336,531
Kategori:
Genre:
Bab 147
Kaki melangkah masuk ke dalam wad. Sunyi dan sepi saja, kelihatan Adil sedang menyelimuti Aliaa. Puan Asmah tiada, mungkin sudah pulang. Adil menoleh padanya dan senyum. Dia menghampiri katil Aliaa. Sedih tengok keadaan Aliaa, wajahnya pucat. Biasalah Aliaa, kalau tak sihat memang pucat macam mayat. Disentuh tangan Aliaa dengan penuh kasih sayang.

"Dah lama ke dia tidur?! Macam mana keadaannya?!"

"Baru je. Tadi buat CT Scan dekat kepala, petang ni keputusannya. Harap semuanya okeylah. Dia alami amnesia, doktor cakap sementara je tapi tak tahulah.." jelas Adil dengan nada sedih.

"Insha Allah. Semuanya akan dipermudahkan. You kena kuat dan tabah. Kekuatan dia ada pada you dan Alang. I tahu dan i yakin you kuat.."kata Asnida memberi semangat.

"Insha Allah. Thanks Ash..!" Adil senyum tawar.

Tidak lama kemudian, seorang doktor lelaki masuk dan terus menghampiri Aliaa. Memeriksa serba sedikit dan menulis sesuatu. Adil dan Asnida hanya melihat.

"Dia ada masalah jantung?!" Tanya doktor lelaki itu.

" Iya.. Kenapa doktor?!" Risau pula Adil. Muka doktor berubah tiba-tiba.

" Jantung dia lemah sedikit."

" Allahuakhbar.!!"

" Sabar Encik.. Tapi keadaan dia masih stabil.." Doktor senyum dan selesai memeriksa Aliaa doktor terus keluar. Asnida pandang Adil dengan rasa simpati.

"Sabar banyak-banyak. I tahu, you sangat sayang adik you. Kami pun sayang dia juga. Kita doakan yang terbaik untuknya.." Adil mengangguk.

"Iya Ash. Dia ibarat nyawa saya.." Asnida senyum. Dia memahami itu. Besar pengorbanan Adil pada adik kesayangan. Dia sendiri kagum dengan kasih sayang yang Adil beri pada Aliaa.

Pintu dikuak, muncul si Faliq. Senyum terukir dan mata terus ke wajah Aliaa.

" Tidur ke?!" Tanya Faliq. Adil mengangguk.
Mereka bertiga duduk disofa. Membiarkan Aliaa dengan lenanya.

" Tut... tuttt..!!" Handphone Asnida berbunyi. Tertera nama Black di skrin handphone.

"Iya Black.."

"Kak.. Aku dah pergi rumah budak tu, jiran dia cakap dia dah pindah, seminggu dah.." kata Black di talian. Berkerut Asnida. Adil dan Faliq hanya mendengar.

" Dah pindah?! Kau tak tanya kawan dia.." Tanya Asnida.

"Dah.. Aku baru lepas jumpa kawan kelab dia ni. Kawan dia cakap, dah seminggu dia tak masuk kelab. Mereka pun tengah cari dia juga. Lagi satu, kereta dia dah kena tarik. Mungkin kereta yang dia guna semalam tu sama ada kereta pinjam atau sewa kut.." jelas Black.

"Kau boleh percaya ke kawan dia? Kut-kut drama je.." Asnida rasa ragu-ragu dengan maklumat dari Black.

"Boleh kak, jangan risau. Dia pun bengang dengan Tasya. Tasya ada pinjam duit dia Rm5000 kelmarin, Tasya janji nak bayar semalam tapi tak bayar.."

"Oh macam tu pula. So, mana kau jejak dia sekarang?!"

"Kawan dia ada bagi info  yang Tasya ni sekarang rapat dengan businessman mana entah aku pun tak pasti, yang pasti businessman ni ada kondo dekat area Subang Jaya.."

"Subang Jaya? Okey.. Kau buat kerja kau. Apa-apa info akak. Akak taknak sampai budak tu lakukan sesuatu pada Aliaa lagi. Ingat tu! Kalau sampai budak tu terlepas, kau yang akak cari. Faham?!" Kata Asnida. Tegas.

