336,436
Kategori:
Genre:
Bab 133
Selesai tugasan hari ni. Lega rasa, minggu yang paling busy. Tak berhenti kerja. Selagi buka mata kerja, kerja dan kerja. Okeylah dari mereput. Aku duduk bersandar di kerusi. Pejamkan mata sekejab, letihnya rasa badan. Jam sudah 4.50 petang. Kemaskan segala keperluan, padamkan laptop, ambil handbag dan capai handphone diatas meja. Tiada sebarang panggilan masuk dan tiada whatsapp. Aku masukkan handphone dalam handbag. Faliq pun busy beberapa hari ni. Malam nanti baru dia akan call atau berbalas whatsapp dengannya. Siang masing-masing busy. Okeylah tu, taklah bosan sangat asyik dia je yang call dan whatsapp. Macam dah tak ada orang lain je. Hahaha!! Iyeke bosan Aliaa. Ke kau yang menanti panggilan dan whatsapp darinya. Ops!! Kata hati kecilku. Aku senyum sendiri.

Aku terus je keluar dari office. Naim balik awal hari ni, isterinya tak sihat. Tak lama lagi jadi ayahlah Naim. Seronok sangat dia. Aku tumpang gembira. Teringat sewaktu aku dulu, Faliq lah orang yang paling bahagia bila dapat tahu aku mengandung. Memang dunia ni rasa dia punya je tapi hmm.. Okey.. Okey.. Lupakan cerita lama. Hehe...

Aku keluar je dari liff, tengok ada kekecohan sikit di bawah. Seorang wanita berambut pendek sedang memarahi Pak Mail, security. Orang lalu lalang memerhati dan berbisik antara mereka. Aku berkerut. Kasihan tengok Pak Mail kena marah, hanya angguk kepala dan tunduk ke bawah. Apa masalahnya ni, sampai macam tu sekali dimarah. Kasihan orang tua tu. Agak-agaklah kalau nak marah pun. Eh!! Ini suara macam si Tasya je. Tak puashati, aku terus menghampiri.

" Maafkan saya. Ada masalah apa ni?" Tegurku cara baik. Senyum.

" You tak payah nak sibuklah Aliaa. Tak payah nak jadi penyelamat sangat..!!" Eh! Dah aku pula dimarahnya. Dua kali aku pandang muka perempuan ni. Kenapa pelik sangat muka dia ni. Aku senyum dan terus hahaahahaa!! Aku gelak kuat.

" Oii.. Apasal you gelak?! Lawak ke?!" Makin bertambah merah muka Tasya marah.

" Apasal muka kau buruk sangat. Hahahaa.. Dah macam Dora Explorer je. Hahaha!!" Aku gelak lagi. Memang lawak. Pak Mail pun sengeh je.

" You jangan nak kurang ajar ya Aliaa. I tengah marah ni. Tak pasal-pasal ada yang mati kena cekik nanti..! Ni Ash punya kerjalah" Aku memang tak dapat nak kawal gelak. Aku diam sekejab dan masih senyum.

" Okey!! Apa masalahnya ni. Kenapa Pakcik?" Tanyaku pada Pak Mail.

" Tadi saya jalan tak perasan tiba-tiba terlanggar sikit Cik ini. Jadinya saya dimarah.." terang Pak Mail. Aku pandang Tasya dan Tasya buat muka mengejek Pak Mail.

"Laaa.. Pasal terlanggar sikit punya hal, kau marah pakcik ni macam ni punya teruk. Pelik betul lah kau ni.."aku mula meradang.

" Hey!! You apa tahu. Ingat tak sakit ke langgar i. I boleh saman dia ni tau.."  Gayanya memang nak minta dilempang je minah ni. Boleh pula dia tolak bahu Pak Mail tu.

" Kau tu yang patut disaman. Suka-suka je nak marah orang depan khalayak ramai. Memalukan pakcik ni je. Benda kecil kut. Gila betul.." Aku menjeling padanya. Ini kalau Faliq nampak dan tahu pun dia akan marah. Pantang dia kalau ada orang kurang ajar dengan orang tua. Lagi-lagi Pakcik Mail dan security lain. Kawan baik dia ni.

" You menyibuk ni kenapa? Sukahati i lah nak marah siapa pun. Busy body..!!" Jeling Tasya pada aku.

" Tak apa pakcik. Pakcik boleh pergi. Anggap dah settle ye. Maaf ya pakcik. Dia ni ada masalah mental,  harap pakcik tak ambil hati dengan kata-kata dia ye.. !" Kataku pada Pakcik Mail.

" Ha? You cakap i ada masalah mental?! Ini lagi kurang ajar.!" Terbeliak Tasya bila aku cakap begitu. Tahu bengang.

" Terima kasih ya Cik Aliaa. Maaf ya Mbak.."

"Apa? You panggil i mbak. Heyy!! I masih muda lagi lah.." Aku gelak kecil dan terus suruh Pakcik Mail pergi.

" Memang patut dan layak pun kau dipanggil mbak. Lagipun muka kau ni, hahahaha. Lawak antarabangsa. Okeylah bye..!!" Perliku dan terus melangkah. Bengang betul Tasya dengan aku dan Pakcik Mail. Aku jalan perlahan-lahan sambil layan perasaan. Langsung tak hiraukan Tasya.

