336,763
Kategori:
Genre:
Bab 51
Di bilik meeting, Faliq, Nizam dan Encik Andy sedang berbual mesra. Kenal mengenali antara satu sama lain. Rancak perbualan mereka.

"Ini Boss baik. Saya senang bekerjasama dengannya. Senang berurusan dengan mereka ni. Ada dua Boss disini ni.." Kata Encik Andy mula bercerita.

"Dua boss?! Saya cuma tahu Encik Harris je. Lagi sorang siapa?!" Tanya Faliq ingin tahu. Seronok pula berborak dengan Encik Andy ni. Peramah.

" Lagi seorang perempuan. Cantik bah dia. Baik lagi. Dialah paling Boss disini, tapi hari ni tak tahu dia atau tidak.. " terang Encik Andy. Faliq hanya mengangguk. Nizam hanya senyum dan mendengar saja.

"Berapa lama kamu disini?" Tanya Encik Andy lagi.

"Esok pagi kami balik KL. Tak boleh lama, banyak kerja.."jawab Faliq.

"Iyalah kan.. Arkitek hebat memang busy lah kan.." puji Encik Andy. Tersipu-sipu si Faliq. Jika dulu bolehlah dikatakan hebat tapi sekarang Arkitek ke laut. Segan pula dia dikatakan hebat. Projek ini pun, dengan harapan agar diterima. Hanya projek ini sajalah yang akan menentukan masa depannya. Sehabis baik dia mahu lakukan. Kalau tak dapat projek ini, menjawablah dia.

"Assalammualaikum..!!" Muncul Haikal dimuka pintu dengan senyuman. Segak sekali. Faliq dan Nizam menoleh ke arah Haikal serentak.

"Waalaikumsalam.." jawab mereka serentak. Faliq sangat terkejut dan terus berdiri. Terkedu  terpaku dia tanpa berkata-kata. Seperti nampak hantu gayanya.

"Haikal?!" Katanya perlahan. Faliq pandang Nizam. Nizam balas dengan senyuman. Tenang. Tapi muka Faliq berubah, sangat berubah. Haikal berjalan ke meja.

"Saya Harris Haikal. Pengurus Pearl Holding.." Haikal memperkenalkan diri dan menghulurkan tangan. Salam perkenalan.

" Oh!! Hmm..  Faliq Alfie dan pembantu saya, Nizam..!!" Faliq seperti terjaga dari mimpi. Mereka berjabat tangan. Bagai tidak percaya Faliq. Malu sebenarnya..  Mereka duduk.

"Hmm.. Encik Faliq Alfie. Arkitek yang berjaya. Disegani oleh Arkitek dari Singapore dan juga Jepun. Saya tahu pencapaian awak. Sebab tu saya nak bekerjasama dengan awak.." kata Haikal, jujur.

" Taklah Encik Haikal.. Eh!! Encik Harris..!!" Tersasul pula Faliq. Haikal senyum.

" Tak apa. Panggil Encik Haikal pun tak apa. Lebih mesra.. " Haikal senyum.

" Oh.. Okey!! Saya ni Arkitek biasa je. Tak sehebat dulu. Masih merangkak untuk meneruskan kerjaya.. " Faliq merendah diri. Merah muka Faliq. Rasa bersalah pada Haikal dulu. Pernah sound Haikal sebab rapat dengan Aliaa. Malu sendiri dia. Haikal senyum saja. Haikal tahu semua pasal kes Faliq di pejabatnya. Pasal dia kena dapatkan projek ini untuk teruskan kerjayanya. Semua Haikal tahu. Tapi Haikal tak cerita pun pada Aliaa. Haikal taknak Aliaa simpati pada Faliq dan terus setuju. Haikal nak Aliaa profesional. Tapi Haikal tahu cara kerja Aliaa. Dia tahu Aliaa bukan seperti itu.

"Encik Harris sorang saja ka. Mana Cik Sofea. Tidak join meeting kita ni?" Tanya Encik Andy.

 Faliq berkerut. Cik Sofea?? Aliaa Sofea ke??Aliaa dan Haikal kan sama kerja. Ishh!!  Aliaa Sofea hanya admin je sedangkan Cik Sofea ni adalah Pengurus Besar. Tak mungkin.. Tak mungkin!! Kebetulan nama Sofea sama kut. Lagipun takkan Aliaa tinggal disini. Bisik hati Faliq. Seperti syak sesuatu. Diabaikan fikiran itu.

" Oh!! Cik Sofea tak dapat join. Dia ada appointment hari ni. Dia minta maaf dekat Encik Faliq, Encik Nizam dan Encik Andy juga.." kata Haikal. Senyum dan senyum. Fail projek dibuka.

