336,476
Kategori:
Genre:
Bab 117
Aku masih duduk termenung di tepi katil. Kenapa tiba-tiba rasa tak sedap hati ni. Perlukah aku cerita semua pada abang? Masalahnya abang tak suka cerita bab-bab sihir menyihir orang bagai ni. Dan sebenarnya aku sendiri pun tak berkenan nak ambil port sebab bagi aku, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau sorang tak melayan, takkan jadi. Tapi masalahnya sekarang ni dua-dua menggedik dan dua-dua menggatal. Maka jadilah ia. Tapi.. Pengakuan dari Tasya sendiri kut. Kalau dia tipu pun takkan dia sampai ugut aku jika aku info Faliq. Ish!! Buntu dah ni. Nak info atau tak?! Aduhai...

Kalau aku tak info, takut juga betul-betul Tasya buat dekat aku atau Faliq. Tapi kalau aku info pun, apa yang abang dan Faliq boleh buat? Entahlah.. Pening kepala nak fikir. Senang cerita, suruh jelah Faliq kahwin dengan Tasya tu. Habis aku macam mana pula?! Terus hidup macam ni ke? Hidup tanpa berteman ke?! Aik Aliaa.!! Lain macam je bunyinya ni. Hahaha.. Aku gelak kecil dan pukul kepala sentiasa. Tak.. tak.. tak..!! Hmm.. Tak apalah, dah terlanjur nak bincang malam ni, teruskan jelah. Walaupun aku rasa aku tahu apa jawapan abang. Dipaksa dan terpaksa? Entahlah.. Pasrah!!

Hmm.. aku mengeluh panjang. Bangun dan betulkan tudung kemudian terus keluar ke ruang tamu.  Eh!! Tu suara Faliq berbual dengan Dhia. Cepatnya sampai. Aku senyum sendiri.

" Tu mama..!! Mama sini duduk.." panggil Dhia dengan tangan melambai pada aku minta aku duduk di sebelahnya bersama Faliq. Faliq senyum. Tapi aku menolak lembut.

" Tak apa. Mama duduk sini je. Sayang mama buat apa tu?!" Aku bertanya bila nampak Dhia memegang sekeping kertas bersaiz A4 putih.

" Dhia lukis ni ma. My Family. Ini papa, mama, Dhia dan uncle. Ni rumah kita, ni kereta mama, kereta papa. Ni Cik Titi dan ini bola Dhia. Nanti kita duduk rumah ni tau ma, papa. Dhia nak bilik warna pink, biru dan putih macam princess. Dhia kan princess comel..!!  " celoteh si anak. Detail Dhia cerita dan tunjuk satu persatu gambar pada lukisan itu. Aku dan Faliq gelak je. Seronoknya Dhia. Faliq memeluk dan mencium Dhia.

"Yeahh!! Anak papa ni memang princess yang comel dan clever..!!" Puji Faliq. Aku senyum.
Secara tiba-tiba je dada aku jadi sakit perit, aku pejamkan mata menahan sakit, berkerut. Mulalah rasa sesak nafas,aku sandarkan badan dan kepala disofa.

" Papa.. Dhia nak masuk bilik dululah. Dhia nak lukis banyak-banyak lepas tu Dhia nak tunjuk dekat Mak Ngah dan nenek.." aku dengar je suara Dhia.

" Okey sayang! Lepas tu tidur ye. Jangan tidur lewat tau..! Kiss papa dulu. Muahhh!! Love you soooo much my princess..!!"

" Alright!! I love you to papa.. Muah.. Muah.. Muah! Mamaa..!!" Dhia datang kepadaku. Aku buka mata dan senyum.

" Mama okey?! Mama tak sihat ke?!" Alahai anak, sangat memahami. Disentuh dahi aku.

" Mama sihatlah cuma mengantuk je..!" Kataku menafikan dan cium pipi Dhia. Terharu.

" Mama jangan tidur lewat tau. Dhia nak masuk bilik nak lukis dulu tau.."

"Okey sayang..!! Good night!!" Aku peluk dan cium Dhia sekuat hati dan melepaskannya.

" Good night ma.. ! Good night pa..!" Dhia terus berlari ke arah biliknya. Aku kembali menyandarkan badan disofa. Faliq membalas pandangan dengan pandangan yang redup.

"Aliaa.. Awak sakit ke?!" Tanyanya risau.

" Taklah.. Penat je.." jawabku tetap menafikan.

" Janganlah tipu..!! Kalau sakit cakap sakit, jangan diam je macam...."

