336,498
Kategori:
Genre:
Bab 109
Tiba-tiba rasa rindu pula dengan teman mesra aku tu. Semalam tak jumpa, dia busy kerja luar. Aik!! Aliaa.. Dah mula rindu ni, lain macam je. Ejek hatiku sendiri. Hahahaa!! Iyalah.. Dialah kawan suka duka aku. Manalah aku ada kawan lagi. Naim dah busy dengan bakal isterinya esok. Jadi, Faliq lah kawan aku. Yang buat aku marah, yang buat aku gelak dan lain-lainlah.

Awal aku sampai hari ni, nak makan tapi tak ada kawan pula. Mana entah si Faliq ni. Subuh tadi dah whatsapp, kata nak breakfast sama tapi batang hidung tak nampak lagi. Kata dah tunggu tapi tak ada pun. Aku masuk office dulu lagi baik. Kalau tunggu dia dekat lobi ni, tak pasal-pasal terserempak pula dengan minah senget tu. Malas aku nak menghadap dia. Hari ni mood aku happy je. Harap-harap happylah sampai ke petang. Meliar mata mencari si Faliq tapi tak ada, biarlah. Nanti kalau dia dah sampai dia call lah tu. Aku mendaki anak-anak tangga menuju ke liff.

"Pewitt..!! Haii Cik Kak baju biru..!!" Ada seseorang menegur aku. Aku senyum. Kenal sangat suara tu. Aku menoleh ke belakang. Aku gelak. Apakes pula mamat ni terselit dibelakang tiang. Pak guard gelak je tengok gelagat Faliq.
Aku menghampirinya.

"Yang awak terselit dekat tiang tu dah kenapa?  Dah tak ada kerja dah ke?!" Aku gelak. Ada-ada je mamat nilah. Tersengeh-sengeh pula dia. Aku geleng kepala.

"  Nak surprise konon.. Ni untuk awak sayangku..!!" Setangkai bunga mawar pink diberi pada aku. Aku senyum lebar. Alahaii Faliq ni. Segan gila aku, dahlah orang tengah ramai tunggu liff. Semua mata pandang kami. Bikin drama pula si Faliq ni.

"Thank you!!" Aku ambil dari tangannya. Kami bertentamg mata. Kenyit mata pula dekat aku. Aku gelak kecil.

"Amboii.. Amboii..!! Kenapalah sweet sangat Encik Faliq ni. Jelous pula saya tengok.." tiba-tiba tegur seseorang. Officemate Faliq kalau tak silap aku.

"Iyalah.. Happy pula kita tengok. Kejab lagi ni mesti makan nasi minyak lagilah kita ni nampaknya.." kata seorang lagi.

" Hahaha.. Tapi kali ni special sikit, bukan nasi minyak saya belanja. Nasi arab import dari arab lagi.. hahahaa!!" Amboii.. gelak besar Faliq.

" Wow!! Dasyat!! Hahaha!!" Mereka gelak. Aku pun gelak juga.

"So, bila tu agaknya ya Encik Faliq?!"

" Tanya Cik Aliaa.. Kalau saya sekarang ni pun on je..!" Aik!! Faliq ni kalau dilayan memang menjadi. Memandai je dia.

"Jangan nak merepek ye Encik Faliq. Awak jangan percaya dia ni. Dia ni kuat bergurau je..!!" Kataku. Faliq gelak.

" Cik Aliaa ni.. Okeylah tu, kembali bersatu, tengok Encik Faliq, pun sayang betul dia pada Cik Aliaa. Orang kata, cinta berputik kali kedua lagi hebat dari cinta pertama. Betul tak Encik Faliq.." Makin senyum lebar si Faliq. Senyum sampai telinga. Siap angkat kening lagi pada mereka.

"Betul.. Betul.. Betul sangat. Kamu doa-doakanlah ye kami ni.." Sukanya dia.

" Insha Allah.. Eh! Encik Faliq.. Tu.. Tu.. Si gedik tu dah datang. Apalagi, romantik-romantiklah depan dia tu..." kami berdua terus mengalihkan pandangan pada Tasya yang sedang jalan lenggang lengguk menuju naik ke tangga. Terus Faliq rapatkan badan ke arah aku.

"Sayang.. Sayang...!! Kebetulan jumpa you dekat sini. Jom breakfast, i laparlah.." Nampak je Faliq terus dia bersuara sambil mendaki anak tangga. Kami buat tak tahu je. Masih berbual dengan officemate Faliq.

