336,796
Kategori:
Genre:
Bab 154
Pagi yang mendamaikan. Suasana nyaman saja selepas berhentinya hujan. Tenang setenangnya. Bersih dan jelas saja pemandangan. Udara bersih dan sejuk menusuk ke tulang. Semangat sungguh pagi itu. Semangat mahu turun kerja, dah lama bercuti akibat kemalangan tempoh hari. Sepatutnya masih ada cuti lagi tapi biasalah Aliaa. Kalau dah kata nak masuk office, tak ada siapa boleh bantah. Adil pun terpaksalah izinkan. Lagipun bagus juga dia masuk office, jumpa kawan boleh berbual, boleh selesaikan kerja, boleh kuatkan lagi ingatannya yang kadang-kadang terlupa. Tapi dia harus jumpa Naim dan harus jumpa Data' Hamid untuk jelaskan keadaan Aliaa sebenar. Minta mereka perhatikan juga.

 Punyalah risau Adil nak melepaskan Aliaa turun kerja. Lebih-labih lagi bila ingat akan Tasya. Kalau boleh, biarlah Aliaa berhenti kerja dan duduk saja dirumah. Terjamin keselamatannya. Tapi memang taklah Aliaa nak berhenti kerja. Orang yang kuat kerja dan biasa kerja disuruh berhenti dan duduk dirumah. Memang meroyan sendirilah Aliaa.

Awal-awal lagi Aliaa dah siap dan sudah tunggu Adil di luar rumah. Duduk dikerusi yang baru saja dilapnya dengan kain bersih kerana basah dek kena hujan. Lalu, dia duduk menghadap keluar pagar. Nyanyi sendiri, layan perasaan. Hari ni dia mengenakan baju kurung moden berwarna hijau lumut plain dan dipandankan dengan tudung bawal bercorak abtrak. Bersolek pun tidak, hanya menyapu nipis bedak compact, eyeliner dan menyapu vaselline dibibir untuk mengelak bibir kering. Simple!!

Angin sepoi menyapa tubuhnya. Terus dia memeluk tubuh, kesejukkan pula. Jam ditangan dilihatnya, masih awal lagi. Dia sambung nyanyi sendiri. Eh! Gerimis haluslah pula. Dibiarkan saja, malas mahu masuk dalam. Fikirannya kosong dan tenang ketika itu.

" Kenapa duduk situ, hujanlah.."tegur Adil yang sedang menyarungkan kasut di depan pintu. Aliaa tidak menjawab dan terus mengambil handbag nya diatas meja. Lalu, terus masuk ke dalam kereta. Sis Tuti dari dalam rumah berlari anak menuju ke pagar. Mahu menutup pagar nanti. Adil memulakan pemanduan. Senyap saja Aliaa.

" Kerja elok-elok. Kalau rasa tak sihat, call abang cepat-cepat atau call Faliq ya. Jangan diam je tau..!" Pesan Adil. Aliaa angguk saja.

" Ubat ada bawa tak? Jangan lupa makan ubat tu nanti.." Aliaa angguk lagi.

" Jangan keluar dari office seorang diri, kena berteman. Lunch nanti tunggu abang, balik nanti abang ambil. Faham?!" Aliaa angguk lagi dan lagi. Mula rasa rimas dengan bebelan di abang.

" Kerja tu jangan nak..."

"Iya.. Iya.. Iya...!! Abang ni bebel jelah. Adik tahulah.." Aliaa terus potong percakapan Adil. Aliaa berkerut dan terus muka mencuka.

" Kalau abang cakap, kata membebel. Adik tu cakap iya tapi buatnya tak.." Adil menjeling pada Aliaa.

"Habis banyak sangat pesannya, mana boleh ingat semua. Pesanlah satu je baru boleh ingat dan buat.." Aliaa menjawab selamba.

" Satu konon. Yang satu pun payah nak ikut kata.."

" Haa..!! Tau tak apa. Abang janganlah risau. Adik tahulah, adik ingat kalau tak lupa.." Aliaa sengeh. Adil geleng kepala.

"Abang serius kut. Jangan main-main boleh tak?"

"Mana ada adik main. Duduk je ni kut. Duduk setia mendengar abang bebel sampai nak bernanah telinga.." Aliaa jeling Adil manja.

