336,428
Kategori:
Genre:
Bab 103
Manalah si Faliq ni nak bawa kami makan. Entah kenapa happy semacam je dia hari ni. Sepanjang perjalanan, cuma gelak dia je yang kedengaran. Kadang cerita tak lawak pun tapi gelak macam nak runtuh bumbung kereta. Cerita pun pasal zaman study mereka dulu. Macam dah tak ada cerita lain je. Cerita zaman study juga jadi bahan mereka. Aku rasa setiap kali mereka ni jumpa mesti cerita benda ni jugalah. Sampai aku dah tahu jalan cerita mereka ni. Hmm.. Tahulah sebilik, sekuliyah, sekawan dan segala se lah. Biarlah janji mereka happy. Tapi Faliq terlebih happy adalah.  Aku duduk di belakang, hanya mendengar jelah perbualan mereka berdua ni.

"Okey sampai. Malam ni aku belanja makan nasi arab. Tempahan khas untuk kau dan Aliaa.." kata Faliq sambil mata menjeling ke arah aku melalui cermin.

"Macam special je ni..!" Balas abang.

" Sangat special.. Jom!!" Kami pun terus keluar dari kereta. Aku jalan disebelah abang. Tak hiraukan dia pun. Saba Restaurant. Ramai juga orang. Ikut jelah. Aku pun jarang makan nasi arab ni, tak berapa nak minat.

Sampai je dalam restoran, kami dibawa ke satu meja oleh salah seorang pelayan. Layanan okey best. Aku senyum. Aku pandang sekeliling, best juga tempat ni. Aku melayan perasaan sendiri. Abang dan Faliq sibuk berbual. Malas nak dengar dan malas nak menyampuk.

"Senyap je. Dah kenapa?" Tanya Faliq.

"Tak ada apa. Tak ada modal lah nak berborak.." jawabku selamba.

" Yang kau ni tiba-tiba bawa kami makan nasi arab ni kenapa? Si Aliaa bukan minat makan nasi arab ni.." kata abang. Memahami aku.

" Sebab tulah aku bawa. Nak bagi Aliaa rasa betapa sedapnya nasi arab dekat sini. Nanti dah makan, esok mesti nak datang lagi.." jawab Faliq penuh yakin. Tak ada yang tak yakinnya Faliq ni.

"Iya lah tu.." aku mengejek.

" Betullll. Tak percaya? Okey! Kita tengok nanti ye..!" Faliq angkat kening padaku. Aku mencebik bosan. Abang gelak.

Tidak lama hidangan pun sampai, boleh tahan sedap bau makanan ni terus jadi lapar aku tapi aku buat selamba je. Biasalah ego kena ada. Kan tak minat. Hahahaa..!! Satu persatu makanan disusun.

"Bro.. Sebenarnya aku dapat satu projek sedang-sedang siang tadi, tu yang bawa korang makan ni.. " kata Faliq dengan wajah berseri-seri.

"Patutlah.. Tahniah!! Projek sedang-sedang tu projek apa??" ucap abang.

"Projek tak besar tak kecil lah. Sedang-sedang. Hahahahaha..!!" Faliq gelak.

"Hahahaa.. Apa pelik kau ni Liq.. Hahaha..!!" Abang pun gelak.

" Orang gila macam tulah.." Aku buat serius. Hari ni tak ada mood pula nak gurau senda dengan Faliq ni tapi mood nak cari pasal.

"Aik..!! Macam tak puashati je..!!"

" Ha lah! Apa barang makan dekat sini, bawalah makan dekat hotel lima bintang ke, tempat-tempat grand ke. Ini makan nasi arab, tak power langsung.." Aku sengaja cari pasal.

"Amboiii... Kau tengok adik aku ni Dil. Tak bersyukur. Kalau saya nak bawa boleh je tak ada masalah pun tapi sengaja tak nak.." jawabnya. Abang geleng kepala.

" Nak celebrate dapat projek tapi tempat makan dia tentukan. Lebih baik tak payah. Kan abang kan..!" Aku jeling Faliq.

" Dah nama pun surprise kut. Alaa.. Kalau saya tanya awak, nak makan dekat mana. Dah sah jawapan awak mana-manalah, sukahatilah.. Kan.. kan.. Sampai ke esok pun tak makanlah jawabnya...!!" Dia membalas lagi.

