336,437
Kategori:
Genre:
Bab 125
Semangat dia mahu masuk office hari ni. Belum jam 8.00pagi lagi dia sudah berada di lobi. Pagi ni dia nak menghadap Dato' Chiew nak minta cuti emergency selama seminggu, dengan alasan mahu balik kampung. Tapi bulan lepas baru saja dia bercuti lama. Mahu minta cuti lagi. Hmm.. Tapi kali ini dia mahu minta cuti kerana hal sangat penting. Mahu ikut Faliq. Mahu jumpa Faliq di JB. Dia fikir, bila jumpa disana mesti Faliq mahu bersamanya, mahu luangkan masa bersamanya. Iyalah.. Di sini kan ada Aliaa, mana-mana Faliq pergi ada Aliaa. Di KL ni, Aliaa sentiasa di depan mata Faliq, boleh dikatakan 24 jam hanya Aliaa saja. Dan, bila Faliq di JB tu, sendirian dan tidaklah Faliq fikir pasal Aliaa kut. Lagi-lagi bila dia berada di depan mata Faliq. Mesti Faliq akan cair punyalah. Fuhh!! Confident yang amat.

Tasya dah atur setiap plannya bersama kawannya yang juga mengenali Faliq. Kawan lama yang sama perangai dengan Tasya. Satu office mereka dahulu. Mudahlah kerja Tasya, dapat info dari kawannya itu. Baguslah kawan dengan orang yang sama perangai dia. Memang cunlah tu. Apalah plan Tasya sebenarnya. Tasya jalan terkedek-kedek macam itik dengan wajahnya yang sangat ceria.

Melangkah masuk ke dalam office dan terus berjumpa dengan Secretary Dato' Chiew.

" Dato' dah sampai ke?"

" Hari ni Dato' tak masuk office.!"

" Ha?! Alaaaaa.. I ada hal nak jumpa dia. Emergency. I call dia tak dapat.." keluh Tasya. Bella angkat bahu. Meneruskan kerjanya. Malas dia mahu layan si Tasya ni sebenarnya.

" You tolong i boleh?!" Bella keluh. Pertolongan apa lagi Tasya nak dia lakukan.

" Tolong apa? Kalau you nak suruh i mintakan duit dekat Dato'. Sorry..!! I tak nak..!!" Awal-awal lagi Bella menolak. Cukuplah dia dipergunakan dengan Tasya selama ini. Serik.

" Bukan tulah. You ingat i tak ada duit ke..!" Tasya menjeling pada Bella dan Bella buat muka mengejek.

" Habis apa dia? Cepat cakap i busy lah.."

" Macam ni.. I nak apply cuti. Emergency!! Tolong uruskan. I nak cuti seminggu start hari ni. Okey?!" Arahnya. Berkerut Bella dengar.

" You kan baru cuti. Mana boleh cuti lagi. Asyik cuti je dia ni. Apa alasan you lagi.." Bengang Bella.

" Tak payahlah jadi busy body. I nak cuti ke nak apa ke. Bukan masalah you pun..  Luluskan je lah.." Mudahnya Tasya cakap. Naik menyirap hati Bella.

" Memanglah masalah i. You yang cuti, i yang kena marah dengan Dato'.." jelas Bella. Tasya buat muka bosan.

" Itu i tak tahu. Yang i tahu i nak cuti start hari ni. Padanlah muka you. You nak sangat kan jadi Secretary Dato' , padanlah muka. I yang layak, you pula menyibuk.." Senyum sinis Tasya pada Bella. Punyalah dia sakit hati dengan Bella.

" Heyy!! You ingat i macam you ke! Gila pangkat, gila kuasa, gila duit Dato'. I tak inginlah jadi Secrectary ni. Tapi sebab i ni berkebolehan dan rajin buat kerja. Sebab tu Dato' pilih i dan bukan you yang haram tak reti buat kerja. Tahu menyusahkan orang je.." Kena sebiji dengan Bella. Mereka memang tak boleh jumpa pasti akan bertekak. Biasa yang mulakan sudah tentu Tasya.

" Biarlah i nak gila pangkat ke, nak gila kuasa ke. Sukahati you lah nak cakap apa pun. Yang i tahu i nak cuti.." Selamba je Tasya.

" Pelik betul dia ni. You ingat ni company bapa you ke. Suka-suka nak cuti..!"

" Kalau company bapa i, taklah you kerja dekat company ni kan. Dan semestinya i tempang kaki je duduk rumah..!" Melawan juga Tasya ni.

" Eleehhh ... Kerja ni pun tempang kaki juga. Poyo lebih..!!" Bella jeling lagi.

" You ni bisinglah. Okeylah i masuk bilik lagi bagus. Lepas tu i nak balik JB. Byee..!!" Katanya lagi.