"Hmm... Memang bertuah betul lah.." Aliaa gelak kecil. Sengaja buat Adil bengang. Adil terus memandu, Aliaa menoleh pada Adil dan gelak kecil.

Lalulintas pagi itu lancar saja, seronok memandu. Lagipun, awal juga mereka gerak dari rumah tadi. Adil sudah berjanji dengan Faliq mahu breakfast bersama. Konon mahu breakfast di kedai mamak, mahu pekena roti canai tapi Aliaa pula taknak. Hanya mahu breakfast di cafe bawah office nya saja. Dah lama dia tak makan disitu. Terpaksalah Adil dan Faliq turutkan. Cafe pun cafe lah.

Sampai saja dilobi, Aliaa dan Adil beriringan berjalan terus menuju ke cafe. Segak Adil hingga tersenyum simpul beberapa orang wanita muda melihatnya. Adil membalas senyuman mereka. Aliaa gelak kecil dan kemudian Aliaa dan Adil melemparkan senyuman pada security pula. Berjalan masuk ke dalam cafe. Belum ramai orang lain. 


Mereka mengambil makanan. Dan duduk ditengah cafe. Faliq muncul dengan wajah berseri-seri.

"Sorry.. ! Lambat..!" Katanya.

"Tak makan ke?!"

"Korang makanlah. Aku dah makan dekat rumah.." Senyum. Mereka meneruskan menikmati makanan. Aliaa tidak banyak cakap, hanya berdiam sahaja. Setelah habis makan, Aliaa minta izin mahu naik office dulu. Mahu ke toilet katanya. Adil mengizinkan. Faliq senyum je.

" Aliaa da buat pengakuan. Yang langgar dia memang Tasya..!" Kata Adil. Serius.

" Fuhh!! Dah agak dah. Jadi, kau dah info Inspektor Adam tu.."

"Tak.. Aliaa tak bagi.."

"Pula dah. Kenapa?"

"Entahlah, aku pun tak tahu. Dia cuma cakap bagi dia sikit masa lagi nanti dia akan info juga.." tambah Adil.

"Masa sikit tu, macam-macam boleh terjadi bro. Licik Tasya tu. Black tengah cari dia ni tapi masih tak dapat jejak. Aku pun pelik. Baru-baru ni dia dapat info Tasya duduk kat area Subang, bila pergi, dia dah pindah. Dua hari lepas, dapat info lagi, kata dia duduk di Ampang. Cari pun dah pindah.." Faliq menjelaskan.

" Macam tu pun boleh ek. Hmm.. Aku tak boleh tanya lebih pada Aliaa, aku takut dia tertekan. Malam tadi pun dia dah lain macam je. Jadi, nak taknak terpaksa ikutkan kemahuan dia. Tapi dalam masa sama, kita kena pantau dia betul-betul. Aku risau sangat ni.." Faliq angguk.

"Itulah. Keselamatan dia tak terjaminlah bro. Kau suruh dia duduk rumah jelah.." cadang Faliq.

"Kau ingat Aliaa tu macam Dhia? Nak dengar cakap aku. Pagi tadi on the way nak ke sini, aku nasihatkan dia, dia bising. Kata aku membebel. Boleh pula main-main, kalau dah macam tu memang tak ambil port lah. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri jelah.." Faliq gelak kecil.

" Tak apalah. Dua tiga hari ni, aku tak busy sangat. Banyak masa dekat office, boleh jenguk-jenguk kejab.."

" Eloklah tu. Ni pun aku nak jumpa Naim dan Dato', nak story kat mereka. Fikiran dia masih tak stabil sepenuhnya, tu yang aku risau. Kau ingatkan pesan doktor.." Faliq angguk. Dia memang ingat setiap pesanan doktor tempoh hari.

Selesai makan, dua sahabat itu terus melangkah keluar dari cafe. Seterusnya naik liff dan masuk ke office Aliaa pula. Faliq mengekori Adil, sengaja menyibukkan diri sambil mahu menjeling si kesayangan. Adil terus berjumpa dengan Dato' Hamid, manakala Faliq pula menuju ke bilik Aliaa. Pintu diketuk, dengar saja suara Aliaa memintanya masuk dari dalam bilik, terus saja dia memulas tombol pintu. Berdiri di muka pintu, sengeh macam kerang busuk. Aliaa sedang sibuk dengan kerja. Menjeling pandang Faliq.

