336,434
Kategori:
Genre:
Bab 52
Malam tu Haikal dah berjanji dengan Faliq dan Nizam. Mahu makan malam dengan mereka. Tak tahulah mana Haikal mahu bawa mereka. Mereka menunggu Haikal di dalam bilik sehingga Haikal tiba. Faliq duduk di katil, termenung. Sejak balik dari tapak projek tadi dia hanya mendiamkan diri sahaja. Memikirkan sesuatu. Nizam tahu apa yang Faliq fikirkan tapi dia buat tak tahu je.

"Nizam.. Saya rasa something lah.." Faliq bersuara. Nizam berkerut. Pandang muka Faliq.

"Rasa something? Rasa something apa?" Nizam bertanya.

" Cik Sofea?!" Terpacul nama itu dari mulut Faliq. Nizam buat selamba.

"Kenapa dengan Cik Sofea.."

"Saya rasa Cik Sofea tu adalah Aliaa.."

"Ha??  Cik Aliaa?! Kenapa Encik Faliq fikir macam tu.." Nizam berlakon, konon-konon terkejut.

" Iyalah.. Yang saya tahu, Haikal tu share partner Dato'. Kan Haikal dan Aliaa pernah kerjasama. Kalau share patrner kemungkinan Pearl Holding ni pun mereka punya. Tak mustahil kut Aliaa kerja dengan Haikal. Cik Sofea tu.. Hmm.. Boleh jadi Aliaa. Iya Nizam.. Aliaa Sofea.. Ha? Betul tak Zam?! Cuba awak fikir.." Faliq betul-betul berfikir. Dia membuat kesimpulan sendiri.

"Hahahahaha..!!" Nizam gelak kuat.

"Saya serius ni Zam. Dah kenapa awak gelak pula?!" Berkerut Faliq. Nizam gelak sebab memang betul tekaan Faliq tapi dia berlakon lagi. Sampai ke tahap itu dia fikir. Sampai naik kusut muka Faliq fikir.

"Hahahaa.. Sorry.. Sorry!! Hmm.. Encik Faliq pun tahu kan, Cik Aliaa tu kerja cuma jawatan Admin je. Tu pun dulu, sebelum kahwin dengan Encik Faliq. Pula tu baru masuk kerja semula. Dah Encik Faliq cakap dia hanya kerani je kan. Takkan tiba-tiba masuk kerja boleh terus jadi Pengurus Besar. Tak logiklah Encik Faliq..!!" Nizam sengaja memperkecilkan Aliaa. Sengaja nak tengok reaksi Faliq.

" Kerani tu bukan saya yang cakap tapi Tasya. Mana saya tahu Aliaa jawatan apa.." katanya perlahan.

"Aikk!! Takkan bini kerja jawatan apa pun tak tahu? Pelik!!" Nizam perli. Senyum sinis.

"Ish!! Tapi hati saya ni kan, kuat menyatakan Cik Sofea tu adalah Aliaa.. " Faliq masih tak puashati.

"Hmm.. Encik Faliq ni rindu Cik Aliaa kut. Sampai Cik Sofea tu pun boleh jadi Cik Aliaa. Kebetulan nama sama je kut. Hehe..!! Okey saya nak tanya. Kalau betullah tekaan Encik Faliq tu, yang Cik Sofea tu adalah Cik Aliaa. Macam mana? Apa yang Cik Faliq nak buat?" Nizam bertanya. Tak sabar nak dengar jawapan dari Faliq. Faliq terdiam. Terkebil-kebil matanya.
Tapi Faliq tak jawab apapun. Senyap..!!

" Ke Encik Faliq tak jadi nak ceraikan Cik Aliaa? Kembali pada Cik Aliaa dan tinggalkan Tasya tu. Macam tu ke?!" Fuh!! Terasa betul Faliq dengan kata-kata Nizam. Cukup pedas sekali.

" Eh..!! Nampak sangat saya ni kejar kemewahan Aliaa pula kang.."katanya.