"Okey Boss! Roger and out..!"Black terus matikan handphone. Asnida berkerut lagi memandang handphone sendiri. Adil dan Faliq masih berdiam.

" Kenapa Angah?!" Tanya Faliq.

" Tasya.. "

"Tasya?!" Adil hairan. Macam ada yang tak kena saja. Cetus hatinya.

"Macam ni you.. I bukan nak menuduh tapi kalau ikut logiklah kan. Kemungkinan yang langgar Aliaa adalah Tasya.."Asnida memulakan cerita. Adil tak terkejut sebab dia pun terfikir perkara yang sama cuma taknak utarakan. Dia serah semua pada polis untuk menyiasat. Asnida cerita semuanya pada Adil. Faliq dah tahu jadi dia hanya mendiamkan diri sahaja. Dia pun serah semuanya pada Asnida dan pihak polis. Yang dia fikir cuma Aliaa saja.  Walaupun dia mendengar penjelasan Asnida tapi mata fokus pada Aliaa yang sedang lena itu.

Dia bangun dan menuju ke katil. Duduk di kerusi. Senyum pandang wajah pucat Aliaa. Terasa sunyi pula, kawan gaduh ditimpa kemalangan. Rindu nak gaduh nak berdebat dengan Aliaa. Rindu gelak tawa Aliaa, gurau senda Aliaa.

Faliq memandang kuih cincin yang dibelinya untuk Aliaa diatas meja. Kasihan Aliaa. Belum sempat makan lagi. Dia menongkat dagu di tepi katil dan merenung wajah Aliaa. Diteliti setiap inci wajah itu.

"Hai lah sayang.. Bilalah nak jadi bini ni. Macam-macam pula dugaannya. Sabar Faliq..!" Bisik hatinya sendiri. Dan senyum. Mata memandang pula pada jari manis Aliaa. Cincin yang terukir nama dia dan Aliaa cantik dijari manis. Rasanya sebelum dia ke Sabah tempoh hari baru Aliaa pakai. Selama ni cincin itu disimpan saja. Bila dah ada dijari manis Aliaa bermakna hati Aliaa sepenuhnya untuk Faliq. Seperti dulu juga. Lega!! Kata hatinya lagi.

"Kenapa senyum? Suka ke saya sakit?!" Eh! Aliaa dah bangun. Tak perasan Faliq.

"Eh! Dah bangun..!! Kenapa cakap macam tu, saya senyum tengok cincin ni. Comel je dekat jari manis awak ni.." Faliq memuji dan senyum manis.

"Iyeke?! Tapi cincin ni dah sendat. Jari saya dah gemuk.." jawab Aliaa dan menunjukkan jarinya pada Faliq.

" Hahaha.. Tak apa. Nanti saya belikan yang lain.."

"Taknak. Saya sayang cincin ni. Nanti saya kuruskan jari ni.." Faliq gelak. Adil dan Asnida senyum melihat Faliq dan Aliaa. Aliaa bangun dan duduk bersila diatas katil. Senyum. Nampak ceria. Asnida bangun dan meghampiri Aliaa.

" Angah..!! Lama ke Angah sampai. Sorry! Tak perasan.." Aliaa senyum dan terus bersalaman dan cium tangan Asnida.

"Taklah lama. Angah berborak dengan Adil. Hmm.. Aliaa macam mana hari ni. Okey tak?!"

" Alhamdulilah Angah. Aliaa okey. Cuma ni jelah, berbalut kepala dan tangan ni. Rimas..!" Aliaa mengadu.

" Kejab je ni. Nanti dah okey, doktor bukalah ni. Yang penting, Aliaa kena jaga kesihatan.."

"Insha Allah Angah.. Thank you..!!"

"Okeylah.. Angah nak gerak dah ni. Nak jumpa client. Kalau sempat nanti petang Angah singgah ya. Jaga diri tau.."

"Baiklah Angah! Terima kasih banyak-banyak datang melawat Aliaa.." Aliaa memberi senyuman. Asnida mencium pipi Aliaa dan terus berlalu meninggalkan mereka.

"Adik.. Abang nak balik kejab ya. Nanti abang datang lagi.." Adil pula mahu pulang ke rumah.
Aliaa angguk.