" Assalammualaikum.. Sorrylah bro lama tunggu.." Percakapan Faliq terhenti apabila muncul abang dari biliknya. Aku senyum dan kami alihkan pandangan pada abang.

" Mana ada lama.." Abang duduk di sebelah Faliq. Aku tetap senyum.

" Eh!! Mana si kecil? Tadi ada dengar suaranya.."

"Dah masuk bilik dah. Nak melukis katanya.."

" Memang kerja dialah tu. Melukis manjang. Sebiji macam kau bro, tangan seni budak tu.."

" Like father like daughter broo..!!"

" Ha itulah pasal. Adik!! Kenapa ni senyap je." Tanya abang padaku.

"Tak ada apalah.."

" So, apa yang nak dibincangkan ni? Macam serius je..!" Tanya abang lagi. Faliq masih tepat pandangku dengan wajah kerisauan tengok aku kut. 


"Nak kata serius tak juga kut. Ni pasal Tasya..!"

" Dah kenapa pula dengan dia?!" Tanya abang berpandangan dengan Faliq.

" Bukan nak percaya sangat pada benda ni tapi adik rasa adik patut info abang dan Faliq. Ini pengakuan dari dia sendiri. Betul atau tak tu adik tak tahulah.." Abang dan Faliq tekun mendengar.

" Dia cakap, selama dia dengan Faliq, dia ada guna-gunakan Faliq.." kata Aliaa perlahan.

" Ha? Gunakan apa ni? Tak faham..!!"

" Bomohkan Faliq lah. Sampai Faliq benci adik, lupakan adik, menyampah meluat dengan adik. Faham?!" Sambungku. Terbeliak mata Faliq.

" Ish!! Merepeklah. Jangan nak percaya sangat benda-benda macam ni dik.."

" Ini pengakuan dari dia. Takkan adik menipu kut." Faliq hanya diam. Bingung.

" Tapi bab ni abang.. Hm.. Entahlah, bukan nak menidakkan benda ni tapi sekadar dengar dari cerita orang. Tak pernah tengok depan-depan, jadi abang macam.. Oh okey! Macam adiklah tak ambil port. Takut terlebih percaya dan taksub. Tapi kalau betullah apa yang dia cakap, kau macam mana Liq. Kau berpengalaman kut.."  jelas abang. Okey dah tahu jawapan abang.

" Aku tak tahulah bro. Aku tak boleh nak cakap, tak tahulah kalau aku yang tak sedar ke tapi... " Faliq bingung sendiri. Dia sendiri pun tak pasti apa yang berlaku.

" Tapi bagi sayalah kan.. Awak ni bukan dibuat orang tapi awak yang buat diri awak sendiri jadi macam tu. Sebab kalau sorang tak melayan tak jadilah kan. Disebabkan dua-dua menggedik dan menggatal maka terjadilah perkara tersebut. Tak gitu Encik Faliq Alfie..!!" Aku perli Faliq cukup-cukup. Terkedu dia. Tersengeh macam kerang busuk. Aku sinis padanya.

" Hahahaa.. Kalau itu abang setuju sangat..!" Abang gelak. Sorry la Faliq. Terrrrrungkit pula.

" Perhh !! Pedih ayat awak ni Aliaa. Tapi jujur cakap, aku  memang tak tahu benda ni Dil cuma apa yang aku tahu. Aku memang jadi benci Aliaa sangat. Nak tengok muka dia pun rasa macam jijik tau. Sorry Aliaa!! Tapi kalau tak jumpa dia, jadi rindu. Bila dah jumpa jadi benci. Tu je yang aku perasan. Aku pun taklah fikir benda ni sebab aku pun macam kaulah juga Dil. Tak layan benda-benda ni.." kata Falia. Dari tengok airmukanya dia jujur cakap.

" Tapi kan.. Tasya cakap, dia tetap akan dapatkan awak juga. Kalau tak, dia akan buat saya sampai mati. Dan kalau sampai awak tahu benda ni, pun dia akan buat sesuatu. Awak rasa?! Risau juga adik ni abang, kut-kut dia nak santau adik ke, matilah.." Sambungku lagi.

" Ish!! Kalau dia boleh buat pada Faliq. Tak mustahil adik juga. Astagfirullah Al azim. Subhanallah.. Jauhkanlah Ya Allah..!! Apapun, kita ada Allah, kita serahkan semuanya pada Allah. Abang taknak adik fikir sangat benda ni.." kata abang. Aku angguk.

" Risaulah Dil. Aliaa.. lepas ni awak tak payah layan dialah ye. Biar je dia. Apapun dia cakap buat tak tahu je ye. Saya risau, dia tak dapat dendam pada saya tapi dendam pada awak.." pesan Faliq.