" Kalau Encik Faliq balik semula pada Cik Aliaa. Memang makin meroyanlah si Tasya tu. Dan tak mustahil kut kalau Cik Aliaa dah tak ada apa-apa nanti, Encik Faliq cari Tasya semula. Betul tak?? " Selamba saja Nizam bercakap. Tak berlapik-lapik. Telan liur Faliq sendiri. Faliq terdiam.

"Dan belum tentu Cik Aliaa boleh terima Encik Faliq semula dengan apa yang Encik Faliq dah buat pada dia dan anak dan family Encik Faliq.." sambung Nizam lagi. Malam tu memang kena bahan cukup-cukup Faliq dengan Nizam. Tapi Faliq hanya berdiam saja sebab dia tahu apa yang Nizam cakapkan tu semua betul. Nizam senyum.

Tidak lama, handphone berbunyi. Haikal call. Sudah menunggu mereka di lobi hotel. Tanpa berlengah mereka terus turun. Berbual seperti biasa. Di lobi, kereta Mazda CX3 warna putih sudah menanti. Mereka terus masuk ke dalam kereta.

" Sebelum kita pergi makan. Saya nak jumpa Cik Sofea sekejab ya. Boleh ke?!" Tanya Haikal.

"Boleh je. No problem..!!" Cepat saja Faliq menjawab yang dari tadi senyap sunyi. Cakap nama Cik Sofea terus laju. Nizam tersipu-sipu di belakang. Haikal senyum. Sebenarnya Haikal sengaja. Dia nak tunjuk pada Faliq yang Aliaa bole hidup tanpanya. Boleh berjaya tanpanya. Dia memang sangat sakit hati dengan Faliq buat Aliaa menderita. Plan Haikal malam tu tanpa pengetahuan Aliaa. Dan dia pun tak tahu sama ada Aliaa ada di kedai atau pun tidak.


Haikal harap Aliaa tiada di kedai. Sengaja nak  tunjuk kedai itu pada Faliq. Lambat laun tahu juga si Faliq siapa Aliaa. Sampai sahaja, mereka berjalan ke kedai Aliaa. Orang tak ramai, ada beberapa customer sedang memilih kain. Lina senyum menyambut kedatangan mereka.

"Lina.. Cik Aliaa ada?!" Tanya Haikal perlahan pada Lina.

"Belum sampai lagi. On the way bilangnya.." jawab Lina.

" Nilah butik Cik Sofea.!!" Kata Haikal. Faliq melihat setiap kain cotton yang tergantung kemas di bahagian luar kedai. Nizam hanya tunggu di luar. Mata Faliq meliar jenguk-jenguk ke dalam. Tidak sabar mahu melihat wajah Cik Sofea. Dia mahu tahu siapa Cik Sofea tu.

Aliaa berjalan perlahan-lahan menuju ke kedai. Bernyanyi-nyanyi kecil. Malam ni dia kena tutup kedai, sebab Kak Su ada hal katanya. Masuk je lorong ke kedainya. Dia memberhentikan langkah serta-merta. Terkejut besar dia apabila nampak Nizam berdiri di luar kedainya. Terus dia berlari sembunyi dibalik dinding.

"Diaorang buat apa dekat sini ni. Aduhaii.. Kalau ada Nizam, confirm ada Faliq. Haikal?! Ni mesti kerja Haikal ni.." Aliaa mula cuak. Cepat-cepat dia ambil handphone dalam handbag dan menghubungi Haikal.

"Haikal.. Kenapa awak bawa mereka ke kedai? Kalau Faliq nampak saya macam mana? Habislah kantoi.. Awak ni kan.. Saja kan..!!" Aliaa terus membebel bila Haikal jawab. Haikal gelak.

" Nak jumpa awaklah ni.."

" Masalahnya kenapa awak bawa mereka. Aduhh!!"

" Saya nak bawa mereka makan. Singgahlah kejab.." Haikal jawab. Perlahan.

