336,446
Kategori:
Genre:
Bab 120
Siap juga kerjanya! Rasanya inilah kerja pertama yang dia buat hingga habis selama bekerja di companya Dato' Chiew. Kalau tidak buat kerja separuh jalan saja, selebihnya di suruh kerani yang selesaikan kerjanya. Kasihan kerani. Kalau tak turutkan kemahuan Tasya, memang akan kena marah. Apa kerani itu boleh buat, Tasya orang kesayangan Dato' Chiew. Tak pasal-pasal kalau si Tasya mengadu pada Dato' Chiew mahunya kena pecat kerani itu. Tasya yang lagak seperti bos itu memang menjadi bualan setiap pekerja dalam office nya. Ramai yang tidak suka padanya. Ada saja tak kena, ada saja salah pekerja dimatanya. Padahal semua okey saja. Memang gila pangkat di Tasya ni.

Sementara menunggu waktu lunch. Tasya duduk menghadap handphone. Apa lagi dia lakukan kalau tidak menghantar whatsapp yang menyakitkan hati pada Aliaa. Gambar-gambar lama bersama Faliq dihantar pada Aliaa hampir setiap hari. Nombornya sudah di block oleh Aliaa tapi dia guna nombor lain lagi. Dan lakukan perkara yang sama. Memang gila betul si Tasya ni. Bukan setakat Aliaa saja dikacaunya. Faliq sudah tentulah. Setiap waktu whatsapp, tanya itu ini, ajak ke sana sini. Naik rimas Aliaa dan Faliq. Tapi mereka biarkan saja, bak kata Faliq. Jangan dilayan. Okey!! Aliaa akur. Ikut kata Faliq. Mula-mula Aliaa memang bengang juga tapi apabila diberi nasihat oleh Faliq dan Adil, baru dia faham. Tapi kadang-kadang, kalau Aliaa tengah stress atau mood tidak bagus memang kena jugalah si Tasya. Dah tak ada dah lembut-lembut bagai. Mahu jadi seperti Asnida pula dia. Ganass!!

Lalalaa... Amboi.. Bernyanyi seronok Tasya. Terus bangun dan ambil handbag mahalnya. Handphone tetap dipegang erat. Memulakan langkah lenggang lenggok mengalahkan supermodel. Rambutnya dibiarkan lepas. Dibelai-belai rambutnya sendiri. Susuk badan yang cantik, kulit yang putih melepak rambut yang ikal itu memang Tasya ni boleh dikatakan wanita cantik. Tapi hati dan perangai. Nauzubillah.. Menakutkan..!! Tasya jalan menuju ke pintu luar. Semua mata memandangnya dengan senyuman menyampah. Ada yang menjeling, ada yang buat muka bosan, ada yang mengejek dan tak sahlah kalau tak ads yang berbisik sesama mereka. Mengata Tasya lah tu. Tasya perasaan keadaan seperti itu tali dibiarkan saja. Bagi dia, mereka tak penting. Yang penting dia dapat duit dari Dato' Chiew dan kerja diuruskan orang lain. Senangnya hidup Tasya. Dasyat.. Dasyat..!!

Sampai di depan pintu liff, Tasya menekan butang G. Tak lama ,liff terbuka. Ramai orang tapi dia menyelit saja. Mereka didalam liff pun menyampah tengok Tasya. Kiranya Tasya memang sangat dikenali dengan gelaran perampas sejak kes bersama Faliq dulu. Glamour juga Tasya ni. Walaupun gelaran yang menjelekkan orang tapi dia sendiri jadi bangga. Seronok dengan gelaran itu dan dah berjaya pun meruntuhkan rumahtangga Faliq. Jadi bangga sangat. Gila punya perempuan!!