" Nak jadi security saya yee.!" Perli Aliaa. Faliq gelak kecil. Lalu masuk dan duduk dihadapan Aliaa.

" Busy ke?!"

"Bolehlah.." Aliaa terus saja menghadap laptop.

" Sayang..! Bila nak beli barang hantaran?" Tiba-tiba Faliq bertanya.

" Nak buat apa barang hantaran?" Tanya Aliaa bersahaja.

" Untuk nikah kitalah sayang. Kan orang nikah nak kena barang hantaran kan. So, bila nak belinya.."

" Nak barang hantaran bagai, kita ni nak rujuk nikah je kut. Tak perlulah semua tu. Lagipun saya ni janda, bukan anak dara.."

" Janda pun ke duda awak ni juga sayang..! Tengok masa Angah dulu. Majlis boleh tahan. Awak taknak buat macam tu ke?!"

" Ish!! Tak payahlah. Ada batal air sembahyang dan mas kahwin. Cukup..! Barang-barang lain taknak.."

"Tu je. Hmm... Kita sanding nak, duduk atas pelamin untuk kali kedua. Tema dalam hutan. Nak tak.. Nak tak..!!" Faliq mencadangkan. Faliq pula yang over excited.

" Taknaklah...! Dahlah tema dalam hutan. Ingat saya ni apa, beruk?!  Dah.. Dah.. Dahh!! Tak payah nak merepek ye Faliq Alfie. Nak hantaranlah nak sandinglah. Beriya pula.." Aliaa membantah. Faliq gelak.

" Hahahaa.. Tema lain dari yang lain kut. Saya nak awak happy di majlis tu nanti sayang..! Saya nak awak bahagia. Dan saya nak kali ini akan lebih membahagiakan kita sekeluarga.." kata Faliq lembut.

" Saya tahu. Tapi tak guna juga kan kalau hanya happy di majlis saja tapi tak happy di hari mendatang.." Aliaa membalas dengan senyuman. Tertusuk hati Faliq 

mendengar kata-kata Aliaa. Memahami maksud itu.

"Insha Allah.. Saya tak berani janji tapi saya akan buktikan. Pernikahan kali ini, akan menjadi pernikahan akhir kita hingga akhir hayat.." sambung Faliq.

Aliaa hanya mengukirkan senyuman. Tak komen apa-apa pun. Lelaki.. Hanya pandai berkata-kata. Aliaa dah tak kuasa nak mendengar, iya kan sajalah. Menyedapkan hati si Faliq. Mana mungkin akan percaya 100% setiap kata-kata itu. Mana mungkin akan sama lagi seperti dahulu. Memang takkan sama. Itu hakikat dan itu yang Faliq kena terima. Maaf Faliq. Bisik hati Aliaa.

" Apakata petang ni kita cari cincin. Nak tak sayang..!" Ajak Faliq.

" Hmm.. Tengoklah. Nanti apa-apa saya info ya.." jawab Aliaa.

" Okey..!!" Faliq kenyitkan mata pada Aliaa. Aliaa menjelirkan lidah. Mengejek. Tangan masih lagi ligat menaip di papan keyboard. Faliq memerhati saja. Senang hatinya melihat cinta hati didepan mata. Tenang saja hati.

Tutt... Tuuttttt...!! Handphone Faliq berbunyi perlahan. Dia mengeluarkan handphone dari dalam poket seluar. Nombor tidak dia kenali. Aliaa melirik mata pada Faliq dan membiarkannya.

"Saya jawab call kejab..!" Aliaa angguk.

"Assalammualaikum.. "suara wanita di talian. Lembut.

"Waalaikumsalam.."

"Ni Faliq kan..?!"

"Iya saya Faliq. Siapa ni?!"

"Ni i lah. Kawan lama you masa study dulu.." suara ceria. Faliq berkerut.

"Kawan lama? Sorry.. Tak berapa nak ingat lah.."

"I lah. Anis. Cuba ingat balik.." Anis atau Tasya. Faliq tidak cam suara Tasya.

" Anis? Mahanis? Yang gemuk dulu tu ke?" Selamba je Faliq cakap. Aliaa dengar dan gelak kecil.

" Ha?? Gemuk?? Haa.. Iyalah. Mahanis gemuk.." Jawab Tasya. Dia sendiri pun tak tahu siapa Anis yang dimaksudkan oleh Faliq.

