336,405
Kategori:
Genre:
Bab 6
Siap kemas dan melipat. Beg pakaian ku letak ditepi pintu bilik. Beg bagasi Faliq pun aku letak di sebelah beg aku. Atas persetujuan semua dan meeting family malam tadi. Kata sepakat telah dibuat. Kerana tidak mahu ada yang berkecil hati. Aku buat keputusan untuk duduk dirumah abang aku sehingga aku melahirkan. Abang nak sangat jaga aku. Mak Long pun nak jaga aku. Esok Mak Long sampai dari kampung, risau betul dia bila abang cerita semua mengenai kesihatan aku selama mengandung ni. Punyalah marah dia pada abang kerana tak bagitahu apa-apa pun. Tak pasal-pasal abang yang kena marah. Kasihan abang. Selepas melahirkan, aku akan dijaga pula oleh Mama selama berpantang. Semua keperluan perbidanan, jamu, tukang urut dan apa entah lagi. Semua mama dah uruskan.  Mama cakap, kena betul-betul jaga waktu berpantang. Takut bentan dan boleh bawa meroyan. Emosi kena betul-betul jaga. Aku pun tak berapa nak faham sangat. Iyakan sajalah. Jadi, adil. Dua-dua dapat merasa jaga aku. Yang penting aku nak mereka happy. Tak kisahlah aku ditolak sana sini. Aku tahu mereka sayang aku. Semua nak jaga aku. Terima kasih tak terhingga.

Aku angkat beg pakaianku ke ruang tamu. Berat jugalah. Aku letak beg diatas sofa dan kembali ke bilik semula. Oh ya!! Baru teringat. Aku belum ambil ubat lagi. Tak pasal-pasal tertinggal pula nanti, dah satu hal nak kena ambil. Aku senyum. Ubat seplastik ni aku ambil dan masukkan dalam handbag aku. Selesai. Tinggal bagasi Faliq je lagi belum aku bawa ke ruang tamu. Penat pula rasa. Aku melihat sekeliling bilik. Tak tahulah berapa lama nak tinggalkan rumah. Mesti aku rindu dekat bilik ni nanti.
Jam di handphone ku lihat. Tepat jam 9.00pagi. Mana entah suami aku pergi. Kata nak beli sarapan, sampai sekarang tak balik lagi. Tiba-tiba pagi tadi aku teringin pula nak makan nasi lemak lauk paru sambal. Wah!! Sedapnya.. Terliur dah ni. Selagi tak dapat selagi tu terbayang.

Jam 4.00petang nanti, Faliq berangkat ke KLIA. Papa yang nak hantar, walaupun Faliq menolak sekerasnya tapi papa tetap nak hantar. Aku pun tak tahu kenapa Faliq menolak keras. Hmm.. Biarlah. Malas nak fikir. Tapi aku rasa aku tahu kenapa. Tak apalah. Aku taknak serabutkan kepala. Lebih baik aku fikir kesihatan aku dan baby dalam perut ni. Lagi baik. Abang pula nak ambil aku jam 4.00petang juga. Maknanya aku dan Faliq akan berpisah arah. Okeylah tu. Aku kena kuatkan semangat. Aku taknak menangis pun waktu dia pergi nanti. Aku taknak tunjuk lemah depan dia. Aku nak buat biasa je. Hanya doa mengiringi penerbangan dia nanti. Sakit hati masih lagi menebal. Rasa dikhianati dan macam-macam lagi perasaan muncul. Ah!! Biarlah. Malas fikir.

Aku menarik beg bagasi Faliq bawa ke ruang tamu. Aku duduk disofa. Esok ada appointment dengan doktor. Tiap minggu nak buat check up. Nak tengok perkembangan baby di trimester terakhir ni. Aku nak bersalin normal, nak merasai kesakitan dan kenikmatan bersalin normal. Semoga tercapai dan dipermudahkan. Tapi bergantung pada kemampuan aku. Risau sebenarnya nak melahirkan ni. Orang kata saat melahirkan ni adalah antara hidup dan mati je. Fuhh!! Seram sejuk jadinya. Tapi tak apalah. Andai dah takdir nyawa dicabut sewaktu melahirkan, redha. Tak putus aku berdoa untuk anak dalam kandungan ni. Biarlah dia sihat walafiat. Doktor cakap, disebabkan aku penghidap Anemia boleh dikatakan serius jugalah. Kemungkinan akan ada komplikasi sewaktu melahirkan nanti. Lagilah bertambah takut aku. Hb aku turun naik. Paling tinggi hanya 10mg/dl je kemudian jatuh semula sampai 8mg/dl. Dan pernah jatuh teruk sampai 6.8mg/dl saja. Tu yang kena check in hospital dan kena transfusi darah. Nasiblah.. Berdebar hati nak buat check up esok. Harap semuanya okey lah.

" Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.." jawabku perlahan. Senyum Faliq melihat aku duduk sendirian. Aku balas senyuman tawar. Dia duduk sebelah aku. Dan meletakan bungkusan nasi lemak dan sambal paru diatas meja.

" Sekejab lagi abang nak pergi dah. Jaga diri baik-baik ya, jaga kesihatan. Jaga baby baik-baik.."Aku hanya mengangguk.

"Abang dari mana? Rasanya dari jam 7.00pagi tadi keluar?" Sengaja aku bertanya. Nak dengar apa jawapan dia.

" Cari nasi lemak sayanglah ni.."

"Dekat 3jam semata-mata cari nasi lemak ni?" Aku senyum sinis. Airmuka dia sedikit berubah.

"Iya.. Dekat warung depan tu dah habis, abang pergi tempat lain.." Huh!! Tak logik punya ayat.

"Oyee!! Hmm.. ok!!" Malas nak layan.

" Kenapa ni. Tak percaya dekat abang ke?!" Eh!! Dia terasa sendiri pula. So, maknanya..

"Sayang nak tanya something boleh?!" Aku saja pancing lagi. Aku memang tak sedap hati.

"Tanya apa?!"

"Siapa Tasya?!" Tanyaku dengan senyuman. Terkedu dia. Merah muka.

"Tasya? Tasya siapa?!" Boleh pula dia tanya aku balik.

"Sayang tanya abang kut. Siapa Tasya?!" Aku ulangi lagi. Nampak serba salah dah dia. Tak senang duduk dibuatnya. Aku tetap senyum. Tepat pandang matanya.

" Kurang pasti pula. Kenapa sayang tanya?!" Nampak tak permainan dia. Aku bangun perlahan-lahan dan ambil nasi lemak diatas meja kopi dan berdiri menghadap Faliq.

" Sebab dia kan. Abang berubah macam ni. Selalu balik kerja lewat. Tengahari pun dah jarang balik, balik hantar makanan untuk saya dan terus pergi. Time cuti pula, keluar pagi balik petang. Selalu merungut jaga saya. Rupanya.. Abang dah ada Tasya.." Sedih!! Sangat sedih!!. Aku masih mampu untuk tersenyum. Faliq menundukkan kepala pandang lantai. Tiada sepatah kata pun. Nak balas pandangan aku. Hahaa!! Memang taklah. Lelaki.. Nak tahu menipu atau tak. Semasa bercakap tenunglah mata dan muka dia, kalau dia taknak pandang mata dan muka kita. Itu bermakna memang dia lakukan. Hakikat..

Aku melangkah ke dapur. Meletakkan nasi lemak diatas meja. Berdiri disinki. Akhirnya jatuh juga airmata ini yang kucuba tahan tadi. Pedihnya hati. Sampainya hatimu wahai suami. Allahuakhbar..!! Aku kesat airmata. Taknak Faliq nampak airmata ini jatuh.

" Sayang..!! Sayang jangan salah sangka. Dia cuma rakan sepejabat abang je.." Aku senyum sinis dan menoleh padanya. Muka dia selamba je langsung tak bersalah.

" Oh!! Rakan sepejabat?? Tapi tadi abang cakap abang tak pasti?! Apa semua ni abang..!!" Aku pandang tepat mukanya. Airmata jatuh juga akhirnya.

"Sayang.. Sayang..!! Jangan macam ni. Abang minta maaf. Jangan menangis, abang taknak tengok sayang menangis macam ni.." Faliq menghampiri aku. Aku berundur ke belakang.

" Abang taknak sayang menangis tapi abang buat sayang menangis. Rakan sepejabat apa kalau panggil sayang, my dear semua. Sampai hati abang buat sayang macam ni dalam keadaan sayang mengandungkan anak abang. Patutlah abang nak sangat pergi Jepun tu, semua sebab Tasya. Tak lama lagi sayang akan melahirkan zuriat abang. Doakanlah anak ni lahir dengan selamat dan sihat dan doakanlah sayang mati waktu melahirkan nanti.." aku tak dapat kawal perasaan. Aku tak tahu apa yang aku cakapkan.

"Ya Allah Sayang..!! Apa sayang cakap ni. Allahuakhbar!"