Pintu liff terbuka saja, cepat-cepat dia keluar dan merungut-rungut sendiri. Rambutnya diperbetulkan dan menuruni anak-anak tangga. Dia berjalan menuju ke keretanya. Jalan punya jalan, tiba-tiba dia memberhentikan langkah. Kelihatan Faliq dan Aliaa sedang duduk berborak di kerusi khas sebelah pasu. Tasya menghampiri perlahan-lahan dan sembunyi di sebalik pasu besar itu. Mencuri dengar perbualan Aliaa dan Faliq. Faliq dan Aliaa langsung tidak menyedari kehadiran Tasya.

" Nak makan dekat mana ni?!"

" Nak makan ikan bakar. Kampung Baru nak.." jawab Aliaa.

"Okey boleh je. Awak okey ke tak ni?!"

" Okey!! Kejab ek. Penat sangat ni, duduk kejab ye.." kata Aliaa. Baru saja turun tapi dia rasa sangat penat. Macam baru saja berlari.

"Awak tak okey ni. Esok kita jumpa Doktor Raziq ya..!" Kata Faliq. Aliaa angguk. Tasya mencebik mengejek.

" Eeee.. Ngada-ngadanya. Saja je ambil perhatian Faliq.." Tasya cakap sendiri. Perlahan suara. Takut mereka perasan pula. Terhendap-hendap dia macam perompak.

" Oh ya! Lupa nak info. Lusa saya kena kursus tau ke Singapore..."

"Berapa lama?"

" Tak sure! Maybe dalam seminggu kut. Tiba-tiba pula nama saya naik. Saya tolak juga, malas nak kursus tapi tak dapat pula.." sambung Faliq.


"Eh! Kenapa nak tolak. Pergi jelah. Bagus kursus sebenarnya, dapat ilmu. Kut-kut boleh naik pangkat lagi ke kan.." Aliaa beri semangat.

" Cukuplah pangkat yang ada ni. Dah cukup bersyukur dah ni. Lagipun buat apa nak kejar pangkat kalau nanti jadi lupa diri. Cukuplah pengalaman lalu.." Aliaa senyum. Memahami maksud Faliq.

" Mana cukup pangkat sekarang ni. Kalau naik pangkat, duit banyak, semua orang segan. Apalah you ni Faliq. Rugiii..!!" Ish!! Dia pula yang over. Ingat kalau Faliq naik pangkat dia nak kau ke Tasya. Gila!! Tasya masih mencuri dengar perbualan mereka.

" Baiklah. Apa yang terbaik untuk awak. Terbaiklah juga untuk saya. Awak happy saya pun happy.."Kata Aliaa dengan senyuman.

" Sokongan dan semangat dari awak saaangat saya perlukan. Sebab awaklah sumber inspirasi saya..!" Aliaa gelak kecil.

" Elehhh.. sumber inspirasi konon. Ayat poyo je. Bukan hebat sangat pun Aliaa tu, nak dibandingkan i lagi double hebat.." Tasya meluat dengar. Gerutu sendiri. Mengomel sendiri.

" Nizam join..?!" Tanya Aliaa.

" Nizam tak pasti, saya pun tak jumpa dia lagi ni. Lepas lunch baru dia masuk.." Aliaa angguk.

" Flight jam berapa?!"

" Tak naik flight. Saya memandu, senang nak gerak. Habis je kursus boleh terus balik KL. Nak balik cepat-cepat nak jumpa sayang saya ni nanti.. Mesti rindu kan.. kan.. kan..!" Faliq gelak kecil.

" Ceh!! Rindu konon. Kalau rindu aku okey lah juga. Rindu janda tu buang masa je.." Eh.. Eh..!! Jelous pula si Tasya ni. Buat muka bengang.

" Hmm.. iyalah tu. Jomlah, lapar dah ni.."

" Dah okey dah ke atau nak saya dukung?!" Faliq bergurau.

" Ishh! Tak payah nak mengada ye. Masih okey lagi ni belum nak mati lagi.." jawab Aliaa.

" Janganlah cakap macam tu. Tak sayang saya ke?!"

" Tak pun..!!"

" Iya ke tak?! Dalam hati tu, sayalah putera kayangan awak kannn..!!"