" Sayang..!! I cakap dengan you ni..!" Tiba-tiba Tasya boleh tolak aku dan berdiri sebelah Faliq.

"Hey..!! You ni dah kenapa tolak-tolak Aliaa?!" Marah Faliq dan terus menepis tangan Tasya yang cuba memegangnya. Faliq terus dapatkan aku.

"Sorry.. Tak sengaja..!" Tasya menjeling pada aku tajam tu. Aku berkerut.

" Kau ni tak habis-habis nak mengacau kebahagiaan orang. Gila betul lah kau ni kan.."

" Yang you all sibuk ni kenapa? Sukahati i lah nak buat apa? Tak payah nak busy body sangatlah.." Tasya menjeling pula pada mereka.

"Kau ni kan, dah dibuang pun masih datang sini balik. Pergilah kau berambus sana balik JB sana. Menyemak je tengok muka kau dekat sini. Muka macam nenek kebayan, perasan cantik..!" Balas membalas mereka. Pula dah. Aku dan Faliq dengar je. Hmm..


"Hellooo... I tahulah you all jelous tengok kecantikan i ni. Yang nenek kebayan tu you. I datang sini balik pun sebab sayang i ni je tau. Bukan sebab you.. you and ni ha. Penyibuk ni..!" Terbeliak mata aku bila dia cakap aku penyibuk.

" Oii.. Siapa penyibuk? Kau ke aku?" Aku terus je cakap. Kali ini tak ada dah aku nak diam-diam. Memang aku akan balas.

" You lah. Dah elok-elok you dekat Sabah sibuk balik KL ni kenapa? Nak balik ambil hak i ni. Dah tak lakulah tu sampai nak balik dengan duda" Sedapnya mulut dia cakap.

" Iya.. Memang pun. Dulu aku berpisah dengan duda aku ni pun sebab perampas, perosak dan parasit macam kau ni. Kasihan sangat, murah betul maruah tu sampai laki orang pun nak dikebasnya. Orang bujang dah taknaklah tu. Orang bujang manalah yang nak dengan perempuan macam ni yang bersepah tepi jalan. Pernah tak tengok cerita animasi Upin Ipin. Kawan Upin Ipin yang jual ayam goreng tu. Si Mail dia jual ayam dua seringgit. Lebih kurang samalah macam kau, tapi kau up sikit harga. Satu seringgit.. satu seringgit.. Kan!!" Officemate Faliq masih melihat drama kami dan gelak kuat. Merah menyala muka Tasya.

"Sayang sudah.. Jangan dilayan dia ni.." Faliq menenangkan aku.

"Kurang ajar kau kan!! "

"Kau nak buat apa dekat aku, nak tampar? Tamparlah.. !" Aku pandang muka dan dia senyum. 

"Sayang.. You tengok janda you ni. Dia cakap i macam tu. Takkan you nak diamkan je.." Alahai mengada-ngadanya minta simpati Faliq. Faliq buat tak tahu je.

" Aliaa.. Dah jom!! Kita breakfast dulu. Tak payah layan dia ni.." Faliq tak peduli pada Tasya pun. Aku angguk.

" Jomlah sayang.. !! Saya pun dah lapar saaaangat ni. Kalau lama-lama dekat sini kang, ada pula yang makan penampar saya lagi. Kami gerak dulu ya. Jom sekali..!!" Aku saja pelawa officemate Faliq.

" Eh! Tak apa Cik Aliaa. Terima kasih banyak-banyak. Kami taknak jadi mengacau macam orang tu. Kami tunggu majlis Encik Faliq dan Cik Aliaa je nanti.. " Hahaha.. Sporting habis mereka ni menyebelahi aku.

" Insha Allah. Kami gerak dulu ya.. Jom sayang!!" Aku terus pegang lengan Faliq dan jalan bersamanya.

" Sayang.. Sayang..!! You tinggalkan i?! Kurang ajar Aliaa..!!" Tasya menjerit bengang. Kami buat tak tahu je. Terus berjalan masuk ke cafe.
Aku menoleh ke belakang, dah tak nampak Tasya. Aku terus lepaskan lengan Faliq. Faliq gelak kecil.

" Kenapa lepas? Peganglah sampai dalam tu.."

"Ishhh!! Cukup sampai sini je.." Faliq bukakan pintu untuk aku dan terus melangkah masuk.

"Kan best!! Romantik, happy je saya.." Aku berkerut.

" Hello.. Kalau tak kerana terpaksa. Tak inginlah nak pegang lengan awak tu.."aku menjeling dan terus ambil pinggan. Faliq gelak.

