336,436
Kategori:
Genre:
Bab 35
 Setiap hari ada saja yang tak kena. Ada saja yang salah. Serba tak kena jadinya. Dia dah tak tahu nak buat apa lagi. Nizam dah berhenti kerja, susah dia. Harapkan Tasya buat memang satu apa pun tak menjadi. Pagi-pagi sudah kena bebel dengan Dato' Muhsin. Majikan mana yang tak mengamuk jika kerja semua tak menjadi. Segala projek dan segala kontrak dengan pemaju terbatal tanpa alasan yang kukuh. Sedangkan perjanjian sudah dibuat. Entah apalah malang nasibnya. Mungkin inilah salah satu balasan kerana menyakiti hati isteri dan mamanya. Arhhh!! Dia menjerit sekuat hati didalam hati. Dah fade up dengan semua ini. Semua salah, semua tak betul. Hampir give up dia sendiri.

"Faliq.. Saya kagum dengan awak sebelum ini. Awak memang pekerja cemerlang. Apa yang awak bentangkan semua client akan terpegun dan yakin dengan setiap kata-kata awak. Tapi kenapa sekarang ni pencapaian awak sangat menurun. Apa yang awak buat? Awak nak lingkupkan company saya ke?!" Fuh!! Tersentak hati Faliq dengar bebelan Dato'. Dia diam. Tahu salahnya.

" Ni tiba-tiba Nizam berhenti mengejut ni. Kenapa? Saya dengar bergaduh dengan awak sebab Tasya. Sejak Tasya kerja disini semuanya hancur. Awak jangan ingat saya tak tahu kes awak. Awak nak saya pecat awak ke Faliq??" Sambung Dato' Muhsin. Semua Dato' tahu kes Faliq dan Tasya.

"Saya minta maaf. Saya tahu salah saya. Tapi saya dah buat sehabis baik. Dato' pun tahu kan cara kerja saya macam mana? Saya pun tak tahu kenapa semua gagal.. Maaf Dato' " Kata Faliq.

"Iya Faliq.. Saya tahu awak. Sebab tu saya kalau boleh taknak ambil apa-apa tindakan. Awak ni berkebolehan. Sampai orang Singapore dan Jepun semua kagum dengan awak. Hmm.. Macam nilah Faliq. Saya bagi awak satu je peluang lagi untuk awak dapatkan projek baru ni. Baca ni.. Kalau awak gagal dapatkan. Saya tak dapat tolong dah. Dan, saya nak awak cari Nizam supaya dia kerja sini semula..." Dato' Muhsin memberikan satu dokumen pada Faliq.

"Tapi dia nak ke?!"

"Terpulang pada awak macam mana nak pujuk Nizam. Saya tetap nak awak berkerjasama dengan Nizam semula. Tasya kemungkinan saya akan tukar ke pengurusan lain atau tukarkan semula ke tempat asalnya. Singapore! Saya taknak ada maksiat dalam pejabat saya.." Tertelan liur Faliq. Merah mukanya menahan rasa malu. Dato' menjeling padanya. Faliq menundukkan kepala.

" Itu projek dari Sabah. Pandai-pandailah awak macam mana nak dapatkan. Kalau tak. Faham-faham jelah ye Faliq.." Faliq merenung dokumen didepannya itu. Dia kena juga dapatkan projek ni. Habislah kerjayanya kalau gagal. Dia nekad, dia akan lakukan sehabis baik. Tapi....

"Haiii sayang...!!" Pula dah. Menghancurkan betullah Tasya ni. Faliq baru je nak dapat semangat baru. Dah dia muncul pula. Rosak.. rosak!!

"Kenapa sedih je ni. Janganlah sedih-sedih sayang. I pun akan sedih juga nanti..." Tasya buat muka sedih juga. Gedik!!

" Tak adalah. Fikir pasal kerja. Pening..!!" Jawab Faliq lembut.

" You.. i kan ada sentiasa dengan you. Buangkanlah pening you tu. Nak tak kalau i hilangkan pening you tu.!!" Mula dah menggoda minah ni. Astagfirullah Al Azim. Faliq memicit-micit kepalanya.

