336,442
Kategori:
Genre:
Bab 60
Melangkah masuk ke office dengan lemah sekali. Sedih saja mukanya. Apa yang Aliaa ucapkan sebentar tadi memang sangat terkesan dihatinya. Nizam mengekorinya. Duduk bersandar dan memejamkan mata mencari kekuatan diri. Nizam senyum.

" Kenapa Encik Faliq?! Bukan sepatutnya Encik Faliq happy ke sebab dapat tawaran tu dan dapat terus kerja disini lagi.." tanya Nizam. Faliq membuka mata dan pandang muka Nizam.

" Hmm.. Iya, memang saya happy tapi dalam happy ada sedih. Aduhhh!! Tak sanggup macam ni Zam. Rasa macam nak terjun bangunan je.." Faliq menekup muka sendiri.

"Jangan Encik Faliq. Tak pasal-pasal masuk news pula malam ni. Tajuk utama Seorang Arkitek maut terjun bangunan kerana gila talak..!!" Selamba saja Nizam. Gelak.

"Amboiii broo.. Kasar gurauan awak ni..!!" Terbeliak mata Faliq diperli gila-gila dengan Nizam. Nizam gelak kuat.

" Hahahaa...!! Sorry.. Sorry..!! Terlepas sudah. Jangan marah Encik Faliq ya.. Relax..!!" Nizam menenangkan Faliq. Faliq kembali menyandarkan badan diseat.

"Hmm.. Apalah nasib saya ni. Diberi bahagia cari derita. Diberi permata cari kaca. Tak ada penyakit cari penyakit. Inilah akibat tak bersyukur. Padanlah dengan muka aku..!!" Keluhan demi keluhan. Nizam gelak lagi. Lawak pula tengok Faliq.

" Sendiri buat sendirilah tanggung. Sabar ajelah.. Ada hikmah semua ni Encik Faliq. Redha jelah.." kata Nizam.

"Itulah tapi nak redha tu bukan senang.." Nizam angkat bahu.

"Awak tahu tak.. Pagi-pagi lagi Allah dah tunjukkan pada saya.." Faliq mula bercerita.

" Tunjukkan apa?!" Nizam excited nak tahu.

" Tasya lah. Saya nampak dia keluar dari hotel dengan jantan mana entah.." Nizam buat-buat terkejut. Padahal dia dah tahu semua. Faliq pun cerita semuanya. Itu yang gaduh pagi tadi tu. Nizam angguk-angguk kepala.

" Alhamdulilah.. Allah dah tunjuk semua pada Encik Faliq. Baru Encik Faliq tahu siapa dia kan..!" Faliq angguk.

" Tulah. Memang saya yang bodoh. Mudah betul percaya, mudah betul terjatuh hati. Isshh!! Tak tahulah macam mana iman boleh selemah itu. Allahuakhbar..!!" Mengeluh lagi.

" Iman manusia tak selalu tinggi Encik Faliq. Ada masa iman tu akan turun. Tak stabil. Sebab tu kita kena sentiasa istiqamah. Perempuan nafsu ada sembilan sedangkan lelaki hanya ada satu je nafsu tu je. Sebab tulah lelaki kena jaga pandangan. Lelaki kalau bab perempuan memang akan lemah. Lagi-lagi perempuan macam Tasya tu.. Fuhh!! "Kata Nizam. Faliq diam. Memandang Nizam dan mengalihkan pandangan ke meja pula. Nak menyesal pun tak guna. Semua dah berlaku. Nak taknak kena terima semua.

" Faliqqq..!!" Terkejut mereka berdua. Tasya terjah lagi masuk bilik Faliq dengan wajah marah. Hmm... Faliq mengeluh.

"Patutlah you taknak i lagi kan. Rupanya you nak balik dengan janda you. Mentang-mentang dia dah pegang jawatan tinggi sekarang.  You tinggalkan i.. You memang lelaki tak guna... Tak guna Faliq.!!" Tasya menjerit-jerit macam orang hilang akal.

" Apa you merepek ni?!" Kata Faliq lembut.

" Merepek?! Hey Faliq.. You ingat i tak tahu ke. You kejar janda you balik, you nak menumpang kemewahan dia. You sanggup tinggalkan i, you sedar tak. Janda you tu dapat kemewahan dari scandal dia. Haikal..!!" Terus memuncak darah Faliq.

