336,526
Kategori:
Genre:
Bab 193
Parking saja kereta, Faliq, Puan Asmah dan Asnida terus berlari ke menuju ke bahagian bilik kecemasan. Faliq terus bertanyakan mengenai Aliaa pada seorang jururawat di kaunter pertanyaan. Menurut jururawat itu, Aliaa masih diberi rawatan dan meminta mereka menunggu sehingga rawatan selesai.  Faliq berdiri disebelah pintu bilik kecemasan. Puan Asmah dan Asnida duduk di kerusi.

Tidak lama kemudian, Adil muncul dengan berlari anak ke arah Faliq. Wajahnya dalam kerisauan. Balik saja dari kerja tadi, belum pun sempat masuk ke dalam rumah, Faliq menghubunginya dan memberitahu keadaan Aliaa. Dengan pantas, Adil terus memandu ke hospital. Faliq menyandarkan badan didinding. Faliq nampak Adil dan terus jalan perlahan menghampiri Adil.

"Adil.. Aliaa Dil..!!" Kata Faliq lembut.

" Sabar Liq.. Banyakkan sabar okey!!" Adil menyapu belakang Faliq cuba menenangkannya dan bawa Faliq duduk.

" Pagi tadi waktu aku nak pergi kerja, dia tarik tangan aku. Macam tak bagi aku pergi Dil. Dia cakap dia akan tunggu aku balik. Aku pun berat hati nak tinggalkan dia.." Faliq bercerita. Menitis airmata. Memandang ke lantai.

"Dalam perjalanan aku nak jumpa client, di call. Minta belikan buah kurma. Aku dah belikan dah pun tapi dia tak sempat makan Dil. Bodoh sangat aku, kenapa aku tak terus jumpa dia dan bagi buah kurma tu.. Ya Allah..!!" Faliq menekup muka dengan tapak tangan. Menyalahi diri sendiri, terasa sangat bersalah.

"Aliq.. Sudah Liq..!! Jangan macam ni. Benda nak jadi, kita tak minta semua ni berlaku.." pujuk Adil. Memahami isi hati adik iparnya itu.

" Tapi salah aku Dil. Biasanya balik kerja aku akan terus jumpa dia dulu tapi tadi.. Ya Allah..!! Aku tak tahu kenapa aku boleh lalai.. Kalau aku terus jumpa dia, mungkin tak jadi teruk macam tu Dil. Aku... aku tak tahu berapa lama dia menderita sakit Dil. Aku tak tahu. Aku rasa bersalah sangat Dil.."Faliq meluahkan segala rasa hatinya ketika itu.

"Aliq..!! Tak guna kau nak salahkan diri sendiri. Ini semua Allah dah tentukan. Bukan salah sesiapa. Kita merancang je Liq, Allah yang tentukan semuanya. Kau kena kuat, kau jangan lemah macam ni.. Kau kena kuat..!!" Nasihat demi nasihat keluar dari mulut Adil. Memeluk bahu Faliq. Faliq betul-betul rasa bersalah.

Tidak tenang hatinya. Sekejab duduk sekejab berdiri, jalan mundar mandir. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu apa yang dia sedang dia rasai. Segala perasaan ada. Risau, takut, sedih semua ada. Begitu juga dengan Adil. Memang tak putus berdoa. Kalau ikutkan hati Faliq, mahu saja dia terjah masuk ke dalam bilik kecemasan itu. Kenapa dia rasa terlalu lama rawatan. Apa yang terjadi pada Aliaa? Apa yang doktor sedang lakukan? Macam mana keadaan Aliaa? Macam-macam dia fikir.

Tidak lama kemudian, seorang doktor wanita keluar dari bilik kecemasan. Senyum pada mereka. Terus Faliq, Adil, Puan Asmah dan Asnida berdiri dan menghampiri doktor itu.

" Doktor.. Isteri saya macam mana?" Tanya Faliq. Tepat memandang ke arah anak mata doktor.

" Harap Encik bersabar ya. Kandungan Puan Aliaa tak dapat diselamatkan. Puan Aliaa mengalami keguguran.." perlahan saja doktor itu menjelaskan.

" Ya Allah..!!.."Faliq menyapu muka dengan tapak tangannya.

