336,508
Kategori:
Genre:
Bab 165
Dalam perjalanan menuju ke tempat yang telah ditetapkan oleh Insp. Adam, aku langsung tak bercakap. Kenapa dan mengapa? Dia mengganggu fikiran aku. Dia mengganggu emosi aku. Iya.. Dia mengganggu hidup aku. Rumahtangga aku berkecai kerananya, harapan aku punah kerananya. Dia merampas kebahagiaanku bersama suamiku suatu ketika dulu. Dia meruntuhkan istana nan indah aku bersama suamiku. Hilang segala impian. Dia merampas kebahagiaan anak aku bersama bapanya. Dia bahagia diatas penderitaan aku dan anakku. Kebahagiaan kami hanya seketika. Dia buat suamiku lupa akan kami, dia guna-gunakan suamiku hingga kami ditinggalkan gantung tak bertali. Dia merosakkan fikiran suamiku hingga lupa akan family sendiri. Dari anak soleh menjadi anak derhaka terhadap ibu dan bapanya. Sungguh kejam kau wahai perempuan parasit. Manusia jenis apakah kau ini? Hanya menurut nafsu duniawi, nafsu syaitan yang bermaharajalela dalam diri. Kau syaitan bertopengkan manusia.

Satu persatu kau lakukan kekejaman ke atasku. Suamiku kau rampas, rumahtanggaku kau runtuhkan, kebahagiaanku kau simbah penderitaan, kasih sayang dan cintaku pada sang suami kau tabur dengan kedukaan dan airmata. Kau hancurkan hatiku pada suami hingga lumat dan kau bajai kebencian yang teramat pada suamiku terhadapku hingga lafaz yang paling dibenci oleh Allah terungkap dari bibir suamiku. Allahu..!! Betapa kejamnya kau wahai perempuan. Kau ketawa, kau bahagia melihat kedukaanku. Betapa gembiranya kamu apabila aku mendapat gelaran yang dipandang negatif oleh masyarakat iaitu tittle "J". Besar sungguh hilai tawamu umpama syaitan jahanam. Iblis!! Perempuan sihir..!!

Tapi ketahuilah.. Doaku tak pernah putus untuk kembalikan rasa kasih sayang dan cinta dari bekas suami untukku dan puteri kami. Kerana kasih sayang dan cinta aku tetap utuh, tetap kuat padanya. Begitu juga dia. Aku tahu dan aku sangat yakin kasih sayang dan cintanya padaku takkan pernah terpadam. Takkan siapa dapat pisahkan kami kecuali Allah swt. Aku amat yakin dan percaya pada kuasa doa. Dan doa orang yang dikhianati akan termakbul. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang. Perpisahan kami hanya untuk menyedarkan kami bahawa tidak terlalu bergantung pada  manusia. Aku serahkan hati perasaan jiwa ragaku pada Allah yang Maha Satu. Jodoh dan segala kehidupan aku serah padaNYA. Aku redha dengan segala ketentuanNYA dan dalam masa yang sama, doa untuk dia kembali padaku tetap tak pernah putus. Sungguh Allah Maha Mengerti setiap hambaNYA. Allah kembalikan bekas suami padaku, kembalikan hatinya padaku dan puteri kami semula.

Ya Allah.. Terima kasih atas segala ini. Terima kasih atas segala dugaan ini. Setiap kesakitanku, setiap kedukaanku yang kututupi dengan senyuman, dengan kesabaran dan ketabahan dan kekuatan. KAU beri nikmat dan KAU datangi dengan sinar pelangi. Aku amat bersyukur Ya Rab.. Terima kasih Ya Allah..!!

Dan kini.. segalanya terjawab sudah. Aku sangat puashati, segala persoalan terjawab. Orang yang aku cari, yang menjadi teka teki sudah ku temui jawapan. Misteri sudah terjawab. Hidup aku sudah tidak diselubungi misteri lagi. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri nusantara. Eh.. Eh...!! Terover pula!! Belum habis lagilah. Perempuan misteri je dah tahu. Yang lelaki misteri tu, Mr.K tu, jangan lupa. Belum terjawab lagi. So, belum terjawab sepenuhnya misteri tu Aliaa oii.. Hahaha iyalah kan!!

