336,446
Kategori:
Genre:
Bab 131
Handphone di letak diatas meja. Dia kembali menyiapkan kerjanya. Waktu lunch nanti mahu jumpa client lagi. Selepas balik dari kursus yang tak habis minggu lepas, semakin sibuk kerja pula dia. Tak dapat nak lunch bersama Aliaa. Aliaa pun sama, sibuk juga. Sama-sama sibuk, jumpa pun bila waktu pagi breakfast saja. Itu pun jarang.

Pintu diketuk, dan muncul Nizam dengan membawa beberapa dokumen perjanjian dan diserahkan pada Faliq. Lalu, duduk sebentar. Bersembang sementara menunggu waktu lunch.

" Encik Faliq.. Rumah macam mana? Dah settle ke?!" Tanya Nizam.

" Belum lagi. Saya ingat nak cuti dalam dua tiga hari ni, nak kemas kondo tu tapi lupa pula ada banyak appointment  minggu ni. Nak minta tolong Zaharah, dia pun busy..!" Kata Faliq sambil menyelak sehelai demi sehelai dokumen yang diberi Nizam tadi.

" Kenapa tak upahkan orang je, senang.."

" Ish!! Tak confident saya. Biarlah saya sendiri yang kemas. Puashati..!" Nizam angguk.

" Eh! Minggu ni kalau awak free, tolong saya boleh?!" Pinta Faliq.

" Insha Allah..! Encik Faliq.. Saya dengar cerita si Tasya tu dah kena pecat.." Nizam membuka cerita.

" Pecat?!" Faliq berkerut dan tangan ligat menyusun kertas kerja. Selamba.

" Iya..!! Kena pecat sebab apa, tu saya tak pasti pula. Tapi masa Encik Faliq dah balik KL tu, dia datang jumpa saya bertanyakan Encik Faliq, saya cakaplah Encik Faliq dah balik KL, dia memang marah gilalah. Depan saya dia maki-maki Cik Aliaa. Macam-macam dia maki. Punyalah sakit hati dia.." sambung Nizam lagi.
Faliq senyum.

" Biar jelah dia. Kalau dilayan makin menjadi-jadi pula. Tapi tulah, si Aliaa pula melayan. Geram katanya, Aliaa pun sengaja buat dia bengang. Hmm..!" Faliq menyandarkan badan dikerus. Nizam gelak kecil. Faham sangat perangai Aliaa.

" Mana tak geram, dah Tasya tu selalu buat dia sakit hati. Padanlah muka Tasya tu. Hehe..!" Nizam menyokong Aliaa. Faliq menarik nafas dalam.

"Eh!! Apa yang kecoh-kecoh dekat luar tu..!" Faliq dan Nizam berpandangan. Terdengar suara orang menjerit-jerit. Dan, tiba-tiba pintu ditolak keras. Terkejut Nizam. Faliq tenang saja. Muncul Tasya dengan wajah yang macam pontianak bersama Nora.

" Encik Faliq.. Sorry!! Perempuan ni buat hal lah. Tak boleh halang..!" Kata Nora.

"Tak apa Nora. Thanks..!!" Faliq senyum pada Nora dan Nora terus keluar. Sempat menjeling pada Tasya.

"Apa jeling-jeling. Cucuk mata tu nak?!" Marah si Tasya. Pintu ditutup. Tasya terus pandang Faliq. Nizam mahu keluar tapi Faliq tidak izinkan. Nizam duduk semula.

" Sampai hati you Faliq. Sampai hati..! Sebab you hidup i jadi macam ni.." Tasya memulakan dramanya. Faliq masih duduk.

" Apa yang aku dah buat? Aku tak buat apa-apa pun pada kau.." jawab Faliq.

"Tak buat apa-apa? Hey you! You tinggalkan i di JB sana, you kata you tak buat apa-apa?!" Nizam mahu gelak tapi ditahan.

"Tinggalkan kau? Aku tak ajak kau pun, kau tu je yang menyibuk.."

"Memang you tak ajak tapi i nak temankan you. I nak luangkan masa dengan you Sayang..!" Suara Tasya perlahan.

" Aku tak suruh dan aku tak ingin kau temankan aku. Dari aku ajak kau lebih baik aku ajak Aliaa.." balas Faliq. Terus berubah merah padam muka Tasya bila Faliq sebut nama Aliaa.

" Kenapa asyik perempuan tu je. Hey!! Faliq.. You tahu tak, baru sehari you pergi, dia menggatal dengan lelaki lain. Depan mata i,  mesra bukan main. Perempuan tu yang you nak jadikan bini. Perempuan tu langsung tak layak untuk you lah Faliq. Buta ke mata you Sayang.." Sedapnya mulut Tasya bercakap. Faliq senyum dan berdiri. Pandang muka Tasya dan senyum lagi.

" Jadi, perempuan macam mana yang layak untuk aku tu? Macam kau?!" Tanya Faliq.

" Iyalah sayang..!! Hanya i je yang layak untuk you..!" Mulalah si Tasya menggedik-gedik membelai bahu Faliq. Faliq menepis.

