336,611
Kategori:
Genre:
Bab 138
Pejam celik pejam celik, hari ni aku nak terbang ke Sabah. Yeah!! Dah lama tak ke Sabah. Terlalu banyak kenangan terindah di sana tu. Malam tadi, entah macam mana boleh termimpikan Zahwan. Terus aku terjaga tak dapat tidur. Mimpi sewaktu kami kenal dulu pula tu. Rasa seperti alami semula kenangan itu. Kenapa tiba-tiba boleh mimpi dia pula ni? Dia teringat aku ke? Dia rindu aku ke? Orang kata, kalau tiba- tiba seseorang muncul dalam mimpi, itu tandanya orang tu ingat dan merindu kita. Ish!! Mengarutlah. Tapi entahlah, beberapa hari ni pun aku teringat dekat dia. Dah lama dah aku tak dengar cerita Zahwan dari abang atau Faliq. Sejak kes isteri Zahwan tampar aku dulu, terus tak contact dah. Tak tahulah kalau abang marah dia ke. Hmm entahlah..

Apapun, kenangan bersamanya aku tak pernah lupa. Akan terus ada dalam diari hati aku. Mana boleh lupa cinta pertama walau tidak berbalas tapi itulah pembuka hatiku pada lelaki. Bertahun menanti janji dia. Kerana janji itu Zahwan. Kerana janji.

Flight aku jam 11.20pagi. Teman sehati sejiwa aku yang hantar ke airport nanti. Aku pergi tak lama dalam tiga hari je kut. Tengok keadaan. Dhia pun aku tak bawa, mama nak jaga Dhia. Okeylah tu, papanya pun boleh jaga. Awal-awal lagi Faliq sound aku, jangan lama-lama pergi. Nanti kalau tak, dia pergi Sabah bawa aku balik. Hahaha. Macam-macamlah dia ni. Aku dah siap, aku hanya bawa beg sandang je. Senang bergerak.

Aku angkat beg sandang ke ruang tamu. Sementara tunggu Faliq sampai aku ke dapur minum air dulu. Sunyi sepi je rumah. Dhia dan Sis Tuti dari malam tadi lagi dah ke rumah mama. Abang pula dah pergi kerja. Tinggallah aku seorang dan sekejab lagi aku nak pergi dah, jadinya malam ni tinggallah abang seorang diri di rumah. Dengar saja bunyi hon kereta, aku cepat-cepat keluar dan mengangkat beg sandang menuju ke luar. Pintu ku kunci dan jalan perlahan ke pagar pula. Faliq keluar dari kereta dan mengambil beg sandang aku dan kemudian masukkan ke dalam bonet. Aku terus masuk ke dalam kereta. Faliq memulakan pemanduan.

"Hati-hati dekat sana nanti. Jaga diri baik-baik. Jejak je kaki di tanah Sabah tu terus call saya tau. Sayang menginap dekat hotel mana ni?!" Banyak betul pesanan Faliq ni. Dah macam budak-budak pula aku rasa.

" Saya duk rumah Kak Su.." jawabku ringkas.

"Baguslah. Taklah saya risau.."

"Nak risau buat apa, saya dah biasalah dekat sana.."

"Iyalah memang dah biasa. Tapi saya risau kalau hati awak ada tertinggal dekat sana lagi.." Aku rasa pelik pula. Berkerut dan menoleh padanya.

"Hati saya tertinggal dekat sana? Maksud awak?" Aku bertanya. Lain macam je dia ni.

" Iyelah. Saya tahu awak suka duduk Sabah tu bersebab. Sebab Zahwan kan!"

"Hahahahaha.. Apalah awak ni, tu kan cerita lama.." Aduhai. Lawaklah!! Boleh pula dia teremosi sendiri pasal cerita lama. Aku gelak kuat.

" Tapi tak mustahil kut hati tu masih ada dekat sana kan. Cinta pertamalah katakan. Kalau terjumpa mesti akan terkenang punya. Macamlah saya tak tahu.." Ada nada cemburu di situ. Aku gelak lagi.

" Itu perkara biasa. Semua orang rasa macam tu kut. Macam awak, awak pun mesti akan terkenang dengan cinta pertama awak juga kan. Lagi-lagi kalau ia banyak kenangan indah. Betul tak?!" Aku sengaja bertanya.

" Cinta pertama saya, awaklah. Nampak tak betapa setianya saya pada awak. Awaklah cinta pertama saya sampai sekarang.." Jawabnya.

"Iyeke?! Habis Tasya tu siapa? Bukan dia ex girlfriend awak ke dulu masa awak kerja dekat Singapore dulu.."

" Bukanlah. Dia tu dulu cuma officemate saya je tapi saya tak layan dia pun. Just layan biasa je. Dia je yang minat saya. Dulu saya ni ramai sangat peminat. Biasalah orang hensem kan.." Nak juga membangga diri. Hahahaha..

"Hmm.. Iyalah tu.."

