336,482
Kategori:
Genre:
Bab 163
Aku terus pandang ke depan dan jalan perlahan. Dia mengekori aku.

" Betul kan. Awak Aliaa?!" Dia tak puashati lagi. Tetap bertanya.

"Iya.. Iya..!! Aliaa lah ni. Puashati..!" Kataku.

" Ish!! Awak ni kan. Berani-berani ke sini buat apa? Tempat bahaya. Tak pasal-pasal awak dicekup polis sekali. Baru padan muka..!" Katanya. Kami jalan bersama.

"Saya ada misi yang perlu diselesaikan.." aku menjawab. Dua orang lelaki berpakaian jaket hitam muncul. Terus menghampiri Insp. Adam.

" Tuan.. Terlepas lagi.." kata salah seorang. Ni mesti geng polislah ni. Hmm..

" Ya..!! Tak apa. Tak ke mananya diaorang tu. Kamu gerak dulu. Saya ada hal sikit ni, nak bawa budak ni ke IPD. Nak masukkan dia dalam lokap.." Dua orang anggota tu pandang tepat padaku. Aku beliakkan mata. Insp Adam ni cari pasal pula.

" Aik Encik Polis, suka-suka nak masukan saya dalam lokap. Apa salah saya?!" Aku menjeling.

"Iyalah. Mengganggu tugas polis..!"

"Hello.. Hello..!! Siapa yang ganggu siapa sekarang ni? Sebab Encik Polis lah budak hitam manis tu lari tahu tak?! Dia yang kejar penyangak tak dapat, lari sikit terus semput lepas tu nak salahkan saya pula.." Kan aku dah membebel. Geram pula aku. Dua anggota tu gelak kecil. Insp. Adam senyum je.

" Siapa ni Tuan?" Tanya seorang anggota.

"Nanti saya cerita. Okeylah apa-apa info saya..!"

"Baik Tuan..!" Mereka terus berlalu. Kami sambung jalan lagi. Aku berdiam.

" Awak naik apa ni?!"

" Kereta tapi kereta kat Jalan Masjid India. Ke sini jalan kaki. Yang Encik Polis pula naik apa?" jawabku jujur.

" Saya ke sini naik tren. Kereta park kat Pasar Seni.." jawab dia pula. Alaaa baru nak minta dia hantarkan ke kereta. Penat dah ni berjalan.

" Jom minum dulu! Dahagalah. Ada benda saya nak soal siasat awak ni.." katanya. Aku angguk je. Nak siasat bagai. Ni yang malas nak jumpa Mr. Sahab ni. Nampak muka aku nak soal, nampak muka aku je nak soal siasat. Ingat muka ni muka untuk disoal siasat je ke. Huh!

"Kejab.. Kejab..!! Kalau nak soal siasat saya, kena ada satu syarat?" Pintaku.

" Nak soal pun kena ada syarat? Sekarang ni saya polis ke awak yang polis.."

" Whatever..!!"

" Okey.. Apa syaratnya?" Muka Insp. Adaam muka berserah je. Haahhaaa..

" Syarat yang pertama.. Tolong jangan info abang saya yang Encik Polis jumpa saya ni. Syarat yang kedua, hanya tiga soalan saja yang saya boleh jawab. Lebih dari tiga soalan. Maaf.. Takkan dilayan.. Setuju dengan syarat-syarat saya?!" Aku senyum padanya. Dia garu kepala.

" Yang pertama tu okey, boleh. Tapi yang kedua kenapa tiga soalan je. Macam-macam kut saya nak tanya?!"

" Encik Polis ingat saya ni bodoh ke?! Kalau saya info semua maklumat pada Encik Polis, dah sah Encik Polis akan info pada abang saya juga yang Encik Polis jumpa saya kat tempat tadi. Saya taknak kena marah dengan abang. Jadi hanya tiga soalan je ye. Saya banyak maklumat pasal tadi, saya siap rakam lagi kejadian tadi. Soo.. Macam mana? Setuju ke tak? Kalau tak setuju, saya nak balik terus ni.." Aku jelaskan semua dan jalan laju dari dia.

" Okey.. Okey..!! Saya setuju. Tiga soalan pun tigalah. Dah jom Sogo, aman sikit nak cerita. Eh! Aliaa.. Saya banyak nak tanya awak ni, kalau tiga je selebihnya bila lagi nak info saya..?!" Masih bertanya.

" Settle kanlah tiga soalan dulu. Yang lain tu tunggulah. Relax.. Relax sikit boleh tak?! Kecohlah dia ni. Cepatlah jalan, saya haus dah ni. Jalan pun lambat, ada hati nak kejar penyangak..!" Selamba aku cakap. Geram pula, banyak tanya dia ni. Memang polis macam ni kut.