"Jaga sikit mulut tu. Sebelum i tampar muka you..!!" Tepat mata Faliq pandang ke dalam anak mata Tasya. Nizam yang mendengar pun jadi sakit hati.

"Nak tampar?! Tamparlah.. Ingat i takut..!! Fikirlah you.. Dari kerja kerani tiba-tiba terus pegang jawatan tinggi. Apa yang dia buat kalau tak jual badan.!!"

" Kurang ajarrrrr!!! " terlepas juga tangan Faliq hinggap dimuka Tasya. Terdiam Tasya.

"Kau dengar sini baik-baik. Aku kenal siapa Aliaa. Dia adalah sebaik-baik wanita. Sebaik-baik isteri. Hidup aku berubah sekarang ni kerana dia. Kerana berkat doa dia yang tak pernah putus untuk aku. Berkat doa Aliaa. Dalam hati aku takkan ada wanita lain selain Aliaa. Biarpun jasad kami berpisah tapi hakikatnya hati kami tak pernah berpisah. Kerana cinta kami adalah cinta sampai matiii...!!" Tasya masih tercegat dihadapan Faliq. Airmata menitis. Tangan masih memegang pipi. Betapa pedihnya hati. 


Tersentak mendengar kata-kata Faliq. Nafas Faliq masih lagi turun naik. Lalu, duduk dikerusi. Menarik nafas panjang. Nizam terdiam. Memahami hati Faliq. Dengan esak tangis, Tasya terus keluar meninggalkan bilik itu. Faliq berdengus. Menarik nafas dalam.

"Astagfirullah Al Azim..!!" Faliq menekup muka.

" Sabar Encik Faliq.. Sabar!! Kuatkan hati..!!"
Faliq mengangguk perlahan.

" Encik Faliq masih ada peluang sebenarnya. Selagi Cik Aliaa belum dimiliki oleh sesiapa. Doalah banyak-banyak. Jangan putus berdoa. Mintalah pada yang Satu. Kuasa doa.."

" Encik Faliq ingat tak. Masa abang Cik Aliaa halang percintaan Encik. Encik Faliq cakap, Encik Faliq tak henti berdoa, mohon pada Allah,   buat solat sunat hampir setiap malam. Macam-macam Encik Faliq buat. Tak pernah putus asa. Saya pun kagum sangat dengan Encik Faliq waktu tu. Encik Faliq cakap, Encik Faliq akan buktikan dengan tindakan. Dengan kesungguhan yang Encik Faliq tunjukan, Allah kabulkan doa itu. Dan, tak mustahil kan sekarang juga..!" Sambung Nizam. Bagi semangat pada Faliq. Dia pun sebenarnya mahu Faliq kembali semula pada Aliaa. Semua pun mahu mereka kembali semula.

Faliq senyum. Betul apa yang Nizam cakapkan. Memang dia tak nafikan semua tu.

"Iya Zam. Saya ingat. Saya masih ingat..!! Saya yakin Aliaa pun masih sayang saya. Dari sinar mata dia pun saya dapat rasakan. Tapi mungkin sekarang ni dia masih marah. Saya akan usahakan, saya akan buktikan segalanya. Saya tetap akan lakukan sampai dia kembali pada saya. Tak kisahlah berapa lama pun saya akan tetap usahakan yag penting Aliaa kembali pada saya. Thanks Nizam..!! Sekarang ni saya kena sabar. Dalam sabar saya, saya akan terus berdoa.. Iya, cinta kami cinta sampai matii..!" Kata Faliq yakin dan bersemangat. Nizam senyum. Semoga Allah permudahkan segalanya.

" Macam nilah. Apa yang Encik Faliq nakkan, Encik Faliq kena yakin 100% yang Encik akan dapat. So, tak payah nak stress sangat. Tasya tu.. Tak payah fikir. Fokus apa yang Encik Faliq nak je.." tambah Nizam lagi.

" Yupp!! Saya setuju..!! Eh!! Tapi kan.. Kalau Haikal dah pikat Aliaa macam mana?! Kalau Haikal dapat Aliaa, confirm dia takkan lepaskan. Aduhh!!! Putih matalah saya jawabnya..." Pula dah. Jatuh balik semangatnya bila teringat akan Haikal.

" Hahahahahaa..!! Belum apa-apa lagi dah give up. Macam mana ni?! Aduhaii Encik Faliq ni..!!" Nizam gelak, ketuk kepala sendiri.

