336,474
Kategori:
Genre:
Bab 121
Aku siapkan kerja yang tak sempat siap di office tadi. Terpaksa siapkan dirumah. Sebab esok pagi-pagi nak serahkan pada papa. Kerja last minute, terkejar-kejar. Tapi tak apalah, dekat rumah pun tak buat apa. Berkurung dan mereput je dalam bilik. Nak tengok tv, memang malas. Nak main dengan Dhia, cepat pula dia tidur malam ni. Kepenatan joging bersama abang petang tadi. Nak borak dengan abang, malas. Nanti asyik nak bertekak je. Jawabnya lepak bilik jelah.

Aku susun semua kertas kerja masukkan dalam satu fail. Senang. Laptopku letak ditepi meja. Lalu ku rebahkan badan diatas tilam empuk. Bosanlah pula. Aku ambil handphone, nak kacau Faliq lah. Aik!! Tiba-tiba pula ingat dekat dia tu. Jeng.. jeng.. jeng..!!! Apa maksudnya tu ya Aliaa. Kikiki..!!

" Yuhuuu..!! Ooo Encik Faliq, busy ke?!" Aliaa hantar whatsapp pada Faliq. Direnung handphone, dipusing-pusingkan handphone. Ambil bantal tutup muka.

Bepppp..!! Yeah!! Whatsapp masuk. Amboi.. happy nya hati. Hatiku memerli. Pantas je aku baca.

" Iya Cikpuan Aliaa.. Baru balik masjid ni. Buat apa tu..!!"

" Okey..! Mereput dalam bilik je ni. Booooosannn!!" Balas Aliaa.

" Mana Adil?"

" Entah tak tahu.." aku balas. Malas nak cakap pasal abang sebenarnya.

" Tak habis merajuk lagi ke?! Lamanya merajuk.."

" Abang tu suka sangat cari pasal dengan saya. Ada je tak kena. Dia tahu nak marah je. Siapa tak bengang.." aku mengadu pada Faliq.

" Dia marah mesti bersebab bukan suka-suka. Dia marah sebab dia sayang adiknya lah tu. Awak je ni yang keras hati sangat..!!" Aku mencebik. Faliq ni menangkan abang je. Tahulah sahabat sejati. Geram je.

" Kalau iya pun, tak payahlah paksa-paksa. Hari tu kan dah bincang, dah setuju kut tiba-tiba paksa, paksa dan paksa. Mana boleh macam tu. Lepas tu nak marah je..!!" Balasku lagi dengan panjang lebar.

" Dia risau dekat awak. Sebab tu kalau boleh dia nak kita rujuk cepat. Sekurang-kurangnya ada orang yang akan jaga awak, lindungi awak dan sentiasa bersama awak. Awak sekarang ni sorang-sorang. Kalau Tasya buat apa-apa dekat awak lagi macam mana. Dan, sebab tu juga saya ni ambil dan hantar awak kerja. Kami risau tahu tak wahai Cikpuan Aliaa ku sayang.!!" Faliq pula balas.

" Iya tahu..!!"

" Pergilah baik-baik dengan abang tu. Minta maaf dekat dia. Tak payahlah merajuk lagi ye..!! Tak baik, kasihan dekat abang.." Faliq masih memujuk aku. Aku tarik nafas dalam.

" Baiklah. Nanti saya minta maaf dekat abang. Thank you! Okeylah, saya nak makan dulu.. Bye!!"

" Okey byee!"

Aku senyum dan letak handphone diatas bantal. Hmm.. Aku bangun dan menuju ke pintu. Jalan ke ruang tamu, abang tengah baring atas sofa, tengok tv. Aku terus ke dapur, buka tudung saji. Tak ada selera nak makan. Aku tutup semula tudung saji. Dan ambil sebuku roti dan sapu kaya diatasnya. Aku duduk di kerusi dan makan roti kaya. Air suam ku tuang dalam gelas. Malam ni makan roti kaya dan air suam je. Jadilah, dari tak makan langsung. Bukan tak ada lauk pun, banyak lauk tapi tak ada selera. Makan dua keping roti. Okey!! Kenyang. Kemudian, aku telan ubat pula bertambah kenyang. Alhamdulilah.. Aku cuci gelas dan kemudian terus ke ruang tamu. Abang pandang aku sekilas. Aku duduk bersila diatas sofa. Bantal sofa ku peluk erat.

" Eleh.. Kata tak sayang tapi apa-apa mengadu juga dekat Faliq. Merajuk je, Faliq juga yang pujuk, mengalahkan Dhia pula dia..!" Abang perli aku cukup-cukup. Aku buat muka selamba je. Sikit pun tak ambil hati. Abang duduk tapi mata terus pandang tv.