" Mulut dia ni kan. Patutlah abang awak cakap awak ni kuat membebel. Memang betul pun.."

" Aikk!! Lebih pula dia.." aku menjeling. Kami terus berjalan masuk ke Sogo. Ada sales lah. Boleh shopping sikit ni, hahahaa. Kami menaiki liff ke foodcourt. Sampai je aku terus cari meja paling hujung, aku suruh Insp. Adam order. Aku nak duduk penat. Tak lama dia datang bawa air. Terus aku sedup air watermelon juice. Sedapnya!! Lega tekak. Memang menikmati betul minuman ni. Orang ramai dah semakin memenuhi foodcourt ni, memang tak sah kalau tak ramai.

" So, nak tanya apa? Cepatlah.."  Insp. Adam pandang aku, serius.

" Tadi awak cakap, awak cari orang kat tempat tu. Lelaki hitam manis? Siapa dia dan kenapa awak cari dia sampai tak tahu bahaya kat situ?!" Tanyanya tegas.

" Soalan pertama.. Saya jawab..!" Aku senyum. Dan kemudian, aku cerita semua pasal lelaki hitam manis tu pada Insp. Adam. Dia angguk-anggukkan kepala tanda faham.

" Awak yakin ke lelaki hitam manis tu diupah oleh Mr.K?"

"Yupp!! Saya try call waktu dia tunggu seseorang tu, tapi waktu tu dia tengah jawab panggilan orang lain. Bukan panggilan saya. Dan semasa dia call saya balik,suasana talian tu sunyi sepi sedangkan masa Mr.K tu call, lelaki hitam manis tu sedang memandu dengan tingkap yang terbuka. Kan boleh tahu kan suasana tu..!!" Aku jelaskan semua. Dia angguk lagi.

"Awak ada gambar lelaki tu tak?"

"Ada.. Kejab..!!" Aku keluarkan handphone dan mencari gambar lelaki itu. Aku tunjuk gambar dia bersama dengan perempuan yang dia jumpa tadi. Dengan muka perempuan tu pun ada. Aku menghulurkan handphone pada Insp. Adam. Dia berkerut. Serius manjang.

"Ini suspek yang kami cari.." katanya.

"Suspek? Suspek apa? Lelaki tu ke perempuan?!" Aku pun sangat ingin tahu. Aku pula berkerut dan serius. Menarik ni.

"Dua -dua.."

" Apa?? Kenapa perempuan tu boleh jadi suspek pula ni. Saya tak fahamlah. Tolong jelaskan.." giliran aku pula bertanya.

" Perempuan ni nama panggilan dia, Angel.."

"Angel?? Oh okey.. Hmm.. Dan lelaki ni pula siapa?!" Nama Angel. Dasyat!!

" Angel ni baru terlibat. Dalam dua bulan ni. Pengedar  dadah, pelacuran dan yang terbaru kongsi gelap. Dia ni berpindah randah, kejab ada kejab tak ada. Lelaki ni pula budak dialah. Pian..." cerita Encik Polis serba sedikit. Wow!! Best cerita ni. Aku angguk perlahan dan menakutkan pula dengar. Memang dasyat Angel ni, perempuan kut tapi banyak kes. Fuh!! Dasyat kau!!

" Tapi kan. Takkan pihak polis tak dapat tangkap Angel ni. Bukan susah pun..!"

" Kalau senang dah lama dah kes ni settle Cik Aliaa oi.."

" Saya senang je tangkap gambar diaorang ni tadi. Kalau saya ni seorang anggota polis settle semua kes jenayah perempuan bengong ni tau tak. Senang-senang je nak tangkap..!" Aku cakap punyalah angkuh. Hahahaa.. Sengaja.

" Kebetulan awak ada dekat situ Aliaa. Ni saya nak pesan, jangan pergi kawasan tu lagi. Kalau salah seorang dari mereka nampak dan cam muka awak. Mereka akan cari awak sampai lubang cacing. Memang awak terus dibunuh sebab gambar ni.." Aku telan liur sendiri. Jadi takut aku serta-merta.

" Iyeke...!! First time saya masuk kawasan tu. Niat saya cuma nak tahu je Mr.K tu, ingat si Pian nilah Mr.K, tu yang saya kejar tu. Tak tahu pula dia ni penyangak. Hmm.. Encik Polis rasalah kan. Mr.K tu siapa ye? Dan kenapa dia ganggu saya sedangkan saya tak kenal langsung dia.." aku bertanya pula.