"Awak ni kan.. Mana saya nak menyorok ni.." Aliaa dah jadi huru-hara. Kelam-kabut. Tak tahu celah mana dia mahu menyorok.

Faliq memandang Haikal yang sedang bertelefon. Senyum dan gelak. Dibiarkan sahaja. Dan terus melihat kain demi kain di dalam kedai. Padahal dia masuk mahu melihat Cik Sofea. Haikal pula keluar dari kedai. Dan beritahu Nizam supaya tunggu sekejab. Nizam mengangguk. Haikal berjalan mencari Aliaa. Di sebalik dinding, Aliaa terus tarik tangan Haikal ke belakang. Terkejut Haikal. Lalu gelak.

" Gelak.. Gelak..!!" Aliaa menjeling.

"Awak ni kan dah macam penjahat je menyorok dari Polis.. Hahaha!!" Haikal gelak.

"Awak punya pasal lah ni.. Hahahaa!!" Aliaa pun gelak juga.

" Dahlah.. Pergilah bawa diaorang dari sini. Tadi kata nak makan. Nanti tiba-tiba Faliq muncul dekat sini macam mana!!"

" Hahahaa... Iyalah, saya pergilah ni. Byee!!" Haikal terus ke kedai semula. Gelak kecil dia dengan gelagat Aliaa. Aliaa mengintai saja.

Haikal masuk semula ke kedai dan menghampiri Faliq.

" Jom..!! Cik Sofea tak dapat datang pula. Emergency katanya.." kata Haikal. Serius. Pandai juga Haikal ni berlakon.

" Emergency?? " Faliq berkerut. Dan mengangguk.

"Lina.. Nanti kirim salam dekat dia jelah ye. Saya pergi dulu.." pesan Haikal pada Lina.

" Baiklah..!" Jawab Lina. Mereka terus berjalan keluar kedai dan berlalu pergi. Dari jauh Aliaa masih mengintai. Fuhh!! Lega.. Aliaa mengurut dada. Macam sesak nafasnya. Aliaa melangkah ke kedainya.

Haikal masih senyum. Masuk ke dalam kereta dan memulakan memandu. Mereka berbual-bual kosong. Sedang asyik berbual, handphone Faliq pula berbunyi. Dia menjawab panggilan.

" You dekat mana? You dah makan?" Suara Tasya dihujung Talian. Suara manja.

"  Nak pergi makan ni. Kenapa?!" Jawab Faliq perlahan saja. Nizam mencebik muka. Dia tahu itu mesti Tasya yang call. Menyampah betul dia.

" Bila you balik KL. I rindu you. You.. jangan lupa belikan i ole-ole dari Sabah tau.."

" Tengoklah nanti. Okeylah i busy ni.." jawab Faliq malas. Tak sedap hati pula dia mahu cakap lama-lama.

" You dengan siapa?" Tanya Tasya.

" I dengan Nizam dan Encik Haikal.." jawab Faliq.

" Ha?? Haikal scandal Aliaa tu ke??" Teka Tasya. Faliq mula menyirap.

"Apa you merepek ni. Kalau cakap tak melibatkan Aliaa, tak boleh ke?! Okeylah i busy ni..bye..!" Terlepas pula si Faliq bercakap. Haikal menoleh kepadanya apabila mendengar nama Aliaa disebut. Handphone di silent dan terus masukkan ke poket seluar. Suasana sunyi sebentar.

" Hmm.. Sorry lah Faliq. Saya nak tanya.. " Haikal bersuara memulakan perbualan.

"Tanyalah.."

"Aliaa kerja dekat mana sekarang ni? Lepas dia berhenti kerja terus tak dengar khabar?!" Tanya Haikal. Sengaja mahu tahu jawapan Faliq. Nizam senyum.

" Hmm... Dia.. Dia.. Dia tak kerja. Duduk rumah jaga anak je.." Tergagap-gagap Faliq menjawab. Terus berubah airmukanya.

" Oh yeke!! Anak dah berapa tahun? Dah besar kan.." tanya Haikal lagi dengan muka selamba.

