336,648
Kategori:
Genre:
Bab 45
Abang duduk disebelahku. Abang tahu aku sebenarnya lemah. Abang terus peluk aku. Aku menangis didada abang. Surat masih ku pegang. Hanya esak tangisku yang kedengaran. Aku dah tak tahu malu dah depan Haikal. Aku nangis seperti kanak-kanak kecil yang perlukan mainan. Tapi aku nangis kerana kekecewaan yang tiada berkesudahan.

" Kenapa dia buat adik macam ni abang? Apa salah adik? Ini kesudahannya abang.." tersedu-sedu aku menangis. Allahu..!!

" Sabar dik..!! Semua ni ada hikmah. Adik kena kuat.. Abang ada dengan adik. Abang akan sentiasa dengan adik. Sabar...!!" Abang memujuk aku. Aku masih tersedu-sedu nangis.

" Adik.. Dengar sini.. Pandang muka abang..!" Aku leraikan pelukan abang. Abang kesat airmata aku. Aku merenung wajah abang.

" Adik ada abang.. Abang tetap ada bersama adik. Adik tak sorang-sorang. Adik jangan give up, adik kena terus melangkah adik kena teruskan hidup. Adik kuat, abang tahu adik abang memang kuat..!!" Abang bagi semangat padaku. Abang senyum. Tapi aku nampak dari mata abang, abang juga turut merasai kesedihan dan kekecewaan pada sahabatnya. Aku tak mampu nak cakap apa. Aku hanya mengangguk saja. Hanya airmata sahaja.

Iya.. Abang sumber kekuatan aku selain anakku. Hanya abang yang tahu hati perasaanku. Aku tarik nafas panjang. Aku kesat airmata sendiri. Aku cuba untuk senyum.

" Adik okey..!! Adik okey.. Cuma.. Sedih sebab.. Iyalah.. Hahaha..!! Entahlah.. Tak apalah.. Ini dah nasib adik kan.. Hmm.. Adik redha.." Aku cuba menenangkan diri sendiri. Tersekat-sekat suara aku dalam tangisan masih cuba untuk gelak. Aku kesat airmata.

" Sabarlah dik. Allah bagi dugaan ni dekat adik sebab Allah sayang adik.."

"Iya abang..!! Insha Allah.. Adik akan kuat. Adik kuat.. Abang dah makan?" Aku senyum. Mataku sempat melirik pada Haikal. Dia pandang sayu padaku. Abang angguk.

" Dah.. Abang dah makan dengan Haikal tadi.." jawab abang. Aku angguk.

 Tidak lama kemudian, Haikal minta diri untuk pulang. Aku dan abang hantar Haikal ke pintu pagar. Abang ucap terima kasih padanya. Aku langsung tak cakap apa-apa. Diam seribu bahasa. Hanya senyum je. Bila dia sudah berlalu pergi. Kami masuk ke dalam rumah. Surat ku ambil dan ku masukan surat semula ke dalam sampulnya. Dan naik atas. Aku menunjukan bilik pada abang. Kemudian, aku terus masuk bilikku. Dhia sudah lena. Aku duduk dikatil. Surat masih ku pegang.

Surat permohonan perceraian dari Faliq, ku lihat semula. Akhirnya..!! Aku tidak mampu lakukan apa-apa. Hanya redha. Nak menangis lagi ke? Nak bazirkan airmata? Tak perlu. Segala bukti kukuh atas kecurangannya aku dah ada. Tak apalah. Itu kehendak dia. Dia yang nak. Walaupun dia buat aku macam ni, tapi sejujurnya. Aku tak boleh tipu diriku sendiri. Aku masih menyayanginya. Aku masih menanti dan boleh beri dia peluang jika dia benar mahu kami semula dan tidak bersama Tasya lagi. Tapi.. tak apalah. Peluang tidak dihargai. Dan kini, dia memang sudah tidak perlukan aku lagi.

Aku akan tunaikan segala kehendaknya. Biarlah.. Dia nak bebas bersama Tasya. Aku pun dah tak sanggup terus melihat perbuatan terkutuk mereka dan dah tak sanggup menanggung segala fitnah dari kekasih gelap Faliq. Biarlah.. Aku mengalah, aku berundur kerana kebahagiaanmu Faliq. Airmata mengalir lagi. Aku cuba nak kawal dan kawal tapi aku tak mampu. Segala bayangan kebahagiaan kami dulu menerjah di kelopak mataku.

" Betapa indahnya sewaktu bersamamu Faliq. Betapa payahnya mempertahankan cinta kita hingga ke jinjang pelamin. Tapi kenapa dengan mudahnya kau runtuhkan mahligai bahagia kita berdua. Dengan mudahnya kau buang aku dari hidupmu tanpa belas kasihan. Kau berubah kerananya. Mana janjimu, mana sumpah setiamu padaku. Mana kasih sayang dan cintamu yang tulus suci? Semuanya hilang kerana seorang wanita. Sampai hatimu Faliq.. "
Kataku sendiri. Biarlah aku menangis sepuas-puasnya. Biarlah..

Kenapa aku? Kenapa aku yang kena hadapi semua ini? Sakitnya, peritnya, pedihnya.. Masalah demi masalah menimpa serentak. Betapa aku rasa tidak tertanggung. Betapa beratnya dugaan untukku.

Aku letak surat itu diatas meja solekku. Ku lihat wajah dicermin. Bengkak dah mata. Aku kesat airmata. Ku renung wajah sendiri. Aku cuba senyum.