"So, boleh kita mulakan sekarang?!" Mereka mengangguk. Perbincangan dimulakan. Perbincangan demi perbincangan diuraikan. Faliq kena yakinkan pada Haikal. Nak taknak dia kena usahakan juga untuk dapatkan projek ini. Apapun terjadi. Nekadnya. Satu persatu kertas kerja dibentangkan. Perbincangan serius.

Diakhir perbincangan, tiba-tiba perut Nizam pula meragam. Buat hal pula perut ni. Selamat dah selesai meeting. Nizam meminta izin mahu ke toilet sebentar. Dan terus keluar dari bilik meeting. Di luar, dia bertanya pada seorang staff, staff menunjukan arah toilet. Toilet berhampiran dapur. Selesai melepaskan hajat, Nizam berdiri membetulkan bajunya di depan pintu toilet. 


Baru sahaja mahu melangkah. Nizam bertembung dengan Aliaa. Alamak!! Kantoi sudah!! Dua-dua terpaku.

"Cik Aliaa..!!" Terkejut beruk Nizam. Terbeliak biji mata tengok Aliaa di depan mata.

"Alamak!! Kantoilah pula.." Aliaa ketuk kepalanya sendiri.

"Cik Aliaa kerja disini?!" Tanya Nizam masih terkejut.

" Sssyyy!!! Diam-diam..!!" Aliaa berbisik. Aliaa tarik lengan baju Nizam ke dapur. Nizam mengekori sahaja dan masih terpinga-pinga. Berdiri di tepi pintu dapur. Seperti orang bersalah dah Aliaa ni. Lawak!!

"Macam mana boleh kantoi ni.." kata Aliaa sendiri.

"Cik Aliaa kerja disini?" Nizam ulang lagi. Masih tak puashati selagi Aliaa tak jawab.

"Relax Aliaa.. Relax.. Jangan cuak. Relax Aliaa..!!" Aliaa cakap dengan diri sendiri. Nizam gelak tengok gelagat Aliaa.

"Iya.. Saya kerja dekat sini.." jawab Aliaa.

"Jadi maksudnya. Cik Sofea tu adalah Cik Aliaa??!" Tanya Nizam lagi. Masih terkejut lagi.

"Cik Sofea.. Cik Sofea lah.. Saya kan Aliaa.."
Aliaa mengelak. Tak mengaku.

"Cik Aliaa lebih baik terus-terang..!!" Tiada pilihan. Terpaksa juga Aliaa mengaku. Dah kantoi pun.

" Hmm.. Iya Nizam, sayalah tu.." jawab Aliaa bersahaja.

"Ha?!! Cik Aliaa Pengurus Besar Pearl Holding ni??" Makin terkejut dan terkejut Nizam.

" Ishh!! Awak ni tak payahlah nak terkejut sangat. Abaikanlah Pengurus Besar ke Pengurus sedang ke pengurus kecil ke. Sama je kut.." Aliaa tak selesa pula jadinya. Menjeling pada Nizam.

"Woww!!.." Mengesat peluh Nizam dibuatnya. Diam-diam berisi rupanya Cik Aliaa ni, katanya di dalam hati.

" Hey awak ni. Tak payah nak woww sangatlah.."

"Hahahaa.." Nizam gelak.

"Nizam.. Dengar ni. Ni kira saya dah kantoi dengan awak ni tau. Saya tak tahu macam mana boleh kantoi ni. Dah atur cukup baik dah. Aduhaii.." Aliaa memang cuak sangat. Nizam hanya gelak.

"Saya tahu awak memang baik. Saya minta tolong.. Minta nak tolong sangat.. Sangat.. Sangat..!! Boleh?!" Aliaa merayu.

"Saya tahu. Jangan sampai Encik Faliq tahu. Kan..?!" Teka Nizam.

" Haa bijak awak ni. Bagus!! Betul.. Betul.. Jangan sampai dia tahu. Please.. Please..!! Boleh kan?! Saya mohon sangat ni tau.." Aliaa masih merayu dan merayu supaya tak pecah rahsia.

" Boleh jangan risau. Insha Allah..!! Saya janji." Kata Nizam.

" Alhamdulilah... Terima kasih Nizam. Terima kasih banyak-banyak.." Lega hati Aliaa dengar. Fuh!!

"Tapi Cik Aliaa biarlah dia tahu. Baru padan muka dia.."

" Janganlah. Tak baik macam tu. Saya ni pun atas kepercayaan orang. Kalau tak, tak dapatnya pegang jawatan ni tau.." kata Aliaa.

" Rezeki.. Eh!! Okeylah.. Lambat dah ni. Kang mereka cari pula.."

" Ingat tau Nizam. Rahsia ni.." Aliaa mengingati. Risau betul dia.

" Iya Cik Aliaa. Insha Allah saya akan pegang janji ni.. Eh! Takkan kosong je. Belanja makan ke, apa ke kan..!!" Nizam bergurau.