" Kang kalau saya tentukan tempat, ada yang botak kepala kang.. !!" Aku jeling lagi.

" Dah.. Dah sudah..!! Sekarang ni korang nak makan ke nak bertekak? Elok-elok makanan ni panas terus jadi beku balik. Dah jom makan.. Bismillah.." Abang terus redakan keadaan. Hehe..!! Layan nasi Pak Arab lah kami. Sedap juga. Betul lah apa Faliq cakap tadi. Hahaha..!!

Alhamdulilah.. Kenyang! Aku makan tak sampai separuh pun nasi, punyalah banyak. Selebihnya abang yang habiskan. Boleh tahan juga abang aku ni. Bertambah-tambah makan. Si Faliq jangan cakaplah, dia kalau makanan tu yang dah lama tak makan dan memang nak makan memang berpinggan-pinggan makannya. Dah macam tong drum je perutnya. Macam ada saka je. Tapi badan tetap maintain. Cuma dulu masa awal perkahwinan kami, badan dia berisi jugalah.


Mana tidaknya, sehari empat kali makan. Sekali makan nasi tak dua pinggan tak sah. Aku dulu banyak masa jugalah dekat rumah. Rajinlah juga buat kuih-muih, buat kek, masak macam-macam walaupun tak sedap. Tapi itulah rahsia airtangan isteri kut, tak sedap macam mana pun tapi masak ikhlas dari hati dan penuh rasa kasih sayang dan cinta untuk suami pasti sedap. Selera luar biasa. Memang nampak perubahan pada Faliq tapi itu hanya sebentar cuma. Kenangan! Ish!! Boleh pula teringat. Okey.. Lupakan.

Selesai makan, kami duduk lagi. Abang dan Faliq terus berbual. Aku layan handphone. Game!!

" Assalammualaikum.. Eh! Bosss..!! Dah habis ke?!" Tiba-tiba seorang lelaki menegur abang. Abang terus berdiri. Aku menoleh padanya. Terpanar sekejab pandang lelaki ni. Kenapa hensem sangat awak ni!!!  Tak berkelip aku pandang.

"Waalaikumsalam.. Habis dah. Duduk dulu ni tak larat nak bangun..! Dengan siapa?!" Abang bersalaman dengan lelaki itu.

"Dengan kawan-kawan. Ni siapa? Orang rumah ke?!" Aku berkerut. Ha?? Orang rumah? Hello...!! Aku adik Adil lah. Agak-agaklah pun kalau nak meneka. Dia senyum padaku, aku balas senyuman manis padanya. Alahaiiii.. hensemnya. Faliq pandang aku. Apa pandang-pandang.

" Hahahaa.. Bila masa pula saya kahwin.." Abang gelak. Lelaki hensem itu sengeh. Salah tekaan.

" Kenal kan. Ini sahabat saya, Faliq. Dan ini adik saya, Aliaa..!!" Lelaki itu bersalaman dengan Faliq.

" Haiii... !!" Dia senyum dan hai akulah. Aku hanya senyum. Gila hensem. Mahu mimpi aku malam ni.

"Eh!! Mehlah duduk, borak-borak kejab. Kalau dekat office tak dapat nak borak kan.." pelawa abang. Wah!! Bestnya.. Hahaa..!! Aliaa, dah kenapa kau.

"Boleh juga. Thanks boss!!" Dia duduk disebelah Faliq. Aku pandang dia tak berkelip. Senyum sampai ke telinga. Tak hirau Faliq pun.

" Ni siapa abang?!" Aku sengaja bertanya.

"Lupa pula nak kenalkan nama, sorry bro!. Ni Shah, kawan satu office abang. Dia ni pekerja cemerlang tau. Meletop ni..!!" Ooo Shah namanya. Memang patut pun meletop, memang meletop pun kehensemannya.

"Oh iye ke!!" Shah senyum malu dipuji abang. Merah muka.

"Ish!! Taklah boss. Saya biasa je. Cik Aliaa ni dah kahwin ke?!" Tiba-tiba Shah tanya. Faliq yang tengah menyedut air terus tersedak. Aku senyum nak gelak tapi tahan.

" Sayaa...!!"

"Aliaa ni isteri saya..!!" Amboii Faliq terus potong cakap aku. Suka-suka dia je. Ceh!