Apa nak makan ye. Hmm.. Makan mee goreng jelah sikit, tambah sikit sambal tumis dan sosej. Air nescafe suam. Kemudian aku duduk. Nescafe kuhirup perlahan. Wahh!! Lama dah tak minum nescafe ni. Hari ni entah kenapa teerrrr order pula nescafe. Mahu ni sekejab lagi aku kena bebel ni. Nasiblah.. Tak lama, Faliq duduk. Banyak dia makan ni. Laparlah ni. Kasihan!!

" Nescafe?! Kenapa nescafe? Air lain kan banyak..!" Aku sengeh. Dah agak dah.

" Alaaa.. Dah ter order. Redha jelah..!" Aku terus mengunyah.

" Pandainya dia ni menjawab kan.." Faliq geleng kepala dan menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Faliq.. Sorry!! Saya tak ada niat pun nak cakap Tasya macam tu tadi. Geram sangat. Cari pasal je..!" Kataku lembut. Risau juga aku. Rasa macam menghina dia pula.

" Dahlah.. Lepas ni hati-hati sikit cakap, takut apa yang awak cakap dia akan simpan dan dendam. Lagipun tak baik kan, dosa cakap macam tu. Boleh nak marah tapi jangan sampai menghina. Nanti kalau agak tenang sikit, minta maaf dekat dia ya.." Faliq nasihatkan aku. Aku fahan maksud dia.

" Baiklah.." Aku angguk. Faliq senyum.

" Ingat tak, apa Adil selalu pesan dekat awak.."

"Ingat.. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Tapi saya betul-betul tak sengaja cakap macam tu. Iyalah.. Dia pun menghina saya, sakit hatilah. Saya pun cakap lepas jelah.."

" Macam mana awak sakit hati bila orang hina awak. Macam tulah juga dia sakit hati.  Cuma beza, awak ni penuh dengan kemaafan. Tapi dia penuh dengan kebencian.." sambung Faliq lagi. Aku angguk je tanda faham.


" Hmm.. Tak apalah. Nanti saya whatsapp dia atau kalau terserempak dengan dia saya akan minta maaf..!" Kataku senyum.

" Okey sayang..!! Sekarang ni dia fokus pada awak je tau. Dia nak balas dendam dekat saya tak dapat tapi tak mustahil dia akan balas dendam pada awak sebab saya. Tu yang saya risau sangat. Angah pun pesan, jangan layan dia buat masa ni. Tapi sampai dia cuba cederakan awak, cepat-cepat info Angah.." terang Faliq lagi.

" Baiklah. Lepas ni saya tak lawan dia, tak layan dia lagi. Biarlah kan dia nak cakap apapun, kalau dilayan makinlah dia suka kut.."

" Tahu pun. Biarkan je. Nanti dia bosan dia diamlah. Lagi bila nampak kita macam tadi, mesti lama-lama dia tutup mulut juga tu. Tapi memang sweet lah kan tadi tu.. Lama tak dengar awak sebut perkataan tu tadi dekat saya. Boleh tak sebut sekali lagi. Nak dengarlah.. " Aku nak gelak sebenarnya. Tapi aku tahan, sibuk mengunyah konon. Padahal malu sendiri dah ni.

" Sebut apa?!" Aku berkerut. Buat tak tahu konon.

" Perkataan tu lah. Hmm.. Sayang tu.. Sebutlah, nak dengar yang jelas.." pujuknya lagi. Senyum berseri muka Faliq ni. Aku buat muka selamba.

"Itu lakonan semata-mata je tau. Cukup sekali je tu tadi.. " jawabku.

" Mana ada sekali. Dua kali awak sebut tadi kan..!" Faliq gelak kecil.

" Ha iyalah. Dua kali je sebab lakonan semata-mata. Faham?!" Kataku tegas. Ecehhhh tegaslah sangat. Hahahaa..!!

" Tak faham. Kalau sebut sekali lagi baru faham..!" Kata Faliq. Nak psiko akulah ni. Tak ada makna.

" Tak faham sudah..!!" Aku minum nescafe ni. Nak cover malu sebenarnya. Faliq gelak kuat. Aku senyum jelah. Lawak memang lawak.

Selesai makan, kami menuju ke liff. Sambil berbual lagi. Happy kami hari ni. Gelak tawa je sejak tadi. Terasa bahagia pula. Di dalam liff, kami berdua je.

" Aliaa..!!" Faliq panggil aku perlahan.