Eleh.. Kejab lagi tu terjawablah misteri lelaki tu. Kalau perempuan misteri dah jumpa, lelaki misteri juga akan menyusul jumpa. Hey!! Lelaki mana boleh hidup tanpa perempuan. Kalau perempuan misteri pasangannya sudah tentulah lelaki misteri. Dua-dua ni mesti ada kaitan ni. Sebab apa tau. Senang je nak tahu. Si Pian lah. Pian ni orang tengah antara perempuan dan lelaki misteri. Kan bersangkut paut namanya. Simple!! Jawapan dah ada, tinggal nak rungkaikan je. Nak kena buat presentation depan Insp. Adam, abang dan my love. Hehehe!!

Hahahaa..!! Aku gelak sendiri secara tiba-tiba. Lawak pun ada bila teringat peristiwa siang tadi. Aliaa.. Aliaa.. !! Betul-betul degil. Kata hatiku.


Degil-degil pun dapat jawapan juga. Kalah Encik Adam tau. Patut aku kena dapat anugerah ni sebab tolong dia cari penyangak yang mereka buru ni. Anugerah penyiasat tak sengaja. Hahaha..!!

" Oii.. Apa kena adik ni. Gelak sorang-sorang.." abang tegur, berkerut tengok aku. Aku makin gelak besar. Abang geleng kepala.

Sampai ke tempat yang dituju. Aku dan abang jalan ke sebuah restoran yang agak privasi sikit. Luar dari KL. Aku membetulkan sweater aku, peluk tubuh. Sejuk pula malam ni. Aku berwhatsapp dengan Encik Adam, okey cun dia dah tunggu didalam restoran. Baru nak melangkah, ada seseorang panggil kami. Oh my sayang dah sampai. Hihihi.. Segak pula dia malam ni, seharian tak jumpa tiba-tiba rindu. Aku senyum dan kami terus jalan bersama. Malam ni tak payah nak sweet-sweet sangat ya Aliaa. Hatiku memesan. Hahaha!! Okey boss!!

Kami melangkah masuk, penuh semangat aku. Dari pintu dah kelihatan Encik Adam dan seorang lagi. Eh!! Macam kenal je mamat ni. Aku berkerut dan terus menghampiri mereka. Abang, Faliq, Encik Adam dan lelaki yang memang aku kenal bersalaman.

" Eh!! Kau buat apa dekat sini? Encik Adam kenal dia ke?!" Dia senyum. Abang dan Faliq pun buat muka pelik. Encik Adam pun senyum.

"Dia ni anggota sayalah. Duduklah.." jawab Encik Adam.

" Patutlah muka pun macam penyangak sama je macam Encik Adam.. kan.. kan..!" Selamba je aku cakap. Sengeh.

" Adik.. Apa cakap macam tu. Hormatlah sikit..!!" Aduh..!! Abang pukul mulut aku. Marah. Faliq tecengang.

" Tak apa. Dia memang suka cakap kami penyangak. Selamatlah saya ni sporting kalau kena pegawai lain, mahu awak yang kena saman tau..!"

"Sikit-sikit saman. Nak saman silakan, tak kisah pun. Tapi maklumat, sorry i nak info. Pandai-pandailah cari sendiri.." aku menjawab.

"Tengok adik awak ni Dil. Berani nak ugut saya. Saya pun dia berani game kan.. "

"Iya Tuan.. Bukan tuan je, saya awal-awal dah kena game dah. Elok-elok identiti saya rahsiakan terus terpaksa bongkar. Selamatlah adik ipar Kak Ash.." Black menyampuk. Aku sengeh.

"Sorrylah bagi pihak adik saya ni. Dia ni memang macam ni, saya pun payah nak kawal kadang-kadang.."

" Hahaha.. Tak apa.." aku jeling abang. Faliq gelak je, hanya berdiam.

"Dah.. Dah.. Mengutuk pula. Tolong serius sekarang..!!" Aku mula bercakap. Padang muka setiap seorang. Dan.. hahaahahaa.. aku pula yang gelak. Mereka berpandangan.

