336,469
Kategori:
Genre:
Bab 16
Seronoknya hati. Tak sabar nak sampai rumah nak jumpa dengan anak aku. Rindu sangat. Kesihatan aku dah bertambah baik cuma doktor pesan ubat jangan lupa makan dan jaga pantang dengan baik. Okey Doktor!! Sepanjang perjalanan ke rumah, seperti biasa aku hanya berdiam je. Sepatah Faliq tanya, sepatahlah aku jawab. Lepas apa yang dah berlaku, mood aku terus hilang nak bersembang, nak bergurau, nak tanya itu ini. Semua dah taknak. Rasa macam tak apalah. Untuk apa nak tanya, nanti aku kena marah balik. So, berdiam lebih baik. Pendam dan simpan jelah dalam hati. Aku hanya senyum dan senyum. Aku ingat pesan abang. Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang. Walaupun suami. Sabar selagi mampu.

Sampai diperkarangan rumah, aku keluar kereta dan terus buka pintu belakang kereta. Mahu ambil beg pakaianku. Tapi dilarang oleh Faliq. Dia cakap, beg berat aku tak boleh angkat. Biar je dia buat. Okeylah. Aku pun terus masuk ke dalam. Aku taknak menyusahkan dia sebenarnya. Selagi boleh aku nak buat sendiri je. Yaa!! Aku boleh buat semua. Aku jalan perlahan-lahan masuk ke dalam rumah.

"Ha.. Tengok sayang, mama dah sampai..!!" Baru nak bagi salam tiba-tiba mama muncul dari dapur dengan mendukung baby. Senyum ke telingalah aku. Mama beri baby pada aku, aku dukung dan terus cium bertubi-tubi sampai merah pipinya. Alahaii anak.. rindunya teramat.

"Aliaa macam mana? Okey tak?!" Tanya mama.

"Alhamdulilah.. Aliaa dah okey ma.." jawabku sambil duduk disofa. Mama duduk disebelahku.

"Baby meragam tak ma?!" Tanyaku ingin tahu. Kasihan baby, seminggu aku tak dengan dia.

"Taklah.. Baby baik, langsung tak meragam. Cuma bila nak menyusu dan lambat. Tapi meragam manja-manja je. Ini anak yang baik..!!" Sejuk perut aku dengar pujian mama pada baby.

"Syukurlah. Risau Aliaa ma. Takut baby meragam. Takut menyusahkan mama pula.."

" Ish!! Tak ada menyusahkanlah Aliaa. Ini kan cucu mama, Aliaa pula bukan menantu tapi anak mama. Mama sangat happy dengan kehadiran Aliaa dalam rumah ni dan sekarang bertambah happy dengan cucu mama ni." Senyum bahagia mama.

" Terima kasih mama. Aliaa sayang mama sangat. Jasa baik mama hanya Allah je yang akan balas.." terharu sangat aku. Mama memang seorang yang baik. Ibu mertua yang paling baik.

" Sama-sama sayang..!!" Mama peluk aku erat. Terubat rindu aku pada arwah ibu. Kalau ibu masih ada, mesti ibu akan happy juga macam mama. Rindu ibu!! Faliq duduk disofa. Menyandarkan badan dan memandang aku. Senyum. Aku terus bermain dengan baby.

"Oye! Baby ni tak ada nama lagi ni. Aliaa dah dapat nama tak?!" Tanya mama. Iyelah, aku pun lupa. Dulu, aku dan Faliq dah dapat nama untuk anak kami. Dan, persetujuan kami berdua cari nama anak lelaki dan perempuan.

" Dah mama. Nama baby ni.. Dhia Afia binti Faliq Alfie. Maksudnya Sinaran Kekuatan. Dhia adalah kekuatan mama.." Kataku happy.

" Dhia Afia?! Cantik nama tu. Maksudnya pun bagus. Alhamdulilah.. Semoga anak ini menjadi sinar kekuatan untuk kita semua..!" Kata mama. Mama peluk aku. Bahagianya mama. Aku pun bahagia. Faliq duduk disebelah kanan aku.

"Mama, Aliaa dan anak Alang juga adalah sinar kekuatan Alang.. " Aku senyum. Faliq mencium aku dan juga Baby Dhia. Kanan kiri dan dihadapan aku ini adalah insan-insan yang sangat aku sayangi. Yang membuatkan hidupku bahagia. Ceria hati kami.