"Tiga tahun.."

"Baguslah tu. Bagus sebenarnya dia duduk rumah. Boleh jaga anak sendiri. Tengok anak membesar depan mata, ajar anak. Zaman sekarang ni, majoriti anak-anak membesar dengan pengasuh je. Dia berkorban untuk family. Aliaa tu berkebolehan. Kerja dia pun memang tiptop tapi tulah dia nak berhenti kerja pula.." Faliq hanya mendengar. Berdesing jugalah telinganya bila lelaki puji isterinya. Haikal sengaja. Nizam senyum dibelakang.

" Encik Haikal dah kahwin?!" Tanya Faliq pada Haikal.

"Belum ada jodoh lagi. Calon pun tak ada lagi"

" Takkanlah lelaki hebat macam Encik Haikal ni masih tak ada calon kut.."

"Hahaha.. Mana ada hebat. Biasa je pun. Calon tu ada tapi calon yang saya berkenan tu taknak saya pula.." Haikal gelak kecil.

" Calon taknak? Maksud Encik Haikal?!" Faliq bertanya lagi.

" Iya.. Saya berkenan dengan seorang wanita ni. Bagi saya dia wanita hebat. Kira semua ciri-ciri yang saya nak tu ada dekat dia.." jelas Haikal.

" Wow!! Bertuahnya wanita itu. Boleh saya tahu, ciri-ciri apa yang ada pada wanita tu?!" Sampuk Nizam. Sengaja bertanya. Dia dapat agak gerangan wanita itu.

" Dia bijak, berdikari, pandai masak, menjahit, buat kek pun pandai, pandai berniaga, bagi saya dia the best woman in the world. Rasanya semua lelaki kut nak wanita macam tu kan tapi.." semangat Haikal cerita. Jujur dari hatinya.

" Tapi kenapa?!" Tanya Faliq ingin tahu.

" Tak ada apalah. Awak berdua ada alergik tak? Saya nak bawa awak makan seafood ni.." Haikal menukar tajuk perbualan. Faliq masih tak puashati dengan jawapan Haikal. Rasa semacam saja Faliq rasa.

" Kami ni Encik Haikal. Tolak kayu dan batu je. Yag lain kami bedal je.." jawab Nizam. Haikal gelak tapi Faliq tetap berdiam.

" Cik Sofea tu Aliaa ke? Kalau betul Aliaa tapi kenapa Haikal tanya Aliaa pada aku. Haikal saja nak psiko aku je kut. Ish!! Tak mungkinlah. Mana mungkin Cik Sofea adalah Aliaa? Tapi ciri- ciri wanita yang Haikal pilih tu semua ada pada Aliaa. Aliaa ke ha?! Ishhh!! Tak mungkinlah.. Tak mungkin..!!" Kata hati Faliq. Jauh betul Faliq berfikir. Sampai terleka. Mengelamun.

"Faliq.. Faliq.. Awak kenapa ni? " Haikal memanggil Faliq berkali-kali. Faliq berkhayal sendiri rupanya.

"Eh.. Eh..!! Iya.. iya.. Sorry. Apa tadi?!" Haikal gelak kecil.

" Encik Faliq mimpi ke? Relax Encik Faliq esok kita balik KL dah. Rindu dengan kekasihlah tu..." selamba je Nizam cakap. Perli.  Merah terus muka Faliq. Haikal senyum.

" Dah jom!!"ajak Haikal. Mereka terus masuk ke dalam Restoran Seafood Kampung Nelayan.  Haikal  sentiasa senyum. Dia sendiri pun dapat rasakan yang Faliq dapat syak sesuatu. Sejak jumpa petang tadi bila tengok saja Haikal sampai saat ini, Faliq tak banyak cakap. Banyak termenung dan memikirkan sesuatu. Biarlah dia.. Suatu hari nanti, persoalan akan terjawab. Tunggu sajalah Faliq. Pasti kau akan tercengang.

Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.