" Eee... Perasaaaannn..!!" Mereka berdua gelak sama dan bangun dari kerusi terus melangkah. Bahagianya mereka tapi disebalik bahagia mereka ada yang sakit hati sendiri. Tu ha yang sakit hati melihat mereka si Tasya.

" Eeee.. Menyampah betul lah. Nak i tikam-tikam je Aliaa tu tahu tak. Geram betul. Tak apa sekarang ni you gelaklah ye Aliaa. Sekejab lagi you nangislah tak berlagu. Baru waktu tu i yang akan gelakkan you. Hahahaaa...!! " cakap sendiri. Rambutnya dibetul-betulkan lagi. Berkerut muka masih tak hilang lagi diwajahnya. Marah, bengang, sakit hati semua ada melihat kemesraan Aliaa dan Faliq tadi. Menyirap darahnya.

" Hmm.. Faliq nak ke Singapore lah kan. Bawa kereta sendiri. Seminggu pula tu. Kalau dia ke Singapore, biasanya dia duduk hotel area JB. Yess!! I dapat idea baruu..!! I akan buat something untuk dapatkan you semula Faliq. Kali ni you takkan terlepas dari genggaman i. I akan pastikan semuanya berjalan lancar. Padan muka you Aliaa. Menangis tak berlagulah you. Hahahaaa!!" Gelak kuat Tasya. Apalah yang dia mahu plan. Tak habis-habis lah Tasya ni.

" Plan pertama.. Kampung Baru! Okey Sayang..!! I follow you now!!" Ha? Tasya nak ikut Aliaa dan Faliq lunch ke?! Pula dah. Bikin kacau saja Tasya ni. Hmm..

Tasya melangkah laju ke keretanya. Masuk dalam kereta dan terus memandu laju. Mana saja Faliq pergi pasti dia mahu ikut. Lagi-lagi jika Faliq bersama Aliaa. Memang dia sengaja menyibukkan dirinya. Mengganggu gugat. Sengaja mahu menyakiti hati Aliaa.

Sampai di Kampung Baru, meliar mata Tasya mencari kereta Faliq. Perlahan saja keretanya, terus mata terpanah melihat kereta Faliq betul-betul di hadapan restoran ikan bakar dan nasi campur. Senyum lebar dia, plan pertama semakin hampir. Kebetulan ada pula kenderaan keluar dari parking, cepat-cepat dia masuk parking itu. Rezeki katanya. Turun saja dari kereta, terus melangkah ke restoran tersebut. Kacamata hitamnya dibuka dan diletakkan diatas kepala.

" Macam tak ada tempat makan lain je. Dekat sini diaorang makan. Eee.. tempat macam ni. Langsung tak ada jiwa i lah. Tapi kerana you Faliq, tak apalah. Korban sikit..!" Membebel sorang-sorang. Mata meliar pula mencari Faliq. Ha!! Itu dia duduk di tengah-tengah restoran. Amboii..!! Berselera sungguh makannya.


Tanpa buang masa ,Tasya terus menghampiri mereka.

"Haiii Sayang..!! Haii janda..!!" Terus saja Tasya duduk di sebelah Faliq. Tersedak terus Faliq. Berpandangan dengan Aliaa. Aliaa senyum sinis saja.

" Menyibuk jelah perempuan ni..!!" Kata Faliq selamba.

" Wah!! Ikan bakarlah. Nampak macam sedap. Tapi.. Hmm.. I tengok macam nak muntahlah. Boleh you all makan dekat sini ek?! Tak ada privasi langsung..!" Aliaa angkat kening. Terus saja makan. Faliq pun tak layan si gedik ni.
Habis juga mereka makan, selamatlah nasi tinggal sikit. Kalau tak mahu saja dicampak nasi ke muka Tasya ni, kata Aliaa dalam hati. Lalu menghirup air limau ais dan bangun menuju ke sinki. Cuci tangan dan kemudian Faliq pun megekori sama.

" Cuci tangan pun nak sama-sama. Batak betul. Ishhh!!!" Marah pula Tasya. Dah sendiri yang sakit hati. Tak lama mereka kembali duduk.

