336,543
Kategori:
Genre:
Bab 31
Sejak aku berpindah ke sini, rasa happy sangat. Aku tak fikir apa-apa pun. Siang macam biasa masuk office, balik kerja petang aku terus ke kedai . Lovella Cotton Boutique aku bersama kakak angkatku di salah satu shopping mall di bandar ini. Kak Su. Dia orang sini, ibu tunggal dan punyai seorang anak perempuan. Aku pula ibu yang ditinggalkan. Hahahaa!! So, sekarang aku memang nak sibukkan diri dengan kerja, kerja dan kerja. Bila aku busy macam ni, maknanya taklah aku terus dalam kesedihan dan kedukaan. Tipulah kalau cakap aku tak sedih, tak ingat dan tak rasa rindu pada Faliq. Semua rasa tu ada. Lagi-lagi kalau aku duduk sorang-sorang. Mestilah akan mengalir airmata. Jadi, nak elakkan dari mengalir airmata. Inilah cara aku buat, menyibukkan diri dengan kerja. Kadang, sampai nak makan pun tak. Iyalah, dah jadi usahawan kut. Hahaa..! Yang penting aku happy.

Setiap hujung minggu, aku akan masuk kedai uruskan kedai, layan customer memang aku suka. Kami uruskan sendiri je kedai ni. Cuma ada seorang pekerja perempuan dan juga dibantu oleh anak Kak Su. Cukuplah tu. Alhamdulilah sambutan menggalakkan. Walaupun kanan kiri kedai kain juga. Rezeki Allah tu kan luas. Yang penting niat, insha Allah. Dhia pun cukup happy dekat sini, sebelum aku berpindah ke sini Datin dah siapkan semua. Rumah, maid dan transport. Lengkap semua. Rezeki Allah bagi tak pernah aku duga. Syukur sangat. Terima kasih Ya Allah!! Tapi sebenarnya, aku segan sangat dengan keluarga Datin, banyak sangat mereka dah tolong aku. Dia nak aku happy dekat sini. Terima kasih sangat. Aku nak menolak pun tak boleh, tolak kang takut kecil hati. So, terima jelah. Semoga Datin sekeluarga dilimpahkan rezeki yang murah dan berkat. Insha Allah.

Aku menyusun rapi kain cotton pasang. Semua kain jenis cotton sebab aku ni peminat tegar kain cotton. Selain kain pasang, ada juga baju siap, baju kurung dan kurung moden pun jenis cotton juga. Dan, semestinya dipadankan dengan tudung bawal. Dah ini yang aku suka pakai jadi aku manfaatkan jual benda yang aku minat juga. Best kan..!! Biasa hujung minggu macam ni, customer ramai datang. Inilah peluang mereka nak shopping sakan. Pelbagai golongan yang datang kedai ni, memang aku happy sangat. Dhia dirumah je. Tak boleh bawa, maid ada. Mudah kerja aku. Tapi kadang-kadang bawa juga. Tapi tulah kasihan pula Sis Tuti mengejar Dhia. Dah makin lasak dah anak dara aku. Dah makin bijak. Mulut jangan cakaplah, potpet potpet mengalahkan mak nenek. Penghibur hati aku dan penghibur hati Sis Tuti.

Seorang demi seorang customer masuk, yang jalan-jalan cuci mata. Kadang ada customer minat baju tapi bila tengok harga, mungkin diluar kemampuan. Kebetulan bila ada aku, insha Allah aku akan bagi diskaun pada mereka. Aku tak kisah sangat bab-bab diskaun ni. Aku pun faham, kadang mereka teringin nak pakai baju mahal atau baju cantik tapi tak punya duit yang cukup. Aku pun pernah rasa apa yang mereka rasa dulu. Jadi, faham sangat perasaan mereka. Walaupun harga baju ada yang rm30 bagi yang mampu akan rasa murah tapi bila orang tak cukup duit. Itu satu harga yang tinggi sebenarnya. Apapun, bagi aku. Sama-sama rasa, sama-sama pakai, sama-sama seronok.

"Aliaa.. Kau kuat sangat kerja. Siang kerja, balik kerja masuk kedai sampai malam. Esok pagi kau kerja lagi. Tak penat ka?!" Tanya Kak Su pada aku. Aku senyum jelah sambil tangan ligat menyusun baju.

"Selagi sihat, selagi mampu. Kerjalah kak. Lagipun apa saya nak buat dekat rumah. Hidup sendiri kan.."jawabku.

