336,398
Kategori:
Genre:
Bab 33
Dia jalan lenggang-lenggok masuk ke office. Pintu dibuka, dengan muka yang membangga. Membetul-betulkan rambutnya. Semua mata tertumpu padanya. Ada yang terbeliak mata, ada yang gelak kecil, ada yang buat muka pelik.  Dah kenapa si minah ni. Dah taubat kut. Dia jalan menghampiri beberapa staff yang sedang berdiri berbual. Seronoknya dia menjadi perhatian.

"Kenapa pandang i macam tu.  Terpegun ke?!" Katanya mengada-ngada pada beberapa staff lelaki.

"Woww!! Bukan terpegun je tengok Cik Tasya ni. Sampai nak terberak kami ni.. Hahahaha!!" Semua gelak. Bengang betul muka Tasya jadinya.

Seorang lagi yang baru muncul dari dapur dengan bawa segelas air suam dan terus tersembur air dari mulutnya apabila melihat Tasya. Hahahaaa!!

"Uittt.. Cik parasit dah bertaubat nasuhalah geng.. Insaf.. Insaf..!!" Perlinya terus. Semua gelak. Memang jadi bahan si Tasya ni.

" You all ni kan. Kalau i pakai seksi kata i pakai tak cukup kainlah apalah. Ni i dah pakai yang terlebih kain ni pun tetap kutuk i. Apa masalah you all sebenarnya ha? You all jelous kan. Taulah i ni cantik..!!" Kata Tasya  membuatkan mereka semua meluat.

" Hohohoo.. Cantik..!! Siapa cakap Cik Tasya tak cantik. Kalau tak cantik, taklah Encik Faliq tu cair kan..."

"Ya betul tu.. Pandai youu!!"

"Tapi kan, kalau cantik pun tapi perangai serupa syaitan. Menghasut, merosakkan hubungan orang pun tak guna juga kann.. kann..!!" Sampuk seorang lagi.

" Itu masalah i.. Bukan masalah you..!!" Mula dah menyirap si Tasya.

" Hmm.. Ooooii Cik Tasya oiii.. kalau setakat pakai baju kurung macam ni. Konon-konon nak jadi macam Cik Aliaa dan semata-mata nak gantikan tempat Cik Aliaa dihati Encik Faliq. Memang jangan mimpilah. Kalau dah perosak tu perosak juga, tak layak pun Cik Tasya nak ganti tempat Cik Aliaa.." kata Nizam selamba yang keluar dari biliknya.  Dia kalau cakap dengan Tasya memang main lepas je. Musuh ketat, tak boleh jumpa.

"Oooo... nak jadi macam Cik Aliaa ke?! Alkisahnya.. Hai Cik Tasya.. Cik Tasya.. Bilalah nak bertaubat..!!" Memang makan perli jelah Tasya tengahari tu.

" Peliklah. Semua Aliaa.. Aliaa.. Aliaa.. Pergi cafe Aliaa, dalam liff Aliaa, dekat toilet pun semua Aliaa. Hey alls, ingat Aliaa tu bagus sangat ke? Kalau dia bagus sangat taklah laki dia cari i. Huh!!" Marah betul Tasya. Bingit telinganya asyik dengar nama Aliaa saja.

" Laki dia cari you sebab you sendiri Tasya. You goda Encik Faliq, you hasut Encik Faliq. You burukkan dan fitnah Cik Aliaa sampai Encik Faliq benci Cik Aliaa. You runtuhkan rumahtangga mereka. Semua orang dekat sini memang kenal Cik Aliaa. Mereka tahu kisah percintaan mereka sampai kahwin tapi bila you datang sini. You merosakkan hubungan mereka. You sedar sikit diri you tu. You ni perosak. Perangai macam haram. Kerja pun haram nak buat, semua i kena buat sampai i kena maki dengan Encik Faliq. Geram betul aku.."

 Betul-betul Nizam marah. Sakitnya hati dia pada Tasya. Sudahlah pagi tadi dia kena maki dengan Faliq sebab kerja tak siap. Ini semua sebab Tasya. Bila Tasya tak dapat siapkan kerja terus dibagi pada Nizam. Dan bila Nizam tak dapat siapkan.. Memanglah kena marah, kena maki. Sakitnya hati Nizam. Selalu kena, padahal Faliq pun tahu semua kerja tu adalah kerja Tasya. Ishh!! Geram betul Nizam. Hari itu, segala yang Nizam pendam selama ni diluah dengan kemarahan pada Tasya.

