336,472
Kategori:
Genre:
Bab 144
Sampai saja di airport KLIA, terus mereka menuju ke parking kereta. Masing-masing dalam kerisauan. Adil terus memandu laju ke Hospital Putrajaya. Mahu cepat sampai ke hospital, hati semakin berdebar dan tak tenang. Doa mengiringi perjalanan mereka. Faliq diam membisu, langsung tidak bersuara. Dialah orang paling risau. Macam-macam dia fikir mengenai Aliaa.

Masuk ke perkarangan hospital. Kaki melangkah ke bahagian kecemasan. Faliq memberhentikan langkah. Pandang ke lantai, pejam mata. Adil pandang sayu wajah Faliq. Memahami hati Faliq. 

" Aliq.. Kenapa ni?!"

"Adil.. aku tak kuat Dil. Aku tak kuat. Macam mana kalau Aliaa... " Huh!

"Hey bro!! Relax okey. Kita tak tahu keadaan Aliaa macam mana lagi. Kita kena tengok dia dulu. Kau jangan macam ni Liq. Kau kena kuat. Kalau kau macam ni.. Aku macam mana Liq. Aku perlukan kau, sahabat aku..!" Kata Adil. Dia sendiri pun tak tahu sama ada kuat atau pun tidak hadapi semua ini. Adil dan Faliq saling memerlukan disaat ini. Masing-masing perlukan kekuatan. Faliq tarik nafas dalam dan pandang muka Adil. Adil cuba untuk senyum. Dan mereka melangkah semula.

Di depan bilik kecemasan, suasana sayu saja. Tiada orang. Adil dan Faliq terus bertanya pada nurse yang bertugas.

"Saya nak tanya, mangsa kemalangan tengahari tadi dimana ya?" Tanya Adil pada nurse.

"Masih dalam bilik kecemasan.."

"Terima kasih..!!" Adil dan Faliq terus menuju ke ruang menunggu. Duduk di kerusi. Adil menyandarkan badan di kerusi manakala Faliq menekup muka dengan tangan. Tunduk memandang lantai. Mencari kekuatan sendiri. Jam di tangan di lihatnya. Lamanya di dalam bilik kecemasan. Kata hati Faliq. Semakin mendebarkan.

Tidak lama kemudian, pintu bilik kecemasan dibuka oleh seorang doktor lelaki. Semakin laju jantungnya.

"Siapa waris Puan Aliaa?!"

"Saya abang Aliaa.." Adil dan Faliq terus berdiri dihadapan doktor lelaki itu. Hati semakin berdebar dan berdebar.

" Macam mana adik saya doktor?!" Tepat mata Adil memandang wajah doktor. Sama juga dengan Faliq. Muka doktor terus berubah, menjadi sayu. Adil dan Faliq berpandangan menanti jawapan. Doktor mendiamkan diri. Bikin suspen pula doktor ni.

"Maafkan saya. Allah lebih menyayangi dia. Saya dah lakukan yang terbaik. Sabar Encik.. Mangsa mengalami kecederaan kepala yang serius dan pendarahan yang banyak. Maafkan saya..! " Kata doktor lembut dan perlahan.

Adil dan Faliq terpaku kaku mendengar penjelasan dari doktor lelaki itu. Bagai kepala dihempap batu. Lemah seluruh badan. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh doktor itu.

" Tak mungkin!! Doktor tipu kan.. Aliaa tak.. Tak.. Tak.. Doktor silap ni.. " Kata Faliq. Tidak percaya kata-kata doktor. Ini yang seorang doktor tidak sanggup hadapi apabila memberitahu kematian waris.

" Sabar Encik.. Sabar..!!" Doktor menenangkan hati Faliq.

"Aliq.. Aliq..! Sabar..!"

" Tak mungkin Dil. Tak..!! Aliaa tak tinggalkan kita kan.. Aliaa sihat kan.. ! " Faliq tidak boleh terima dan memang tak percaya. Mata berkata.

" Liq.. Jangan macam ni Liq.." Mata Adil juga berkaca. Menanti runtuhnya air jernih dari kelopak mata.

"Aku sayang Aliaa, Dil.. Aku sayang Aliaa. Aliaa..!! Kenapa awak tinggalkan saya. Ya Allah...!!" Faliq terus melutut dilantai. Mengalir airmatanya. Deras.

"Tolonglah Liq. Jangan macam ni. Aku perlukan kau Liq. Adik aku dah tinggalkan aku. Kalau kau macam ni, aku ni macam mana Liq. Tolonglah Liq.. "Suasana menjadi pilu dan sedih. Adil juga melutut dihadapan Faliq. Dua sahabat dalam kesedihan. Tidak lagi rasa segan dan malu. Esak tangis keduanya kedengaran. Nurse yang bertugas turut mengalirkan airmata. Doktor hanya memerhati sayu dan sedih.