Anak adalah penyeri hidup. Anak juga membahagiakan. Aku harap, dengan kehadiran Dhia Afia ke dalam hidup aku dan Faliq. Akan buat Faliq berubah dan akan lebih membahagiakan hidup kami. Aku dah ada keluarga sendiri. Lengkap hidup aku kini. Ada suami dan ada anak. Syukur alhamdulilah. Allah juga beri aku peluang untuk terus hidup bersama yang trsayang. Semoga apa yang berlaku pada aku akan jadi pengajaran untuk Faliq. Aku taknak duit dia. Aku taknak pangkat atau kemewahan dia. Bab itu aku tak kisah pun. Tapi yang aku perlukan adalah kasih sayang cinta dia. Kejujuran dan kesetiaan dia padaku dan pada Dhia Afia. Jujur dan setia itu adalah kunci kebahagiaan. Jika tidak jujur dan setia macam mana nak bina kebahagiaan. Susah kan!


Aku naik ke bilik. Nak bawa Dhia tapi mama cakap mama boleh tolong jagakan. Mama nak aku rehat secukupnya. Mama cakap aku keletihan dengan tengok mata aku. Sembam kut. Keletihan baru keluar hospital. Rasa badan mesti lain. Esok pagi, ada seorang makcik indonesia datang ke rumah nak mengurut badan aku. Elok jugalah tu, memang sakit-sakit badan ni pun. Habis semua urat-urat badan berselirat. Belum lagi urat-urat yang putus sewaktu melahirkan Dhia hari tu. Memang nak kena betulkan. Jadi, bermulalah episod berpantang aku esok.

Selesai mandi. Aku merehatkan badan di tilam empuk. Betapa nikmatnya dapat tidur di katil sendiri. Aku senyum sendiri. Macam tak percaya je dah ada anak. Hehe!! Baru je nak lelapkan mata. Faliq masuk ke bilik. Lalu, duduk ditepi katil menghadap aku. Nak taknak terpaksalah duduk. Entah apalah yang nak dicakapkannya. Dengar jelah.

" Sayang..!!" Tanganku dipegang. Aku macam biasa, senyap dan sunyi. Reaksi muka dan senyum.

"Abang minta maaf. Abang tahu sayang kecewa dengan abang. Abang menyesal buat sayang macam ni. Abang minta maaf. Abang sayang family abang. Abang janji abang takkan buat lagi.." katanya. Jujur atau tak?! Entahlah.. Yakintkan diri sendiri dan okey dia jujur.

" Maafkan abang.. Bagi abang peluang untuk tebus salah silap abang.." Aku senyum.

" Tak ada apa sayang nak cakapkan lagi. Jika abang jujur dan memahami, sayang takkan menjauhi abang. Itu je.."aku membalas.

" Abang tahu. Abang minta maaf!!"

"Abang dah sayang dia dan dia pun dah sayang abang. Tapi takkan mudah kan. Melupakan begitu je.." tanyaku. Senyum sinis.

"Sayang.. Percayalah cakap abang ni. Abang akan lupakan dia. Abang ada isteri yang baik, ada anak yang comel dan ada family yang memahami. Abang nak dengan family.." jawabnya lagi.

" Maafkan abang ya?! Beri abang peluang kali ni je. Please sayang..!!" Rayunya lagi.

" Sayang tak ada hak untuk menghukum. Dan tak ada apa yang nak dimaafkan pun. Tapi mintalah ampun pada Allah.. " kataku mengakhiri perbualan.

" Sayang nak rehat sekejab..!" Aku senyum dan terus baring. Faliq memberi senyuman dan mencium dahiku dan terus keluar.

Memaafkan itu boleh tapi untuk melupakan. Tak mudah seperti yang disangka. Ia akan menjadi parut didalam hati. Jika Faliq pandai mengubati mungkin akan sembuh luka ini cuma tetap akan meninggalkan kesan sampai bila-bila. Dan, jika Faliq tidak pandai mengubati, Faliq hanya akan menambah kelukaan ini dan akan bertambah dalamlah parut ini. Semua bergantung sendiri pada Faliq.

