336,687
Kategori:
Genre:
Bab 49
Haikal mencari kunci pendua di dapur. Di kabinet, di setiap laci dibuka dan diselongkar. Jumpa sahaja terus berlari naik ke atas bilik Aliaa. Adil masih lagi mengetuk-ngetuk pintu memanggil Aliaa. Tapi tiada jawapan pun. Punyalah risau Adil. Hati semakin berdebar. Haikal terus mencuba satu persatu anak kunci. Dan, berjaya. Pintu segera dikuak lebar.

"Ya Allah Adikkk..!!" Aliaa terlantar dilantai dengan tangan penuh darah.

" Adik.. Adik.. Bangun dik..!!"Adil menampar-nampar lembut pipi Aliaa. Mengoyang-goyangkan badannya. Menitis airmata seorang abang melihat adik dalam  keadaan begitu.

"Sabar Adil. Tangannya luka kena kaca ni.. Angkat dia atas katil.."arah Haikal. Lembut saja suaranya. Adil terus angkat Aliaa ke katil. Wajah adiknya diperhati. Pucat lagi. Ubat bertaburan dilantai. Dahi Aliaa diciumnya. Rasa kasih dan sayang pada si adik tak berbelah bagi. Sedih mengenangkan nasib si adik. Satu-satunya adik kandung, darah dagingnya.

" Sis.. Tolong ambilkan emergency kit ya.." Sis Tuti terus berlari turun. Haikal mengutip segala kaca dan ubat dan masukkan ke dalam bakul sampah. Lalu bakul sampah diletak ditepi pintu. Darah sudah berhenti mengalir. Habis tapak tangan Aliaa luka. Penuh dengan darah.

"Sayang.. Bangun sayang.. !! Abang ni.." Adil masih cuba mengejutkan Aliaa. Aliaa cuba membuka mata. Adil senyum. Dia kesat airmata,  tidak mahu Aliaa nampak.

"Abang..!! Kepala adik sakit.." Perlahan suara Aliaa antara dengar dan tidak saja.

"Rehatlah. Tidur ye.."Adil mengusap-ngusap kepala Adil. Tidak lama kemudian, Sis Tuti masuk dan memberikan emergency kit pada Haikal. Haikal menyuruh Sis Tuti mengambil kain dan air untuk cuci luka ditangan Aliaa.

Haikal mula mencuci luka ditangan Aliaa. Perlahan-lahan dia lap darah ditangan, dilakukannya dengan penuh berhati-hati. Luka tidak begitu besar dan darah sudah berhenti mengalir. Haikal letak ubat luka perlahan-lahan ditangan Aliaa. Kemudian, tampal plaster dan balut dengan menggunakan kain kasa. Adil hanya memerhati.

Suasana sunyi seketika. Adil masih lagi mengusap-ngusap kepala Aliaa.

" Jom kita keluar dulu. Dia tengah tidur. Nanti minta Sis tukarkan baju dia. Habis berdarah baju ni.." Kata Haikal perlahan. Adil hanya mengangguk dan ikut apa kata Haikal. Haikal keluar dari bilik Aliaa dan terus mencari Sis Tuti di dapur. Meminta Sis Tuti  menukarkan baju Aliaa. Sis Tuti mengangguk dan mengangkat dulang berisi air kopi dan sepinggan kuih karipap yang dibuatnya petang tadi.

Adil dan Haikal ke ruang tamu dan duduk di sofa. Adil memberikan Haikal air kopi. Haikal menghirup perlahan air kopi panas dan meletakkannya semula diatas meja.

" Thanks bro. Tolong aku.. "

"Tak apa. Aliaa dalam tekanan tu.." kata Haikal.

"Iya.. Tak satu- satu dugaan dia terima. Aku sendiri pun yang tengok rasa tak mampu nak tanggung.."

" Aliaa tu seorang yang kuat. Selama aku kenal dia, dia tak pernah mengeluh. Aku tahu masalah dia. Uncle dah cerita semua. Dia je tak pernah cerita apa-apa pun.." kata Haikal.

" Dia bukan jenis suka bercerita. Apapun masalah dia lebih banyak berdiam. Pendam sendiri."

"Tulah.. Dia tutup kedukaan dengan senyumannya. Bila dah terlalu pendam, itu yang tertekan.. Kasihan aku tengok dia bro. Tapi aku kagum dengan dia. Semangat dia.."jujur Haikal berkata.

" Thanks bro. Kau tengok adik aku selama ni. Dato' ada cakap, dia suruh kau jaga Aliaa dan Dhia.."