"Adil.. Nanti kalau kau datang bawa Dhia sekali. Tadi aku singgah rumah tengok dia, dia nak ikut nak tengok Aliaa. Petang nanti mama nak bawa Dhia balik rumah. Boleh kan?!" Pesan Faliq dan meminta izin.

" Okey..! Nanti aku bawa. Kau tunggu adik kejab ek. Aku gerak dulu.."Faliq angguk. Kasihan Adil. Dari semalam tak tidur dan mandi pun tak lagi. Risau punya pasal pada Aliaa. Pintu ditutup. Faliq dan Aliaa berpandangan. Dan senyum.

"Sayang..! Saya rindulah nak gaduh dengan awak. Rindu nak dengar awak membebel" kata Faliq.

" Eleh.. Nanti kalau dah membebel, bosanlah pula. Mengeluh.."

"Hahahaa.. Itu biasa. Oh ya! Awak taknak ke makan kuih cincin ni. Jauh saya belikan khas untuk awak ni.."

" Ha!! Nak.. Nak..!! Kenapa tak cakap awak belikan.." Laju saja Aliaa minta. Faliq gelak kecil dan mencapai bungkusan kuih cincin. Dikoyak plastiknya dan mengambil sekeping dari dalam plastik dan diberi pada Aliaa. Aliaa terus ambil dari tangan Faliq dan terus masuk dalam mulut. Kunyah perlahan-lahan.

"Sedapnya!! Thank you sayang..!!" Kata Aliaa perlahan.

" Ha?! Apa.. Apa?! Ulang balik, tak dengarlah.." Amboi.. Sukanya Faliq.

"Cukup hanya sekali. Tiada siaran ulangan.." jawa Aliaa tenang. Senyum dan terus mengunyah.

" Alaa bolehlah. Sekali je lagi. Please..!!" Faliq merayu. Sengaja. Buat muka kasihan.

" Sorry..!! Hanya sekali. Tiada kedua, ketiga. Faham?!" Kata Aliaa. Tegas.

"Alaaa.. "

"Ish!! Tunggulah dah nikah nanti. Sampai jemu-jemu dengar.." Aliaa jeling.

"Hahahaaa... Insha Allah, tak..!" Faliq gelak.

" Awak..! Tadi ada orang datang melawat saya. Siapa ek?!" Aliaa bertanya dan berkerut. Cuba mengingati sesuatu.

" Waktu bila? Tadi ni ke.. Angah lah..!"

"Bukan.. Ada dua orang. Eh! Yak.. Tak.. Mula-mula ada dua orang lelaki dan perempuan. Lepas tu ada sorang perempuan.."

"Siapa ek? Oh mama dan papa. Pagi tadi mama dan papa datang sini.." jelas Faliq. Senyum. Sedih dia sendiri.

"Mama dan papa?" Aliaa pandang wajah Faliq.

"Iya sayang.. Mama dan papa saya, mertua awak. Mereka datang melawat menantu kesayangannya ni pagi tadi." jawab Faliq lembut sambil tangan mengambil bungkusan kuih cincin dan diikat kuat kemudian dimasukan dalam laci meja. Duduk ditepi katil menghadap Aliaa. Senyum. Aliaa masih berkerut. Cuba mengingati tapi ish!!.

" Oh iyeke?! Maafkan saya. Saya tak ingat. Muka mereka saya biasa nampak tapi tak tahu siapa. Maaf Faliq.. Maafkan saya..! Saya tak ingat.." Aliaa menyalahi diri sendiri. Rasa bersalah pula dia.

"Tak apa. Awak tak sihat lagi. Nanti awak dah sihat, awak pasti akan ingat dengan sendirinya. Jangan stress! Ni dahi ni, taknak berkerut macam i. Nanti cepat tua..!" Faliq menenangkan Aliaa dengan gurauan. Aliaa angguk perlahan.

" Yang sorang lagi siapa? Perempuan. Tapi dia tak masuk. Dia cuma dekat luar pintu. Dia pandang saya dan senyum.." Lagi sekali Aliaa cuba mengingati.