" Dia suruh serius dia pula yang gelak.." kata Black. Aku kembali senyap tapi senyum. Aku keluarkan handphone, buka video siang tadi sewaktu perempuan tu bagi barang dekat Pian dan tunjuk pada Encik Adam.

" Ni Angel dan Pian" Kata Black. Encik Adam angguk. Encik Adam beri handphone padaku semula.

" Yang korang tengok ni video siang tadi. Ni pula video malam ni tadi. Kereta yang sama dan orang yang korang cari. Sama kan?!" Aku beri semula handphone pada Encik Adam. Berkerut dan fokus dua anggota tu tengok. Aku pandang abang dan Faliq. Mereka pelik tidak memahami.  Senyum..!!

" Perempuan ni Angel..!!" Black bersuara lagi. Lalu, aku beri handphone pada abang dan Faliq pula bagi mereka tengok. Terkejut muka mereka masa tengok video pertama tu.

" Mana adik dapat video ni?!"

" Nanti adik cerita dekat abang dan Faliq semua ye..!" Jawabku.

"Eh!! Ini kan...!"

" Iya Faliq.. Dialah orangnya..!!" Abang angguk pada Faliq. Keadaan kembali serius.

" Untuk pengetahuan Encik Adam dan semua. Orang yang langgar saya tempoh hari, perempuan misteri yang saya cari selama ni, perempuan yang Black awasi selama ni, yang berlakon jadi Anis konon kawan lama abang dan Faliq dan Angel yang Encik Adam tengah buru ni adalah orang yang sama. Dialah Tasya..!!" Aku jelaskan semua. Abang dan Faliq berpandangan.

" Tasya?? Awak kenal dia ke?!" Encik Adam. Aku pandang Faliq dan abang. Senyum.

"Kenal sangat. Dialah punca segala-galanya.."

"Punca segala-galanya? Maksud awak?!"

"Masalah peribadi. Tak perlu kut nak ceritakan. Tapi dia memusuhi saya sampai sekarang. Dendam dia pada saya, dan saya tak sangka dia sanggup nak bunuh saya dalam accident tu. Dan sangat tak sangka dia terlibat dalam  jenayah yang Encik. Adam cerita tu. Memang sangat tak sangka ." kataku jujur. 


" Tapi kenapa awak tak info saya dia yang langgar awak?"

"Sebenarnya saya tak sampai hati nak buat report. Kasihan kat dia, saya nak bagi peluang dia untuk berfikir tapi apa saya fikir lainlah pula jadinya. Makin banyak game dia buat dekat saya. Lagipun, waktu tu emosi saya tak menentu, tak dapat nak fikir apapun. Setiap malam saya dibayangi wajah dia, dibayangi macam-macamlah. Sampai saya rasa, dah macam orang gila. Layan perasaan sendiri, nangis, trauma sangat. Lepas tu perempuan misteri muncul, setiap waktu bila saya sendiri. Otak ni kosong tapi saya kuatkan semangat. Saya lawan segala bisikan syaitan jahanam tu, saya pandang muka abang, dan dapat satu kekuatan nak lawan. Saya nekad, saya nak cari perempuan misteri ni sendiri. Saya nak tahu siapa dia dan kenapa dia muncul dan hilang. Seolah-olah macam nak info sesuatu pada saya. Tu yang saya asyik buat kerja gila je, nekad. Hehe..!! Sorry abang.. Sorry Faliq..!!" Aku terus-terang segalanya. Mereka berempat tekun mendengar. Black merakam pengakuan aku di handphone nya.

" Jadi memang awak tak tahu dia ni terlibat dengan kes jenayah?!" Tanya Encik Adam lagi.

"Yupp!! Saya memang tak tahu dia terlibat. Kalau tak jumpa Encik Adam siang tadi memang tak tahu langsung. Macam yang saya cakaplah, niat saya cuma nak cari siapa Mr.K tu. Tu yang nekad ikut si Pian sampailah ke tempat bahaya tu. Tak sangka pula muncul si Tasya, dan boleh pula terjumpa Encik Adam, dan malam ni terjawablah terus persoalan si perempuan misteri tu.." jelasku lagi.