" You ni kenapa?! Tiba-tiba nak angin satu badan. Dah you buat kerja tak betul.." Selamba je muka Tasya ni.

" Kalau aku tak fikir Encik Faliq tu, aku tak ingin nak buat semua kerja kau.. Kau tunggulah, aku akan adukan semua ni pada pihak atasan.. Kau tunggulah betina..!!" Marah betul Nizam. Tak pernah dia marah sebegitu rupa. Ni memang betul-betul dah tak boleh ditahan. Sabar manusia pun ada hadnya juga.

"Nizam.. Sabar.. Sabar...!!" Pujuk seorang. Kecoh office jadinya. Boleh pula Tasya buat muka.

" Apa yang kecoh-kecoh ni. Semua dah tak ada kerja ke nak buat?!" Tiba-tiba muncul Faliq dengan wajah yang bengis keluar dari biliknya.

" Youu.. I tak tahulah kenapa tiba-tiba Nizam  marah i? I tak buat apa-apapun.." Memang betullah Tasya ni.


" Apa masalah kau bro. Kalau tak puashati dengan aku. Tak payahlah nak lepaskan marah dekat orang lain. Cakaplah depan-depan.." Kata Faliq membela Tasya. Bahagianya hidup Tasya. Senyum mengejek pada Nizam.

" Memang. Memang saya tak puashati dengan betina ni. Betina pujaan Encik Faliq ni. Selama saya kerja dengan Encik Faliq, saya memang seronok sangat. Tapi bila muncul betina ni. Semua dah jadi serabut. Semua kerja dia saya kena buat, bila saya tak dapat siapkan. Encik Faliq maki hamun saya. Sebab siapa. Ni..ni sebab betina ni. Sedarlah Encik Faliq. Betina ni merosakkan rumahtangga Encik Faliq, merosakkan hidup Encik Faliq sendiri, merosakkan kerjaya dan merosakkan semua. Agama Encik Faliq entah kemana. Saya sedih dengan sikap Encik Faliq. Sedih sangat..!! Betina macam ni Encik Faliq nak jadikan bini?  Perempuan haram ni.!!" Nizam meluahkan segalanya.

"Jaga mulut kau ya..!!" Faliq pula yang marah.

" Baguslah.. Bagus..!! Bela lah betina ni. Yang haram dijaga, yang halal terbiar. Encik Faliq terimalah azab dari Allah. Ini betina memang haramm..!!"

"Oiii Nizam.. kau nampak semua salah akulah. Kau tahu tak Aliaa cari jantan di belakang Faliq. Kau tahu ke? Tak tahu kan..." sedapnya mulut Tasya memfitnah.

"Kau ada bukti ke?? Tengok. Betina ni fitnah isteri Encik Faliq, Encik Faliq boleh diamkan aje. Encik Faliq percaya? Ya Allah..!! Baguslah.. Kalau macam nilah sikap Encik Faliq. Lebih percaya dan membela betina haram ni.. Saya rela letak jawatan dari bekerja dengan Encik Faliq. Saya taknak bersubahat dah dan saya tak sanggup dengar Cik Aliaa sentiasa dihina dan difitnah oleh betina pujaan Encik Faliq ni. Kembalilah pada Allah. Jangan menyesal atas perbuatan sendiri.." Faliq terdiam. Macam orang bodoh sudah Faliq ni. Semua mata tertumpu padanya. Nizam terus masuk ke biliknya dan mengambil sesuatu. Kemudian keluar semula berjumpa Faliq lagi. Faliq masih lagi berdiri kaku.

" Maafkan saya Encik Faliq. Maafkan segala salah silap saya. Jujur saya cakap, saya tak boleh kerja dengan betina ni. Encik Faliq pun dah tak perlukan saya sebagai pembantu. Tak apa, betina ni ada ganti tempat saya. Nanti saya akan bagi surat perletakan jawatan pada Nora.. "Nizam memberikan pendrive dan kunci pada Faliq.

" Broo.. Relax lah. Aku minta maaf...!!"

" Maaf Encik Faliq. Saya tak boleh kerja dengan betina haram ni.. Saya taknak bersubahat.. Assalammualaikum.." Terus Nizam jalan tanpa menoleh pun. Baru kelam-kabut Faliq jadinya. Semua staff lain pun terus ke tempat masing-masing. Semua geram dengan Faliq. Lagi-lagi dengan Tasya. Memang menyampah. Silap haribulan semua mogok taknak kerja sebab Faliq dan Tasya. Masakkk!!