" Banyak-banyak bersabar Encik. Semua ni ketentuan Allah. Sabar ya..!! Saya minta diri dulu.." Doktor itu terus berlalu. Tak sanggup melihat kesedihan mereka.

" Jom kita tengok jenazah.. " Adil mengesat airmata. Mengajak Faliq masuk ke dalam untuk melihat jenazah Aliaa. Adil berdiri. Faliq terlalu lemah. Mata dipejam rapat. Istighfar didalam hati. 


Minta kekuatan dari Allah. Tarik nafas dalam sedalam-dalamnya dan dihembus perlahan. Bolehkah dia melihat jenazah Aliaa? Mampukah dia untuk menatapi wajah pucat Aliaa untuk kali terakhir? Bolehkah dia?

Adil menepuk lembut bahu Faliq. Faliq bangun perlahan-lahan. Bersandar di dinding pula. Bayangan wajah Aliaa serta-merta muncul didepan mata. Senyuman Aliaa, gelak tawa Aliaa jelas di depan mata.

"Adil.. Aku tak boleh Dil. Aku tak kuat..!!" Faliq menyapu kepala dengan tangan. Adil menarik nafas.

"Aliq.. Kalau kau tak kuat, aku pun tak kuat Liq. Sekarang ni kau je kekuatan aku. Tolonglah Liq, jangan buat aku down Liq. Aku dah tak ada sesiapa lagi, adik aku dah tinggalkan aku. Aku hanya ada kau untuk aku terus kuat.."  luah Adil. Faliq memandang sayu ke wajah Adil. Rasa bersalah pula dia. Mereka memerlukan antara satu sama lain. Masing-masing memerlukan kekuatan. Dua-dua sangat menyayangi Aliaa, dan dua-dua kehilangan Aliaa.

Tanpa mereka sedar, mereka sedang diperhatikan oleh tiga orang.  Sungguh sedih mereka melihat situasi Adil dan Faliq. Kematian Aliaa sangat memberi kesan pada mereka. Siapa yag tidak sedih. Insan yang paling mereka sayangi pergi meninggalkan mereka buat selamanya. Buat selamanya?

Faliq mengesat airmatanya sendiri dan memandang wajah Adil, sayu dan mengangguk. Mereka melangkah longlai mahu masuk ke dalam bilik kecemasan itu. Apabila Adil mahu menolak pintu bilik kecemasan saja. Satu suara memanggilnya.

" Abang...!! Adik abang belum mati lagi. Adik abang masih sihat..!!" Aliaa memanggilnya. Airmata jernih mengalir di pipi Aliaa. Terharu. Adil dan Faliq terus menoleh pada suara itu. Terpaku lagi dan tercengang. Aliaa yang duduk di kerusi roda bangun dan berdiri. Senyum manis. Mereka terdiam. Aliaa masih tersenyum ditemani oleh dua orang anggota polis di kanan dan kirinya. Dua anggota polis itu hanya senyum. Adil dan Faliq masih lagi memandang Aliaa yang berbalut di dahinya dan berbalut di tangan kanannya.

"Adik?!!"

"Aliaa?!" Mereka cakap serentak. Berpandangan. Mereka masih tidak percaya dan keliru.

"Iya abang.. Adik abang ni. Aliaa Sofea. Yang di dalam tu. Alia Alisya.." Jelas Aliaa. Senyum.

" Ya Allah..!!" Adil terus berlari mendapatkan Aliaa dan terus memeluk erat adiknya. Dicium berkali-dahi kepalanya. Mengalir lagi airmata tapi kali ini airmata kegembiraan.

"Terima kasih Ya Allah..!!" Faliq senyum gembira. Menarik nafas lega. Sangat lega. Tak tahu nak cakap apa. Sangat bersyukur ke hadrat ilahi. Umur Aliaa masih panjang lagi.

" Ya Allah adik.. Abang dah rasa macam.. Ya Allah..!! Terima kasih.."Di peluk Aliaa lagi.

" Adik okey?!" Adil meleraikan pelukan. Bahu Aliaa dipegang dan melihat setiap inci tubuh adiknya.

"Alhamdulilah abang. Allah lindungi adik. Tak ada yang parah. Cuma ada pendarahan sikit dekat kepala dan tangan ni retak.."jelas Aliaa lagi.

"Syukur alhamdulilah. Eh! Tapi yang dalam tu..." tanya Adil. Faliq senyum saja. Gembira sangat sampai tak mampu bersuara.

