336,509
Kategori:
Genre:
Bab 182
Aku duduk termenung di tepi katil. Melipat pakaian yang mahu kubawa ke rumah mama esok. Rasa sedih teramat sangat mahu meninggalkan rumah abang ni untuk kali kedua.  Majlis pernikahan akan dijalankan di rumah mama atas permintaan mama dan Angah dan atas persetujuan abang sendiri. Aku ikut jelah. Macam tak percaya je, tinggal beberapa hari saja lagi aku akan bergelar isteri semula kepada bekas suamiku, Faliq Alfie. Allah temukan kami semula, Allah panjangkan jodoh kami semula, Allah kembalikan rasa kasih, sayang dan cinta dihati kami semula. Dari perasaan sayang dan cinta berubah menjadi benci dan tawar hati. Dari perasaan benci dan tawar hati muncul kembali perasaan sayang dan cinta didalam hati masing-masing tanpa disedari. Segalanya telah ditentukan, semuanya adalah perancangan Allah. Hati kami, milik Allah. Diri kami, milik Allah. Hidup kami, milik Allah. Semuanya milik Allah. Tiada siapa boleh tentang, tiada siapa boleh halang. Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Aku terima semua ini dengan redha. Tipulah kalau didalam hati tiada rasa bimbang, tiada rasa takut. Bimbang dan takut akan dikhianati lagi, takut dilukai lagi. Kerana pengalaman lampau. Tapi aku anggap ini semua adalah takdir hidup aku. Sampai bila aku harus terus diselubungi sejarah hitam? Sampai bila aku harus mengorbankan diri sendiri yang sepatutnya mendapat kebahagiaan juga? Aku juga berhak mencari bahagia sendiri. Iya.. Aku juga ingin bahagia. Dan, mungkin ini jalannya yang Allah beri untuk mencapai kebahagiaan aku. Keputusanku adalah risiko yang harus ku tanggung. Andai Faliq lurus jalannya, bahagialah milik kami. Andai Faliq tersasar lagi jalannya, kedukaan akan berulang. Aku terima segalanya. Aku yakini ini. Setiap kesedihan pasti ada kegembiraan. Setiap kedukaan pasti ada kebahagian. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Insha Allah.

Satu persatu pakaian ku masukkan ke dalam bagasi sederhana besar. Ku susun rapi. Segala persiapan sudah selesai, semua diuruskan oleh Angah sepenuhnya. Aku hanya cuci kaki sajalah. Malam tadi, aku pergi ke rumah mama, melihat apa yang patut. Happy sungguh tengok family Faliq, majlis yang mereka tunggu-tunggu sebenarnya. Gelak tawa, gurau senda memang meriah. Seperti nak sambut menantu baru saja. Sangat teruja. Aku lihat ada sinar ceria disetiap wajah mereka. Lagi-lagi wajah mama dan papa. Yang memang mengharapkan aku dan Faliq bersatu semula. Diceriakan lagi dengan anak kecil yang keletah berbicara. Ini semua adalah dari doa-doa mereka. Terima kasih yang tak terhingga.

Dan, bila aku balik sini melihat wajah abang kesayanganku. Aku jadi sedih teramat. Walaupun wajahnya tenang, senyuman sentiasa terukir, nada suara ceria tapi disebalik itu sebenarnya ada satu sinar kesedihan. Satu sinar yang hanya aku saja yang tahu. Berat hatinya mahu melepaskan aku semula. Berat hatinya mahu menyerahkan tanggungjawab pada si sahabat sejatinya semula. Sedangkan itulah yang dia inginkan selama ini. Abang manalah yang tak sedih berpisah dengan adik yang dah dijaga selama ini walaupun berpisah untuk kebahagiaan adik sendiri. Sama seperti perasaan seorang bapa yang mahu melepaskan si anak kepada suaminya. Itulah abang. Aku pun berat sebenarnya nak tinggalkan abang. Sangat sedih. Tiba-tiba airmata menitis dipipi.