"Iyalah. Kalau ikutkan, jawatan kau bagus sudah tu. Banyak sudah duitmu. Bagus balik kerja kau di duduk rumah saja. Rehat.. Kedai ni biar akak uruskan. Bukan apa, kasihan akak tengok kau ni.." simpati Kak Su pada aku.

" Hahahaa.. Akak ni, tak payah kasihanlah. Kita sama-sama uruskan, sama-sama kerja, sama-sama dapat. Kan bagus tu.."

"Kalau bercakap sama kau ni, hmm.. Memang ada saja jawapannya. Suka kaulah.." Hehehe! Aku gelak je. Aku faham maksud Kak Su tu.

" Lina.. Kalau nak makan pergi makan dulu ya. Ni biar saya buat.."

"Baik Kak.. Saya keluar dulu ya!" Aku mengangguk. 


Sedang sibuk menyusun kain, handphone ku berbunyi. Rajin betul dia call aku. Padahal tiap hari jumpa dekat office kut. Haikal.. Haikal.. !!

" Ya Haikal..!!"

"Awak dekat kedai ke? Dah makan?!" Lembut je suara dia ni.

"Aha dekat kedai. Ni lah tempat saya, mana lagi. Dah makan dah tadi.." jawabku. Senyum.

" Awak busy ke? Baru nak ajak awak makan. Tak dapat lagi nak keluar makan dengan awak ." aku gelak kecil.

" Tulah.. Awak lambat. Saya baru je lepas makan ni.."

"Iyalah tu. Kalau cuti memang payah betul nak ajak awak keluar, kannn" katanya.

"Hahahaa..!! Nak buat macam mana saya kan busy. Usahawan kann. Cewaaahh!! Hahaha!!" Aku gelak lagi dan lagi. Bergurau.

" Okeylah. Taknak lah ganggu orang tengah busy. Usahawan berjaya! Apapun, kerja elok-elok. Take care. Bye!!"

"Insha Allah..!!" Aku matikan talian. Hmm... Mengeluh sendiri. Dah banyak kali dia ajak aku keluar. Lagi-lagi time cuti. Tapi aku tak pernah sekali pun keluar dengannya selain waktu kerja dan urusan kerja. Kalau keluar nak jalan-jalan,nak makan. Memang tak pernah. Macam-macam dia pujuk aku. Tapi maaf Haikal. Aku tak boleh. Haikal lah satu-satunya kawan aku dekat sini. Oh ya! Dan Kak Su. Mereka jelah kawan aku. Yang banyak tolong aku. Dari sehari ke sehari, aku semakin rapat dengannya. Sebelum ni elok panggil Encik Haikal tapi sekarang panggil Haikal je. Lebih mesra katanya. Sukahatilah.

" Apa yang kau menungkan tu?! Teringat lakimu?" Hahaha.. Aku gelak kecil. Ada-ada je Kak Su ni.

" Gelak pula. Takkan kau tak ingat dia. Dia tak cari kau?" Kak Su duduk didepanku. Aku senyum dan pandang meja. Kak Su ni, tak ada benda lain ke nak tanya.

"Tipulah kalau tak ingat. Tapi nak ingat pun nak buat apa, nanti sedih. Sebab tu saya kuat kerja. 24jam kerja. Jadi taklah ingat. Betul tak?!"

" Iyalah. Kalau dia mahu kau balik macam manalah Aliaa. Kau mahu sama dia lagi?!" Aduh Kak Su ni. Soalan dia ni kan, buat aku dup dap dup dap nak jawab. Iyalah, bukan selalu dapat borak dengan dia macam ni. Lagi-lagi bab personal aku. Setiap kali dia tanya, aku akan elak dari menjawab. Tapi ni tak apalah. Jujur.

" Hmm.. Akak rasa?!"aku senyum

" Akak tanya kau, kau tanya akak balik.." berkerut Kak Su. Aku gelak dan terus bangun. Tak jawab pun. Faham sangatlah Kak Su dengan perangai aku ni. Bila aku malas nak jawab aku bangun dan tinggalkan dia.

Lalalaaa... Sambil melipat dan menyusun tudung bawal ni, aku menyanyi-nyanyi sendiri. Ada seorang wanita setengah umur berjubah masuk ke dalam kedai. Tenang je tengok wajahnya. Aku sambut makcik tu dengan senyuman.

"Saya mahu cari kain plain warna royal blue ada tak?!" Tanya makcik itu.

" Royal blue ada. Makcik tunggu sekejab ya" Aku terus mencari di sudut Japanese Satin Plain. Memang sudut khas semua jenis cotton plain berkualiti punya. Aku buka plastik dan keluarkan kain itu.