" Kalau yang itu baru aku ingat. Mana kau dapat nombor aku ni. Tiba-tiba pula kau muncul ni. Siap hantar kuih lagi dekat rumah aku.. "Faliq confident. Senyum pada Aliaa. Aliaa membalas senyuman.

" Adalah. Itu tak penting. Bila you free? Ingat nak jumpa you.."

" Jumpa? Aku kalau nak jumpa kau, aku kena bawa Adil sekali. Tak boleh jumpa kau berdua. Marah orang rumah aku nanti.. Eh! Kau ingat Adil lagi tak..?! " Aliaa berkerut. Gelak lagi. Faliq sengaja cakap depan Aliaa.

" Adil? Rasa bila tengok muka baru ingat kut. I cuma ingat you je.." jawab Tasya. Ada maksud ayat dia tu.

"Hahahaa.. Macam tu pula. Adil lah yang pendiam tu.." Faliq mengingati Anis. Peramah pula si Faliq ni.

" Oh ya.. ya..!! Macam ni, sebenarnya I ada projek untuk you. You kan arkitek hebat. Company tempat i kerja ni tengah servay nak cari arkitek yang boleh beri service yang paling baik. So, i nak you try. Sebab Boss i ni agak cerewet sikit.. " jelas Tasya. 

" Hohohoo taklah hebat mana pun. Biasa je beb. Hmm.. Nanti apa-apa aku info kau. Aku nak tengok free aku dulu ya.."

" Okey!! Tapi i harap sangat-sangat you boleh tackle hati boss i ni. Dia ni lain sikit. Nak kena ikut dia je tapi kan kalau you boleh tackle dia. Untung you tau, projek juta-juta ni.." Bijak sungguh Tasya menipu dan manis saja ayatnya. Sesiapa saja boleh percaya penipuannya. Level confident penipuannya sangat tinggi. Hidup dah biasa menipu dah jadi pro menipu.

" Amboii.. Juta-juta ye! Tak apa Anis. Nilai tu bagi aku tak penting. Yang penting keberkatan kerja yang aku dapat tu.." jawab Faliq. Aliaa senyum je. Tenang hatinya dengar.

" Iyalah. I tunggu you. Nak call or whatsapp. Boleh je..!"

" Alright..!! Eh beb..!! Kau sekarang ni gemuk lagi ke dah kurus?!" Selamba je Faliq ni. Aliaa gelak je dengar.

" Hahahaa.. I tak macam dulu dah. Pasti you terpukau tengok i nanti. Kut terus meminang i.. hahahaa.." Tasya gelak.

" Uit.. Hati aku untuk bini aku je beb. Okeylah.. Apa-apa aku call. Thanks. Bye!!" Faliq terus matikan talian.

" Suka-suka je cakap orang gemuk. Mulut tak ada insurans ek.." tegur Aliaa. Gelak kecil.

" Hahahaa.. Dia memang gemuk pun dulu. Tak caya tanya abang awak.." Aliaa geleng kepala.

" Siapa dia tu? Awek lama ke?!" Tanya Aliaa.

" Ishh!! Taklah. Kawan sekuliah tapi dia dulu memang ada hati dekat saya. Saya je tak layan.."

" Sebab gemuk kann!!" Teka Aliaa.

"Haahahahaaa taklah. Saya ni banyak peminat tapi sorang pun tak layan. Kawan perempuan tu melambaklah. Cinta-cinta tu memang taklah.."

"Dulu dia gemuk tak layan, ni kalau jumpa. Dia dah cun melecun, macam model. Terus terpikat kan.."

" Okey tu sayang..! Boleh tackle, kut-kut dia masih ada hati dekat saya lagi ke kan.." Faliq saja mengusik Aliaa.

" Kan.. Bagus juga tu. Ada pengganti tempat saya.." Aliaa pula membalas. Senyum.

" Hahaha.. Tak ada makna ye. Tak ada sesiapa pun boleh ganti tempat awak. Awak tetap dihati saya seorang.." Confident. Aliaa senyum saja. Tenang saja wajahnya.

Tiba-tiba pintu bilik Aliaa dibuka. Muncul Adil pula.

"Kat sini rupanya. Aku nak gerak dah.." Adil masuk ke dalam.

" Dah settle?! Okey jom..!!" Adil angguk kepala. Faliq bangun dan berdiri.