Tok.. tok..!! Pintu bilikku diketuk perlahan. Aku terus kesat airmata. Muncul abang dengan senyuman. Masih memakai songkok dikepala. Baru lepas solat mungkin. Aku membalas senyuman. Abang menghampiriku dan duduk dihadapanku. Direnung wajahku.

"Dah siap kemas?!" Tanya abang lembut, mata memandang pada pakaian yang tersusun didalam bagasi.

" Siap dah.." jawabku dengan memasukkan pakaian akhirku didalam bagasi dan zip. Ku angkat bagasi letak ditepi almari kemudian ku duduk semula. Abang senyap saja.

"Adik..! Lusa adik akan bergelar isteri pada Faliq semula. Tangungjawab abang dah bertukar pada dia tau. Semuanya Faliq lepas ni.  Jadilah isteri solehah ya sayang, yang patuh dan dengar cakap suami. Hati tu jangan keras sangat, jangan nak degil sangat tau. Ingat pesan abang ya!" Abang senyum. Airmata aku menitis lagi.


Aku angguk perlahan. Tiada kata-kata pun yang mampu aku luahkan. Hanya rasa sayu dan sedih dalam hati sanubari.

" Tanamkan satu nekad dalam hati tu, untuk lupakan segala sejarah lama. Kalau boleh jangan ingat langsung takut jadi bahan ungkitan nanti. Buangkan segalanya dan bina satu sejarah baru yang bahagia bersama Faliq dan Dhia. Abang yakin dan abang percaya, bahagia milik adik.." Sambung abang lagi.

"Insya Allah abang. Terima kasih segalanya. Jasa baik abang hanya Allah saja yang akan balas. Terima kasih abang jaga adik dan Dhia selama ni. Adik tak tahu nak cakap macam mana. Adik tak sanggup nak tinggalkan abang sorang-sorang.." makin deras airmata aku. Dah macam budak kecil je menangis.

" Ishh!! Kenapa nangis pula ni. Sepatutnya adik kena happy sebab nak kembali pada family sendiri, pada suami. Dahlah ye..!" Pujuk abang.  Abang senyum tapi senyuman abang pun senyuman tawar.

" Adik tak tahu abang. Adik rasa macam nak berpisah jauh dengan abang. Adik sayang abang..!" Aku tak tahu kenapa aku boleh cakap macam tu. Aku renung ke dalam anak mata abang dalam tangisan.

" Mana ada jauh. Rumah Faliq dengan rumah ni kan dekat je. Setengah jam je kut kalau tak jem. Kalau rindu abang balik jenguk abang. Tak pun, abang datang rumah jenguk adik. Kan senang.." Abang menyedapkan hati aku. Airmata aku dikesat lembut. Abang genggam tangan aku, erat. Mata abang mula berkaca dan cepat-cepat dia peluk bahu aku. Aku perasan itu, abang tak nak aku nampak dia menangis sebenarnya.

" Adik jaga diri baik-baik tau. Jaga kesihatan. Abang tak nak adik sakit. Abang nak adik happy dan sentiasa sihat. Jangan lupa jalani rawatan lepas majlis nanti. Semuanya abang dah uruskan. Adik jangan lupa tau. Lepas ni abang dah tak boleh dah nak ingatkan adik lagi. Abang akan sentiasa doakan adik dunia akhirat. Apapun terjadi, jangan lupakan abang ya sayang..!" Kata abang lagi.

" Kenapa abang dah tak boleh nak ingatkan adik lagi?" Aku melepaskan pelukan abang dan pandang wajah abang. Abang senyum.

"Tak bolehlah. Faliq kan dah ada. Apa-apa mesti suami adik. Kalau abang asyik ingatkan je nanti jelous pula suami adik tu.." abang bergurau.

" Tak nak. Adik tetap nak abang sentiasa ingatkan adik, marah adik, membebel dekat adik kalau adik lupa.." aku mencebik.