" Biarlah..!! Tak susahkan abang pun.." balasku. Menjeling. Tengok tu abang,  baru nak sejuk hati aku ni. Dia juga yang cari pasal. Memang sengaja abang ni. Aku dah lembut hati dah ni. Kalau tak kerana Faliq memang tak kuasa aku nak baik-baik dengan abang. Geram sangat geram. Aku keras hati pun sebab abang lah. Sabar...!!

" Ego tu ego tu terrrrrlampau tinggi sangat. Dah sayang taknak ngaku. Pelik betul. Sengaja je buat orang tu tertunggu, esok kalau dia dah bosan menunggu. Haaaaaaaaa!!! Baru padan muka adik. Waktu tu baru tahu langit yang tinggi ke atau ego tu yang tinggi.." Aku berkerut pada abang.


Merepek je abang ni. Entah apa-apa entah. Membebel je. Geram betul. Aku peluk bantal sofa makin erat.

" Abang ni kan.. Patut doakanlah yang baik-baik untuk adik ni. Doakan hati ni terbuka untuk sahabat sejati abang tu. Bukan makin down kan adik.."

" Down kan apa bendanya. Dah sah awak tu yang ego sangat. Sayang Faliq ke tak ni?!"

" Entahlah..!!" Dah kenapa abang ni tiba-tiba tanya.

" Tengok tu kalau abang tanya. Bukan nak jawab. Cakap cepat ,sayang Faliq ke tak?!" Keras suara abang.

" Rahsialah. Buat apa nak tahu. Sibuk je..!!"

" Kan abang tanya, sayang Faliq atau tak? Susah sangat ke nak jawab. Iya atau tak?!"

"Abang ni dah kenapa? Pelik betul lah. Perlu ke adik info abang.." aku masih tak jawab. Geram betul lah.

" Perlulah. Kalau sayang cakap sayang. Kalau tak sayang cakap terus-terang. Tak payahlah orang tu tunggu macam tunggul  kayu mati je. Sayang Faliq ke tak?!" Masih mendesak.

" Tunggul kayu apa benda ni. Peliklah abang ni.."

" Iyalah, dah orang tu tunggu lama, kang tiba-tiba cakap tak sayang. Sia-sia je dia tunggu. Tak kasihan ke..! Sayang Faliq ke tak ni?!" Aku pejam mata dan tarik nafas dalam. Buat muka bengang.

" Ishh!! Yang abang nak paksa-paksa adik jawab ni kenapa. Tension betullah dia ni. Cari pasal je..!!"

" Abang tanya kan.. Kenapa degil sangat ni. Jawab jelah. Sayang Faliq ke tak?!"

" Entahlah..!!"

" Cakap sekarang, sayang Faliq ke tak?! Nak rujuk semula ke tak ni?! Tolong jangan buat abang marah!" Makin keras suara abang.

" Abang ni dah kenapa? Apa masalah abang ni?" Sakitnya hati.

" Susah sangat ke nak jawab. Jawab jelah. Kalau tak jawab, lepas ni abang malas dah nak campur urusan adik pandai-pandailah adik sendiri.." Aku bertambah berkerut.

" Abang ni..! Sampai hati betullah..!" Turun naik nafas aku. Nak marah ke,nak sedih ke, nak nangis ke atau nak lawan ni.

"So, jawablah sekarang. Sayang Faliq ke tak? Nak rujuk dengan dia lagi ke tak? Cepat jawab..!!" Aku tarik nafas dalam-dalam sangat dan hembus kuat.

" Ishh!! Iya.. Iya.. Adik sayang dia. Aliaa Sofea masih sayang Faliq Alfie. Memang sayang dia dan nak rujuk pun. Tapi tak payahlah nak paksa jawab. Rahsia kut...! Puashati?? " Kan terlepas sudah. Siap nama sekali aku jawab. Alamak!! Aku tepuk dahi. Aduhhh!! Aku melirik pada abang. Maluuuu!!! Hahahaha.. gelak dalam hati.

" Hahahaa..." Abang gelak sekuat hati. Maluuuunya abang gelakkan aku!! Tapi aku cover, buat selamba je tapi dalam hati. Hahaahahahaha dan haahahaa...!!

" Kenapa gelak. Pelik..!!" Abang masih gelak. Mata fokus pada handphone. Aku tercengang sendiri. Syak sesuatu.

" Apa motif abang sebenarnya ni?" Tanya aku. Hmm..

" Ni adalah satu bukti kukuh.. Sorry dik!!" Abang masih gelak. Terbeliak mata aku. Abang tunjuk handphonenya pada aku. Dan buka rakaman suara aku dan dia tadi. Oh my god!!

" Abaaaannnggggg!!! Jahatnya..!!" Aku jerit kuat dan baling abang dengan bantal sofa dan majalah. Gerammnyaa..!!