" Salah tu. Perempuan yang layak untuk aku hanya Aliaa Sofea. Tak ada orang lain. Dah banyak kali dah aku cakap pada kau kan. Hanya Aliaa, kau tak faham bahasa melayu ke atau nak aku cakap bahasa Jepun?!" Faliq senyum sinis. Tak berkelip mata Tasya pandang Faliq. Nizam memerhati. 


" I tahulah you pandai cakap Jepun, tak payahlah nak berlagak.." Nizam gelak terus. Buat lawak pula Tasya ni.

" Nak berlagak apa benda, dah kau yang tak faham bahasa melayu kan!! Sudahlah Tasya, aku penatlah dengan kau ni. Ganggu aku tak habis-habis. Tolonglah pergi dalam hidup aku dan Aliaa.."

"I takkan pergi dari hidup you Faliq. Takkan!! I sayang you, i cinta you sangat-sangat.."

" Sudahlah..!! Tolong keluar sekarang!!" Arah Faliq.

" You halau i sayang!! Sampai hati you! I sanggup ke JB semata-mata kerana you. I sanggup hampir dipecat kerana you. I sanggup lakukan apa saja demi you. Sikit pun you tak hargai i? You tetap Aliaa.. Aliaa.. Aliaa!! " mata Tasya tajam memandang Faliq.

" Oh!! Dah kena pecat ye. Baguslah, bolehlah kau balik kampung. Menyemak je dekat KL ni..!" Tiba-tiba Nizam bersuara.

" Helloo..!! I tak jadi kena pecatlah, mana mungkin Dato' Chiew nak pecat i.." Boleh pula dia menjawab. Bangga pula tu. Nizam gelak lagi. Faliq serius. Tapi sebenarnya dia pun nak gelak juga. Tapi tahan.

" I rasa kalau Aliaa tu mati, mesti you akan balik pada i kan.." Selamba Tasya cakap senyum sinis lagi pada Faliq.

"Apa kau merepek ni? "

"Hahaahaa..  Iya..!! Itu je caranya untuk you kembali pada i. Sekarang ni, you sikit-sikit Aliaa sebab dia ada di depan mata you kan. Bila dia dah masuk lubang kubur, i yakin, you akan kembali pada i.." sambung Tasya lagi. Nizam geleng kepala.

" Gilalah perempuan ni. Dah Zam! Jom lah..!! Saya pula yang jadi gila nanti.. " Faliq mengambil beg kerja dan kertas kerjanya. Nizam angguk dan berdiri.

" Sayang.. !! I akan buat apa yang i cakap. You jangan menyesal tau..!!" Nizam buka pintu, Faliq terus keluar meninggalkan Tasya yang masih berada didalam biliknya. Dibiarkan saja Tasya sendirian. Tak lama, Tasya keluar mengekori Faliq dan Nizam. Semua mata tertumpu pada Tasya. Masing-masing pelik melihat Tasya. Faliq buat selamba saja. Berbual bersama Nizam. Tasya tetap mengekori. Faliq masuk dalam liff, Tasya masuk. Keluar liff, dia keluar. Dah kenapa pula si Tasya ni. Rimas Faliq.

" Kau ni dah kenapa? Apasal ikut aku ni." Faliq bengang. Berhentikan langkah.

" I nak ikut you. I tak sanggup nak berjauhan dari you. Kali ni je. Please Faliq..!!" Ha?? Faliq berpandangan dengan Nizam. Betul- betul gila Tasya ni. Tak ada perasaan malu langsung.

"Peliklah kau ni. Dahlah.. Dahlah.. Kau pergi naik office kau sekarang atau kau pergilah mana-mana pun. Tak payahlah ikut aku. Masalahlah perempuan ni..!" Faliq marah.

" I nak ikut you juga. Please Sayang..!!" Memang tak faham bahasa. Apa kena Tasya ni. Meroyan tak habis-habis. Sengaja dia buat drama di lobi, waktu kemuncak orang turun naik office. Sengaja mahu Aliaa tengok.

" Woii..!! Kau pergi berambuslah. Kau sengaja buat drama kan, ingat aku tak tahu taktik kau.." kata Nizam dapat menduga.

"Sukahati i lah. You menyibuk kenapa?" Tasya menjeling Nizam.

"Memanglah aku menyibuk, perempuan tak tahu malu...!" Sambung Nizam. Faliq geleng kepala dan mula melangkah. Membiarkan Tasya mengekorinya.

Sewaktu jalan ke kereta, Faliq ternampak seseorang sedang duduk sendirian di kerusi berdekatan pasu hiasan. Terhenti langkahnya, berkerut.

"Eh! Aliaa tu. Apa dia buat duduk situ sorang-sorang. Zam.. Sekejab ya. Jumpa Aliaa kejab..!"

" Faliq..!! I dekat sini you tak layan pun. Aliaa yang duduk sana, you boleh pula nak jumpa. Ishhh!!" Faliq menjeling pada Tasya dan terus menuju ke arah Aliaa.