"Iya.. Kau jangan risau. Selagi aku mampu. Hmm.. Boleh aku tahu kenapa tiba-tiba dia jadi macam ni. Sebab tadi dekat office dia okey je.." tanya Haikal ingin tahu. Adil menceritakan semua pada Haikal. Haikal kena tahu, bolehlah Haikal pantau keadaan Aliaa nanti bila dia dah balik KL.

Berbual punya berbual, muncul Aliaa pula. Dua-dua terkejut. Memandang sesama sendiri. Diikuti Sis Tuti.

"Sis.. Kenapa bagi Cik Aliaa bangun. Kan saya dah cakap jangan sampai dia bangun?!" Haikal marah.

"Maaf Pak.. Cikpuan berkeras mahu turun.." Sedih muka Sis Tuti.

"Saya yang nak turun, jangan marah dia. Sis pergi masuk ya.."kata Aliaa lembut. Aliaa terus duduk disebelah Adil. Meletakkan kepala dibahu Adil.


"Adik okey tak ni?" Tanya Adil lembut.

"Okey abang..!! Jangan risau ya.." Aliaa senyum. Haikal hanya memerhatikan Aliaa saja. Bersimpati dengan nasib Aliaa.

"Apa yang berlaku? Kenapa tangan adik ni abang?" Tanya Aliaa terpinga-pinga. Adil pandang Haikal.

"Tak ada apa. Tangan adik kena kaca sikit ni.." jawab Adil senyum.

"Kena kaca? Kaca apa pula.. " berkerut Aliaa. Pelik. Dia tak sedar kejadian sebentar tadi. Seperti mimpi. Seperti khayalan saja.

" Abang.. tadi adik tak dapat bernafas. Sakit sangat dada ni. Rasa macam.. macam nak mati je.."Aliaa mengadu.

"Selalu ke adik macam tu?!"

" Tak.. Kadang-kadang tapi sekali sesak tu rasa macam. Entahlah.."

"Sekarang ni macam mana?! Nak makan tak?!" Tanya Adil lagi. Betapa risau hatinya.

"Taknak.. Ni dah okey.. Cuma rasa penat sangat"

"Adik pergi naik atas. Rehat dan tidur. Jangan tutup pintu. Kalau ada rasa sesak nafas nanti panggil abang.. Pergi naik!!" Aliaa mengangguk dan terus berlalu. Lemah.

"Aliaa ada masalah jantung ke Dil?!" Tanya Haikal.

" Tak.. Dia penghidap anemia." jawab Adil.

" Aku sarankan bawa dia pergi check up. Anemia berisiko penyakit jantung bro. Kalau dibiarkan boleh bawa maut. Aku tak pakar bab ni tapi ilmu perubatan ni aku ada.." kata Haikal.

" Iya aku tahu. Selepas dia bersalinkan Dhia, dia pernah koma sebab anemia dan tumpah darah tak silap aku. Selepas tu aku tak tahu tahap kesihatannya macam mana. Aku busy, memang jarang dapat jumpa dia. Aku ingat dia okey je sebab bila ditanya, jawapan tetap okey manjang..."keluh Adil.

" Tak apalah. Nanti kalau dia dah okey sikit. Aku try pujuk dia. Patutlah muka dia selalu je pucat.."

"Dia selalu tak sihat ke bro?!"

" Jarang tak sihat tapi selalulah pucat. Aku tengok dia pun risau juga. Kuat sangat kerja. Siang masuk office, dekat office busylah juga balik kerja dia sambung ke kedai sampai malam.." kata Haikal.

" Hmm.. Untuk pengetahuan kau, itulah Aliaa.." Haikal senyum. Tenang saja.

"Okeylah bro. Aku minta diri dulu. Kalau ada apa-apa perlukan bantuan call je aku. Rumah aku pun area sini je.."Haikal berdiri.

"Baiklah. Terima kasih banyak-banyak.." kata Adil. Menghantar Haikal hingga ke keretanya. Apabila kereta Haikal sudah hilang dari pandangan. Adil menutup pintu pagar dan terus masuk ke dalam rumah. Naik keatas, membuka pintu bilik Aliaa. Aliaa sedang tidur. Diselimuti Aliaa, direnung wajahnya lagi. Disebalik keceriaan wajah Aliaa terselit seribu kelukaan dan kedukaan.