"Isteri saya macam mana doktor? Dia okey kan..?!" Tanya Faliq lagi. Doktor beri senyuman tawar. Rasa berat dia mahu jelaskan. Tapi nak tak nak dia kena juga jelaskan.

Faliq, Adil dan yang lain hanya mengangguk tanda faham. Betapa sedihnya dan betapa risaunya Faliq. Sudahlah kandungan Aliaa tidak dapat diselamatkan dan kini dia alami kekurangan darah pula. Allahuakhbar..

Setelah Aliaa dimasukkan ke dalam wad, mereka berempat terus melawat Aliaa. Perlahan-lahan Faliq menolak pintu, diikuti oleh Adil. Hatinya jadi berdebar-debar. Sedih yang teramat. Jalan menghampiri katil Aliaa. Airmata menitis lagi. Adil menenangkannya. Sayu dan sedih. Sangat pucat wajah Aliaa.

" Adil.. Macam mana aku nak cakap dengan Aliaa nanti, kandungan tak dapat diselamatkan. Aku tak sampai hati.." suara perlahan Faliq memecah kesunyian. Kepala Aliaa diusap lembut. Direnung wajah itu penuh kasih sayang dan cinta.

" Nak tak nak kau kena cakap juga Liq. Tak apa, cakap baik-baik. Insha Allah.. Aliaa akan faham nanti.." kata Adil lembut. Mereka jalan jauh sikit dari katil Aliaa.

" Tapi Dil. Aliaa sayang sangat kandungan tu. Aku takut dia tak boleh terima yang kandungan tu dah tak ada.." sambung Faliq lagi.

" Iya aku tahu. Tapi kita tak minta semua ni berlaku. Kau suami dia Liq, kau kena pandai kawal emosi dia. Memang.. memang dia akan rasa sedih dan rasa kehilangan. Sebab dia ada cakap dengan aku yang dia harapkan sangat anak tu nak jaga kandungan baik-baik dan nak lahirkan anak itu untuk kau. Dia nak kau happy, walaupun dia tahu risiko pada nyawa dia sendiri.." cerita Adil.

" Ya Allah.. Kenapa Aliaa sanggup buat macam ni. Adil.. Aku tak kisah Dil kalau dia tak pregnant lagi. Dah ada Dhia dah cukup bagi aku. Aku takut nyawa Aliaa yang terkorban sebab nak lahirkan zuriat kami. Dengan kesihatan dia sekarang ni. Aku tak sanggup kehilangan dia Dil. Aku tak sanggup. Aku sayang dia Dil.." Adil menyapu lembut belakang Faliq. Adil sendiri pun tak tahu nak cakap apa.

" Alang... Aliaa dah sedar..!!"Asnida memanggil Faliq. Terus saja Faliq mendekati Aliaa. Berat Aliaa mahu membuka mata. Tangan Aliaa digenggam Faliq.

"Sayang.. !! Abang ada dekat sini.." Faliq mengukirkan senyuman tawar.

" Sayang dekat mana ni? Kenapa pening ni.." perlahan suara Aliaa. Tangannya memicit kepala. Berkerut dahi menahan pening.

" Sayang dekat hospital.." jawab Faliq lembut.
Aliaa membuka mata, memandang sekeliling. Pelik. Wajah Puan Asmah dipandang, kemudian beralih ke wajah Asnida pula. Dan mata tertumpu pada Adil yang jauh berdiri. Adil senyum padanya. Aliaa kembali memandang wajah si suaminya.

 Aliaa cuba bangun, mahu duduk walaupun badan masih lemah tapi dia tetap juga degil. Faliq membantunya. Aliaa merenung wajah Faliq. Faliq duduk menghadap Aliaa dan menggenggam kuat tangan Aliaa. Memberi kekuatan. Faliq membalas renungan Aliaa hingga ke dalam anak matanya dan senyum. Faliq mencari kekuatan sendiri untuk berterus-terang. Menoleh pada Adil dan Adil menghampiri Faliq. Adil memahami apa yang Faliq rasai kini. Puan Asmah dan Asnida hanya mampu berdiam saja. Mereka pun tidak sanggup melihat.