" Okey.. Disebabkan lama dah kita tak keluar, tak jalan-jalan, tak cucimata.. So, apakata malam ni you datang rumah i.. I pun rindu sangat dekat you..!!" Bahu Faliq diurut-urut lembut. Manalah orang lelaki tak tergoda dengan pujuk rayu Tasya, dengan lenggok bahasanya, dengan godaannya. Betul-betul syaitan nirojim.

" Tengoklah nanti.."jawab Faliq.

"Ha!! Macam nilah. Saaaayang you sangat.." Naik meluat pula dibuatnya. Dibelakang Faliq, Tasya senyum sinis. Senang je nak ayat kau Faliq, cetus hatinya.

Faliq mengambil dokumen yang diberikan Dato' tadi. Dibaca penuh teliti. Apapun terjadi dia kena dapatkan juga. Kena!! Tapi sekarang ni, dia kena cari Nizam. Kena pujuk Nizam supaya kerja semula. Mana pula nak cari Nizam. Nak ke taknak dia kerja semula. Dia kena turunkan ego lelakinya kali ini. Kena pastikan Nizam mahu kerja semula. Memang susah Nizam tak ada.

Tak larat dia selesaikan semua kerja seorang. Memang sakit jiwa dengan Tasya. Satu kerja pun tak reti buat. Baru Faliq tahu. Padan muka kau Faliq. Nak dimarah Tasya, nanti merajuk. Ceh!! Kesedarannya sekejab je. Nampak muka Tasya terus jadi lemah. Entah ayat apalah si Tasya ni guna. Sampai Faliq jadi macam tu. Faliq tidak pedulikan Tasya, dia terus fokus membaca.

"Hmm.. Okeylah. I nak baliklah dulu.. Jangan lupa malam ni ya sayang. I tunggu you. I love you sooo much!!" Tasya mencium tangan Faliq dan memberi senyuman menggoda. Faliq senyum. Tasya terus keluar. Sebelum keluar dia ambil handbag didalam biliknya. Awal dia balik. Nak cari barang kononnya. Keluar sahaja dari liff, perlahan-lahan jalannya. Bernyanyi-nyanyi happy. Rambut yang mengerbang dibiarkan. Dah macam langsuir saja. Sampai dikereta terus masuk dan menghidupkan enjin. Memulakan pemanduan. Riangnya hati. Tak ada apa yang dia fikirkan. Senangnya hidup. Kerja sekadar kerja tapi buat kerjanya tak. Bila agak bosan terus balik. Apa nak fikir, semua kerja si kekasih hati boleh uruskan. Hmm... Iyalah Tasya.

Dia singgah membeli barang. Barang apa, entahlah. Kemudian jalan perlahan ke kereta. Dia sangat terkejut melihat tayar belakang keretanya. Pancittttt...!!

" Oh my god..!! Oh my god..!! Kenapa boleh pancit.." jeritnya. Kemudian dia tengok pula tayar sebelah. Menjerit lagi. Dia kedepan pula.

"Ha?! Empat-empat tayar pancit..!! Macam mana boleh jadi ni. Tadi okey je tayar ni.. Aduhhh !! Mati aku macam ni. Siapa punya angkara ni. Kurang ajar betul lah. Kalau aku dapat orang tu, siaaappp kau. Aku siat-siat kulit kau.. " Bebelnya sorang-sorang. Marah!

" Ooo..  Kau nak siat-siat kulit aku ye.." Ha sudah. Bila Asnida muncul, segala-galanya jadi kecut.

" You punya kerjalah ni kan..!!" Berkerut Tasya. Pandang tepat pada Asnida.

"Kalau aku cakap iya? Kau nak buat apa? Nak siat kulit aku kan? Ha!! Berani ke.." Kuat suara Asnida.

" Apa.. you ingat i tak berani ke?! Jangan pandang i sebelah mata ye..." Melawan lagi Tasya ni.

" Tutup mata pun aku tak inginlah pandang muka kau ni. Muka taktahu malu. Hey!! Ini amaran yang pertama. Kalau kau kacau adik aku lagi. Aku akan buat lebih teruk lagi. Sampai kau mampos pun aku boleh buat.." Tajam mata Asnida renung kedalam anak mata Tasya. Telan liurlah banyak-banyak Tasya.