" Maaf Encik.. Saya Inspektor Adam. Yang call Encik tadi. Ada kesilapan sikit. Sebenarnya tengahari tadi, ada dua kemalangan serentak. Beza dalam setengah jam lebih kurang. Satu kemalangan maut. Yang di dalam bilik kecemasan tu Puan Alia Alisya. Dia kemalangan terbabas melanggar pokok dan kami baru dapat maklumat  yang mangsa meninggal dunia. Dan masih menunggu warisnya datang. Dan satu lagi kemalangan yang melibatkan adik Encik Adil sendiri. Cik Aliaa Sofea. Mangsa langgar lari.."jelas Inspektor Adam.

" Disebabkan nama yang lebih kurang sama dan kemalangan berlaku serentak. Jadi, ada kekeliruan sikit disini. Jadi, saya bertanggungjawab untuk memohon maaf pada Encik Adil dan Cik Aliaa Sofea. Saya minta maaf banyak-banyak atas kesilapan ni.." Fuh!! Faliq dan Adil menarik nafas lega.

"Tak apalah. Yang penting didepan mata saya ni adalah Aliaa Sofea. Alhamdulilah..!" Jawab Adil jujur. Dipeluk bahu Aliaa.

"Terima kasih banyak-banyak." ucap Inspektor Adam.

"Encik polis ni punca. Adik dah cakap dengan dia. Tak payah call abang ,sebab abang dekat Sabah. Adik taknak abang risau. Dia pula call abang.

Lagipun cedera sikit je kut. Yang cedera parah tu kereta adik..!" Selamba saja Aliaa marah Inspektor Adam. Faliq gelak. Anggota polis itu senyum je.

"Maafkan kesalahan saya ya Cik Aliaa. Saya menjalankan tugas. Lagipun tadi masa kemalangan, kebetulan saya lalu jalan tu dan nampak kereta bahagian depan remuk. Dan mangsa masih dalam kereta. Kalau tengok keadaan kereta dan mangsa memang nampak parah sangat. Kami syak memang kemalangan maut jelah. " Sporting pula Inspektor Adam ni.

" Encik Polis ni kan. Boleh pula syak-syak. Suka-suka je cakap kemalangan maut. Allah masih bagi peluang kat saya untuk teruskan hidup tau.." Menyampuk saja Aliaa ni.

" Bukan macam tu. Sebab tengok keadaan awak dan kereta awak tadi tu.." Inspektor Adam ni pun melayan juga si Aliaa. Senyum.

" Maaflah Inspektor, adik saya ni memang macam ni. Dia ni suka membebel. Maaf ya..!" Adil bersuara. Geram pula dia dengan Aliaa. Berani pula dia bergurau dengan Inspektor Adam.

" Tak apa. Biasalah perempuan. Tak membebel bukan perempuan namanya" Aliaa bengang. Jeling pada Inspektor Adam.

" Saya membebel pun ada sebab tau. Selamatlah saya baik hati, kalau tak, saya boleh saman Encik Polis tau sebab bagi salah maklumat.."
Inspektor Adam gelak. Faliq pun gelak juga. Langsung tak bersuara lagi.

" Maaf ya Cik Aliaa" Kata Inspektor Adam lagi.

"Okeylah. Saya minta diri dulu. Encik Adil nanti minta pergi IPD ya. Ada perkara nak dibincangkan mengenai kemalangan Cik Aliaa ni.." kata Inspektor Adam.

" Baiklah. Terima kasih banyak-banyak Inspektor." ucap Adil. Inspektor Adam dan seorang lagi anggota bersalaman dengan Adil dan Faliq dan terus berlalu.

" Doktor tak cakap apa-apa ke dik? Bawa abang jumpa doktor? " tanya Adil melihat tangan Aliaa yang berbalut. Direnung wajah adiknya. Sedih.

" Tak tahu. Doktor cuma cakap, tangan adik retak sikit, ada luka dekat kepala. Itu je dia cakap.  Entahlah abang, adik tak tahulah.. Abang tanyalah dia sendiri.." jelas Aliaa. Dia sendiri pun tak pasti. Terpinga-pinga sendiri. Adil berpandangan dengan Faliq. Berkerut.

"Abang..! Tu doktor yang rawat adik. Doktor lelaki tu.. "Aliaa memberitahu Adil apabila ternampak doktor yang merawatnya lalu di lorong hadapan. Tanpa berlengah Adil terus mengejar doktor itu dan meninggalkan Aliaa bersama Faliq. Faliq duduk di kerusi menghadap Aliaa yang duduk di kerusi roda. Duduk merenung wajah Aliaa. Aliaa senyum.

"Sayang..!! Saya tak sanggup kehilangan awak. Tadi tu cukup buat saya rasa macam.. Huh! Tak tahu nak cakap apa.." Aliaa senyum.

" Terima kasih Faliq. Saya sangat terharu.."hanya itu yang Aliaa katakan. Dia menyaksikan sendiri drama Abang dan bakal suaminya tadi.

" Macam mana boleh kemalangan ni sayang. Langgar lari, awak tahu siapa yang lakukan?!" Tanya Faliq ingin tahu. Aliaa hanya tersenyum.