" Abang.. Darah abang. Banyak sangat. Sayang tak dapat bernafas, dada sakit sangat. Sayang cuba menjerit panggil mama tapi tak dapat. Sayang jatuh, sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Sangat sakit abang.." Airmata Aliaa menitis. Menceritakan apa yang dia alami tadi. Faliq menenangkan Aliaa. Puan Asmah dan Asnida juga turut menangis. Faliq terdiam. Tak tahu nak cakap, dia juga dilanda perasaan bersalah. Faliq terus memeluk Aliaa.

" Abang.. Anak kita okey kan abang kan?!" Aliaa meleraikan pelukkan Faliq. Faliq menundukkan kepala pandang ke katil dan menoleh pada Adil dan menarik nafas dalam.

"Sayang..!! Dengar ni apa abang nak cakap. Abang tahu sayang seorang isteri dan ibu yang kuat. Apa abang nak cakap ni, abang harap sayang banyak-banyak bersabar ye.." Suara perlahan Faliq mengatur ayat.

"Kenapa abang?!" Faliq terdiam. Serba salah dia nak cakap.

" Abang cakap abang. Kenapa?!" Tanya Aliaa lagi.

" Sayang mengalami keguguran. Kandungan tak dapat diselamatkan..!" Aliaa tergamam. Airmata deras mengalir.

" Allah..!!"Faliq peluk Aliaa lagi. Terdiam sebentar hanya esak tangis saja kedengaran. Adil tak sampai hati melihat keadaan adiknya. Menekup muka sendiri.

" Maafkan sayang, abang! Semua ni salah sayang, sayang tak jaga kandungan dengan baik. Maafkan sayang..!!" Aliaa rasa sangat bersalah.

" Sayang tak salah pun. Semua ni dah ditentukan Allah. Kita tak ada rezeki. Sabar ya..!!" Faliq memujuk.

" Mama.. Aliaa minta maaf.." Puan Asmah menghampiri Aliaa. Faliq bangun memberikan ruang pada Puan Asmah memujuk Aliaa pula.

" Aliaa.. Sabar sayang. Aliaa kena terima semua ini. Bukan rezeki kita sayang. Aliaa kena kuat. Mama dan semua tak salahkan Aliaa. Aliaa kena sabar.. Allah ambil sesuatu dari Aliaa sebab Dia nak bagi yang lebih baik.." lembut suara Puan Asmah.


" Tapi mama.. Aliaa nak lahirkan bayi tu untuk abang. Aliaa tahu abang nak sangat bayi tu ma. Tapi Aliaa tak pandai jaga kandungan sampai gugur maa.." Semua terkedu dengar. Faliq semakin sedih. Adil memeluk bahu Faliq dan kemudian kembali pada Aliaa. Duduk disebelah Aliaa lagi.

" Sayang. Abang tahu, sayang nak bagi zuriat untuk abang. Tapi abang redha dengan semua ni. Jangan salahkan diri sayang macam ni. Ada hikmah kenapa kandungan tu tak dapat diselamatkan. Insha Allah.. Nanti Allah akan gantikan anak yang sihat, sayang pun sihat. Anak yang comel macam sayang. Yang hebat macam abang. Kan..!! Sayang kena redha.." Tersedu-sedu Aliaa seperti budak kecil. Dia terdiam. Sembamkan muka di dada Faliq. Puan Asmah menepuk peha Faliq memberi kekuatan.

Siapalah yang tidak sedih dan kecewa atas harapan yang tinggi menggunung. Betapa gembiranya dan bahagianya mendengar khabar berita akan kehadiran orang baru dan seluruh keluarga juga sangat gembira menanti orang baru. Tapi apakan daya, siapalah kita untuk melawan takdir. Aliaa sangat sedih, kecewa pada diri sendiri. Emosi agak terganggu. Lagi pula dengan kesihatan yang tidak baik. Apapun Aliaa kena kuat dan kena terima ketentuan ilahi. Mujurlah mereka disekelilinginya amat memahami dan menyayanginya. Kata-kata semangat terus diberikan pada Aliaa.

Adil menghampiri Aliaa pula yang dari tadi hanya memerhati. Terharu dia dengan layanan yang keluarga Faliq berikan pada adiknya. Bersyukur atas semua ini. Puan Asmah dan Falia beralih tempat pula. Aliaa senyum pada Adil. Adil membalas senyuman kerinduan pada si adik. Terus Aliaa peluk Adil sekuat hati. Iya..!! Aliaa juga merindui Adil.

"Abang.. Adik rindu abang..!" Tersekat suara Aliaa menahan tangisan.