" Iyalah sayang!!"

"Eh! Mana Zahwan sekarang ek? Dah lama tak dengar cerita dia.." tanya aku ingin tahu. Nak juga tahu ex boyfriend tak jadi aku tu.

"Kenapa tiba-tiba nak tahu ni? Ni yang buat saya susah hati ni. Awak tak payah pergi Sabah lah.." Pula dah. Aku tercengang.

" Hey!! Hahaha.. Tanya je kut. Ni kenapa ni ha. Nak touching je ni, awak datang bulan ke ni. Hahahaa!!" Aku gelak lagi dan lagi.

" Ni bukan datang bulan je ni. Datang bintang datang taik bintang semua ada.." Lain macam pula Faliq ni. Macam ada yang tak kena je dia ni. Menjadi tanda tanya pula.

" Hahaha.. Awak kenapa ni. Kenapa tiba-tiba nak jelous dengan Zahwan. Diakan dah kahwin dan kita pun nak bersatu lagi kan. Cuba cakap kenapa ni.." aku bertanya.

"Entahlah sayang. Saya jadi risau pula bila awak nak ke Sabah ni. Zahwan masih sayang awak dan dia asyik tanya awak je. Nak jumpa awaklah, nak ajak makanlah, itulah inilah. Siapa yang tak sakit hati.." Aku agak terkejut mendengar.

"Apa? Asyik tanya saya je? Kenapa pula?"

"Kami memang dah lama tak contact. Tak tahu kenapa tiba-tiba dia menghilang. Dalam bulan lepas kut, dia contact saya. Kami borak macam biasa, tanya khabar semua dan dia tanya awak. Pada mula saya tak fikir apa-apapun tapi dalam dua minggu ni, bila dia call dan whatsapp mesti tanya awak. Dia tahu kita dah berpisah. Tak tahu mana dia dapat info ni. Dia buat pengakuan lagi, katanya masih tak boleh move on. Dan yang saya risau sangat, kalau boleh dia nak tackle awak semula tau.." cerita Faliq dengan panjang lebar. Aku mula rasa hairan.

" Awak tak cakap ke kita nak bersatu balik?!"

" Tak lagi.."

" Kenapa tak cakap. Memanglah dia tanya macam-macam pasal saya. Dah sah-sah dia tahu saya tak terikat dengan sesiapa. Mesti dia fikir, saya single dan dia nak try. Eh..!! Tapi kan dia dah ada isteri dan anak kut kan. Ish!! Kenapa tanya saya pula. Peliklah.." kataku.

" Dia pun macam saya juga..!"

"Apa? Macam awak juga? Macam apa ni. Tak faham.. tak faham...!!" Semakin menjadi tanda tanya ni.

" Dia dah berpisah lagi dah dengan isteri dia. Tak ada jodoh.."

" Iyeke..!! Hmm.. Patutlah dia tanya saya.."

"Sebab tulah saya risau. Manalah tahu tiba-tiba awak terjumpa dia ke dekat sana. Borak-borak, sweet- sweet lagi. Cerita kisan lama. Dah cinta berpaut balik. Matilah saya sayang oii.." Laa.. Tak habis lagi ke cemburu dia ni. Aduh!!

" Hahahaha.. Awak ni kan. Jauh betul fikir tu. Tapi okey juga kan. Family dia pun saya kenal, dia pun mesti makin hensem. Dahlah putih kacak, mata sepet, senyuman dia...."

" Saaaayang..!! Awak saja je kan. Saya merajuk lagi kang, baru padan muka.." Terus dia potong cakap aku. Aku sengaja buat dia bengang.

" Kalau Faliq Alfie merajuk, Zahwan ada. Hahahaha.." Aku gelak. Mengusik dia lagi.

" Sampainya hati. Tak apalah..!"

"Alaa gurau je pun. Janganlah risau. Awak kan bakal teman sehidup semati saya. Awaklah hero saya, kawan gaduh saya, sahabat saya, bakal imam saya yang hensem, yang kacak, yang macho, yang gila-gila yang semualah.." Puji dia sikit.

"Tahu tak apa. Memang betul apa awak cakap tu. Ni nak tanya ni, antara saya, abang awak dan Zahwan. Siapa paling hensem? Tolong jawab jujur.." Hahahaa.. Start dah perasan dia ni. Layan jelah.

"Mestilah abang saya. Dah adiknya pun comel, cantik, sweet.. " Hahahaa aku gelak lagi.

" Eee nak juga perasan.." Faliq mencebik. Kami berdua gelak bersama. Seronok hati kami sekarang.