"Perempuan? Kalau dia tak masuk macam mana awak nampak dia.." Faliq kehairanan.

" Abang kan buka pintu dari luar. Masa abang nak masuk sini, perempuan tu berdiri belakang abang. Waktu tulah saya nampak.." Faliq angguk. Memahami. Alamak!! Perempuan mana pula yang Aliaa maksudkan ni, bisiknya dalam hati.

" Perempuan tu macam mana? Pakai tudung atau tak? Muka dia macam mana?" Faliq bertanya. Pandang tepat wajah Aliaa.

"Dia pakai selendang hitam dan pakai sunglass hitam. Ha tu jelah. Saya tak perasan, tak ingat.." jawab Aliaa. Berkerut lagi. Cuba ingat lagi dan lagi.

"Okey sayang.. Tak apa, lupakan je. Mungkin dia salah bilik kut. Awak nak makan apa-apa tak?!"  Faliq tengok wajah Aliaa nampak tegang sebab cuba mengingati dan dia terus tukar tajuk perbualan. Kalau Aliaa paksa diri untuk ingat dan cam perempuan tu. Mahu lain pula jadinya.

"Taknaklah. Dah kenyang makan kuih cincin.." jawab Aliaa.

" Aik..!! Makan kuih cincin boleh kenyang ke sayang? Hebat..!" Kata Faliq.

"Banyak tau saya makan. 5 keping. Tu sikit je tu, biasa makan sebungkus terus habis..!" Aliaa bergurau. Faliq gelak dan Aliaa juga. Senang hati Faliq bila tengok Aliaa happy tapi cuma fikiran dia masih belum pulih sepenuhnya. Insha Allah, akan pulih sepenuhnya juga. Dia akan bantu Aliaa dan akan sentiasa memberi semangat dan sokongan.

Dalam pada masa yang sama, dia masih berfikir. Siapa perempuan yang Aliaa maksudkan? Tasya ke? Ish!! Tak boleh jadi ni. Dalam keadaan Aliaa macam ni dan keadaan Tasya yang mental. Kalau dibiarkan Aliaa sorang-sorang, mahu akan terjadi sesuatu. Apapun terjadi, dia akan pastikan Aliaa tidak seorangan. Aliaa kena sentiasa diteman dan dipantau.

" Awak tak kerja ke?!"

" Saya minta cuti, saya nak jaga awak.."

" Ish!! Buat apa nak jaga saya. Saya bukan budak kecil. Awak pergilah kerja. Nanti bertimbun kerja awak. Boss awak marah pula nanti.." kata Aliaa.

" Taklah. Sesekali pekerja cemerlang apply cuti emergency untuk yang tersayang. Tak adanya dia marah.."jawab Faliq.

" Ceh!! Pekerja cemerlang konon. Jangan salahkan saya pula kalau kena marah.."

" Hahaahaaa.. Jangan risau sayang. Semuanya bisa diatur.."

"Awak jangan tinggalkan saya dekat sini ye. Saya takut, nanti orang tu datang kacau saya lagi. Awak temankan saya ye. Jangan pergi mana-mana.!" Pinta Aliaa.

" Iyalah..!" Faliq garu kepala. Baru saja Aliaa suruh dia kerja tiba-tiba cakap suruh temankan dia pula. Senyum sajalah. Wajah itu direnungnya lagi. Dalam hati tak putus berdoa minta Allah kembalikan ingatannya. Tak sampai hati dia melihat Aliaa macam ni. Sedih sangat!

Sampai bila harus begini? Bilakah akan muncul kebahagiaan untuknya bersama Aliaa dan anak tunggalnya, Dhia. Dia tak sanggup terus tengok keadaan Aliaa begini. Bila penderitaan Aliaa akan berakhir.

Ya Allah..!! Ampunkan aku. Andai ini semua berpunca dari aku sendiri. Ampunkanlah aku. Berikanlah kekuatan pada bakal isteri aku supaya kuat hadapi setiap ujian dan dugaan yang Engkau berikan. Dan kuatkan aku juga. Sunggu aku tak kuat sebenarnya. Bantulah kami. Permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah..! Doa Faliq didalam hati.

Previous: Bab 146
Next: Bab 148

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.