"Aliaa.. Untuk apa kau menangis? Tak perlu bazirkan airmata untuk lelaki yang selalu menyakiti hatimu dan yang tidak menghargaimu. Untuk apa kau kejar lelaki yang  ego, yang mengejar kesempurnaan sedangkan tiada yang sempurna pun. Biarlah dia Aliaa. Biarlah dia dengan keputusannya dan biarkanlah dia dengan hidupnya. Kau wanita hebat Aliaa. Kau wanita kuat. Tanpanya kau boleh hidup. Tanpanya kau boleh bahagia. Percayalah.. Allah berikan kau awam yang kelam selama ini tapi sebenarnya Allah sudah sediakan pelangi yang indah untukmu di hadapan sana. Kuatkan hatimu Aliaa.. Teruskan bersabar dan sabar.. Kau boleh Aliaa.. Kau boleh..!!" Kata hatiku memberi semangat. Aku senyum. Aku jalan perlahan ke bilik air. Cuci muka, ambil wuduk dan solat isyak.

Selesai solat, aku duduk semula di katil. Aku rasa tenang sedikit. Tapi kesedihan masih setia lagi. Mungkin dengan cara ini akan buat hidup aku lebih tenang dan bahagia. Okey Aliaa.. Positif!!

Tutt.... Tut...!! Handphone berbunyi. Aku bangun dan ambil handphone diatas meja solek. Airmata aku mengalir lagi apabila melihat nombor itu tertera di skrin handphone. Kenapa kau call aku Faliq? Untuk apa? Nak bagitahu kebahagiaanmu? Aku tarik nafas. Nak jawab atau tidak. Aku kesat airmata lagi dan lagi. Aku kuatkan hati dan ambil keputusan jawab panggilan tersebut. Aku tak boleh tunjuk lemah. Tak boleh sedih. Aku kena buat biasa. Okey Aliaa.. Tarik nafas dalam, lepaskan perlahan. Jawab panggilan Faliq layan dengan baik. Relax.. Cool...!!

" Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.. "jawabku lembut.

Ya Allah!! Aku rindu kau Faliq. Aku sangat rindu suara ini. Dan kenapa setelah kau beri surat ini padaku baru kau mahu hubungi aku? Allahu..!!

"Apa khabar?!" Tanyanya.

"Alhamdululilah sihat.."

" Dhia sihat?! Mesti Dhia dah besar kan?"

"Dhia alhamdulilah, sihat juga. Iya.. Dah 3 tahun lebih. Dah bijak, pandai berdikari, dah pandai merajuk.." jawabku jujur. Airmataku tetap mengalir.

" Syukurlah.. Awak dekat mana sekarang?!" Tanyanya lagi.

" Masih ada di Malaysia.." hanya itu yang mampu ku katakan.

" Hmm.. Ada dapat surat?!" Makin deras airmataku. Tapi ku kawal, taknak sampai dia tahu aku sedang menangis.

"Ada.. Terima kasih..!!"jawabku.

" Maafkan abang..!!" Aku dengar suara tangisannya.

"Tak apa. Saya faham.."

"Abang tak mampu jadi suami yang baik untuk awak. Maafkan abang.." katanya lagi.

"Jodoh pertemuan ditangan tuhan.. Saya redha..!!"

" Abang sayang awak tapi dalam masa yang sama abang sayang dia juga.." Apa makna sayang? Dah tak ada dah.

"Tak apa. Saya faham. Ini keputusan terbaik untuk awak. Saya terima.."

" Abang harap awak tak simpan dendam pada abang.."

" Hahaha.. Untuk apa saya berdendam? Ini semua dah ditentukan. Awak bukan untuk saya lagi tapi awak untuk dia.." Faliq senyap. Esak tangisnya kedengaran lagi. Aku gelak menutupi kesedihan.

"Saya minta maaf. Saya pun tak mampu isteri terbaik awak. Untuk jadi bidadari awak, saya tak layak. Ampunkan semua dosa-dosa saya. Halalkan segalanya ya. Saya doakan awak akan bahagia bersamanya. Jadilah imam yang terbaik dan jadikan dia wanita solehah awak. Bawalah dia ke syurga dan jadikan dia bidadari awak.." kataku jujur.

" Aliaa.. Awak isteri yang terbaik. Hanya awak.. Tak ada sesiapa boleh jadi seperti awak.." katanya. Aku sengeh. Kalau aku isteri terbaik, kenapa kau mengejarnya wahai Faliq.

" Tak.. Saya hanya hamba Allah yang lemah segalanya.. Apapun, terima kasih pernah bagi kebahagiaan pada saya walau sebentar cuma. Pernah bagi kasih sayang dan cinta walau seketika. Saya harapkan perpisahan ini adalah yang terbaik untuk awak. Dan, biarlah kita berpisah secara baik tanpa simpan segala perasaan. Saya taknak ada musuh sesama kita. Jaga diri baik-baik. Kita jumpa di mahkamah nanti. Assalammualaikum.." aku terus matikan talian. Sambung lagi menangis dan menangis.

Di akhir ikatan perkahwinan, baru ini ku dapat mendengar suaramu Faliq. Terubat rindu yang sekian lama ku


pendam. Hanya airmata menjadi saksi. Tiada kata-kata yang dapat aku uraikan lagi. Tiada lagi harapan. Tiada lagi janji-janji. Semuanya telah berakhir..

Adakah segala kenangan akan terpadam? Segala pahit manis kenangan jua akan berlalu meninggalkan aku? Kenangan? Oh tidak!! Tak mudah untuk aku lupakan begitu saja. Kenangan akan terus berada didalam hidupku sehingga akhir nyawaku. Iya.. Akan berada dalam hidupku buat selamanya. Biarlah.. Biarlah hati ini menanggung segala derita. Biarlah kau membenciku. Biarlah kau campak aku. Biarlah..!!

Izinkan aku terus bersama kenangan kita. Izinkan aku terus menyayangimu, walau dari kejauhan. Kerana kau adalah cintaku sampai ke mati.. 

Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.