"Aliaa.. Tunggulah kejab. I ada hal nak cakap ni.. !" Tasya jerit panggil aku. 


Dah kenapa pula dia ni panggil aku. Aku terus je melangkah. Malaslah layan orang mental ni. Tapi dia tetap kejar aku. Hmm...

"Aliaa.. Berhentilah sekejab..!!"

"Ada apa lagi? Kalau nak cari pasal, lebih baik tak payahlah. Aku dah penat dan nak balik rumah.." Kataku tegas.

" Sportinglah sikit. Nak baik-baik pun tak boleh ke?!" Katanya.

"Tak kuasalah aku nak melayan orang mental ni. Dahlah.." aku melangkah lagi.

" Kejablah. I tak cakap lagi pun.." dia ikut aku lagi. Naik rimas aku jadinya. Ada yang kena penampar pula ni nanti. Aku berhentikan langkah sekejab.

"Cepat! Ada apa benda?!" Tanyaku, berkerut. Serius. Mencuka.

" Disebabkan hari ni mood i baik. So, i nak tanya you something. Boleh?!" Aku tarik nafas dan hembuskan keras.

"Baik konon. Hmm.. Okey! Cepatlah nak tanya apa?!"

" Hmm.. Betul ke you nak nikah balik dengan Faliq? Tak tipu i?!" Tanyanya. Aku tiba-tiba senyum sikit je.

"Iyalah. Betul lah pun. Memang kami nak nikah semula. Buat apa nak tipu. Benda baik.." jawabku selamba.

" Serius?!"

" Ofcourse. Persiapan semua dah selesai. Tinggal tunggu tarikh je. Tunggu jelah ye..!" Balasku penuh confident. Tasya terdiam. Memikirkan sesuatu.

"Hmm.. Okey!! Tapi kan, i harap majlis you tu taklah bertukar jadi majlis lain pula ye.." Tasya senyum sinis. Dah agak dah, ada niat dia bertanya tu. Nak psiko aku konon. Padahal, aku pun tipu kau je.

" Jadi majlis lain ek? Hmm.." aku balas tiada sebarang reaksi terkejut. Senyum.

" Iya..!! Mungkin majlis kematian ke, majlis perpisahan ke kan. Kasihan dekat you nanti. Dan paling kasihan dekat Faliq tapi tak apa. I akan sentiasa ada dengan Faliq dan boleh ganti kan tempat you..!" Tepat tekaan aku. Dia sinis lagi.

"Hebat kau kan! Tapi.. rasanya, kau kut yang dah tempah kad jemputan kematian. Lagi dasyat, nak mati siap tempah kad lagi tu. Memang tak pernah dibuat dek orang. Hanya kau je orang pertama buat kad itu di dunia ini. Eh!! Jangan lupa bagi kad jemputan kematian kau tu ye. Insha Allah macam mana sekalipun aku akan datang ziarah jenazah kau. Aku pun nak juga sedekahkan Al Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Yassin pada kau. Moga kau akan tenang disana. Okeylah..!! Bye.. !! Assalammualaikum..!" Terus berubah airmuka Tasya. Tercengang sampai. Ada hati nak kenakan aku, kau balik yang terkena.

Aku jalan dengan senyuman ke parking. Hari ni aku parking kereta di dalam bangunan. Di lobi parking full. Terpaksa menapak. Sampai je di kereta, aku rasa macam ada orang yang sedang perhatikan dan mengekori aku. Bila aku menoleh ke belakang tapi tiada orang pula. Tasya ke? Tak mungkinlah. Baru je jumpa. Untuk apa pula dia menghendap aku. Aku rasa tak sedap hatilah. Cepat-cepat aku masuk dalam kereta dan terus lock pintu. Takut juga tiba-tiba kena ragut atau kena kidnap. Ish!! Sampai ke situ pula aku fikir. Aku hidupkan enjin kereta dan pasang penghawa dingin. Handphone ku keluarkan dari dalam handbag dan letak di seat sebelah. Kalau ada apa-apa aku terus call abang atau Faliq. Itu yang aku fikir sekarang ni.