" Tu saya tak pasti. Atau awak ada musuh?! Yang kes langgar lari tu, pun tak settle lagi tau. Cuba awak terus terang pada saya. Awak ada musuh?!" Aduh.. Ni yang taknak jawab ni.

" Ish!! Mana ada musuh. Saya kan orang baik. Semua orang sayang saya, semua orang kawan saya. Kalau ada musuh pun saya anggap kawan juga.." jawabku selamba. Menyembunyikan perkara sebenar.

" Baiklah sangat. Awak jangan main-main dengan musuh. Kalau musuh jenis berdendam macam contoh kes langgar lari tempoh hari. Mahu melayang nyawa awak. Kalau bukan nyawa awak pun, mungkin salah seorang nyawa ahli keluarga awak. Awak nak macam tu?!" Alamak..!! Insp. Adam ni macam dapat hidu je pula aku sembunyikan. Ini buat aku serba-salah ni. Betul juga cakap dia.

" Ish.! Taknaklah. Rasanya cukuplah soal siasat ni ye. Esok-esok kita sambung lagi. Ni dah terlebih tiga soalan ni. Tapi soalan lepas ni kena ikut mood saya tau, jangan paksa.. " kataku senyum. Insp. Adam senyum.

" Baiklah Cik Aliaa.." Aku menyedut air.

" Kalau Pian datang office awak. Boleh tak awak info saya.."

"Buat apa nak info? Encik Polis nak tangkap dia ke?! Ish!! Janganlah dulu, sebab saya tak dapat lagi Mr.K tu. Kalau saya dah tahu siapa Mr. K tu. Barulah Encik Polis tangkap dia. Janganlah ganggu tugas

saya. Kacaulah dia ni..! Tak mencabar langsung.." Aku marah dan menjeling dia. Insp. Adam boleh gelak pula. Aku tengah marah kut.

" Jadi, awak nak simpan penjenayah? Saya boleh ambil tindakkan pada awak tau sebab sembunyikan penjenayah.."

"Mana ada saya sembunyikan. Saya cuma nak cari orang je kut. Kalau saya tahu, saya taknak bagi apa-apa info. Nak ugut saya pula.." aku merungut dan menjeling tajam.

" Tahu takut.." Insp. Adam gelak kecil. Aku mencebik.

" Okey..!! Ni cadangan saya tau. Apakata, buat masa ni Encik Polis biarkan je Pian tu terus dengan kerjanya ke office saya macam biasa. Saya akan try tackle Pian ni sikit-sikit. Korek sikit-sikit. Mana tahu dapat sikit maklumat lagi ke dan saya pun nak tahu sangat siapa Mr.K tu. Boleh jadi, Mr. K , Pian dan perempuan tu ada kaitan. Dan manalah tahu, kepala mereka ni juga adalah Mr.K tu. Kan..?!" Cadangku dengan penuh semangat.

"Bergeliga juga otak awak ni kan. Okey! Saya setuju cadangan tu. Tapi kena hati-hati. Jangan bertindak sendiri. Ini kes polis tau. Nyawa awak kira dihujung tanduk tau.." katanya lagi.

" Ishh!! Tak payahlah nak takutkan saya pula. Saya pun tak inginlah nak melibatkan diri dalam kes polis ni. Saya nak settlekan masalah saya je kut. Dan, kalau saya tahu terjumpa polis senget ni. Taknaklah saya jejak tempat wanted tu.." aku menjeling.

"Polis senget awak panggil saya? Awak yang senget adalah.." balasnya.

" Ha ni lagi satu saya nak pesan.."

" Banyak betul pesanan dia ni. Apa lagi?!"

"Boleh tak awak jangan panggil saya Encik Polis atau Inpektor. Panggil je saya Encik Adam ke abang ke. Boleh?!" Sengeh.

"Apa abang? Dahlah jom..!! Temankan saya shopping kejab.." Dia gelak. Kami beredar dari foodcourt dan turun dengan esklator. Masih lagi berbual. Seronok pula berbual dengan polis senget ni. Macam kawan dah lama je.

" Taknaklah. Banyak lagi kerja saya nak buat.."

"Kejab jelah. Saya taknak bagi kerjasama nanti kang baru tahu..!" Aku pula mengugut. Hehe!!

" Nak ugut saya pula..!"

"Encik Adam yang ajar. Saya nak beli satu je nak tunjuk dekat abang saya. Nanti taklah dia membebel tanya itu ini. Encik Adam duduk sini diam-diam ye.. Tunggu tau..!!" Dia ikut je arahan aku. Aku pun pilihlah sehelai blouse. Aku tengok saiz, pegang kainnya dan okey ambil ni jelah. Tak payah nak try bagai. Aku bayar dikaunter dan menghampiri Encik Adam yang sedang sibuk melayan panggilan. Serius je. Biarlah dia.