" Hahaha.. Mana boleh macam tu sayang. Kalau abang dah pergi nanti macam mana?" Aku terkedu.

" Abang nak pergi mana? Abang nak tinggalkan adik? Abang tak sayang adik ke? Adik nak ikut..!"

" Mana boleh abang tak sayang adik abang yang degil ni.." abang cubit hidung aku. Kenapa tiba-tiba abang cakap macam tu. Abang buat aku risau pula.

"Habis tu. Kenapa cakap macam tu.."

" Tak adalah. Hmm... Esok Mak Long dan Pak Long datang. Mungkin sampai tengahari kut.." abang tukar tajuk perbualan. Aku angguk je.

" Abang..! Abang rasakan. Tasya akan buat kacau tak majlis nanti?" Teringat pula aku dekat Tasya yang masih bebas lagi. Entah kenapa susah pula pihak berkuasa mahu jejak dia. Betul-betul misteri.

"Tak pastilah dik. Apapun, kita doa minta dilindungi oleh Allah ya. Insha Allah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Dan, adik jangan risau. Dia tak kan berani apa-apakan adik, sebab abang akan lindungi adik sepanjang majlis tu nanti walau tergadai nyawa sekalipun. Abang akan berada disamping adik. Okey?! Jadi, jangan risau ya. Jangan fikir pasal Tasya tu. Hari bahagia adik kan..!" Kata abang penuh keyakinan. Aku angguk lagi.

" Terima kasih abang.." hanya itu aku mampu ucapkan.

" Sama-sama. Apa yang penting, abang nak tengok adik abang ni bahagia dan happy. Okey sayang!" Abang cium dahi aku. Aku senyum.

"Adik pun nak abang happy dan bahagia juga..!" Abang senyum.

"Iyalah..! Esok abang cuti. Adik nak makan apa-apa tak. Abang masak esok.."

" Eh! Abang cakap lusa baru cuti?"

" Sebab esok abang nak luangkan masa dengan adik abang ni. Abang nak masak untuk adik, esok-esok dah tak boleh dah. Adik cakap je, adik nak makan apa. Semua abang boleh masakkan.."

" Abang buat adik sedih je.."

" Hahaha.. Esok pagi kita pergi pasar ya.." Abang gelak.

"Okey abang!"

" Abang keluar dulu ya. Jangan tidur lewat. Good night!!" Abang cium dahi aku sebelum keluar. Aku memandang abang dengan senyuman yang terukir. Abang tutup pintu. Kenapa ada rasa satu perasaan lain. Entahlah.. Semoga tiada apa-apa yang berlaku. 


Aku risau pasal Tasya. Faliq pun risau juga. Dia masih belum dijumpai lagi. Entah kemana hilangnya dia. Takut bila majlis aku lusa, dia muncul dan buat onar. Kelmarin dia hantar whatsapp, ayat-ayat ugutan darinya dan dia tahu majlis kami akan diadakan lusa. Dia cuma cakap.  Tunggu!! Aku pun tak tahu dari mana dia dapat tahu. Inspektor Adam cakap, akan ada beberapa orang anggota yang akan awasi rumah kami lusa. Tapi tak tahulah pula, orang licik macam Tasya tu walau 10 orang anggota awasi pun. Tetap terlepas juga. Tapi tak apalah. Pandailah pihak berkuasa jalankan tanggungjawab mereka. Semoga semuanya berjalan lancar.

Tutt... Tuttt...! Handphone berbunyi. Faliq call.

"Assalammualaikum bidadariku sayang..! Dah tidur ke?!" Ceria je suaranya.

"Waalaikumsalam. Belumlah. Kalau dah tidur, taklah saya jawab call awak ni.."

" Hahahaa.. Buat apa tuuu.."

"Tak ada apa. Nak tidur ni.." jawabku.

"Awalnya.. Dekat sini masih meriah lagi sayang. Dengar tak suara-suara kecoh ni.." Aku senyum. Kedengaran suara bising kedengaran di talian. Meriahnya.. Aku gelak kecil.