"Amboii.. Nak minta rasuah pula." Terus Aliaa cekak pinggang. Gelak.

"Hahahaa..!!! Gurau je. Okey saya masuk dulu bye..!!" Nizam gelak dan terus meninggalkan Aliaa di dapur. Aliaa menarik nafas dalam.

" Fuhh!! Gilalah. Selamat kantoi dengan Nizam. Boleh bawa bincang kalau kantoi dengan Faliq. Hmm.. Matilah nakkk..!!" Aliaa cakap sendiri. Cuak dan huru-hara jadinya. Dia mahu masuk ke biliknya, menghendap-hendap di pintu dapur. Dah macam pencuri masuk rumah orang pula dah lagaknya. Hahaha!! Aliaa.. Aliaa.. Lawak!!

Nizam masih senyum. Masuk ke bilik meeting, dan duduk semula di sebelah Faliq. Faliq pelik melihat Nizam. Masuk-masuk je senyum. Haikal masih fokus pada kertas kerja. Dan menyandarkan badan di kerusi.

"Okey. Dengan apa yang Encik Faliq bentangkan tadi.  Bagi saya, semua tak ada masalah. Kira saya berpuashati. Tapi keputusan ni bukan saya yang buat. Keputusan semua ditangan Cik Sofea. Disebabkan hari ni dia busy, tak dapat jumpa dan dengar ni semua. Jadi, saya akan terangkan semula padanya. Jadi saya memang tak boleh buat keputusan.."kata Haikal jujur.
Faliq angguk tanda faham. Senyum.

" Lepas ni kita tengok tapak projek ya. Sekejab ya, saya nak call Cik Sofea. Kut dia dapat join kita ke.." kata Haikal. Sengaja. Nizam tersipu-sipu. Faliq hanya angguk. 


Haikal mengeluarkan handphone dan menghubungi Aliaa. Sengaja di hadapan Faliq. Faliq memerhati saja. Seperti merasai sesuatu.

" Haii.. Busy ke?!" Haikal memulakan perbualan di talian. Senyum. Mata masih fokus pada fail projek.

" Saya nak pergi ke tapak projek ni. Awak nak join tak?!" Kata Haikal lembut.

" Oyeke.. Okeylah. Kalau macam tu saya gerak dulu. Eh!! Saya rasa tak sempat masuk office ni.  Kita jumpa esok je ye.." Mereka hanya mendengar sahaja. Faliq diam membisu. Dia tak banyak cakap pun. Menghormati Haikal dan sebenarnya segan dengan Haikal.

" Take care. Bye!!"sambung Haikal lagi dan  mematikan talian. Handphone diletak atas meja.

" Macam manalah Encik Harris. Dapat Cik Sofea join kita ke tapak?!" Tanya Encik Andy.

" Oh.. Tidak. Dia tidak dapat join. Masih belum selesai lagi kerjanya.. So, kita berempat jelah.." Jawab Haikal. Mereka angguk.

" Encik Faliq, apa-apa nanti saya call awak ya. Sebab hujung minggu ni saya dan Cik Sofea turun KL, kalau Cik Sofea setuju dengan kertas kerja ni, insha Allah.. Kita jumpa di KL saja..  " Haikal senyum. Nizam pun senyum. Faliq hanya angguk dan masih terpinga-pinga. Dari tadi dia fikirkan sesuatu. Apa yang Faliq sedang fikirkan. Entahlah..

" Hmm.. Okey jom kita gerak sekarang.." Meeting selesai. Mereka terus melangkah. Berbual lagi. Sewaktu berjalan keluar, mata Faliq meliar mencari nama Pengurus Besar di setiap pintu bilik. Yang ada nama Haikal. Dia terpandang satu pintu cuma tertulis Pengurus Besar tapi tiada nama. Faliq masih berfikir. Dan mereka terus berlalu.

Dicelah-celah pintu, Aliaa mengintai. Dia rindu sangat pada Faliq. Melihat Faliq dari jauh pun sudah cukup melepaskan rasa rindunya. Lain benar Faliq sekarang. Susut badannya. Sedih Aliaa tengok dia. Macam manalah agaknya kalau waktu itu mereka bersemuka. Sebab itulah Aliaa taknak jumpa, taknak berhadapan dengan Faliq. Aliaa tak sanggup. Aliaa belum bersedia lagi. Dan macam mana agaknya bila di mahkamah nanti. Dapatkah dia menahan rasa sedihnya? Dapatkah dia menahan airmata dari jatuh? Fuhh!! Berat.. Berat..!!

Airmata menitis. Sedih dan sedih..!!
Maafkan aku Faliq. Maafkan aku..!! 

Previous: Bab 50
Next: Bab 52

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.