Sebelum memandu, aku pandang kanan kiri. Tiba-tiba Mata aku terpaku pada satu bayang-bayang seorang lelaki sederhana besar di satu tiang. Aku lihat dari cermin pandang belakang tapi tak jelas wajahnya. Dia berpakaian serba hitam. Berkacamata hitam dan bertopi hitam. Aku cuba amati lagi tapi tiba-tiba dia hilang pula. Aik!! Mana pula dia pergi. Mungkin dia perasan kut aku juga perhatikannya. Aku nak je keluar cari lelaki itu tapi hatiku kuat menyatakan. Jangan! Bahaya..!! Hmm.. Okey! Aku pasang radio dan memulakan pemanduan.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku masih berfikir. Siapakah lelaki itu? Dia ke yang ikut aku tadi? Tapi untuk apa dia ikut aku. Ish!! Tak mungkin dia ikut aku, mungkin hanya kebetulan dia pun nak balik kerja dan parking tempat yang sama kan. Apalah aku ni, cepat sangat cuak. Cepat sangat bersangka buruk
 Tapi.. Tapi.. Kalau betul dia nak balik juga kenapa perlu bersembunyi di balik tiang. Lepas tu bila perasan aku tengok dia, sepantas kilat dia menghilangkan diri. Ini kira pelik juga ni. Apa motif dia sebenarnya? Takkan orang suruhan Tasya kut. Aduh..!! Pening dah ni. Takut dan risau pun ada. Memang macam-macam dalam fikiran ni. Negatif positif bercampur aduk. Tak apa Aliaa, relax and cool. Jangan panik..!! Nanti balik kena info abang ni. Sekurang-kurangnya abang tahu dan boleh lakukan sesuatu jika benar orang tu memang betul ikut aku. Manalah tahu, orang suruhan si Tasya tu dan nak bunuh aku. Dendam punya pasal. Minta dijauhkan semua tu. 


Sampai diperkarangan rumah, Dhia tengah syok main basikal dengan ditemani Sis Tuti. Seronoknya dia mengayuh basikal. Dah tak pandang bola dan mainan masak-masak dah. Dapat basikal baru yang dihadiahkan oleh papanya. Dah lama dah nak dibelikan tapi asyik lupa je. Kereta abang pun dah ada, tapi tak nampak pula abang. Dekat dalam kut. Aku keluar dari kereta dan terus ke arah Dhia.

" Amboii.. !! Seronoknya main basikal. Dah mandi belum ni?!" Tanyaku pada Dhia.

" Belum. Dhia nak main basikal dulu, lepas tu baru Dhia mandi ya mama..!!" Katanya terus mengayuh pusing- pusing.

"Okey! Tapi jangan mandi lewat ya..!" Pesanku.

"Okey mama!!" Aku senyum.

"Abang Adil mana?!" Tanyaku pada Sis Tuti.

"Di dapur. Mahu masak.." jawab Sis Tuti.

"Okey..!! Saya masuk dulu.." Aku meninggalkan mereka dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Sedapnya bau masakan abang ni. Terus jadi lapar pula perut ni. Aku ke dapur, abang aku ni kalau masak tak layan perasaan memang tak sah. Feeling betul. Aku duduk di kerusi, perhatikan abang.

"Lambat balik?!"

"Hmm.. Abang masak apa tu. Macam sedap je bau. Lapar pula..!"

"Abang masak memang sedap pun. Malam ni kita makan ikan siakap tiga rasa dan sotong masak berempah.." Abang senyum.

"Okey cun! Abang..!! Ada benda penting adik nak info ni.." aku memulakan cerita. Abang duduk di hadapanku sambil memotong sayur cili besar dan sayur salad.

" Benda penting apa?!"

" Tadi masa balik, adik jalan ke parking. Adik rasa tak sedap hati tau macam ada orang follow adik je. Lepas tu, adik nampak ada sorang lelaki pakai baju serba hitam bersembunyi dekat tiang belakang kereta. Bila dia perasan adik pandang melalui cermin pandang belakang dia terus hilang. Kalau ikutkan adik, nak cari lelaki tu tapi tak jadi pula.." ceritaku. Abang dengar macam iya tak je.

" Tak payah nak berani sangat nak cari bagai. Kalau dibuatnya orang tu nak buat sesuatu yang tak elok macam mana. Diculik adik, dibawa jauh, dirogol dan dicampak ke gaung. Nak?!" Abang ni menakutkan aku pula.

" Ish!! Abang janganlah negatif sangat. Abang rasa siapa lelaki tu?!" Tanyaku lagi.

" Entahlah dik. Abang pun tak tahu. Nak cakap lebih-lebih takut nanti menuduh pula. Tapi adik kena hati-hati. Kalau nak kemana-mana kena ada kawan. Jangan sorang-sorang dan lagi satu jangan parking dekat situ lagi. Parking dekat lobi je. Tempat open dan ramai orang.." kata abang panjang lebar.

"Tapi tadi parking dah full. Tu yang parking sana.." jawabku .

" Tak pun,macam biasalah. Kereta adik simpan di rumah. Adik pergi balik kerja kami ada. Kalau Faliq busy, abanglah. Kalau abang busy, Faliq. Macam biasa.. Okey?!" Cadang abang.
Memang aku tak ada pilihan. Ikut jelah.

" Hmm.. Adik boleh memandulah bang.." Kataku.

"Dalam keadaan macam ni jangan nak degil." Keras suara abang.

" Hmm.. Okeylah.. Adik masuk dulu. Nak mandi.."

" Okey..!!" Aku terus bangun nak menuju ke bilikku. Lampu dan penghawa dingin ku pasang. Shawl dikepala ku buka dan masukkan dalam bakul kain kotor. Lalu terus melabuhkan badan dikatil sekejab. Betapa bahagianya dapat baring dan rehatkan badan. Aku pandang ke syiling bumbung. Beranganlah sekejab. Lama-lama menguap dan layan mimpilah kejab. 
Previous: Bab 132
Next: Bab 134

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.