul dengan membawa beberapa fail. Fuhh!! Selamat.

" Maaf ganggu Cik Aliaa.. Cik Nancy minta Cik Aliaa tandatangan surat pengesahan untuk pembekal ni. Lepas lunch dia mahu.." Syirah memberikan beberapa keping surat padaku.

Aku mengambil dan semak satu persatu. Syirah masih berdiri. Faliq hanya memerhati.

" Ni pembekal dari Sandakan tu ke?!" Tanyaku.

" Iya..!"

" Hmm.. Kita ada masalah sikit dengan pembekal ni. Minta Nancy datang jumpa saya.." aku berkerut. Serius.

" Cik Nancy keluar..!"

" Okey!! Nanti dia dah masuk, suruh dia jumpa saya ya..!!" Kataku dengan senyuman. Syirah mengangguk dan keluar. Aku membaca satu persatu surat ini.

"Tak apalah, Aliaa.. Saya minta diri dulu. Sorry ganggu awak. Jumpa nanti..!!" Kata Faliq. Aku senyum dan angguk perlahan. Mataku terus melihat pada helaian surat pengesahan ini. Apabila pintu ditutup. Aku menarik nafaz panjang.

Maafkan aku.. Maafkan aku Faliq. Aku tak mampu. Tiada siapa yang boleh buka pintu hatiku kini. Sama ada engkau ataupun Haikal. Dua-dua tidak. Maafkan aku..!!

Previous: Bab 70
Next: Bab 72

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.