Tiada gangguan dari Tasya lagi. Dah lama juga aku tak nampak dia tu. Tak tahulah kemana dia sekarang. Lepas dia kata kena pecat tempoh hari, dah langsung aku tak nampak dia. Dah balik JB kut. Baguslah, tak pening kepala aku nak fikir pasal Tasya tu. Hubungan aku dan Faliq pun alhamdulilah semakin rapat dan semakin baik. Selepas dia merajuk, makin rapat pula kami. Tiap jam whatsapp tak tinggal. Tiap malam bergayut, padahal siang dah jumpa. Rasa rindu semakin merindu. Tapi si Faliq tu sikit-sikit cakap rindu. Hmm.. Sebelum nikah merindu bagai nak rak, jangan bila dah kahwin nanti rasa rindu tu hilang sudah. Semuanya kan ketentuan Allah. Redha.

Sampai saja di airport, Faliq temankan aku check in, kemudian kami duduk minum sebentar memandangkan flight delay sejam. Yang ni yang tak best ni, tapi tak apalah. Faliq pun tak busy, selepas sembahyang Jumaat nanti baru dia masuk office dan bolehlah dia sembahyang Jumaat di Masjid KLIA nanti. Kami duduk berbual mesra. Sedang asyik berbual, aku renung wajah Faliq. Kenapa rasa tak sedap hati. 

Ish!! Buangkan segala rasa yang tak elok tu Aliaa.

" Aliaa.. Awak sayang saya tak?!" Aku pandang mukanya. Kenapa tiba-tiba dia tanya pula ni.

" Mestilah sayang. Kenapa?!" Aku bertanya semula. Nampak kerisauan di wajahnya.

" Terima kasih! Aliaa.. Apapun terjadi, saya tetap sayang awak tau. Saya tetap cinta awak. Saya harap awak percaya pada kasih sayang ni.."katanya dengan senyuman. Aku balas senyuman itu.

" Sama-sama..! Insha Allah..!" Hanya itu yang mampu ku jawab.

Aku nak pergi Sabah ni tiga hari je kut tapi dia punya nak lepaskan aku ke sana macam aku nak duduk 30tahun kat Sabah tu. Punyalah risau. Faliq oh Faliq..!! Hmm..  Aku lihat jam ditangan, dah sampai masa aku nak terbang.

" Okeylah saya masuk dulu ya. Thanks hantar. Jaga Dhia baik-baik tau.."pesanku pada dia pula.

" Insha Allah. Ingat pesanan saya tau sayang. Sampai je sana nanti terus call tau. Jaga diri baik-baik.." Aku angguk perlahan. Senyum dan senyum. Baru aku melangkah setapak, dia tarik tangan aku. Rasa berat sangat dia nak lepaskan aku pergi ni. Dah kenapa dia ni. Tangan aku digenggam erat dan dicium. Aku tergamam sekejab. Selamat dia cium tangan kalau dia cium pipi aku. Memang terpakulah aku. Hahaha..!! Aku hanya mampu senyum. Kami berpandangan. Senyum dan senyum. Dan dengan perlahan, dia lepaskan tangan aku.

"Saya pergi dulu.."

" Okey!!" Dia hanya senyum.

" I love you!!" Alamak!! Boleh pula terlepas cakap. Haahaha!! Tersipu malu aku sendiri.

" Hahaa..  I love you to..!!" Sukanya dia bila aku luah ayat tu. Makin senyum lebar Faliq. Berseri wajahnya. Nampak hensem pula dia ni.

" Okey!! Assalammualaikum. Bye!!"

"Waalaikumsalam.. Bye !!"

 Aku terus masuk ke pintu pelepasan dan serahkan boarding pass pada imegresen. Aku sempat menoleh pada Faliq lagi, dia masih memerhatikan aku. Aku melambaikan tangan padanya dan senyum. Dia pun membalas lambaianku. Aku terus jalan dengan hati yang tenang dan ceria. Senyuman memang tak lekang dari wajahku. Reaksi wajah menggambarkan betapa bahagianya hati. Aku terus berjalan ke Gate 18. Jauh nak berjalan.

Lebih kurang jam 3.00 petang sampai di Kota Kinabalu. Aku dah maklumkan pada Kak Su, dia yang akan jemput aku di airport nanti. Sebenarnya tak sabar nak sampai KK, dah terlalu rindu pada laut Sabah. Nak tengok laut, nak menghadap laut biru. Nak meluahkan pada laut rasa hati aku, hati yang sedang gembira dan bahagia. Nak cerita pada laut, yang aku akan bina hidup baru semula bersama Faliq. Nak minta laut doakan untuk aku, Faliq Alfie dan Dhia Afia. Keluargaku. Nak minta ikan-ikan dan hidupan laut Sabah doakan untuk kami juga. Betapa gembiranya hati. Semoga rasa ini akan berterusan hingga ke akhirnya.

Hai lah Faliq.. Aku akan merinduimu dari kejauhan. Dari bumi borneo. Hahahaha!! Tiga hari je kut. Ada masa kena juga berjauhan biar dua-dua saling merindu, saling menanti, saling memerlukan dan yang penting saling mendoakan. Walaupun jasad jauh tapi hati tetap dekat. Dan lebih dekat melalui doa kami. Kuasa doa.. 

Previous: Bab 137
Next: Bab 139

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.