" Macam ramai je tu. Buat apa je tu.." Seronok pula dengar.

" Family kami je ni. Sesekali duduk berkumpul semua, mana tak kecoh. Dengan Dhia ni ha, yang paling kecoh. Angah tengah siapkan pelamin, Along siapkan bunga telor ni, mama buat hantaran.." jelas Faliq. Cerianya dia.

" Wah!! Bestnya.. Eh!! Awak, Abang Ngah, Abang Long dan papa pula buat apa? " Sengaja aku bertanya.

" Hahahaa.. Kami si jejaka-jejaka hensem ni jadi peneman jelah. Pengacau.." Faliq gelak kuat.

" Macam tu ek! Tak aci..!! Saya minta maaf tau, tak dapat nak join, kemas pakaian. Lagipun, kasihan abang sorang-sorang.." jelasku.

"Tak apalah sayang. Kami faham. Tak ada buat apapun. Awak tahu tak, Angah ni yang over excited tau tak. Tak berhenti dari petang tadi. Makan pun tak..!"

" Laa.. Iyeke?! Tak kan sampai tak makan. Nanti Angah sakit pula.." Rasa serba salah pula aku.

"Dia cakap, dah siap semua ni baru makan. Faham-faham jelah Angah tu.." Aku gelak je. Betul-betul mereka happy. Beruntung aku dapat keluarga mertua yang baik hati. Yang sayang aku. Terima kasih Ya Allah..!!

" Faliq.. Esok saya nak luangkan masa dengan abang ya. Bila lagi nak bermanja dengan abang, nak temankan abang. Esok abang nak masakan untuk saya. Lagipun, esok tengahari Mak Long dan Pak Long sampai. Esok je last saya dekat sini. Boleh kan?!" Pintaku. Suara perlahan.

" Baiklah sayang. Boleh je. Adil pun ada info saya tadi.." jawab Faliq lembut.

" Alhamdulilah terima kasih Faliq. Berat hati saya nak tinggalkan abang sorang-sorang. Tak tahulah kenapa rasa.. Entahlah.." tak mampu aku nak teruskan berkata. Mahu menitis lagi airmata ni.

" Iya sayang. Saya faham..!! Adil pun berat hati nak lepaskan awak pada saya. Dia sentiasa whatsapp, call saya. Ingatkan saya, pesan dan beri nasihat pada saya supaya jaga awak dan Dhia dengan baik.." cerita Faliq.

" Sedih saya..!!"

" Sayang..!! Tak nak sedih-sedih ya. Majlis kita, kena happy. Kalau awak sedih nanti abang lagi sedih. Awak tak nak abang sedih kan?!"

"Iya.. Okeylah. Saya nak tidur dulu ya. Esok pagi nak ke pasar dengan abang. Kirim salam dekat semua.. "

"Baiklah. Insha Allah. Bye!! Good night my dear.." Talian terus kumatikan. Handphone ku letak ditepi bantal.

Aku pandang sekeliling bilik. Hai lah bilik, kena tinggal lagi kau. Aku gelak kecil. Semoga pernikahan ini akan terus berkekalan hingga ke jannah. Bila lafaz akad diucapkan nanti, bermakna aku kena bersedia untuk hadapi segala dugaan dan ujian yang akan aku terima. Segala pahit manis akan ku telan, suka duka semua akan ku hadapi. Aku kena bersedia fizikal mental dan rohani agar terus kuat untuk tempuhi dengan hati yang redha. Kita tak tahu apa akan terjadi di masa mendatang. Persediaan itu penting. Dengan pengalaman yang aku ada, insha Allah aku akan kuat tempuhi.


Aku senyum sendiri. Bersyukur dengan semua ini. Terima kasih insan-insan yang menyayangi aku. Terima kasih abang..!!

Previous: Bab 181
Next: Bab 183

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.