"Hmm.. Kenapa?!" Aku pandang mukanya. Tapi dia hanya senyum je. Aku alihkan pandangan ke pintu liff.

"Aliaa oh Aliaa.."

"Dah kenapa awak ni.. Sakit jiwa?!" Aku berkerut. Faliq gelak kecil. Senyap kejab.

" Aliaa..!!" Dia panggil lagi.

" Iya.. Apasal?" Aku melirik mata padanya. Dia senyum.

"Ishh!! Panggil tapi tak cakap. Pelik..!!" Aku jeling. Dia gelak.. gelak dan gelak.

" Oooo Aliaa...!!"

" Ishh!! Apalah... "

" Sayang saya tak?!"

" Sayanglah.. Oppsss!!!! Eh..!! Tak .. Takk...!!" Aku tutup mulut dengan tangan. Aduhhh... kata Stacy.. Terlebih sudah..!! Tapi kata aku.. Terlepas sudah.. Malunyaaaa!!!

"Yesss...!!! Yesss...!!! Akhirnya...!! " melonjak dia happy. Dah macam apa je dah aku tengok. Merah padam muka aku tahan malu. Kantoiii dah!!!

"Sayang juga awak dekat saya kan.. Alhamdulilah. Terima kasih Ya Allah..!!" Amboii.. !!

" Hello.. !! Tersalah cakap je kut. Jangan nak happy tak tentu pasal okey..!!" Aku buat muka serius semula. Hahaaha!! Lawak..

" Hahahaa..!! Eleh taknak ngaku konon. Kan senang cakap, memang awak sayang saya. Tak adalah saya nak umpan macam tadi. Tapi umpan dah mengena.. " Happy nya dia.

" No komenlah..!!" Jawabku ringkas.

Sampai dah ditingkat aku.

" Okeylah saya masuk dulu ya..!!" Pintaku. Senyum dan senyum. Kenapa senyuman hari ni lain macam je ni ek. Ooh.. Hari ni kan Jumaat. Senyuman kena ikhlas dari hati. Senyuman dihari keberkatan. Aha!! Iyelah tu Aliaa. Hahaha..!!

"Okey bye..!!" Senyum lagi.

"Aliaa..!!"

" Iya.. Kenapa?!" Aku menoleh. Aku diluar liff dia didalam liff. Pula dah.

" Kahwin jom..!!" Terbeliak aku dengar dan Hahahaa..!!

" Bye..!! Kerja elok-elok ye. Assalammualaikum..!!" Aku terus melangkah. Tak pandang dia dah.

" Love you!! Waalaikumsalam.." suaranya masih kedengaran. Aku terus masuk ke office. Senyumana masih lagi dimuka aku. Eh!! Kenapa asyik senyum je ni. Naik lenguh muka dah.

Sampai didalam bilik. Aku keluarkan handphone dan letak handbag. Aku sandarkan badan di kerusi. Lepas sembahyang Jumaat nanti, papa masuk office. Bersedialah dengan kerja yang menunggu. Seminggu dah kerja main-main. Aku pun rindu dah dengan kerja. yang bertimbun. Eh!! Bunga mawar pink aku lupa nak keluarkan dari dalam handbag. Habislah rosak. Cepat-cepat aku ambil semula handbag dan keluarkan bunga mawar pink perlahan-lahan. Fuh!! Masih cantik lagi. Aku cium baunya. Nyaman rasa! Senyum lagi aku.

Terima kasih wahai Mr. Arkitekku. Jika benarlah apa yang hati aku rasai ini. Biarlah ia hingga ke syurga ilahi. Dan andai ianya sekadar persinggahan rasa hati ini. Biarlah ia sampai disini saja. Kerana aku sudah tidak mampu mengharap terlalu tinggi takut harapan tinggal harapan. Hati aku milik Allah. Mungkin Allah ketuk sedikit rasa hati ini untuknya merasai kebahagiaan ini. Andai memang sudah tertulis dia milikku dan aku miliknya.

Faliq Alfie dan Aliaa Sofea..
Hahaahahaha.. Aku gelak.

"Selamanya..
Jadikan malam ku lebih indah,
Jadikan siang ku lebih terang,
Biarkan bungaku mewangi,
Selamanya.."

Tiba-tiba pula muncul lagu ni dalam fikiran aku. Siap aku menyanyi lagi. Hahaha... Parah dah ni Aliaa oii..  Ting tong...!!!


Previous: Bab 108
Next: Bab 110

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.