"Iyalah.. Tadi saya tengok pun Haikal layan Alia baik je. Romantik pula tu. Hanya Allah je yang tahu hati perasaan saya ni tau. Gila tak jelous.. Rasa macam nak bagi penumbuk padu je dekat Haikal.." Nizam bertambah gelak kuat. Lawak pula dengan Faliq. Betul-betul gila talaklah, bisik hati Nizam sendiri.

" Hahahaa..!! Jangan buat hal Encik Faliq. Sabarrr!!" Faliq sengeh. Garu kepala. Dan dia pun join sekali gelak dengan Nizam.

Nasiblah Faliq. Makan cemburu jelah kau nanti. Pendam hati jelah tengok kemesraan Aliaa dan Haikal nanti. Lagi pula memang akan berurusan dengan mereka lepas ni sehingga selesai projek di Sabah tu. Kena kuatkan iman, kena banyak bersabar. Ini pun satu peluang juga untuk Faliq mendekatkan diri pada Aliaa semula. Nak memikat hati si bekas isteri. Berjaya ke tak agaknya. Kena atur baik-baik. Tapi kali ini Faliq kena usaha lebih nak pikat Aliaa semula. Mana taknya, bukan mudah nak pikat hati bekas isteri yang dah hancur hatinya. Nak kena rawat nak kena ubati hati Aliaa sebaik-baiknya. Memang kena banyak bersabar dan terus bersabar. Kena plan betul-betul Faliq.

"Kalau dulu macam-macam dugaan aku nak dapatkan Aliaa. Memang payah tapi akhirnya aku dapat juga. Jadi, kali ini aku akan terus usahakan. Aku yakin.. Aku yakin Aliaa akan kembali pada aku.. " kata hatinya sendiri. Senyum lebar. Yakin sungguh yakin.

" Yess!!! Yesss!!!" Faliq menjerit tiba-tiba.

"Encik Faliq okey?!" Terkejut Nizam.

" Hahahaa..!! Okey.. Okey..!!!" Faliq gelak kuat. Nizam senyum je. Geleng kepala.

Mula-mula sekali, dia nak jumpa Adil. Nak minta maaf pada Adil dan nak kembali bersahabat dengan Adil. Entah Adil nak berkawan dengan dia lagi entah tidak.

Tak apa, itu belakang cerita. Yang penting dia kena jumpa Adil. Dia tahu sahabatnya itu. Dia kenal sangat hati Adil. Adil bukan pendendam. Adil lembut hati. Insha Allah.. Adil boleh terimanya semula. Orang kata, nak pikat hati anak kena pikat hati ibubapanya dulu. Jadi, kes dia ni. Kena pikat hati si abang baru pikat hati si adik pula. Macam dulu juga. Tapi kali ini cuma kena pikat tu lebih banyak lagi. Tak boleh sikit-sikit. Lagi pula, Dhia anak dia juga. Anak itukan pengikat kasih antara suami dan isteri. Dan, dia yakin. Dhia adalah penyambung kasih sayang dan cinta mereka. Semakin yakin lah dia. Cuma mungkin cepat dan lambat saja. Tak apa. Selagi dia bernafas selagi itu takkan pernah putus asa.

Faliq balik awal petang itu. Mahu cerita pada Puan Asmah segala yang berlaku tadi. Semangat dia. Nak minta nasihat dari mamanya. Mahu minta mamanya doakan untuknya. Doa juga supaya hati Aliaa terbuka untuknya semula. Nekadnya Faliq. Dalam perjalanan, dia bernyanyi mengikuti lagu yang berkumandang dicorong radio. Dan.. tiba-tiba dia jadi sedih dan hatinya terusik apabila dengar lagu Demi Cinta, nyanyian Ezad Lazim. Dihayati lirik lagu itu. Tertusuk hatinya, lagu itu bagai sama dengan apa yang dihadapi oleh Aliaa dan dia juga. Ahh!! Sedihnya..

Ku sedar ku berdosa
Kerna sering menyakitimu
Membuatkan kau terluka
Berteman rasa kecewa.

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu.

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta.

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu.

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia..

Demi kasih sayang aku padamu Aliaa. Demi cinta aku padamu. Aku akan usahakan hingga kau kembali padaku. Kerana hanya engkau Aliaa.. Hanya engkau cinta hatiku..!! 

Previous: Bab 59
Next: Bab 61

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.