Aku terus ajak dia turun. Aduhai.. Nak menapak ke Jalan Masjid India pula. Malasnyalah. Tak apalah. Sesekali kut.

Tak sia-sia intipan aku hari ini. Banyak maklumat aku dapat. Dan, dengan senang maklumat diberi pada Encik Adam. Tapi tak banyak pun. Buat syarat supaya dia tak pecah rahsia pada abang. Patut minta bayaran tadi baru kaya. Hahaahaa..!!

Sampai saja di kereta aku, kami berbual sebentar.

"Aliaa.. Ingat pesanan saya. Jangan pergi tempat tu lagi. Kalau ada apa-apa info megenai Pian, call saya. Dan, andai kata kalau Mr.K awak tu buat sesuatu pun cepat info saya. Jangan bertindak sendiri. Ingat tu..!!" Pesannya tegas.

"Okey boss..!! Saya bertindak mengikut arahan. Dan, saya pun nak pesan juga ni. Jangan sampai abang saya tahu Encik Adam jumpa saya ni tau. Saya ada maklumat lagi, gambar dan video Angel beri something pada Pian. Nanti saya sent.." aku pula memberi ingatan padanya.

" Video? Okey.. Saya tunggu..!!"

" Alright..!! Terima kasih belanja tadi ya..!!" Kataku dengan senyuman.

"Sama-sama. Dan, terima kasih juga atas tiga maklumat yang awak beri. Maklumat yang sangat penting. Awak memang berani Aliaa, saya kagum. Kalau macam ni boleh dapat job ni.." ucapnya.

"Cukuplah job tanpa sengaja saya ni.
 Ni pun kalau tak sebab Pian, Mr.K dan perempuan misteri tu, memang tak kuasa saya nak melibatkan diri. Melambak lagi kerja saya dekat office tu..!" Kataku.

"Apa awak cakap? Perempuan misteri? Siapa perempuan misteri? " Ha?! Alamak..!! Telinga dia ni dah macam telinga serigalalah pula. Peka! Terlepas cakaplah pula.

" Perempuan? Perempuan mana? Dekat mana?" Aku sengaja buat-buat bertanya.

"Tadi awak cakap. Kalau tak sebab Pian, Mr. K dan perempuan misteri. Perempuan misteri tu siapa? Awak ada sembunyikan sesuatu dari saya?!" Dia ulang balik pula.

" Oh iya ke saya ada cakap? Hmm.. Salah cakaplah kut. Eh!! Okeylah Encik Adam, saya gerak dulu ya. Nak terus masuk office ni, kejab lagi ada meeting. Saya minta diri dulu..!" Cepat-cepat aku tukar tajuk perbualan. Dia mensyaki sesuatu dah. Aduhhh!!

"Baiklah. Hati-hati. Aliaa.. Sampaikan salam saya pada Ash ya..!" Aku menghidupkan enjin kereta dan sambung berbual lagi sementara tunggu enjin panas.

" Encik Adam kenal Ash?!" Aku berkerut.

"Mestilah kenal. Dia kawan saya. Dia pun macam awak juga, berani. Banyak membantu saya..!" Katanya.

" Oh iyalah. Dia pernah cakap juga awak kawan dia. Okey insha Allah kalau terjumpa dialah ye.." Insp. Adam angguk. Aku masuk dalam kereta dan Insp. Adam terus berlalu.

Aku senyum sendiri. Aku sendiri pun tak sangka boleh pula sampai terlibat dengan polis. Bila dengar apa yang Insp. Adam cerita tadi memang kecut perut jugalah. Dan, mujur aku tak jumpa si Pian tu. Kalau jumpa dan dia kenal muka aku. Tak tahulah apa nak jadi. Ada hikmat juga tak jumpa dan cuma kenal muka je. Syukur alhamdulilah. Allah melindungi aku dan berjumpa dengan Insp. Adam.

Sekarang, nak kena masuk office kejab. Tapi rasa macam dah malas je. Tengok keadaanlah kalau stereng belok ke arah laluan ke office maknanya masuk office kejab kalau stereng belok ke arah laluan rumah, jawabnya balik rumah dan tidur. Hahaha.. Apa merepek ni. Aku sangat berpuashati. Plan pertama ni berjalan dengan lancar dan sangat membanggakan jugalah. Tambah lagi kawan gila-gila aku, si polis senget. Hahahaaa.. Jangan info Faliq ye, nanti jelous pula. Jomlah balik..!!! Lalalaalaaaaa..!!!
Previous: Bab 162
Next: Bab 164

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.