" Kalau abang tak buat macam ni, sampai bila-bila pun adik tak akan mengaku dan tetap akan ego. Abang buat ni untuk Adik dan Faliq.." kata abang masih senyum.

"Tapi kalau iya pun tak payahlah sampai rakam suara adik. Entah apa-apa entah.." Aku jeling lagi.

" Sebagai bukti. Kalau Faliq tanya adik, adik memang takkan nak mengaku, ego sangat kan. Jadi, abang rakam ni nak bagi Faliq dengar. Ternyata ego tu sebenarnya yang menghalang hubungan korang tahu tak adikku sayang...!!" Kata abang. Aku diam je.

" Lain kali jangan ego sangat. Ego memakan diri sendiri. Abang rasa kalau ego tu tak terrrlampau tinggi dalam diri adik tu, rasanya dah lama korang merujuk kan..!!" Sambung abang lagi.

" Tak juga abang. Ego tu perlu sebenarnya. Sekurang-kurangnya, bila adik ego macam ni. Boleh nampak, yang Faliq tu betul-betul dan bersungguh-sungguh dan ikhlas nak kembali pada adik dan Dhia atau tak. Bukan senang nak terima dan nak buka hati ni setelah hancur berkecai. Sebab tu adik pernah cakap. Kalau betul dia nak kami semula. Dia yang kena rawat dan ubati hati adik ni. Pandai-pandai dialah.." jawabku jujur. Abang angguk kepala tanda faham.


" Iya.. Abang faham. Abang pun selalu nasihatkan dia. Selalu bising dekat dia. Bukan nak menyebelahi dia dik tapi abang nak dia sedar perbuatan dia yang lampau. Tapi iyalah.. kita manusia, takkan sedar kalau tak melakukan kesilapan. Dari kesilapan itulah mengajar erti hidup. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah, cuma cepat atau lambat je. Sabar itukan indah..!!"

"Iya.. Walau apapun berlaku, parut kelukaan didalam hati adik ni tak akan hilang dan akan kekal selama-lamanya. Peluang kedua ini, bukan mudah dan andai Faliq tak hargai. Akan hilang segala rasa walau sekecil-kecil zarah padanya.." aku jujur meluah.

Abang pandang aku dan senyum. Memahami isi hatiku. Aku balas senyuman abang.

" Jadi, sekarang ni kiranya Faliq dah berjaya lah ni kan.. " Abang mengusik aku.

" Hmm.. Mungkin iya mungkin tidak..!!" Abang berkerut.

" Aik!! Kata nak rujuk dengan dia. Tak kan tak berjaya lagi ni.." tanya abang garu kepala.

" Belum! Ini baru permulaan. Ada dua atau tiga step lagi yang dia kena ikut. Kalau tak ikut makanya jangan harap adik jadi wife dia semula.." kataku. Ingat senang-senang je nak rujuk dengan aku semula. Kena ikut step by step.

" Amboii.. ini kira bersyarat ke apa?!"

"Lebih kuranglah. Syarat Aliaa Sofea. Setuju atau tidak? Sanggup atau tidak? Terpulang pada Faliq Alfie.." aku sinis pada abang.

" Pula dah..!! Makan masa berapa lama ni yang Faliq Alfie kena penuhi syarat-syarat Aliaa Sofea?"

" Terpulang pada Faliq Alfie sendiri. Setuju dan sanggup atau tak. Kalau cepat dan dapat lalui semua step tu. Cepatlah nikahnya. Kalau tak.. Hmm.. Tunggu jelah ataupun bye.. bye je!!" Aku buat muka serius. Hahaha.. Seriuslah sangat. Abang garu kepala lagi. Sengaja aku info abang. Biar abang dulu tahu dan biar abang sendiri yang info pada Faliq. Abang kan yang nak sangat tolong sahabat sejatinya tu.

" So, apa step seterusnya ni?!"

" Tungguuuu...!!" Aku terus bangun dan senyum pada abang.

" Laaa tunggu pula. Bilanya nak sudah kalau macam ni. Ooo dik..!!" Aku melangkah ke bilik. Abang menjerit panggil aku. Aku gelak je. Hahaahaa.. Biar menjadi tanda tanya. Bikin gempak sikit. Aku masuk bilik dan tutup pintu rapat. Bersandar di pintu.

"Hahahaa.. Betul ke apa yang aku cakapkan tadi ek! Tu pengakuan ikhlas dari hati atau pengakuan kerana terpaksa? Hmm.. Nak kata kerana terpaksa. Tapi hati rasa tenang dan rasa happy bila bersamanya. Tapi bila dia tak ada, rasa rindu. Mungkin Allah dah bukakan pintu hati aku. Sebab tu aku rasa macam tu kut. Tapi macam pelik je. Tiba-tiba boleh terima dia pula ni. Ishh!! Macam tak percaya je. Hati aku milik Allah. Bila Allah mengkehendaki sesuatu terjadi dengan sekelip mata je. Semoga keputusan ini datang dari hati aku yang ikhlas kerana Allah. Terima kasih Ya Allah..!! Andai ini adalah kebahagiaanku.." aku senyum.