Tak salah jika aku beri peluang padanya. Mungkin dengan kehadiran Dhia Afia akan buat dia betul-betul berubah. Sekarang ni, fikir positif je. Mungkin ini permulaan hidup yang bahagia. Aku senyum. Terimalah seadanya. Aku pun sebenarnya pun tak tahu. Aku marah ke? Kecewa ke? Sakit hati ke? Entah.. Tapi yang nyata, aku biasa je. Tak rasa semua tu. Tapi sekarang nak lebih-lebih berbual, bergurau senda ada kurang sikit. Takut akan kena lagi. Dah ada pengalaman sebelum ni, kena hati-hati jelah. Tengoklah layanan dia dekat aku nanti macam mana. Pengalaman mengajar aku untuk lebih berhati-hati. Maafkan aku wahai suami. Ini bukan kehendak aku tapi ini kehendakmu.

" Sayang bangun..!! Meh makan dulu.." Aku menggosok-gosok mata. Lenanya aku tidur dan tak tahu jam berapa sekarang ni. Aku buka mata, Faliq tersenyum melihat aku. Aku terus duduk. Terkejut.

"Eh!! Kenapa bawa makanan dalam bilik ni. Sayang boleh jalan kut.." kataku. Tak sedap hati pula sampai bawa makanan ke bilik. Aduhaii..

" Tak apalah. Sayang kan masih dalam pantang. Mama yang suruh bawa ni. Meh makan..! Sedap ni tau, abang yang masak.!!" Kata Faliq dengan senyuman.

" Sayang nak masuk bilik air kejab.." pintaku. Faliq mengangguk. Beberapa minit kemudian aku keluar dan duduk pula di kerusi. Aku nak makan sendiri dia tak bagi. Nak juga suapkan. Layankan jelah. Nak ambil hatilah tu. Sukahatilah..

" Abang ada tengok baby tak?! Baby tidur ke..?!" Tanyaku dengan mengunyah nasi. Sedap juga sup ikan ni. Pandai suami aku masak. Dah lama sangat tak makan masakan dia. Kalau dulu awal-awal kahwin, rajin dia masak.


Belajar masak dari abang aku.

" Aha.. Tengah tidur. Lena betul dia tidur, abang kejutkan dia taknak bangun pun.." kata Faliq.

" Iyeke!! Hehe.. Kejab lagi nak menyusukan dia. Dah bengkak susu ni ha.." Happy aku. Aku tahu, mama jaga Dhia dengan baik sekali. Mama ada cakap, sejak aku masuk dalam keluarga ni, hidup kembali ceria. Terubat rindu mama dekat arwah anak bongsunya. Kata mama, aku macam arwah, sentiasa ceria dan sentiasa senyum. Sebab tu mama sayang aku lebih sikit. Dan, bila Dhia lahir je. Mama rasa hidup mama bertambah ceria dan bahagia. Betapa happy nya mama dapat cucu baru. Iyalah kan. Kalau kami kerja, mama sorang-sorang dekat rumah. Depan belakang sorang je. Dan kini, ada Dhia.. Memang busylah nak melayan karenah cucu pula. Sama juga dengan papa. Mama cerita, papa balik kerja je terus jumpa cucu dulu. Tengahari call tanya cucu. Hehe..!! Penyeri keluarga. Mama happy aku pun happy.

Aku sangat terharu. Walaupun Faliq buat aku kecewa tapi layanan family dia padaku sangat baik. Aku bersyukur sangat diberi keluarga mentua yang baik dan memahami. Angah dah tak tinggal rumah mama, Angah dah pindah rumah sendiri. Tinggallah mama dan papa je.

Selesai makan, aku turun ke bawah mengekori Faliq yang mahu ke dapur. Satu persatu anak tangga aku turuni. Mama pesan, ibu jari kaki kena jaga. Jangan sampai tersandung apa-apa. Kalau sampai tersandung boleh jadi tumpah darah. Apa? Tumpah darah?? Gerunnya aku dengar. Sebab tumpah darah lah aku koma enam hari. Betapa seksanya. So, kena jaga pantang baik-baik.

Aku menghampiri mama yang sedang menukarkan pampers Dhia. Seronok mama bercakap-cakap dengan Dhia si comelku.

" Tengok sayang... Mama Dhia dah turun. Mama Dhia rindu Dhia tau..!" Kata mama dengan senyum lebar. Aku duduk disebelah mama. Mama memberikan Dhia padaku. Tanpa buang masa, aku terus menyusukan Dhia. Pertama kali menyusukan. Sukanya Dhia. Bulat matanya. Baru ni aku nampak matanya dibuka kalau tak asyik tutup je.

Aku bermain dengan Dhia. Inilah buah hatiku, penyeri hidupku, kekuatanku dan segala-galanya. Inilah dia Dhia Afia.. 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.