336,540
Kategori:
Genre:
Bab 27
Hari ni hari akhir aku di sini, di office ni, di KL ni. Esok aku akan terbang nun kesana. Pemergianku tiada siapa tahu. Baik Faliq, abang aku, mama dan papa, Mak Long dan Pak Long, officemate semua tak tahu. Yang tahu hanya keluarga angkat aku dan Encik Haikal je. Itupun aku minta Dato' dan Erisya rahsiakan dari pengetahuan mereka. Andai sesiapa cari aku, aku minta mereka cakap tak tahu je. Cakap aku dah berhenti kerja. Habis cerita. Buat masa ni, aku taknak sesiapa pun tahu lokasi aku sebab aku nak bersendirian. Bila aku sudah bersedia, aku sendiri akan munculkan diri. Ada masa memang perlu menyendiri untuk mencari diri sendiri dan kekuatan diri. Ingat senang!! Fuh..!! Payah..!!

Aku dah siapkan semua barang nak dibawa. Tinggal tunggu nak pergi je esok. Tak sabar nak bina hidup baru. Nak lupakan segala kesakitan, dan tak sabar nak bina kenangan baru bersama sinar kekuatanku. Dhia Afia. Hari ni aku masih masuk office. Saja membuang masa, lagipun ada sikit kerja nak settle. Encik Haikal pun sama. Aku segan sikit dengan Encik Haikal ni. Dia ni pendiam je, banyak senyum je. Tak silap aku, dia ni sebaya aku kut. Dah tua juga tapi masih tak kahwin lagi. Tu je yang aku tahu pasal Encik Haikal ni. Selebihnya aku tak tahu dan malaslah ambil tahu.

Aku duduk dibilik je. Tak tahu nak buat apa sebenarnya. Nak borak-borak dengan Naim, payah dah nak lepak dengan dia. Busy betul dia sekarang. Kadang aku free dia busy, bila dia free,dah aku pula busy. Beberapa bulan aku kerja dekat sini, belum pernah lagi kami borak-borak pasal personal. Kalau meeting pun pasal kerjalah. Kemudian, habis meeting dah masing-masing berpisah arah. Tak apalah. Tak ada rezeki nak lepak dengan sahabat aku tu.

" Aliaa.. Busy ke?!" Muncul Encik Haikal di muka pintu.

"Taklah. Tak buat apapun. Kenapa ya?!" Tanyaku.

"Jom turun cafe. Saya belanja. Rasa laparlah pula. Lagipun nak waktu lunch dah ni.." pelawanya.

"Hmm.. Okey juga tu. Sekejab ekk!!" Aku melihat jam ditangan, dah 11.40pagi. Aku pun bosan tak buat apa. Lagipun hari ni last makan dekat cafe. Aku ambil handphone, dan keluar. Encik Haikal tunggu aku dimeja Kak Intan. Entah apalah yang dibincangkan. Aku senyum.

"Kak Intan jom turun cafe.."aku pelawa Kak Intan pula. Encik Haikal pun mengiyakan. Dia tahu aku takkan nak keluar berdua dengan dia waktu makan. Nampak Faliq tak pasal-pasal bertekak lagi.

"Tapi ni tak siap lagi..!!" Jawab Kak Intan.

"Jomlah Kak.. Kejab je.. Jom!!" Encik Haikal pun mengajak. Kak Intan akhirnya okey je. Tak ada pilihan. Aku gelak kecil. Kami jalan bersama. Sampai di cafe, memang lapang lagi. Tak ada orang. Aku terus ambil makanan. Nasi putih setengah, ayam masak merah dan telur masin. Sedapp!! Dan air limau suam. Aku terus duduk di meja paling tepi sebelah cermin. Boleh tengok permandangan luar. Tak lama, Encik Haikal dan Kak Intan datang. Senyum dan duduk.

" Encik Haikal diet ke?! Sikit je makan.." tanya Kak Intan.

"Aha.. Kata lapar tadi.." aku pula menyampuk. Sambil lap sudu dengan tisu.

" Tengok Cik Aliaa pun dah cukup kenyang..!" Aku tersedak sendiri. Aik!! Pandai pula dah dia ni brgurau.

"Hahaahaaa...!! Jangan Encik Haikal. Tak pasal-pasal lebam mata tu.. "Kak Intan pula bercakap. Aku senyum je. Malas nak komen. Layan makanan depan mata lagi baik. Encik Haikal pandang aku dan senyum.

"Hari ni Encik Haikal last dekat sini kan..?!"

"Iya.. Esok pulang sudah ke Sabah. Kenapa? Mahu ikut ka?!" Hahahaa. Start dah loghat dia. Aku gelak kecil.