" Benda berlaku sekelip mata. Saya tak ingat macam mana berlaku dan entahlah. Yang saya tahu, kepala saya jadi sakit sangat dan saya rasa darah banyak mengalir di muka. Cuma saya perasan, ada sebuah kereta berhenti lepas tu ada orang pandangkan saya. Eee !!Entahlah. Saya tak ingat. Tak ingat.. Tak ingat..!!" Aliaa berkerut. Terasa sakit pula kepalanya. Dia taknak info sebenarnya.

"Okey.. Okey.. !! Tak payah ingat dah. Awak relax ya..!!" Faliq jadi bersalah melihat keadaan Aliaa. Kepala Aliaa jadi sakit tiba-tiba. Dia cuba nak mengingati kejadian tapi semakin cuba ingat dan ingat, terus sakit kepalanya. Stress! Faliq menenangkan Aliaa.

" Sorry Faliq. Saya tak ingat sangat.."

"Tak apa sayang. Tak apa. Jangan paksa. Awak dah makan tak ni?" Faliq senyum dan menukar tajuk perbualan.

" Belum. Saya lapar. Perut ni bunyi-bunyi dah.." Aliaa mencebik.

"Alaaa kasihannya. Sekejab lagi kita pergi makan ya.." Aliaa angguk dan senyum.

"Faliq..! Kepala saya berbalut. Tangan pula berbalut juga sebab retak. Mujur kaki tak cedera. Saya dah macam mumia dah ni. Kalau saya cacat, awak sayang saya lagi ke?!" Aliaa mencebik lagi. Buat muka kasihan.

" Hahahaa.. Apa awak merepek ni sayang. Hey sayang.. Dengar sini, saya sayang awak bukan pada rupa, pada elok tubuh badan semata-mata. Tak.. Saya sayang awak sebab keikhlasan hati awak ni, yang sentiasa buat saya senyum, happy, bahagia. Inilah dia orangnya.." Faliq memicit hidung Aliaa. Aliaa senyum manis. 


"Ni jawapan ikhlas ke kerana terpaksa ni.." tanya Aliaa gurau. Sengeh.

" Ikhlaslah sayang.. " jawab Faliq lembut.

" Thank you..!!" Faliq senyum. Sedih tengok keadaan Aliaa. Berbalut tangan berbalut kepala. Aduhaiii.. Simpati sangat. Tapi dia bersyukur sangat. Aliaa masih panjang umur. Masih dapat bersama Aliaa.

Bagai berhenti jantungnya tadi. Rasa hidup terus gelap gelita, kosong. Mujurlah yang didalam bilik kecemasan itu bukan Aliaa Sofea. Mahu pengsan dibuatnya. Geram juga dia pada pemberi maklumat. Boleh pula salah, tapi dia dan Adil pun silap juga tak tanya detail pada nurse. Tak pasal-pasal ada salah faham. Boleh pula nama mangsa hampir sama.  Fuhh!! Satu keadaan yang tak sanggup mereka hadapi.

Faliq gelak sendiri bila teringat kejadian sebentar tadi. Masih merenung Aliaa Sofea di hadapannya. Diteliti setiap inci wajah Aliaa. Aliaa membalas renungan Faliq. Pelik dan kemudian buat tak tahu saja. Melayan perasaan sendiri.

"Perlukah aku info Faliq dan abang perkara sebenar? Kalau aku info mereka pasti mereka akan info Inspektor tu? Tapi kes ni pun kes polis juga. Tapi.. entahlah. Macam mana ye? Pening pula. Nanti mesti Tasya kena tangkap masuk lokap kut. Tapi kalau aku tak info, mahu dia lakukan lain pula pada aku. Alamak..!! Macam mana ni. Macam mana? Dulu, masih Angah buat aku, aku pun tak ambil apa-apa tindakan. Alhamdulilah, Angah berubah. Tapi kali ni Tasya pula. Kalau aku tak ambil apa-apa tindakan. Dia akan berubah tak agaknya. Aku tak sampai hatilah.. Kenapa aku boleh lembut hati sangat ni. Ish!! Taknak fikirlah. Pening.. pening.. !!" Kata Aliaa sendiri dalam hati. Memicit kepalanya. Tiba-tiba jadi sakit pula kepalanya.

"Aliaa.. Awak okey tak ni?!" Faliq bertanya.

"Sakit kepala..!" Jawab Aliaa.

" Jom masuk bilik..!!" Aliaa angguk. Faliq menolak kerusi roda perlahan. Risau Faliq melihat Aliaa. Adil pun tak muncul lagi. Mahu tahu apa perkembangan kesihatan Aliaa. Lain pula dia tengok Aliaa ni. Risau dan risau. 
Previous: Bab 143
Next: Bab 145

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.