Aku jalan ke depan cermin. Meneliti setiap inci wajahku. Senyum berseri. Cinta kali kedua mula berputik. Kasih sayang kembali bersatu. Rindu yang kian bersemi. Akan terbinanya mahligai cinta yang bahagia dari dua insan yang saling menyintai, menyayangi dan mengasihi. Dua insan sedang bercinta untuk kali keduanya. Peluang kali kedua. Semoga ia menjadi lebih indah dari yang pertama. Peluang kedua. Kali kedua. Hahahaaa...!! Aku gelak dan gelak. Apapun, peluang kedua dan kali kedua ini tidak sama dengan yang pertama. Akan ada beza juga. Jadi, bagi aku ini adalah risiko pada aku sendiri. Jika Faliq mampu pertahankan rumahtangga kali kedua ini, ia sangat memberi erti tapi andai Faliq ulangi lagi, mungkin title J akan aku perolehi sekali lagi. Inilah risikonya. Aku terima dan redha. Minta dijauhkan dari semua itu. Dan doa baik-baik jelah.

Yupp!! Aku happy dan rasa lega sebenarnya setelah terluah tadi. Mahu tapi malu. Eh! Salah tu. Kalau aku ni, mahu tapi ego. Ini sesuai untuk aku. Hahaha.. Aku gelak dan gelak.

" Tut.. Tutt..!!" Terkejut aku handphone berbunyi. Padahal tak kuat pun bunyi tu. Aku je ni yang terlebih berangan. Lawak.. Lawak..!! Makin lebar senyuman aku. Ini mesti teman mesraku yang call. Eh!! Teman mesra lagi ke atau dah up satu level. Teman sehati sejiwa.


" Assalammualaikum.. Haii..!!" Suaranya ditalian. Lembut je.

" Waalaikumsalam.. Haii..!!" Jawabku.

" Hahahaha..!" Kami dua gelak sama. Pula dah gelak kenapa. Hahahaa.

" Hmm.. Dinda.. Dinda..!! " Ha? Dinda pula. Ada-ada je Faliq ni. Okey layankan jelah.

" Iya kanda.."

" Terima kasih Dinda.."

" Terima kasih pada Allah, Dia yang bukakan pintu hati Dinda untuk Kanda..!!"

" Alhamdulilah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Dinda.. Terharu sangat. Satu berita yang sangat.. sangat.. sangat woww!! Tak terluah..!! "   Bila dengar dia cakap macam tu, entah macam mana airmata aku boleh pula jatuh ke pipi. Rasa lain pula hati ini. Aku kesat airmata. Terharu juga.

" Dinda pun tak sangkalah macam mana boleh terima Kanda semula ek? Apa yang Kanda dah buat dekat Dinda ni.. Hmm..!!" Seronok pula panggil Dinda Kanda. Hahaaha..!!

"Hahaahaa.. Biarlah rahsia..!! Dinda.. Dinda.." Faliq gelak besar.

" Iya Kanda.."

"Dinda sayang Kanda tak?!"

" Tiba-tiba Dinda rasa mengantuklah. Mata ni dah berat sangat dah ni. Dinda tidur dulu ya Kanda. Selamat Malam.. Assalammualaikum.." Aku terus matikan talian. Sorry!! Rasanya cukup dah pengakuan rakaman tadi. Tak boleh ulang lagi. Hahahaa..!!"

Aku sembamkan muka di bantal. Senyum tak putus dari tadi. Naik lenguh dah pipi ni. Kemudian, aku baring pandang ke syiling bumbung pula. Terima kasih Ya Allah..!! Semua ini berkat doa insan yang menyayangi hubungan aku dan juga Faliq. Berkat doa mama, papa, abang, adik beradik Faliq, doa Faliq dan doaku sendiri, doa kawan-kawan kami yang baik dan doa permata hati kami, Dhia Afiaa. Aku sangat terharu.

Iya benar.. Kerana ego menghalang seseorang mengucapkan rasa sayang dan rindu. Dan, kadang-kadang, pilihan yang terbaik adalah menerima. Yakinlah pada kehendak Allah. Menerima kerana Allah itu adalah paaaling terbaik. Syukur ke hadrat ilahi.

Malam ini, tidur dengan lena selena-lenanya. Tidur dalam senyuman. Alhamdulilah...


Previous: Bab 120
Next: Bab 122

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.