"Mr.K?? Siapa tu Aliaa??" Tanya Faliq pula. So, aku pun ceritalah semuanya, bagi mereka dengar sekali.

"Aku rasa, Mr.K tu pun geng Angel dan Pian. Kemungkinan Angel ni yang suruh Mr.K ayat kau, dan hantar barang ke office kau, mahu kau dan Faliq gaduh dan berpisah mungkin.." teka Black.

"Ya betul..!! Memang seboleh-bolehnya Tasya nak saya berpisah dengan Faliq. Kalau dia tak dapat Faliq pun dia tak kisah. Dia cuma nak kami berpisah je. Dua-dua tak dapat, tu je point dia. Sebab tu juga dia menyamar jadi Anis. Nak saya cemburu dan dia hantar Mr.K nak Faliq cemburu. Nak lagakan kami biar  gaduh, dan berpisah. Jadi batu api, tapi dia bukan batu api dah. Batu neraka..!! Perempuan sihir, sula je patut. Meroyan punya perempuan.. Geram pula aku..!" Terlepas sudah kegeraman aku ni. Black gelak, Encik Adam gelak kecil. Coverlah tu. Dan.. dan je muka.

" Eh!! Encik Adam.. Apa barang yang Tasya tu bagi dekat Pian?" Aku teringat bungkusan putih tu. Terdetik pula nak tahu.

"Itu dadah..!"

" Oooooo dadah..!! Uisshhh!! Kira dasyat juga Tasya ni ek. Berani betul dia, kasihan family dia. Patut hidup dia mewah. Kereta mewah, rumah pindah-pindah.. Fuhh!! Takut pula aku..!!"

" Memang mewah tapi tak kemana pun Aliaa. Sepandai-pandai tupai melompat, pasti akan jatuh ke tanah juga nanti. Dia baru dua bulan terlibat dalam kes ni. Yang terbaru kongsi gelap nilah..!"

" Memanglah tupai jatuh ke tanah, ada dengar tupai jatuh  ke langit. Apa dah...!!" Aku mengusik. Dari tadi asyik muka serius je. Tak best langsung. Ketat je muka masing-masing.

" Kalau ke langit bukanlah jatuh Aliaa oii. Tu dah terbang ke langit..!" Sampuk Black.

" Tahu pun kau kan..! Oii Black.. Kau kan yang cari Tasya sampai ke kampung dia, yang kata dia balik kampung bagai kan. Apasal kau tak tangkap je dia.." aku tanya Black.

"Mana boleh suka-suka tangkap kalau tak dapat arahan. Kalau ikut aku memang lama dah aku tangkap.." jelas Black.

" Jadi sekarang macam mana Inspektor. Saya risau keselamatan Aliaa je sekarang ni. Takut pula kalau Tasya ni tahu atau si Pian tahu semua maklumat dari Aliaa.." abang bersuara.

" Jangan risau. Kami akan pantau Aliaa setiap saat. Anggota kami akan awasi dia. Rumah awak pun kami akan pantau. Black pun ada.." jelas Encik Adam.

" Okeylah kalau macam tu. Lega sikit dengar..!" Abang angguk kepala.

"Tapi Aliaa.. Ingat pesan saya, jangan bertindak diluar kawalan. Jangan bertindak sendiri, apa-apa call saya atau Black. Ini arahan tau..!!" Pesan Encik Adam lagi.

"Okey boss!! Arahan diterima..!! Eh!! Tapi saya tetap nak cari Mr.K tu tau. Saya tetap nak tahu siapa dia tu? Saya nak pulangkan semua barang dia..!" Kataku.

" Okey!! Saya tahu. Buat masa ni, awak kerja macam biasa. Layan je Mr.K tu macam biasa, pandai-pandailah awak ayat dia. Setiap apa yang dia lakukan atau dapat call whatsapp dari Mr.K semua jangan lupa info saya ya.." pesannya lagi.

" Okey Mr. Sahab. Bisa diatur. Tapi saya pun nak pesan juga ni. Jangan paksa saya untuk bagi maklumat ye, jangan asyik nak tanya je. Saya akan info Encik Adam sendiri nanti. Ingat tu.. Kalau paksa-paksa, saya taknak kawan..!!" Aku pula pesan pada Encik Adam. Baru adil, dia pesan pada aku dan aku pun pesan pada dia.