" Sedap tak makanan ni?!" Tanya Faliq pada Aliaa. Langsung tak hiraukan Tasya.

"Mestilah sedap. Terima kasih sayang..!!" Sengaja Aliaa sambil mata melirik pada Tasya. Tasya mencebik menyampah.

" Sama-sama. Untuk awak segala-galanya, insha Allah saya akan lakukan.." Makin menyirap hati Tasya. Berkerut pandang Faliq.

" Eh!! Tak makan ke, tak minum? Ke dah kenyang tengok kami ni..!" Aliaa memerli.

"Sorrylah. Tempat macam ni bukan tempat i. Tempat macam ni untuk orang kampung macam you bolehlah. Kan sayang kan..!!" Angkuhnya bila bercakap.

" Oh iyelah kan. Tempat ni memang pun bukan untuk kau, tapi pelik juga ek. Kau datang sini untuk apa ek?  Tayang muka ek ke atau nak tengok kami ni. Sweet couple..!" Aliaa senyum sinis. Faliq berkerut pada Aliaa. Fahamlah tu Aliaa, tapi Aliaa buat tak tahu je.

" Sweet couple lah saaangat. I datang sini untuk Faliq je. Rindu dengan Faliq. Sayang..!! You know what, everday tau i rindu you. Bila you nak datang rumah i. I tunggu you tiap malam. You tak rindu i ke sayang..!!" Suara merengek. Faliq berkerut dan menjeling pada Tasya tapi Faliq langsung tak cakap apa-apa. Buat selamba saja. Aliaa gelak kecil.

"Saya bayar makanan dulu. Tunggu kejab ya..!!" Kata Faliq pada Aliaa. Aliaa mengangguk saja dan senyum.

" Amboii.. Bahagianya you ye. Tak apa Aliaa, sekarang ni i bagi you sweet-sweet dengan sayang i tu. Lepas ni pasti you akan meraung semahu-mahunya. Sebab apa tau, Faliq tu tak lama lagi akan jadi milik i sepenuhnya..!" Kata Tasya yakin sangat.

"Haahahaa.. Terpulanglah.." Aliaa gelak kuat. Faliq datang semula pada Aliaa.

"Jom sayang..!" Aliaa terus berdiri dan jalan bersama Faliq meninggalkan Tasya yang masih duduk lagi. Sakitnya hati Tasya melihat kemesraan mereka. Turun naik nafasnya tahan marah.

" Kurang ajar..! Berlagak you kan. Tunggu dan lihat jelah nanti.." Katanya sendiri. Kacamata dipakai semula dan dia keluar dari restoran tersebut. Buang masa saja dia datang restoran itu semata-mata mahu menyakiti hati Aliaa tapi hahaaha dia sendiri yang sakit hati. Tasya oh Tasya. Bilalah nak bertaubat. Jalan menuju ke kereta. Dia terpandang lagi Aliaa dan Faliq di gerai buah-buahan. Lalu, dia jalan pula menuju ke sana. Hmm.. Kalau tak menyibuk memang tak sah.

"Sayang..!! You beli buah apa. I nak juga boleh?!" Terus saja dia berdiri di sebelah Faliq. Cuba merapatkan badannya pada badan Faliq tapi Faliq menjauhkan diri. Aliaa gelak kecil melihat gelagat Tasya. Lawak!!

" Dik.. bagi i buah jambu tu ye. Asam nak lebih.. Thank you..!!" Kata Tasya pada si penjual buah itu. Si penjual buah menghulurkan bungkusan buah pada Aliaa. Dan, Faliq pula memberi wang pada penjual buah.

" Terima kasih..!!" Ucap Faliq apabila baki wangnya di pulangkan padanya.

" Eh!! Buah i ni you tak bayarkan ke Sayang..!!"

" Tempat makan nikan bukan tempat you, jadi buah tepi jalan ni pun bukan tempat you kut. Jadi, pandai-pandailah bayar sendiri.." perli Faliq. Aliaa gelak je.