" Iya.. Abang pun rindukan adik. Abang minta maaf. Abang busy sekarang, tak dapat jumpa adik.."Adil mencium dahi Aliaa.

"Abang.. adik minta maaf. Adik tak dapat bagi abang anak buah lagi.."

"Adik.. Dah.. Dah.. Jangan cakap macam ni. Jangan lemah, tak apa dik. Akan ada lagi rezeki nanti. Abang tak nak adik macam ni. Tak nak nangis lagi, senyum sikit.." Adil mengesat airmata Aliaa. Aliaa senyum.

" Jangan sedih lagi ya. Kami semua sayang adik. Kalau adik sedih, kami pun akan sedih juga. Adik nak kami happy kan. Soooo, adik pun kena happy.."sambung Adil lagi. Aliaa angguk perlahan. Senyum lagi. Faliq berpandangan dengan Puan Asmah dan Asnida. Mereka juga senyum. Lega hati Faliq. Memang Adil saja yang pandai ambil hati Aliaa. Adil yang tahu isi hati adiknya sedangkan Faliq sendiri pun kadang lemah dengan emosi sendiri.

" Insha Allah abang..!" Aliaa senyum lagi. Aliaa mengalihkan pandangan pada Faliq minta Faliq dekat padanya. Faliq duduk disebelah kanan Aliaa dan menghadapnya. Kiri Aliaa adalah abang kandungnya dan kanan Aliaa adalah suami tercinta. Aliaa pegang tangan mereka. Pandang tepat wajah Faliq dan senyum. Kemudian, pandang pula wajah Adil, senyum juga.

" Terima kasih suamiku.. Terima kasih abang.. Dua-dua menguat semangat saya. Dua-dua saya sayang. Dua-dua nyawa saya. Suami saya dan abang kandung adik.." Aliaa senyum dalam tangisan. Terharu. Faliq dan Adil berpandangan. Berbalas senyuman.

" Kami pun sayang awak. Sangat-sangat sayang. Dan awak juga nyawa kami berdua sayang. Tak lengkap hidup kami tanpa awak. Yang sentiasa ceriakan hidup kami. Yang sentiasa hiburkan hati kami.." kata Faliq.

" Ya betul.. Abang sambung ya. Ni juga yang selalu buat abang bengang, buat abang marah, buat abang kena layan degilnya, mulut membebelnya, egonya. Semualah.  Tahu tak?!" Sambung Adil. Mengusik.

" Hahahaa.. Tapi abang juga yang rindu semua tu dari adik kan..!"

" Iya adik. Memang abang rindu. Rindu dengan kawan gaduh abang ni. Jadi sunyi hidup abang. Lama tak gaduh dengan adik. Tapi abang pun kena terima sebab kawan gaduh abang ni dah dimiliki dan dah jadi isteri orang. Selamatlah adik jadi isteri sahabat abang sendiri. Senanglah sikit. Kalau orang luar, entahlah.." kata Adil lagi.

" Thanks abang. Apapun terjadi, adik tetap sayang abang. Abang tetap ayah, ibu, sahabat dan abang adik sampai bila-bila.." Aliaa mencium tangan Adil. 


" Thanks juga untuk suami saya. Terima kasih terima sayang seadanya. Boleh sabar dengan sayang. Jaga sayang dengan baik. Terima kasih abang. Terima kasih mama, Angah.. Keluarga mentua Aliaa yang sangat baik. Aliaa sayang semua.."  tangan Faliq pula dicium. Senyum lebar Faliq. Puan Asmah dan Asnida senyum bahagia.

" Sama-sama sayang. Saya bersyukur sangat Allah satukan hati kita semula dan kembalikan rumahtangga kita semula. Ini semua berkat doa family kita. Dan kerana kuatnya kasih sayang kita.." kata-kata Faliq membuatkan Aliaa sebak. Puan Asmah dan Asnida menghampiri Aliaa.

"Bukan mudah untuk kecapi kebahagiaan, kita kena lalui pelbagai dugaan onak berduri. Setiap kepayahan Allah bagi kesenangan. Setiap kepahitan Allah bagi kemanisan. Dan setiap penderitaan Allah bagi kebahagiaan. Dan, Allah bagi sinar pelangi untuk kita sayang. Berkat doa kita sendiri dan berkat doa family kita yang tak pernah putus asa untuk melihat kita bersama." Sambung Faliq.