" Ish!! Taknak lah. Biarlah saya setia disini.."jawab Kak Intan dengan mulut penuh mengunyah.

"Jam berapa flight Encik Haikal esok?!" Tanyaku pula. Encik Haikal senyum.

"Petang jam 2.40.."jawabnya bersahaja.

"Lepas ni Dato' lah kembali uruskan syarikat ni. Encik Haikal ke Sabah dah.  Cik Erisya pula nak balik Terengganu minggu depan. Boss besar ke tempat asal.." kataku.

"Eh!! Bukan Cik Aliaa ke dekat sini. Setahu saya, yang saya dengar Dato' nak pencen, kan!" Alamak!! Selamat tak kantoi. Aku pandang Encik Haikal dan tersengeh. Encik Haikal gelak kecil.

" Ha. Iyalah. Saya tak tak kemana pun ada je dekat sini ni"

Aku mengiyakan. Menghabiskan sisa makanan. Kalau kantoi ni habis aku.

Orang semakin ramai memasuki cafe. Selamat kami datang awal. Kalau tak memang tak dapat tempat. Kami berbual-bual kosong. Gelak tawa bergurau senda. Happy aku hari ni. Dalam gelak-gelak, disatu sudut ada seseorang wanita sedang asyik memerhatikan aku dengan renungan yang tajam. Macam nak makan orang lagaknya. Tahulah lapar. Punyalah banyak makanan, pilih jelah. Gila punya orang. Aku buat selamba je. Terus berbual dengan Kak Intan dan Encik Haikal.  Apabila Encik Haikal sudah membuat bayaran, kami pun berjalan keluar.

"Aliaa.. Tunggu sekejab..! " Kami memberhentikan langkah. Dah kenapa parasit ni panggil aku.

" I nak cakap dengan you sekejab.." Aku berpandangan dengan Encik Haikal dan Kak Intan. Mereka berdua meninggalkan aku dan tunggu di liff.

"Nak cakap apa? Cepat.. Saya busy.. Banyak kerja nak kena settle.." kataku acuh tak acu.

"Hey!! Kenapa Faliq masih tak ceraikan you. Dia janji dengan i lepas dia ceraikan you dia akan menikah dengan i..!! Tapi sampai sekarang masih tak. Apa yang you dah buat dekat dia. Bila dia nak kahwin dengan i? " Ha? Peliknya  perempuan ni.

" Hahahaahaaa!! Ini lawak..!!" Aku gelak sekuat hati. Berkerut dahi Tasya tengok aku. Aku gelak dan gelak lagi.

"I tanya you. Kenapa you gelak? Apa yang lawak.." Dia mula bengang. Aku sambung lagi gelak. Ini bukan gelak buat-buat tau tapi gelak betul-betul.

" Yang nak kahwin dengan awak. Saya ke dia. Dia kan? Jadi, kenapa tanya saya? Pelik betul lah perempuan ni.. Haahahaa..!!" Aku geleng kepala.

" Dahlah.. Buang masa saya je layan awak ni." Aku terus berjalan meninggalkan Tasya yang masih terpinga-pinga.

"Hey!! I belum habis cakaplah. Oiii..!!" Tasya menjerit panggil aku.

"Sorry..!! Saya malas nak layan orang gila macam awak. Byee!!"  Aku masih gelak kecil. Apa nak jadi dengan perempuan ni. Hmm.. Dia yang nak kahwin dengan laki aku boleh pula tanya aku. Gila!! Aku terus memasuki liff bersama Encik Haikal dan Kak Intan. Setia mereka menunggu aku. Takut tiba-tiba Faliq datang buat sesuatu dekat aku kut.

Aku masuk ke dalam bilik. Duduk di kerusi. Gelak lagi. Macam-macam hal. Dah beberapa hari aku tak nampak Faliq. Busy kut. Kalau terserempak dengan dia pun kami seperti biasa buat tak kenal. Nampak lain sangat dah dia. Tak terurus. Serabai semacam je. Dulu masa dengan aku, aku jaga dia dengan baik. Baju seluar ku gosok licin, aku jaga makan minumnya, kemas je dia, hensem dan macho je. Sekarang ni, kasihan sangat tengok keadaannya. Macam itu ke Tasya jaga dia. Bukan makin elok tapi makin teruk. Nasiblah Faliq.. Ini pilihan kau. Kau yang memilih untuk jadi serabai macam tu. Semoga suatu hari nanti kau akan sedar semua ini. Sedar dari kelalaianmu. Tapi bila? Entahlah. Aku pun tak tahu.

Aku tak ada nak buat apa. So, aku ambil keputusan nak balik jelah. Tapi sebelum tu aku whatsapp Encik Haikal dulu. Kena info dia.

"Encik Haikal.. Saya balik dulu ya. Tak ada apa nak buat ni.."