Baru saja mereka mahu meninggalkan gerai buah itu. Tiba-tiba satu suara menjerit memanggil Faliq. Mereka menoleh pada suara itu.

" Alang..!!" Asnida di seberang jalan melambai-lambai pada Faliq, mahu melintas jalan. Senyum Aliaa. Ini kebetulan ke atau suratan. Kata Aliaa.


Mereka menanti Asnida. Setelah Tasya membuat bayaran buah tadi, boleh pula dia menyibuk sama tunggu Asnida. Memang tak reti malu dia ni.

" Angah dari mana?!" Tanya Faliq. Aliaa bersalaman dengan Asnida. Asnida terkejut melihat Tasya ada bersama mereka. Terus buat muka garang. Tasya sengeh.

" Angah lunch dengan kawan. Eh!! Ni kenapa perempuan ni ada ni. Ke perempuan ni cari pasal ni Alang..!" Pandangan mata tajam pada Tasya.

" Biasalah Angah. Mana Alang dan Aliaa pergi,  tulah juga dia menyibuk.. " jawab Faliq. Aliaa senyap je.

" Kau dah kenapa tak habis-habis nak kacau adik aku. Dah lama hidup ke?!" Tasya mula tak tentu arah.

" Mana ada kacau. I cuma nak lunch dengan diaorang je. Salah ke? Tak salah kan.." Tasya menjeling Asnida.

"Kau yang sengaja nak kacau adik aku. Perempuan macam kau ni, aku tahulah. Kau memang tak reti bahasa melayu ke, atau kau nak diajar belajar bahasa melayu. Kan aku dah cakap jangan kacau adik aku dan Aliaa.. Tak faham?!" Keras suara Asnida.

" Helloo.. i tak kacaulah. I cuma nak dengan sayang i je. You tu yang mengacau kami. Kami okey je kut...!!" Menjawab pula Tasya.

" Apa sayang?! Kau tu siapa nak cakap sayang dekat adik aku. Bernanah telinga aku dengar. Kau berambus sekarang, aku taknak tengok muka kau. Sekali lagi aku nampak kau menyibuk dengan Aliaa dan Faliq. Nahas kau!!" Sambung Asnida lagi. Faliq dan Aliaa hanya berdiam dan senyum saja.

"Ishh!! Adik dan kakak sama je. Gila!! Selagi i tak dapat Faliq selagi tu i akan kejar dia tau. Tunggulah..!!" Amboi.. Beraninya Tasya.

" Ooo.. Nak ugut aku ye. Ada aku kisah. Kau pergi sekarang..!!"

" Angah.. Dah lah..!! Malu orang tengok. Biarkan jelah dia..!!" Faliq menenangkan hati Asnida.

" Ingat i takut dengan you ke? Sikit pun tak takutlah.." Tasya terus jalan meninggalkan mereka tapi mulut tetap bising. Melawan. Dah jauh beranilah Tasya melawan Asnida. Cuba kalau dekat. Memang gerun dia.

Dia terus masuk dalam keretanya. Memaki hamun pada Asnida. Turun naik nafas tahan marah. Gerammm!!

" Macam manalah boleh terserempak dengan nenek kebayan tu. Dia yang menyibuk kata i pula yang menyibuk. Gila betul lah..!" Tasya marah sendiri. Enjin kereta dihidupkan dan aircond dipasang sekuatnya. Menyejukkan hati yang sedang kepanasan.

Dia tetap tidak akan putus asa. Dia tetap akan teruskan juga sampai apa yang di inginkan akan dia perolehi. Tapi iya ke dia akan perolehi. Hmm..

Plan pertama gagal. Lebih gagal bila Asnida muncul. Bertambah sakit hatinya. Nasiblah Tasya. Yang kau dah tahu laut tu bergelora tapi tetap nak buat rumah tepi pantai. Dah kenapa? Jawabnya sendiri sakit hatilah. Pelik.. Pelik..!!

Previous: Bab 119
Next: Bab 121

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.