" Ha betul tu. Adik pun tak payah nak lawan cakap dia. Abaikan je dia. Ini dia cakap adik lagi lawan, mana tak angin orang tu.." abang sokong cakap Faliq.

" Habis.. kalau dia nak tampar adik, nak biarkan je. Macam tu?!" Aku menjawab. Berkerut.

" Kalau tu lainlah.."

" Tahu tak apa. Yang dia buat tangan saya tempoh hari tu. Tu sebab saya biarkan jelah tau. Petang tadi, dia nak tampar lagi, padan muka dia saya pulas tangan dia. Kurang ajar sangat, masuk office orang buat hal. Kalau ikut adik ni, memang nak tumbuk bertubi-tubi muka dia tau tak. Geram.. geram.. geram sangat..!!" Kataku dengan perasaan marah. Boleh pula abang dan Faliq gelak. Ingat lawak ke?! Aku serius kut.

" Hahahaa... Dah sudah dik. Tak payah nak melepaskan marah tu. Okey macam ni. Elok korang rujuk cepatlah. Tu je kut jalannya. Kan Faliq kan..!" Cadang abang. Huh!! Ni lagi satu hal. Dah agak dah abang aku ni. Dua benda aku dah agak dah.

" Yup!! Betul sangat..!" Aku jeling Faliq.

" Memanglah betul kalau awak tu. Tak pernahnya tak betul kalau abang cakap.." Faliq senyum.

" Adik.. Abang serius ni. Kali ni kena ikut cakap abang. Demi keselamatan adik..!"

" Abang..! Kan adik dah cakap, bagi adik masa. Abang dah setuju kut kan.." Faliq senyap.

" Iya.. Tapi sekarang tak setuju dah. Nak taknak korang kena rujuk. Selagi korang macam ni selagi tu perempuan tu akan kacau.."

" Tapi belum tentu dia akan stop kacau kalau kami rujuk pun. Kami dulu suami isteri pun dia boleh ganggu gugat, kami dah berpisah pun dia still kacau dan bayangkan kalau kami rujuk, benda sama juga kan.." kataku.

" Tak sama dik. Dulu Faliq tengah gila. Sekarang ni dia.. "

" Dia apa sekarang? Tak betul?!" Aku terus potong cakap abang. Aku mula bengang pula dengan abang. Mahu bertekak ni.

"Adik.. !! Jangan kurang ajar boleh tak? Hormat sikit.." Suara abang keras. Aku terlepas cakap pula.

" Okey..!! Sorry Faliq. Tapi abang pun kena hormat keputusan adik. Tak boleh nak paksa macam ni.." Aku pandang Faliq dan kemudian sambung membebel dengan abang.

" Memang abang paksa. Adik tu terlalu ego sangat. Degil sangat.."

" Abang.. Adik malaslah nak fikir. Malas nak gaduh. Keputusan adik tetap sama. Tolong bagi adik masa. Okey?!"

" Dan keputusan abang juga tetap sama. Hujung bulan ni korang rujuk.." kata abang tegas. Aku pandang tepat muka abang. Sakitnya hati iniiiiii!!

"Abangggg..!! Huh!!" Turun naik nafas aku tahan marah.

" Hohohoooo.. Relax.. relax..!! Relax Adil.. Aku taknak paksa-paksa macam ni Dil. Iya.. Memang kau boleh paksa Aliaa tapi kalau hati dia menderita, tu semua tak ada makna. Aku tahu dan aku faham perasaan dia..!" Perlahan Faliq bersuara. Sejuk sikit hati aku dengar. Terima kasih teman mesra, kau memahami aku.

" Sekarang ni kau nak rujuk dengan adik aku ke tak?" Tanya abang serius pada Faliq.

" Memang aku nak tapi bukan ni caranya." Sambung Faliq.

" Kau tahu tak adik aku macam mana. Dia ni ego dia tinggi melangit sangat. Sebab ego dia tulah yang menghalang hubungan korang untuk bersatu semula. Aku tak tahu apa entah lagi dia nak. Nak masa konon.." Abang saja je sakitkan hati aku.

" Abang ni dah kenapa? Faliq okey je kut. Abang dah bosan jaga adik ke. Sebab tu abang paksa adik macam ni.." aku dengan suara marah meneka.

" Iya.. Memang abang dah bosan dah. Bosan tau!! Selepas ibu ayah meninggal. Ni ha adik.. Ni ha abang ni yang jaga adik, yang bagi makan adik, yang tanggung pengajian adik, yang lakukan apa saja untuk adik. Tapi kenapa susah sangat adik nak lakukan untuk abang.."aku terkedu dengar abang cakap macam tu. Rasa macam.. Huh!!