" I tak janji Dato' lulus kan atau tak cuti you ni. So, jangan harap sangatlah yee.!" Bella membalas jelingan.

" Yang i tahu i nak cuti juga.." Eh.. Eh.!! Selamba je Tasya. Geram betul Bella dengan Tasya ni. Sakit hati sangat. Tasya terus berjalan masuk ke dalam biliknya. Bella masih lagi memandang tajam ke arah Tasya.

" Sakit jiwa aku macam ni. Jadi kerani lagi baiklah. Peliklah perempuan ni, macam mana Dato' boleh ambil dia kerja. Mula-mula masuk boleh buat kerja jugalah tapi lama-lama langsung tak buat. Dah aku yang kena marah adalah. Ilmu apa dia pakai pun tak tahulah.. Sakit otak lama-lama.." keluh demi keluhan Bella. Ganggang telefon diangkat dan menghubungi Dato' Chiew.

Tasya duduk di kerusi. Gelak dan gelak. Handphone dikeluarkan dari dalam handbag Bonia yang mahal itu. Dan kemudian, menghantar whatsapp pada Aliaa. Ada saja yang dia mahu sakiti hati Aliaa. Pelik memang pelik. Hidupnya memang untuk menyakiti hati orang lain saja kut. Bilalah nak jadi baik kau Tasya.

" Haii Aliaa.. Happy nya i dapat dengan sayang i sekarang ni. Tak sabar nak tunggu malam ni sebab Faliq nak bawa i dinner tempat romantik tau. Jangan jelousss!! Byeee.." whatsapp dihantar.

" Hahaha.. Padan muka you Aliaa. Selama ni you sakitkan hati i kan. Sweet couple konon. You silaplah Aliaa.. Masanya akan tiba tak lama lagi. Hahahaa..!!" Tasya gelak kuat dan kuat. Seronoknya hidup Tasya.

Handphone masih dipegang erat. Menanti balasan dari Aliaa tapi tiada pula. Berkerut-kerut dahinya. Mahu saja dia call Aliaa, mahu cakap terus pada Aliaa tapi dibatalkan saja niatnya. Dia kena pergi cepat, dan tak boleh sampai terserempak dengan Aliaa. Kalau Aliaa nampak dia nanti habislah musnah pula plannya.

Tanpa berfikir panjang, Tasya terus tempah tiket penerbangan ke JB. Semuanya dihujung jari. Mudah dan pantas. Confident betul si Tasya ni.

"Oitt Tasya..!! Sorry.. !! Dato' tak luluskan cuti you..!!" Muncul Bella dimuka pintu.

"What?? Oh my god!! But why?? I dah booking tiket flight dah. Ishh!! Mana boleh macam ni..." Terus saja Tasya berdiri. Terbeliak mata seperti mahu terkeluar biji matanya.

" I don't know!! I ikut arahan Dato' je..!"

" Bel.. You cakap dekat Dato', i nak cuti juga. Emergency. Apapun terjadi.. !" Amboii Tasya ni.

" You ni kan. Dah tak lulus dahlah. You cakaplah sendiri" merungut Bella.

" Pergi jelah cakap cepat. Bisinglah..!" Memang boleh masuk Tanjung Rambutan kalau dapat staff macam Tasya ni. Hmm..

" Ishh!! Gilalah gila. Mana boleh macam ni. I dah plan baik punya. Melampaulah Dato' ni. Duit i pun dah habis dah...!" Kata Tasya sendiri. Merungut dan mbebel sendiri. Tak senang duduk dah Tasya.

Tasya ambil handbagnya dan terus keluar dari biliknya dan menuju ke arah Bella dengan muka bengang. Bella sedang bercakap dengan Dato' Chiew ditalian. Tasya berdiri memandang.

" Baik Dato'.." Ganggang telefon diletakkan.

" So..?!" Tanya Tasya.

"Sorry..!! Dato' still tak luluskan. Dato' cakap, kalau you cuti juga, Dato' akan pecat you.." jelas Bella tenang dan meneruskan kerjanya.

"Haa?? Pecat?? Kenapa sampai macam tu. Jahatnyaa..!!" Keluh lagi Tasya. Bella diam. Malas nak layan.

" Ahh!! Tak kisahlah pecat pun pecatlah. Hmm..  Tapi kan tak mungkinnya Dato' nak pecat i. I kan staff kesayangan dia. Dia saja je tu cakap.  Kalau dia nak pecat i pun, lepas seminggu pastu dia contact i minta i kerja semula. I kenal Dato' tu.." Katanya sendiri. Bella pandang muka Tasya dengan pandangan meluat. Perasan lebih.