" Ha? Oh yeke.. Alamak!! Sorry... Sorry.. Saya ingat masih solo, kut-kut boleh try.." muka terkejut. Faliq pandang aku buat muka bangga. Nak ku tubi je dia ni. Memandai je.

" Salah tu. Ada pembetulan..!!" Kataku.

"Pembetulan? Tak faham?!" Tanya Shah berkerut. Cepat mesralah mamat hensem ni.

" Memang dulu saya isteri dia, tapi sekarang bekas isteri..!!" Aku senyum sinis pada Faliq dan senyum manis pada Shah. Muka Shah agak kehairanan jugalah. Pandang abang dan senyum je.

"Oh okey!! Baru faham..!!" Shah mengangguk kepala. Fahamlah tu kut. Muka Faliq berubah terus bila aku berbual dengan Shah. Bukan berbual berdua je, sekali dengan abanglah. Elehh...!! Jelous lah tu. Sesekali je Faliq menyampuk. Lawakk!! Tak lama, Shah minta diri. Memang hensem betullah mamat ni. Sampai terpukau aku dibuatnya.

Bila dia pergi je, aku pandang abang senyum.

" Kenapa senyum-senyum ni?!"

"Abang.. Hensemlah Shah tu. Tiba-tiba rasa macam terpikatlah pula.."kataku selamba.
Terbeliak mata Faliq pandang aku. Macam nak tercabut biji mata.

" Amboiii..!! Dah pandai dah dia. Tapi memang hensem pun. Kacukan biasalah.."

"Patutlah. Kirim salam dekat dia ye. Cakap adik nak kenal lebih rapat dengan dia, tau abang tau!!" Sambungku lagi.

"Insha Allah..!!" Sporting abang aku ni.

"Mana boleh rapat?!" Tiba-tiba Faliq menyampuk. Dah kenapa?

" Kenapa pula tak boleh?" Tanyaku berkerut.

"Awak kan bakal isteri saya semula. Mana boleh kawan rapat dengan lelaki lain. Saya ni macam mana?!"  Aku nak tergelak terguling-guling. Ooo jelous rupanya. Abang gelakkan. Faliq serius.

"Bakal isteri semula? Hello Encik Faliq Alfie saya tak cakap apa-apa ye. Jangan memandai tau..!!"  Kataku.

" Dah.. Tak payah gaduh. Jom balik..!!" Ajak abang. Geleng kepala abang dengan perangai kami berdua. Faliq terus bangun dan membayar bil makanan. Aku dan abang keluar dari restoran dan tunggu Faliq diluar saja.

" Adik tak baik buat Faliq macam tu. Kasihan dia. Berubah terus airmukanya tadi.." Pula dah abang menyebelahi dia.

" Benda betul kut. Yang dia memandai cakap tu kenapa? Airmuka dia berubah sebab jelous.." kataku.

"Iyalah sebab dia sayang adik. Mestilah jelous.. !!"

"Abang.. Sekarang ni adik kan solo, tak ada ikatan apa-apapun dengan dia. Girlfriend tak, bini pun tak, just kawan je. So, sukahati adiklah nak buat apa, nak kawan dengan siapa, nak minat siapa. Lagipun, tak ada apa-apa perjanjian black white menyatakan selepas berpisah Aliaa Sofeaa tidak dibenarkan berkawan, bercinta atau berkahwin dengan orang lain selain Faliq Alfie. Ada? Tak ada kan.!" kataku panjang lebar. Tegas!!

" Iyalah.. Dah.. Dah..!! Jom.. kalau layan adik ni memang dia je nak menang. Ambillah menang adik tu.. " Abang terus tarik tangan aku menuju ke kereta apabila nampak Faliq menghampiri. Sampai kereta, terus masuk. Faliq memulakan pemanduan. Radio dipasang. Masing-masing dah kenyang. Mata aku pun jadi ngantuk. Apalagi, layan matalah tapi tak boleh nak tidur. Layan perasaan jelah.

Eh! Senyap sunyi je mereka ni. Abang tanya Faliq tapi sepatah je jawabnya. Tiba-tiba pula hilang mood gila-gila dia ni. Apa kes? Ke masih simpan rasa jelous tu dekat aku kut. Kikikiiii!! Ini lawak..!! Sampailah didepan rumah, tetap senyap. Aku pun buat bodoh je.