" Adik.. kalau ada apa-apa call Faliq atau call abang terus ya. Ingat pesan abang pagi tadi.." Aliaa angguk. Senyum.

"Lunch nanti tunggu abang..!" Aliaa angguk lagi. Aliaa salam dan mencium tangan Adil. Berat betul hati Adil mahu meninggalkan Aliaa kerja. Tak tahu kenapa hatinya tak sedap saja.  Kemudian, melangkah keluar.

"Taknak cium saya ke?!" Sempat lagi Faliq mengusik.

"Eeeee.. Gatal. Dah pergi sana, kacau je.." Aliaa menjeling. Faliq gelak dan terus keluar.

Mereka jalan beriringan ke pintu utama dengan memberi senyuman pada staff office. Jadi perhatian sebentar. Dua orang remaja perempuan iaitu staff baru seakan terpegun pula melihat Adil. Kalau Faliq ni dah bosan dah mereka lihat. Berbisik-bisik antara mereka. Hilang saja Adil dan Faliq dari pandangan. Dua remaja itu terus meluru ke arah Kak Intan yang sedang sibuk buat kerja.

" Kak Intan... Siapa lelaki dengan Encik Faliq tu.."

"Aha kak.. Siapa tu?!" Tak cukup seorang bertanya.

"Korang ni dah kenapa. Beriya-iya nak tahu.." Kak Intan memandang mereka. Serius.

"Taklah. Sebab dia tu macho lah. Tiba-tiba termasuk dalam hati saya ni.. Oh!!!" Gediknya budak ni.

"Mengadanya..!! Hmm.. Pantang nampak lelaki hensem. Untuk pengetahuan korang. Yang korang kata macho tu. Tu abang kandung Cik Aliaa.." jelas Kak Intan.

"Ha?? Abang kandung Cik Aliaa? Oooooo.. Tak tahulah pula. Patutlah muka sama dengan Cik Aliaa.."

" Dah nama pun abang kandung, satu acuan memanglah muka sama. Apalah korang ni.."

" Hahaaha.. Kak Intan, kirim salam ye kat abang macho tu. Terpikatlah..!"

" Aik!! Akak pula. Kau ingat akak rapat dengan dia. Kalau nak pergi cakap sendiri dekat Cik Aliaa.."

" Alaaaa akak kan sporting. Tolonglah cakapkan kat Cik Aliaa. Seganlah kak..!!" Sengeh.

"Segan konon. Kau tahu segan ke? Hmm.."

"Kak.. Kak.. Dia kerja apa? Dekat mana? Dah kahwin belum?" Tanya seorang lagi.

"Amboiii banyaknya soalan. Dia Enginer gas oil rasanya. Ishh! Entahlah, Akak tak tahulah. Korang nak tahu pergi masuk bilik Cik Aliaa. Pergi interview sana..!"

" Wow!! Not bad.."

" Not bad.. Not bad..!! Dah.. Dah.. Dah... Pergi buat kerja sana. Tahu nak menggedik je, kerja tak siap. Kalau Encik Naim tahu korang menggedik ni, mahu membebel dia tau tak.. Dah pergi sana..!!"

" Jom.. Jom.. Singa betina dah mengaum.. hehehe!!" Mereka terus berlari anak ke tempat masing-masing.

"Singa betina dicakapnya aku. Bertuah punya budak. Nilah budak-budak sekarang. Tak tahulah nak cakap apa lagi.. Hmm..!!" Kak Intan membebel sorang-sorang dan sambung menghadap kerjanya.

Masing-masing sibuk menyiapkan kerja. Senyap dan sunyi. Sesekali kedengaran suara bernyanyi-nyanyi salah seorang dari mereka. Melepaskan tekanan kerja kali. Selepas Adil jumpa Naim tadi, Naim terus keluar. Mahu jumpa client katanya. Naim pun tak sempat lagi duduk bertanya khabar Aliaa. Mujurlah Adil dapat jumpa dia tadi. Segalanya sudah diceritakan oleh Adil pada Dato' Hamid. Dato' Hamid sangat memahami dan terkejut juga dengan kehadiran Aliaa yang sepatutnya masih cuti berehat tapi muncullah pula.

Kalau dah namanya Aliaa. Itu yang dia nak, tak siapa boleh halang. Jadi, layankan sajalah. 

Previous: Bab 153
Next: Bab 155

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.