" Bel.. I tetap nak cuti tau. Pandai-pandailah you cakap dengan Dato' nanti ya. I kena balik JB juga sekarang. Ada hal sangat penting demi masa depan i.. Okey bye!! Lalalaaaaa..!" Tasya terus berlalu meninggalkan Bella. Bella langsung tak cakap apa-apa. Malas dia layan orang gila tu. Lebih baik dia buat kerja sendiri.

Tasya ni level confident dia sangat tinggi. Dia fikir, dialah yang terbaik. Mana mungkin Dato' Chiew nak pecat dia sedangkan Dato' Chiew sendiri yang ambil dia bekerja dulu. So, dia fikir dia adalah orang penting dalam company walaupun dia tak ada fungsi pun dalam company tu. Fungsi dia hanya melayan Dato' sahaja. Sebab tu senang dapat duit. Manusia penuh dengan nafsu duniawi.

Pintu liff terbuka dia terus melangkah keluar. Baru jalan beberapa langkah saja. Alamakkk!! Ternampak Aliaa bersama seorang lelaki agak kacak berjalan menuju ke tangga. Mesra sekali. Tasya sembunyikan diri di balik tiang. Cepat-cepat dia keluarkan handphone dan tangkap gambar Aliaa bersama lelaki itu. Pula dah. Apabila Aliaa sudah menghampiri tangga, Tasya menyorok ditiang itu takut Aliaa nampak dia pula. Habis kantoi plannya nanti.


Tasya memasang telinga mencuri dengar perbualan antara Aliaa dan lelaki itu. Pintu liff terbuka je terus mereka masuk ke dalam liff.

"Fuhh!! Lega! Selamat dia tak nampak i. Kalau nampak, habis hancur plan i. Siapa lelaki tu ye. Hensem gilalah, tu mesti anak Dato' kut. Kalaulah i yang dapat, bestnya.." Katanya sendiri. Memang pantang nampak lelaki hensem, semua dia nak. Apa nak jadi dengan Tasya ni.

Tasya menuruni tangga satu persatu. Penuh berhati-hati.

" Amboii.. !!Mesranya Aliaa. Pandai you kan, mentang-mentanglah Faliq tak ada, boleh you keluar dengan lelaki lain. Hensem pula tu. Jelous i. Idea baru sudah muncul.. Yess.. Yess...!!" Masih  cakap sendiri. Gelak lagi dia. Dan.. tiba-tiba....

Buukkkkkk!!... Hahaaha.. Kan dah jatuh. Terjelepuk dan terduduk di tangga.

" Aduhhhh...!! Sakitnya kaki. Kurang ajar punya tangga.." Haahaha.. Sendiri lalai, tangga juga yang kena marah. Nasiblah tangga.

" Hahahaa.. Perempuan bajet cantik jatuh tanggalah. Hahahaaaa..!!" Dua orang officemate Faliq nampak kejadian itu. Diketawakan Tasya sekuat hati.

" Dahlah jatuh. Tangga pula dia marah. Masalah otak perempuan ni oiii...!" Tambah Basri. Gelak dan gelak. Terus Basri keluarkan handphonenya dari poket dan tangkap gambar Tasya yang masih terduduk di tangga tanpa disedari Tasya dan kemudian kenyitkan mata pada kawannya. Ini confirm mahu sebarkan gambar Tasya di group whatsapp officemate nya. Merah padam muka Tasya menahan malu. Security pun ikut gelak juga. Memang lawak. Tasya terus bangkit. Terasa sakit kakinya. Terseliuh sikit. Kasut tumit tingginya dibuka.

" Yang you all gelak ni kenapa? Bukan nak tolong tapi gelak pula. Simpatilah sikit. Sakit tau tak?!" Tasya mengurut-urut kakinya sendiri.

" Basri.. Kau nak simpati ke dengan dia ni. Broo.. Taknak aku bro, tak pasal-pasal aku dapat virus parasit dari dia nanti.." gelak lagi.

" Eee.. Taknak aku. Seramm!! Dahlah jom.. Bahaya ni kalau duduk lama dekat sini. Jom.. Jom...!! Hahaahaa byee..!!" Perli lagi mereka. Terus melangkah meninggalkan Tasya dan masih gelak.

" Kurang ajar betul.. !!" Tasya jalan dengan terhenjut-henjut menahan sakit kaki. Kasut tumit tingginya dipegang. Jalan dengan mulut yang bising memaki hamun tangga. Macam-macam minah ni. Itulah akibatnya punyai hati yang busuk. Nak buat jahat, terus jatuh tangga. Rasakan..!!  Mujurlah anak tangga yang terakhir kalau jatuh dari anak tangga atas sudah pasti berguling-guling jatuh kebawah. 

Previous: Bab 124
Next: Bab 126

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.