"Iya Aliaa.. Mama pun tumpang bahagia tengok Aliaa dan Alang bahagia. Insha Allah, semoga rumahtangga Alang dan Aliaa akan diberkati dan sentiasa dalam lindungan Allah swt. Semoga bahagia hingga ke jannah sayang. Mama dan semua akan sentiasa doakan untuk kebahagiaan kamu berdua.." Menitis lagi airmata Aliaa. Airmata kebahagiaan.

" Terima kasih mama..!!" Aliaa memeluk Puan Asmah pula.

"Terima kasih makcik. Saya sangat berterima kasih pada keluarga makcik atas penerimaan satu-satunya adik saya. Saya sangat terharu dan bersyukur.." Adil meluahkan rasa hatinya.

" Kami semua terima Aliaa seadanya Adil. Kami sayang Aliaa dan Aliaa adalah sebahagian dari keluarga kami juga. Kasih sayang tak kurang dan tak lebih. Macam mana pakcik dan makcik sayang anak- anak kami. Macam tu jugalah kami sayang Aliaa dan Adil juga.." kata Puan Asmah jujur.

" Terima kasih makcik. Terima kasih Liq.." Senyum manis Adil.

" Tak payah berterima kasih dekat aku Dil. Aliaa dah tanggungjawab dan amanah untuk aku dari Allah. Aku ni ha yang patut berterima kasih dekat kau sebab kau sudi serahkan adik kau ni untuk aku semula. Aku tahu, bukan senang kau nak percaya dekat aku semula kan. Tapi Insha Allah.. Aku tak kan sia-siakan Aliaa Sofea lagi. Dia nyawa aku, bidadari syurga aku. Percayalah.. Kau sahabat aku dan kau jugalah abang ipar aku dunia akhirat.." Adil dan Faliq berpelukkan.

" Alhamdulilah.. Semoga ikatan ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.." Asnida pula bersuara yang sejak tadi hanya membisu dan memerhati saja. Dia juga gembira dan bahagia.

"Mama.. Lepas ni Aliaa kena berpantang juga ke?!" Tanya Aliaa.

" Iya sayang. Kena berpantang macam berpantang orang bersalin. Kena jaga pantang betul-betul selama 44 hari juga. Badan pun nak kena urut juga, nanti mama minta kawan mama urutkan ya. Dan.. selama 44 hari tu, Alang jangan nak mengada-ngada dekat dengan Aliaa tau. Selagi tak 44 hari, selagi tu mama larang Alang sentuh Aliaa. Faham?!" Puan Asmah memberi amaran pada Faliq. Saja bergurau.

"Ha? Biar betul ma. Tak boleh dekat sikit pun ke? Tak kan nak borak pun tak boleh. Dikuarantinlah sayang jawabnya ni.." Faliq tepuk kepala sendiri.

" Kalau borak-borak tu bolehlah Alang oii. Maksud mama ni, tak boleh nak ehem..ehem. Faham tak?!"

"Ooooooo... Hahaha.. Okey Madam. Arahan diterima. Nasib badan, redha jelah aku ni Dil. Tak apalah, sayang bini punya pasal. Hahahaha.."

" Aku tak campur, aku tak kahwin lagi. Aku tak tahu apa-apa. Hahaha.." Mereka semua gelak bersama.

Meriah dalam wad itu dengan gelak tawa mereka. Aliaa senyum sejak tadi dan gelak juga tapi dalam senyuman itu tersimpan satu perasaan sayu dan amat sedih tapi dia tak nak tunjuk. Dia tak nak semua orang sedih juga. Sedih akan kehilangan. Dia meraba-raba perutnya sendiri. Sudah tiada lagi janin didalamnya. Rasa kosong. Setiap kali dia duduk sendirian, dia pasti akan bercerita mengenai Faliq dan Dhia dan mengusap-ngusap perutnya. Hati seorang ibu, memang terkesan dengan kehilangan yang amat diharapkan.

" Mama redha atas kehilanganmu sayang. Maafkan mama kerana tidak menjaga kamu dengan baik.
Mama amat menyayangi kamu. Tunggu kami disana.." kata hati Aliaa. 
Previous: Bab 192
Next: Bab 194

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.