"Terima kasih ye belanja makan. Sedap nasi arab tadi.."ucapku. Sengaja. Padahal nak mengusik.

"Okey!! Broo.. aku gerak dulu ye. Bye..!!" Muram je muka, aku senyum je.

"Okey hati-hati..!!" Terus dia masuk dalam kereta dan terus memandu. Aku dan abang masih lagi berdiri diluar pagar. Memeluk tubuh.

"Tu dah kenapa tu. Senyap je sepanjang jalan.." tanya aku pada abang.

" Aik!! Lagi tanya. Sebab adiklah..!" Jawab abang. Yang kami ni masih lagi berdiri tercegat ni dah kenapa. Hahaha..!!

"Kenapa adik pula? Tak ada kena-mengena kut.." Aku pandang abang dan menjeling.

"Yang pergi layan Shah tadi tu kenapa? Mesra pula tu.."Abang pula jeling aku.

"Layan apanya? Borak je kut. Dah orang tanya itu ini, adik pun jawablah itu ini juga. Salah ke..!!" Aku balas jelingan abang.

" Oiii dik. Tu ha tu.. yang senyap tiba-tiba tu. Tu kes merajuklah tu. Kes cemburu tau tak.. Tak kan tak perasan.. Ishhh!!!" Dah kami bertekak pasal Faliq.

" Eee pelik. Cemburu untuk apa?  Merajuk untuk apa? Macam budak-budak, sikit-sikit sentap.. Entah apa-apa entah..!!" Geramnyalah.

" Dah tau lagi tanya.."

"Ishh!! Malaslah layan. Sekarang ni kita ni memang nak berdiri dekat luar pagar ni sampai esok siang ke atau macam mana?! " aku perli abang. Abang sengeh dan terus keluarkan kunci pagar.

"Tapi adik tak boleh buat dia macam tu.." Ya Ampun abang aku ni. Tak habis lagi ke?! Aduhh!!

" Apa lagi abang. Sudah.. Sudahlah.. Tak kan adik nak kena ikut cakap dia, kena dengar cakap dia, kami dah tak ada ikatan apa-apa tau abang. Tak ada. Tak ada. Tak adaaa!! Abang faham tak?!" Aku terus masuk dalam rumah dan duduk di sofa. Abang tutup pintu dan gantung kunci ditepi dinding.

" Faham..!!" Jawab abang lembut.

" Dah tu?!" Aku jeling lagi.

"Hmm.. Entahlah. Keras betul hati adik ni. Abang pun tak tahu nak cakap apa lagi dah.." abang mengeluh.


"Hati adik jadi keras macam ni ada sebab. Bukan suka-suka. Siapa yang buat hati adik jadi macam ni? Sampai hilang rasa percaya dan keyakinan. Hingga hancur berkecai hati dikerjakan. Siapa?" Abang hanya mendengar.

"Iya abang faham..!! Hmm.. Dia tu pun dah merajuk dan minta dipujuk. Jadi, pandai-pandai adiklah nak pujuk dia ye. Abang tak tahu..!!" Abang angkat tangan menunjukan tanda taknak campurlah tu apalagi.

" Tak kuasalah nak melayan orang merajuk bagai ni. Adik merajuk pun tak ada siapa nak pujuk.." jawabku lagi. Abang gelak kecil.

" Nasiblah dik. Tapi kenapa abang tengok adik dan Faliq tu asyik nak bertekak je. Korang memang gaduh ke apa?!" Tanya abang.


" Mana ada gaduh cuma adik je tak ada mood nak gelak dan gurau senda. Mood adik mood nak cari pasal je tadi. Sebab tu cari pasal je dengan dia tadi. Hehehee!!" Aku gelak kecil.

" Bertuah punya budak. Patutlah..! Hmm..  apalah adik ni.." Abang ketuk kepala. Aku terus bangun dan terus masuk bilik. Senyum sendiri.

Ceh!! Merajuk konon. Gasak kaulah. Aku ni tak reti nak memujuk bagai. Pandai-pandai kaulah ye Faliq. Merajuk sendiri pujuk sendirilah ye. Alaaa sampai bila rajuknya tu. Dia tak boleh merajuk lama-lama. Memang minta maaflah aku nak memujuk. Dia yang merajuk tapi nanti dia juga yang pujuk aku balik. Itu biasa. Hahahaa!!

Previous: Bab 102
Next: Bab 104

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.