" Eleh.. Nak berhenti kerja konon. Esok mesti datang balik tu. Poyo..!!" Tasya mengejek. Faliq pandang Tasya dan menjeling tajam. Terus Faliq masuk ke dalam biliknya. Tinggalkan Tasya sendiri.

Faliq duduk di kerusi. Menekup muka. Dengan muka yang tension. Serabut, kusut, semua ada. Dia tak dapat nak cakap apa-apa. Fikirannya kosong. Tasya masuk dan terus berdiri sebelah Faliq. Sentuh bahu Faliq.

"You.. Dahlah ye. Janganlah marah lagi. Maafkan jelah Nizam tu. Tak payah fikir sangat Nizam tu, esok mesti dia masuk office punya.  I tak tenang kalau tengok you tension macam ni. Tak payah tension-tension ya sayang ye...!!"

"Kau boleh diam tak? Boleh tak jangan tambah tension aku..!!" Tersentak Tasya bila Falia menengkingnya tiba-tiba. Kecut perutnya.

"Kenapa dengan you ni nak marah-marah i. I cuma nak tenangkan you lah sayang.." Tasya cuba memujuk Faliq.

"Tenangkan apa? Tenangkan apa? Kau makin buat otak aku serabut, kau keluar sekarang! Berambusss!!" Merah muka Faliq marah. Tersentap terus Tasya. Baru tahu. Padan muka kena halau. Tasya dengan sedih konon terus lari keluar. Faliq memandang dengan penuh kemarahan. Betul-betul dia tension. Faliq duduk. Menarik nafas dalam. Lalu, ambil kunci kereta dan terus keluar. Dia mahu tenangkan fikiran tapi tak tahu nak kemana. Serabut.. serabut..

Keluar saja dari liff dia ternampak Naim. Dia berlari mengejar Naim yang berjalan menuju ke parking kereta. 


"Naim.. Naim.. Sekejab..!!"  Naim menoleh kearahnya.

"Laa ingat siapa tadi. Kenapa?!" Naim memberhentikan langkahnya.

"Hmm.. Aku nak tanya sikit ni.." Teragak-agak Faliq mahu bertanya. Garu kepala.

" Tanya apa?!" Naim masih menunggu.

" Kau tau tak Aliaa duduk dekat mana? Aku.. Aku dah lama tak nampak dia. Dia kerja lagi tak? " Naim kehairanan. Pelik dengan pertanyaan Faliq.

" Ha?? Dah lama tak nampak? Eh!! Bukan kau tak bagi dia kerja ke??" Faliq pula yang pelik.

" Apa.. apa maksud kau ni?!" Faliq bertanya.

" Aliaa dah lama berhenti kerja kan. Dah 3bulan kut. Dia cakap, kau tak bagi dia kerja.." Kata Naim. Memang itu alasan Aliaa beri sebelum dia berpindah ke Sabah.

" Hmm... Okeylah. Tak apalah.. Aku gerak dulu..!" Faliq melangkah lemah. Naim pelik. Garu kepala dan menggeleng kepala.

Masuk saja ke dalam kereta. Dia menyandarkan badan di seat. Memejamkan mata. Mengeluh sendiri.

" Mana awak pergi Sayang..!! Abang rindu sayang.. Abang rindu Dhia..!! Baliklah sayang.. Baliklah..!! Abang perlukan sayang..!!" Katanya perlahan. Terasa amat merindui Aliaa dan anaknya. Beberapa hari ni hanya bayangan Aliaa dan Dhia saja didepan mata. Sampai diri sendiri jadi tekanan kerana merindu. Tapi apa yang Faliq buat?  Ada usaha mencari? Ada cuba bertanya pada Adil? Ada cari di rumah Adil atau cari di kampung? Tak ada pun. Hanya merindu dan mengharap Aliaa sendiri akan pulang. Betapa egonya dia.

Betullah.. Bila dah tiada di depan mata, baru mencari. Baru rasa kehilangan. Baru rasa apa itu rindu, baru rasa apa itu peritnya menanggung rindu. Tahukah Faliq? Betapa seksanya Aliaa menanggung rindu pada suami? Betapa peritnya menahan rindu teramat sangat padamu? Kau tak pernah tahu dan tak pernah cuba untuk tahu. Sekarang kau rasalah semua ini. Apa yang Aliaa tanggung selama ini. Kau tanggunglah Faliq. Berapa lama kau kena tanggung? Bergantung pada dirimu sendiri... Fikirlah Faliq.. Fikirlah..!!

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.