"Biar sayang mati, baru puashati abang. Sayang menyusahkan abang, bebankan abang.."

"Sayang please!! Abang minta maaf. Abang tak ada apa-apa dengan dia.. Sayang..!!" Airmata aku masih deras mengalir. Aku dah tak mampu nak cakap. Sungguh pedih, sungguh sakit hati ini.

"Terima kasih atas segalanya..!!" Aku melangkah menuju ke bilik. Teresak-esak aku menangis.

" Sayang pelase!!" Aku tak peduli pun panggilan Faliq. Aku kunci pintu bilik. Aku menangis semahu-mahunya. Sedih dan kecewa kerana suami sendiri. Sampai hati.

Kenapa kau buat aku macam ni. Dalam keadaan aku macam ni. Kau kecewakan aku, kau sakiti hati aku. Kau khianati kasih sayang aku. Mana perginya setiamu selama ni. Mana hilangnya kejujuranmu selama ini. Mana perginya kasih sayang hanya untuk aku. Mana perginya? Kerana wanita itu, kau sanggup buat aku macam ni. Ya Allah! Kuatkan hatiku, kuatkan semangatku, kuatkan tubuh badanku. Kuatkan anak dalam kandunganku ini.

Aku baring dikatil dengan ditemani airmata. Mataku sudah mulai membengkak kerana menangis sejak tadi. Kecewa teramat sangat. Aku teringat akan whatsapp antara Faliq dan Tasya malam tadi. Entah macam mana aku boleh terbaca tanpa pengetahuan Faliq.

Allah tunjukkan segalanya sekelip mata.

" Sayang.. I tak sabar nak pergi esok. Excited sangat..!"

"Iya.. i pun. Tapi i pergi kerana kerja.."

" Iyeke kerana kerja. I tahu, you nak pergi pun sebab i juga kan. Kalau i tak pergi belum tentu you nak pergi kan..!!"

"Hahaha.. Sekalilah tu.."

" Kan.. I tahu you sayang i. Anyway, congratulation my dear. Hope you happy dengan kenaikan pangkat you tu. I tumpang gembira..!!"

" Thank you very much. Ofcourse i happy. And congrat's untuk you juga. Sama-sama naik pangkat..Hehe!!"

" I naik pangkat tak level you. I still bawah you. Hahaha..!!"

"Pangkat tu tak penting. Yang penting rezeki yang berkat dari Allah. Pangkat tinggi pun kalau tak berkat tak guna kan.."

"Iya betul. Sebab tu i sayang you.. Okeylah i nak tidur. See you tomorrow . Jangan lupa,  breakfast sama esok. Good nite!!"

"Oraite.. sweet dreams my dear..!"

Bagai nak gugur jantung aku bila baca setiap ayat-ayat cinta mereka. Ini ke namanya rakan sepejabat? Ini ke namanya " tak ada apa-apa"? Mengarut!! Aku tak tahu siapa Tasya ni. Mungkin budak baru office mereka kut. Aku tak tahu berapa lama dah perhubungan terlarang mereka ni. Hati isteri mana yang tak sakit dibuat begini? Hati isteri mana yang tak kecewa? Faliq bukan menyakiti hati aku je tapi menyakiti anak dalam kandungan ini. Anak ini pun merasai kekecewaan aku, merasai kesedihan dan kedukaan aku. Sungguh sampai hati kau Faliq. Sekelip mata kau berubah.

Aku tak boleh terus meratapi dan menangis begini. Aku taknak mama dan papa tahu. Aku taknak abang aku tahu perlakuan Faliq ni. Kalau mereka tahu pasti mereka juga turut sedih dan kecewa. Dan pasti abang akan mengamuk nanti. Aku taknak mereka tahu. Biarlah aku berdiam. Biarlah aku tanggung sendiri. Selama mana? Selagi aku mampu untuk tanggung selagi tu aku akan bersabar dan terus bersabar. Demi anak ini. Demi sayang aku pada Faliq. Biarlah dia nak buat apapun. Biarlah dia nak curang atau sebagainya. Bila aku dah sayang, sayang hingga mati. Selagi aku mampu, aku sabar dan selagi Allah bagi peluang padaku untuk bersamanya. Andai satu hari nanti, bila Allah dah tarik kasih sayang dan cinta aku padanya. Aku redha.. Kerana hati aku milik Allah. Diri aku dan hidup aku milik Allah. Bukan miliknya..

Iya.. Aku milik Allah!!

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.