"Okey! Hati-hati ya dan kalau ada apa-apa perlukan bantuan. Call je saya segera. Jumpa esok.. Bye!!" Cepat je dia membalas whatsapp aku.

" Okey bye!!" Aku senyum. Handphone ku masukan dalam handbag dan melangkah keluar. Aku jumpa Kak Intan, Mira dan Nina. Info aku nak balik tapi tak info hari ni aku last. Biarlah rahsia.. Hehehe..!! Aku memulakan langkah. Bernyanyi-nyanyi kecil. Lalalalalaaaa..!! Tenang hati. Ceria jiwa. Tersenyumlah aku sentiasa. Mudahkan hidup macam ni. Aku berjalan ke parking kereta. Baru nak masuk kedalam kereta.

Ya Allah..!! Apa lagi dia nak? Memang betul-betul peliklah perempuan ni. Dia ikut aku ke dari tadi. Tahu pula aku nak balik ni. Terkedek-kedek lari macam itik. Aku menghidupkan enjin kereta dan keluar semula.

" Nak apa lagi? Peliklah dia ni.."

"Mana Faliq? Kenapa dia tak datang kerja? You sorokkan dia dekat mana? You sengaja kan tak bagi dia jumpa i..??" Marahnya padaku.

" Entah.. Oo.. Mungkin dia dengan awek baru dia kut.." selamba aku cakap. Terbeliak mata dia.

" You sengaja sakitkan hati i kan. Kalau sampai i tahu, you tak bagi dia jumpa i. Siap you!!"


Hohohoooo..!! Ada hati nak warning aku. Ingat aku takut.

" Saya peliklah dengan awak ni. Sekarang ni, saya yang merampas Faliq dari awak ke atau awak yang merampas Faliq dari saya. Sepatutnya, saya ni isteri halal dia yang patut marah awak dan warning awak tapi si perempuan haram dia ni pula warning saya. Ish.. ish..!! Kasihan betullah awak ni. Nampak sangat gila meroyannya, nampak sangat kemaruk jantannya.. Hmm..!!" Kataku selamba. Berubah betul airmukanya dengan kata-kata aku. Turun naik nafasnya. Marahlah tu..

"Awak dengar sini ek.. Jahat macam mana pun seorang lelaki. Dia akan cari wanita solehah dan wanita baik untuk dijadikan isteri. Perempuan meroyan macam awak ni hanya dijadikan perempuan pakai buang je. Sedarlah diri. Bertaubatlah. Pintu taubat tu sentiasa terbuka. Jangan perbodohkan diri tu kerana lelaki. Mana nilai maruah awak, mana harga diri awak. Suka ke orang cakap awak tu perampas, perosak kebahagiaan orang. Awak bangga dengan gelaran tu ke? Tasya.. Tasya.. Rupa ada, pandai bergaya, berpendidikan tapi sayang maruah sendiri tak pandai jaga. Sudah-sudahlah.. Bertaubatlah.. Orang yang menghancurkan kebahagiaan orang dan bahagia diatas penderitaan orang. Hidup tak akan bahagia. Satu hari nanti, apa yang awak dah buat pada saya, awak akan terima juga.." kataku panjang lebar. Sambil mengutuk aku menasihati. Sempat lagi mengutuk depan-depan. Hehe!! Dia nak terima atau tak terpulang.

" Apa you nak cakap. Cakaplah.. i tak hairan pun. I tahu apa yang i buat. Dan, i tahu Faliq memang sayang i. Dia takkan tinggalkan i..!!" Amboii.. Confidentnya. Aku gelak kecil.

" Ceh!! Tau apa yang dia buat konon. Kalau tahu kenapa cari i tanya Faliq. Hmm.. inilah namanya perempuan gila meroyan dan kemaruk jantan. Jantan hilang kejab je terus jadi meroyan tak tentu pasal. Hahaahaa... Lawak!!" Aku terus buka pintu kereta dan masuk dalam kereta. Tasya masih lagi berdiri di keretaku. Aku buka cermin kereta.

" Cik Meroyan.. Dah lama hidup ke? Tolong tepi sikit boleh. Kalau rasa dah lama hidup, tu pergi naik tangga tu sampai atas bumbung dan terjun kebawah ye.. Okey Cik meroyan. Selamat mencari laki orang. Byee..!!" Jahat juga aku ni. Hahaha.. Bergurau-gurau manja je. Sakit hati betul dia dengan aku. Muka tak puashati je pandang aku. Aku masih gelak lagi. Aku terus memandu. Radio kupasang. Layan lagu dan bernyanyi lagi baik. Malas nak fikir dah. Kasihan Cik Meroyan kehilangan kekasih. Hahaahaa..!!

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.