" Iyalah Cik Aliaa.."

"Good..!! Ha lupa pula nak info. Faliq ada cakap tadi, katanya Tasya nak jumpa dia lusa, konon nak story mori pasal projek. Saya nak follow tau, sebab saya rasa Tasya tu ada plan sendiri.." kataku.

"Jam berapa?!"

"Jam 3.00 petang dekat Ampang. Tapi lokasi tak confirm lagi.."jawab Faliq.

" Awak nak follow Faliq sekali atau awak nak mengintip ni?!" Tanya Encik Adam padaku.

" Hehe... !! Adalah.. Saya ada plan sendiri. Baik punya plan.. Nak tahu apa? Tunggu..!!" Aku sengeh. Mereka pandang aku serentak.

" Adik.. Jangan buat hal pula..!" Abang mengingatkan.

"Abang jangan risau, plan ni tidak membahayakan. Tapi menyeronokkan.. Hehe!!" Aku gelak kecil.

" Apapun, kena ingat keselamatan tu. Kalau agak mencurigakan, call cepat-cepat..!" Pesan Encik Adam lagi dan lagi.

"Insha Allah Mr. Sahab. Pesanan anda diterima. Handphone saya sentiasa on 24jam.." kataku semangat.

"Bagus Aliaa..!! Semangat awak ni yang buat saya pun bersemangat nak hapuskan kegiatan mereka ni tau. Kalau ada 10 orang awam macam awak ni. Mudah kerja kami ni.." kata Encik Adam.

"Amboi.. Amboi.. Amboi.. Nak kerja mudah je ye. Patutlah kebanyakan anggota perut ke depan. Tu sebab kerja mudahlah tu kan Encik Adam kan.. kan.." Aku perli.

"Tak sama. Saya maintain je pun, fit je.." puji diri sendiri.

" Fit konon, kejar penyangak pun semput. Fit mende macam tu. Yang lain kejar jauh kedepan, dia je tertinggal dekat belakang.." aku kutuk depan-depan. Hahaha!!

"Uitt..!! Diamlah. Jangan pecah rahsia. Malu saya.." Hahahaha..!! Kami gelak.

Satu hal dah selesai. Pasal Tasya semua aku dah cerita pada Encik Adam. Dan sebelum kami beredar, aku ada dua permintaan dari Encik Adam sebelum dia bertindak. Pertama, tunggu sampai aku dapat jejak Mr.K ni dulu sebab aku nak tengok reaksi Pian waktu aku nak pulangkan semua barang Mr.K dan yang kedua tunggu perjumpaan Faliq dengan Anis tu. Aku nak tengok apa plan Anis tu. Andai kata, salah satu dari permintaan aku ni agak mencurigakan dan membahayakan. Terpulang pada pihak berkuasa untuk bertindak. Okey aku on je. Lagipun, aku akan dipantau oleh anggota mereka. Jadi, buat apa nak takut. Tak ada istilah takutlah kalau Aliaa ni. Bangga kejab. Hehe!!

Permintaan aku dipersetujui oleh Encik Adam. Dan, tanggungjawab Black untuk jaga aku lepas ni, hahahaa..!! Mesti pening kepala Black layan aku. Malam ni start lah tugas mereka. Dan, aku pun boleh tidur lenalah sikit. Fail hari ini ditutup, esok buka fail baru. Apa plan aku untuk lusa? Hmm... Sebenarnya.. Aku pun tak pasti lagi. Tak apa, mudah je tu.

Yang penting confident kena ada. Level confident kena sentiasa tinggi. Takut? Memang taklah. Berani kerana benar. Selagi tak dapat apa yang aku nak, selagi tu aku takkan putus asa. Istilah takut memang tak ada dalam kamus hidup aku. Mengalah memang taklah tapi kadang terpaksa mengalah sebab kasihan. Tak sampai hati. Ah!! Kalau bab Tasya ni, cukuplah aku mengalah. Dikasihankan pun tak guna. Doa jelah moga dia diberi petunjuk.
Previous: Bab 164
Next: Bab 166

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.