336,472
Kategori:
Genre:
Bab 18
Sepanjang malam aku tak tidur. Menangis dan terus menangis. Sedih yang teramat sangat, kecewa, hampa, hancur luluh hati dan perasaan. Hanya Allah yang Mengetahui segalanya. Sampai bengkak mataku menangis. Aku cuba untuk tidak menangis tapi apa daya aku. Aku tak mampu. Rasa sakit dilukai, rasa sedih dikhianati, rasa pilu tidak dihargai. Apa salah aku? Apa yang telah aku lakukan pada suamiku? Aku jahat ke? Aku derhaka padanya ke? Aku.. Aku tak layak untuknya. Pedihnya.. Peritnya..!!

Selepas subuh, aku melihat Dhia dikatilnya. Masih lena sayangku ini. Ku berikan ciuman sayang padanya. Lalu, terus menuju ke dapur. Faliq masih tidur kut. Mungkin tidur dibilik tetamu. Biarlah. Benci benar mungkin dia padaku. Sampai masuk bilik pun dah tak nak. Tak apalah. Aku duduk sebentar. Memikirkan mahu buat sarapan apa pagi ni. Aku buka peti ais, ada mee kuning. Okeylah. Lama juga tak makan mee goreng. Dengan pantas, ku ambil mee kuning, sayur sawi yang berbaki, isi ayam, fish cake dan udang. Banyak isinya ni. Tak apalah, tekak teringin nak makan. Buat je. Yang nak makan pun aku sorang. Faliq ikut mood dialah kut. Rasanya taknak dia makan sebab dia nak sarapan dengan kekasih hatinya. Aku ni cuma isteri sandaran dia je. Sabar Aliaa..!!

Aku memotong sayur sawi, memotong isi ayam dan fish cake kecil-kecil. Mengalir lagi airmataku. Ku kesat dengan hujung lengan baju. Kemudian, ku ambil kuali, ku letak diatas dapur. Ku isi minyak, dan masukkan bawang. Airmata mengalir lagi dan lagi. Hingga siap mee goreng pun masih mengalir airmata. Ya Allah!! Kuatkanlah aku. Tabahkanlah hatiku.. !! Memang aku terlalu emosi. Setiap apa yang kulakukan. Setiap itu juga airmata mengalir. Betapa kecewanya aku.

Siap mee goreng, ku hidangkan bersama teh panas. Dua pinggan kosong ku sediakan diatas meja. Kemudian, ku masuk bilik melihat Dhia yang masih tidur. Biasa Dhia bangun memang lewat, dalam jam9.00pagi baru bangun. Kasihan anak mama. Maafkan mama sayang..!! Aku menangis lagi. Sedih melihat wajah comel Dhia, umur begini sepatutnya tengah seronok bermain dengan papanya, tapi Dhia hanya dengan mama je. Papanya jarang pegang. Kadang-kadang, bila Faliq balik kerja petang, Dhia kejar minta didukung, tunjuk mainan, bawa mainan nak bermain dengan papanya. Tapi tidak dilayan pun. Sedihnya..!! Kalau Faliq dukung pun, cuma bawa ke bilik je lepas tu dibiarkan. Sampainya hatimu wahai suami.

Kau tak nampak anakmu sekarang. Kau biarkan dia terkapai-kapai minta belas kasihmu. Kau tak hiraukan anakmu yang masih kecil ini. Yang perlukan kasih sayangmu. Kau tak pedulikan dia pun. Mungkin ia menyusahkanmu. Tapi jangan pernah kau menyesal bila anakmu tak nampak engkau suatu hari nanti. Dan, jangan pernah salahkan aku.

Ahh!! Lelaki semua sama. Belum dapat memang kau sanggup buat apa saja, usaha kau memang terbaik. Tapi bila dah dapat, kenapa sakiti aku? Kenapa tak hargai aku? Janji tinggal janji. Tak guna!! Aku mula rasa benci pada lelaki. Aku mula rasa lelaki semua sama. Lelaki hanya pandai menyakiti. Habis madu sepah dibuang. Tak cukup dengan apa yang telah Allah beri. Tak pandai menghargai.

" Aku boleh hidup tanpa lelaki. Iya.. Aku boleh!! Bangkit Aliaa bangkitlah. Tunjukkan padanya kau lebih hebat dari Tasya. Buktikan padanya kau lebih berharga dari permata dan intan berlian. Kau punyai kekuatan yag luar biasa dari yang lain. Kau boleh!! Sekarang ni dia hanya nampak segala kekurangan dan kelemahan kau. Biarkan.. Pasti suatu hari nanti dia yang akan merayu dan merayu mahu kau semula. Buktikan Aliaa. Kau punyai kelebihan yang tiada pada Tasya. Kau buatlah sampai Tasya rasa mahu jadi sepertimu. Lakukan Aliaa.. Lakukan..!! " kata hatiku berkata memberi semangat.