"Allahuakhbar.. !! Adil sabar Dil.. " Faliq menenangkan keadaan. Ditengah-tengah antara aku dan abang.

" Jadi sekarang abang nak ungkit semua?
Sampai hati abang kan. Sampai hati..! Adik tahu adik memang banyak menyusahkan abang, terlalu banyak. Adik sedar abang, adik dan Dhia membebankan abang selama ni.." airmata aku mula menitis pandang tepat pada abang.

" Bukan macam tu maksud..." kata abang suara mendatar.

"Tak apalah abang. Adik faham. Faham sangat.  Macam nilah.. Adik tahu adik dan Dhia menumpang rumah abang ni. Esok adik cari rumah lain, jangan sesiapa halang adik keluar dari sini. Terima kasih abang..!!" Masih mengalir airmataku.

" Aliaa.. Abang awak tak bermaksud macam tu.." Faliq pujuk aku.

"Biarkan je dia Liq. Degil sangat. Orang risaukan dia, lain pula dia fikir.." Ish!! Abang memang jahat.

"Memang adik degil. Adik degil bersebab.." Aku tetap lawan abang. Jeling tajam pada abang. Dan aku keluar dari rumah. Kalau masih duduk disitu memang makin gaduhlah.

" Nak ke mana pula tu. Jangan nak buat perangai pula. Awak tu dah ada anak. Tak malu ke anak tengok.." jerit abang dari dalam.

" Orang nak duduk sini jelah. Sibuk je..!!" Aku terus menyarungkan selipar dan jalan menuju ke kerusi. Merungut sendiri. Aku kesat airmata sendiri.

Sedihnya!! Sampai hati abang cakap macam tu. Aku sedar, aku banyak membebankan abang selama ni. Baik dari aku remaja, bujang ,dah kahwin, dah ada anak sampailah aku jadi ibu yang ditinggalkan kini. Dan aku tahu, abang tak kahwin lagi pun mesti sebab aku. Tak apalah. Mungkin dah tiba masanya aku berdikari sendiri kut. Tapi untuk berdikari sendiri memang okey sebenarnya pun. Selama aku dekat Sabah. dulu pun. Aku sorang-sorang juga. Okey je! Boleh je hidup. Arhh!! Tension. Abang memang sengaja je tu buat aku sakit hati. Abang sebenarnya yang nak aku kembali pada Faliq. Sahabat sejatinya tu. Tapi macam mana kalau hati aku belum untuk terima Faliq lagi. Sebab tu aku nakkan masa. Manalah tahu selama masa yang aku minta tu, tiba-tiba Allah bukakan pintu hati aku untuk Faliq. Siapa tahu kan, kuasa Allah tapi bukan sekarang. Sekarang ni aku cuba bukan tak cuba untuk terima Faliq. Aku tengah usahakan juga kut untuk ambil hati aku sendiri menerimanya nanti. Dah tahu kut hati aku keras. Tolonglah lembutkan, bukan main paksa-paksa macam ni. Makin bertambah-tambahlah keras. 


Ishhh!! Geram betul lah. Aku merajuk pergi jauh-jauh ke oversea nanti. Baru padan muka abang. Baru padan muka Faliq. Pergi Melbourne kerja petik buah pun lagi baik. Mana tahu rezeki kahwin dengan Mat Salleh ke. Padan muka semua. Dahlah aku tak berapa nak sihat ni, entah kenapalah sakit ni datang lagi. Tak tahulah kali ni apa lagi sakit aku. Anemia  jantung lagi ke, tapi yang operate hari tu kata dah baik. Tapi anemia jantung kena operate ke? Aku mana tahu bab ni, sebab aku malas nak ambil port semua ni. Arhh biarlah. Peninglah macam ni. Aduhai..!! Tapi tak tahulah kalau berulang menyerang lagi. Atau abang ada rahsiakan lagi penyakit aku. Sebenarnya aku ni sakit apa? Tensionlah. Tiap kali aku tanya Doktor Raziq jawabnya kena buat pemeriksaan susulan. Itu je. Ish!! Mesti dia dan abang ada rahsiakan. Makin terasa bertambah menyusahkan abang pula ni.  Huwaaa!!

Haikal.. Tolonglah saya. Kalau macam nilah keadaannya, biarlah sakit, biarlah mati. Biar puashati semua orang. Arhhh!!! Tension.. Tension.. Tensioooonnnnnn!!!!
Previous: Bab 116
Next: Bab 118

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.