" Adik you yang kacau i, bukan i pun.." lagi menjawab.

" Kau ingat aku tak tahu ke apa yang kau dah buat dekat adik aku. Hey betina setakat plan kau ni, aku dah masaklah oiii.. Tak payahlah kau nak tipu aku.."

" Elehh... Ada aku kisah. You ni nama je pakai tudung bagai. Hmm.. tapi perangai jahanam juga.." selamba je si Tasya ni.

" Jahanam tak jahanam. Jahanam aku pun, tak adalah aku sampai merosakkan rumahtangga orang, tak ada merampas laki orang...!!" geramnya Asnida dengan Tasya. Menjawab saja.

"Aduh.. Aduh.. Aduh...!!! Sakitlah, lepaslah...!!" Cari nahas. Asnida tarik rambut Tasya. Hampir menangis dibuatnya menahan sakit. Padan muka.

"Tahu sakit kan !! Kau kacau rumahtangga adik aku. Kau rampas kebahagiaan Aliaa. Kau buat Faliq seksa Aliaa. Kau fitnah macam-macam, kau ingat tak sakiiitt.. Ha!!.." Sekuat hati Asnida tarik rambutnya kebawah. Mengaduh Tasya.

"Lepaslah.. Nanti i bagitahu Faliq. Biar padan muka you...!!"

"Hohohooo.. Ada hati nak mengadu. Kau ingat aku takut?! Oii betina.. Kau dengar sini ye. Kalau kau dekat lagi dengan Faliq. Siap kau!! Aku akan cari kau sampai lubang cacing.. Ingat ye!! Ingat..!!" Asnida tolak Tasya. Geram betul Asnida. Memang tak sedar diri punya perempuan. Tasya mengurut-urut kepalanya. Perit kulit kepalanya. Naik pening kepala. Terdiam Tasya.

" Ingat!! Ini amaran pertama!!" Kata Asnida dengan jelingan tajam. Dan terus jalan laju meninggalkan Tasya.

"Aduh sakitnya..!! Nak tercabut kulit kepala i. Ish!! Nak bagi warning-warning bagai. Ingat hebat ke? Gilalah kakak Faliq ni. Alaaa.. macam mana nak balik ni. Siapa nak tolong i.." merungut Tasya seorang. Mundar mandir dan cuba menghubungi Faliq. Banyak kali cuba menghubungi  Faliq tapi tiada jawapan. Naik bengang dia jadinya.


" Mana sayang i ni.. Takkan busy sangat sampai jawab call i pun tak boleh.."Tasya masih merungut lagi. Lalu dia menghubungi pula seseorang.

" Hello Roy.. !! You dekat mana? I nak minta tolong you? Kereta i pancit. Tolong i ya sayang.. Pleasee!! i dah buntu ni, tak tahu nak buat macam mana!!" Suara manja. Tersenyum lebar dan kemudian talian dimatikan.

" Bukan susah punnn. Faliq tak ada, orang lain ada. Ni Tasya lah.. " Sukanya dia. Bangga lagi. Sementara menunggu bantuan dari Roy, Tasya masuk ke sebuah restoran berhampiran. Naik cair makeup nya. Dalam hati masih lagi memaki hamun Asnida. Sakitnya hati dia.

" Ini semua kakak Faliq punya pasallah. Kalau tak, dah lama i sampai rumah. Dahlah tayar dipancitkan, bukan satu je tapi empat.. Eeee.. Sakitnya hati..!! Lepas tu rambut i ditarik pula.. Gila punya perempuan..!! Kalau tak sebab Faliq berduit. Tak inginlah i nak dia. Banyak lagi jantan i boleh carilah.. Huh!!" Tasya membebel sorang-sorang. Dah macam orang mental cakap sorang-sorang.

Rambut dibetulkan. Rosak rambutnya ditarik Asnida. Tidak lama kemudian, sebuah kereta mewah berhenti sebelah keretanya. Tersengeh dia. Dan terus jalan terkedek-kedek menghampiri kereta itu. Boleh tahan si Tasya ni. Tak sorang, sorang yang dilayan. Nasiblah Faliq. 

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.