Inilah nyawanya dunia akhirat. Dahi adik dicium. Kasih seorang abang. Baru saja mahu bangun, handphone Aliaa berbunyi perlahan. Adil berkerut. Dan terus ambil handphone bawa keluar. Pintu dirapatkan. Tiada bernama. Beberapa kali berbunyi.

"Assalammualaikum Aliaa.. " suara yang cukup dia kenal dihujung talian. Hati mula menyirap.

"Waalaikumsalam.." jawab Adil.

"Eh!! Adil.. Hmm.. Mana Alia?!" Nada terkejut.

"Dah tidur. Kau nak apa lagi call dia?" Tanya Adil tegas.

" Tak ada apa, cuma nak tanya khabar.."

"Aliaa sihat je. Insha Allah.."

"Adil.. Aku.. Aku minta maaf. Aku masih sayang Aliaa bro.." tergagap-gagap Faliq.

"Hahaha.. Sayang!! Masih sayang..!! Aku malas nak cakap lebih, kau tahu kenapa kan. So, ini aku info kau, tolong jangan kacau adik aku lagi ya.." kata Adil tegas.

"Bro.. Bro.. Relax!! Janganlah macam ni. Dia masih isteri aku kut. Mana boleh kau buat macam ni broo.." Faliq tak puashati.

" Oo tak boleh ye?! Kau nak tahu boleh atau pun tak, nanti jumpa di mahkamah je. Tak lama lagi pun bro, berapa hari je lagi. Okey?! Faham?!"

" Nanti.. nanti..!!  Dengar dulu.. Sebenarnya aku nak.. !!" Adil terus potong percakapan Faliq.

" Dahlah Faliq.. Aku taknak dengar apa-apa lagi dah. Tolong jangan contact adik aku lagi sampai keputusan mahkamah dibuat nanti. Jumpa dimahkamah.. Assalammualaikum.." Adil terus mematikan telefon. Geram betul dia. Rasa kecewa dan sakit hati pada Faliq memang masih menebal. Bayangkan, dia sendiri pun rasa kecewa. Hanya seorang sahabat. Inikan pula kecewa dan hampanya Aliaa sebagai isterinya. Macam mana rasanya menanggung rasa itu? Fuhh!! Hebat dugaanmu Aliaa. Bersabarlah..


Adil masih memegang handphone Aliaa. Masih lagi duduk termenung. Tiba-tiba tergerak hatinya mahu melihat whatsapp. Tiada banyak pun ruangan chat. Cuma whatsapp dari Adil sendiri, Haikal, Kak Su, Erisya dan Meroyan.

Berkerut dahi Adil.

"Meroyan..? Siapa ni?" Kata Adil sendiri. Adil membaca semuanya dari awal hingga akhir. Segala gambar semua dilihat. Sangat terkejut. Kata-kata jahat si Meroyan, kata-kata fitnahnya pada Aliaa. Sampai Adil terasa sendiri. Mengucap panjang dia.

"Kurang ajarnya Meroyan ni. Sampai macam ni sekali kau fitnah adik aku. Patutlah Faliq benci sangat pada Aliaa. Ini semua sebab kau si Meroyan. Hmm.. Sama je. Faliq dan Meroyan ni pun sama je. Baguslah memang sepadan pun. Ambillah kau Faliq, buku bertemu ruas. Astagfirullah Al Azim.." Adil menyapu muka dengan tapak tangannya.

Ada satu lagi nombor tidak dikenali di whatsapp. Adil membuka dan baca. Istighfar panjang lagi dia. Kata-kata amaran dan marah. Baca punya baca, ini pula dari bekas isteri Zahwan. Aduhai.. Kena lagi warning, kena lagi fitnah.

" Adik.. Adik..!! Bersabarlah sayang. Allah duga adik sebab Allah sayang adik.." kata Adil sendiri. Betapa hebat dugaan terhadap adiknya. Tak habis satu, datang lagi satu. Yang dia pelik semua dari sahabat-sahabatnya pula tu. Faliq dan Zahwan. Dari dulu sampai sekarang. Dia sendiri pun tak tahulah kenapa. Ada sebab Allah duga. Ada sebab Allah atur semua ni.

Sebenarnya dia sendiri pun rasa bersalah. Dia yang mahu sangat Aliaa bersama Faliq dulu. Dan, inilah jadinya. Pengakhirannya..!!
Kita hanya merancang, tapi Allah yang menetukan segalanya.

" Sabarlah wahai Adik.. Abang sentiasa ada bersamamu, sayang..!!"kata hati Adil. 

Previous: Bab 48
Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.