Iya.. Betul!! Aku kena bangkit. Aku takkan lemah lagi. Insha Allah.. Aku lakukan demi anak aku. Kekuatanku dari anakku. Semua demi anakku. Aku nak didik anak aku berjaya dalam pelajaran dan agama. Ya Allah!! Bantulah aku, berikan aku kekuatan untuk teruskan kehidupan ini. Aku kena terus bangkit dan bangkit. Memang aku jatuh kerana suamiku dan aku akan bangkit kerana Allah. Itu niatku. Insha Allah..!


Lamunanku terhenti bila Faliq masuk bilik. Cepat-cepat aku kesat airmata. Taknak menangis depan dia. Aku terus tepuk-tepuk Dhia yang lena tidur. Aku senyum. Faliq mengambil tuala mandi dan masuk ke dalam bilik air. Langsung tidak bersuara. Sama juga dengan aku, diam seribu bahasa. Tak ada apa yang nak dicakapkan. Berdiam lebih baik.

Seperti biasa, aku sediakan baju kerjanya diatas katil. Kemeja berwarna biru lembut bersama seluar slack dan tali leher belang biru dan putih. Aku kembali ke dapur semula. Aku menuang air teh ke dalam cawan putih. Dan, aku masukan mee goreng ke dalam dua pinggan kaca berwarna putih. Satu ku letak di meja Faliq dan satu lagi untukku sendiri. Aku tarik nafas dalam, dan lepaskannya perlahan. Mencari kekuatan sendiri. Aku senyum. Aku kena buat biasa depan Faliq. Aku taknak sedih depannya. Kalau aku sedih dan tunjuk lemah depannya pasti makin tinggi egonya. Jadi.. Aku kena relax.. cool dan senyum. Insha Allah..!! Aku duduk menunggu dia didepan meja makan. Nak sarapan bersamanya.

Tidak lama kemudian, Faliq ke dapur. Aku senyum padanya. Tapi dia buat tak tahu je. Sedih!! Aku terus senyum. Dia duduk dihadapanku. Meneguk air teh.

"Abang tak makan?!" Tanyaku bila melihat dia menghabiskan air teh tapi mee goreng langsung dia tak sentuh pun.

" Tak apalah. Abang makan dekat office je.." Sampainya hati. Okey!! Tak apalah.

" Abang tak balik tengahari. Ada kerja luar. Abang pergi dulu.." Aku hanya berdiam. Salam dan cium tangannya dan dia terus berlalu pergi. Tiada lagi ciuman didahiku. Semua dah tak ada. Aku menangis lagi. Sikit pun langsung dia tak jamah mee goreng aku. Sedih.. Sedih dan sedih..!! Aku pun langsung tak ada mood nak makan. Tak apalah. Nanti bila aku lapar, aku makanlah. Aku terus masuk kebilik nak tengok Dhia. Masih lena. Aku melabuhkan badan dikatil. Baring mengiring memandang Dhia dikatilnya. Menangis lagi mengenang nasib. Hingga aku terlena dalam kelukaan.

Tutt.. Tuttt.. Tutt.. Tutttt...!! Handphone berbunyi. Terus tersedar aku dari lena. Dengan lemah aku mengambil handphone di meja lampu. Alamak!! Abang aku call. Relax Aliaa..

" Assalammualaikum abang..!!"

" Waalaikumsalam.. Adik buat apa? Busy kee..!" Senyum aku dengar suara abang. Hilang stress sekejab.

" Taklah. Baru terjaga ni. Boleh pula terlelap.." jawabku lemah.

"Kenapa? Tak sihat ke? Dhia sihat tak?!"

" Adik sihat. Dhia pun sihat.."

" Baguslah macam tu. Abang ke sana nak jumpa adik nak jumpa Dhia tapi tak berkesempatan lagi. Busy sangat ni.." kata abang.

" Eh!! Tak apa abang. Lagipun, kami sihat. Nanti bila-bila adik balik rumah abang ya..!" Jawabku mengelak. Aku taknak abang datang sini. Nanti mesti abang tahu masalah rumahtangga aku. Ish!! Taknaklah.

" Aikk!! Macam tak bagi je abang nak datang sana? Ke adik ada rahsiakan sesuatu ni.." Alamak!!