" Ni makcik.. Kain ni sedap pakai, walaupun cotton tapi sejuk. Tak mudah kedut, tak luntur dan permukaannya berkilat. Kalau makcik nak buat jubah memang cantik sangat. Salah satu bagusnya jenis cotton ni tak melekat dekat badan.." complete aku terangkan satu persatu. Makcik itu membelek-belek kain. Dan mengangguk-angguk. Aku senyum.

"Berapa meter ni?!"

"3.5 meter tapi bidang 60'. Bidang besar. Boleh untuk bersaiz XL.. Kalau untuk buat baju melayu pun cantik kain ni.." Aku pun syok mempromosi.

" Bagus juga kain ni.."

"Ya betul makcik. Kain ni memang bagus. Saya sendiri pun pakai. Selesa sangat..!!"

" Kalau saya mau beli banyak ada dapat diskaun ?!" Tanya makcik dengan senyuman.

"Mestilah ada makcik. Kebetulan makcik datang ni saya ada. So, saya bagi special price for makcik.." Kataku semangat.

" Alhamdulilah. Ni kedai awak?!"

"Hmm.. Iya.. Kedai saya dan kakak angkat saya.. "berat pula aku nak jawab. Jarang customer tanya dan jarang juga aku nak jawab. Tapi disebabkan makcik ni customer pertama aku untuk hari ni. Jadi, jujur jelah.

"Kamu dari mana?!"

"Saya dari Semenanjung.."

" Baru juga kedai ini kan. Biasa saya beli kain di butik depan sana tu. Nampak kedai ini, saja mahu tengok-tengok.." jelasnya peramah.


"Iya makcik..!! Baru dua tiga bulan macam tu lah. Kedai saya ni jual semua jenis cotton.."

"Iyalah. Makcik pun suka juga jenis kain ni. Makcik mahu tujuh pasang. Ada stok kan.."

Tujuh pasang? Ada-ada. Makcik duduk dulu ya. Saya ambil kain didalam sekejab.." Aku memberikan kerusi pada makcik. Dan kemudian keluar semula dengan membawa tujuh pasang cotton satin warna royal blue. Cantik!!

" Ni kainnya makcik.. Banyak kain ni. Nak buat untuk raya ke?!" Saja ku bertanya.

" Tak.. Untuk majlis perkahwinan anak bongsu makcik. Lama lagi sebenarnya. Lagi tiga bulan, tapi anak sulung makcik ajak beli. Ikut sajalah.." terang makcik.

"Oyeke.!"

"Sekejab ya.. Makcik call anak makcik dulu. Mana entah hilangnya ni.." Makcik mengeluarkan handphone nya dan menghubungi anaknya. Aku memasukkan kain-kain pasang ini ke dalam beg kertas. Dan memasukan sehelai tudung bawal bidang besar berwarna cream ke dalam beg kertas kecil.

" Along dimana? Sudah mama dapat kain ni. Datanglah kedai tadi. Sekarang ya..!!" Makcik memasukkan handphone ke dalam handbagnya. Lembut suaranya.

Sekejab ya..! Tunggu anak makcik datang. Apa nama kamu?!" Aku mengangguk tanda faham.

"Saya Aliaa Sofea. Panggil je Aliaa.." Kami berbual mesra. Entah kenapa aku rasa seronok sangat berbual dengan makcik ni. Tiba-tiba rasa rindu dekat mama. Kalau tengok wajah makcik ni, rasanya sebaya mama kut.

Kemudian, datang lagi seorang customer. Mencari baju kurung moden. Aku tinggalkan sekejab makcik yang sedang duduk menunggu anaknya. Dan, melayan customer itu.

" Sudah dapat kainnya ma.!" Tanya seorang lelaki pada makcik. Anaknya lah kut. Aku tengah fokus melayan customer ni. Mencarikan saiz baju yang dia minta.

" Iya.. Along rasa macam mana kain ni? Okey kan?!"

"Okey ni ma. Cantik.. !! Cukupkah tujuh pasang ni?"

"Iya cukup..!!"

"Jadi berapalah harga ni. Ada diskaun tak?!"

"Ada bha.."

Aku memberikan kurung moden saiz L yang diminta oleh customer tadi. Dan, customer terus masuk ke fitting room untuk mencuba. Aku menoleh kearah makcik dengan senyuman.

Dan.. Apabila aku menoleh je. Aku terusssss...!!
Ya Allah...!! Berdebar jantung aku. Mata kami bertentangan tanpa berkelip. Terpaku, terkaku, dan semua terrrrr...

"Aliaa??!!"

Aku terdiam seribu bahasa..

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.