" Mana ada. Abang ni merepek jelah. Faliq nak outstation tapi tak pasti bila. Tu adik fikir nak balik rumah abang. Lama tak balik sana. Rindu dekat abang sebenarnya. Adik ajak Faliq tapi dia pun busy. Nak balik sendiri dia tak bagi.." jawabku. Sebenarnya Faliq tak ada pun nak outstation. Saja nak sedapkan hati.

"Tak apalah sayang. Ada sebab tu kenapa dia tak bagi. Risau adik memandu kut dengan bawa Dhia lagi.." Airmata aku mengalir lagi. Kalaulah abang tahu yang selama ini aku kemana-mana hanya berdua je dengan Dhia. Mesti abang mengamuk dengan Faliq dan kalau abang tahu yang selama ini aku ditipu dan disakiti oleh Faliq. Pasti abang akan cari Faliq sampai lubang cacing. Aku taknak sesiapa pun tahu. Biarlah kutanggung sendiri.

" Iya abang. Memang dia risau pun.." jawabku perlahan.

"Okeylah. Abang ada meeting ni. Jaga diri baik-baik ya. Jaga anak buah abang tu baik-baik. Rindu betul dengan dia tu. Adik..! Kalau ada apa-apa masalah, bagitahu abang ya. Jangan pendam sorang-sorang.." aku menahan nangis. Taknak abang dengar suara nangis aku.

" Iya abang. Insha Allah..!! Assalammualaikum.." aku terus matikan talian. Tak sanggup nak berlakon lagi. Berlakon bermakna aku tipu abang. Maafkan adik, abang. Adik terpaksa, adik tak boleh cerita pada sesiapapun. 


Suatu hari nanti, semua akan tahu. Bukan dari mulut aku tapi dari mulut Faliq sendiri. Kerana aku tak sanggup tengok mereka kecewa. Cukuplah aku sendiri yang merasai kekecewaan dan kesakitan ini. Biarlah ini menjadi rahsia. Pasti akan terbongkar sendiri. Dan biarlah ia terbongkar disaat aku tiada disini. Biarlah..

Si kecil sudah bangun, aku terus dukung Dhia. Ku cium pipinya bertubi-tubi. Sampai merah pipinya. Kubuka bajunya, dan bawa dia masuk kebilik air. Ini budak kan, suka sangat main air. Happy betul hatinya kalau nampak air. Memang ketawa je bermain air. Hilang segala kesedihan aku. Inilah semangat aku. Kekuatan aku. Sayang anak mama!! Siap mandi, aku nak pakaikan Dhia baju. Yang ni kena dengan aku-aku sekali jadi aktif. Kalau nak dipakaikan baju kena tawaf satu rumah. Nampak je aku pegang baju terus Dhia.. Lariiii!! Hahahaa..!! Bertuah punya anak. Gelak tawanya je yang meriah. Aduhai anak. Kaulah mengubat hati mama. Penyeri hidup mama. Tak ada siapa yang dapat happy kan aku sekarang ni kecuali permata hatiku ini.

Aku taknak fikir sangat dah. Dah penat fikir, dah penat menangis. Dah penat segala-galanya. Cukuplah. Biarlah masa dan keadaan yang tentukan segalanya. Aku kena yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Nak bahagia bukan mudah. Macam-macam dugaan kena tempuh. Allah beri dugaan ini padaku, kerana aku tahu. Allah sayang aku, Allah nak aku lebih dekat padaNya. Allah nak aku bergantung sepenuh hidup padaNya. Allah nak bagi aku sesuatu yang lebih baik . Dan aku tahu, aku adalah wanita terhebat. Aku adalah wanita terpilih yang Allah pilih untuk hadapi dugaan ini. Allah tahu aku mampu hadapi. Allah takkan bagi dugaan diluar kemampuan hambanya. Iya.. Aku patut bersyukur dengan dugaan ini.

"Ya Allah..!! Jadikan aku hambaMu yang bersyukur atas nikmatMu, yang bertawakal kepadaMu, yang bergantung hidup sepenuhnya hanya padaMu dan redha diatas segala ketentuanMu.." doaku.

Aku senyum dan senyum. Dapat satu kekuatan. Kekuatan yang luar biasa. Semoga aku terus kuat untuk hadapi segala ini. Aku ada Dhia Afia, aku ada abang Adil dan keluarga dan aku ada keluarga mertua. Aku tak keseorangan. Dan, sebenar-benarnya, aku ada Allah swt yang sentiasa menemaniku disetiap detik waktu. Aku kena sedar, aku bukan milik suamiku dan suamiku juga bukan milikku. Tapi suamiku milik Allah dan aku juga milik Allah. 

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.