" Kau tu siapa? Aliaa tu dah sah-sah kesayangan Encik Faliq. Tak tahu maluu.." kata Nizam. Tasya menjeling saja. Mata terus melirik kearah Aliaa dan Faliq.

"Sayang..!! Awak buat apa dekat sini?" Tegur Faliq pada Aliaa. Aliaa menoleh dan senyum.

" Tak ada apa. Cuma penat je..!" Jawab Aliaa. Mukanya pucat.

" Awak tak sihat ni sayang! Panas ni.. Awak nak ke mana ni?!" Faliq menyentuh dahi Aliaa, dari mata Aliaa pun dah nampak jelas yang dia tidak sihat.

" Sikit je. Saya tunggu Naim, nak makan.." jawab Aliaa perlahan.

" Sorry sayang.. Saya tak dapat nak temankan awak. Saya nak kena pergi ni. Awak okey kan?!" Kata Faliq, sedih pula.

"Eh! Tak apalah. Saya okey ni. Sekejab lagi saya makan dan makan ubat. Jangan risau ya..!!" Aliaa senyum. Aliaa bangun dan berdiri di hadapan Faliq.

" Oii perempuan..!! Kurang ajar kau kan..!!" Tiba-tiba Tasya datang dan tolak-tolak bahu Aliaa. Terkejut Aliaa, memang langsung tak perasan kehadiran Tasya.

"Heyy!! Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba tolak Aliaa kenapa..!" Marah Faliq pada Tasya. Aliaa terpinga-pinga.

" Sebab dialah you tinggalkan i..!"

" Sudahlah Tasya. Bosanlah aku dengar. Sekali lagi kalau aku nampak kau sentuh Aliaa. Nahas kau!!" Keras suara Faliq. Serius wajahnya.

" You nak buat apa pada i. Nak lempang i, lempanglah. Ingat i takut ke! I takkan berdiam tau, i sendiri akan buat Aliaa mati. You akan mati dalam tangan i.. You akan mati Aliaa..!! You akan mati...!!" Tasya mula naik gila, tangan Aliaa ditarik dan dengan perasaan geram Faliq terus tolak keras Tasya hingga jatuh. Turun naik nafas Tasya.

" Kau jangan melampau..!! Makin aku cakap makin kau buat. Jangan cabar aku..!!" Betul-betul Faliq marah. Dia taknak berkasar dengan Tasya tapi terpaksa. Aliaa hanya berdiam, hanya memerhati. Dia tak mampu nak buat apa dalam keadaan yang tidak sihat. Kalau dia sihat mahunya dia akan melawan. Tak apa, Aliaa bagi heronya yang bertindak.

Tasya bangun, dengan muka yang sangat stress.

" Tak apa.. Tak apa..!! You tolak i, you berkasar dengan i kan Faliq. Okey fine! Hari ni you selamat Aliaa, apa yang Faliq buat dekat i, i akan buat pada you nanti. Tunggu je.. I takkan balas pada you, sebab i sayang you Faliq tapi i akan balas pada Aliaa. Pada janda you ni.. Tunggu..!!" Kata Tasya dengan nada yang keras. Punyalah sakit hatinya.

" Dah.. Dah.. Kau berambus sekarang..!!" Nizam menghalaunya.

" Shut up!!" Tasya marah pada Nizam dan terus jalan laju meninggalkan mereka.

"Astaghfirullah Al Azim..!" Faliq tarik nafas dalam. Lalu, pandang wajah Aliaa.

"Awak okey?!" Aliaa angguk perlahan dan senyum. Tidak lama muncul Naim dengan keadaan kelam-kabut menuju ke arah mereka.

"Sorry.. Sorry..!! Aku lambat.." kata Naim serba salah.

" Kau memang..!" Jawab Aliaa senyum. Masih berdiri disebelah Faliq. Faliq senyum pada Naim.

" Faliq.. Nizam.. join sekali lunch..!" Ajak Naim.

"Sorrylah bro..!! Aku dan Encik Faliq ada appointment ni. Next time lah.." jawab Nizam.

"Oyeke..?! Okey.."

"Naim.. Ni aku amanahkan Aliaa dekat kau ni. Jaga Aliaa baik-baik tau. Suruh dia makan banyak-banyak.." kata Faliq bergurau.

"Hahaha.. Okey bro!! Jangan risau.. " Naim gelak.

" Jangan dilayan dia ni. Ada-ada je..!" Aliaa senyum malu.

"Ada-ada je apa pula. Betullah tu beb. Itu tanda dia sayang kau. Betul tak Liq?! " Balas Naim. Kenyit mata pada Faliq.

" Hahaha.. Ha! Betul sangat-sangat.." Suka si Faliq.

" Pandailah kau nak membodek kan Naim. Dah sudah. Jom.. !! Aku dah lapar ni tunggu kau dekat sini, macam-macam drama nanti.." kata Aliaa.

" Cik Aliaa.. Kirim salam rindu dekat Mira ye. Hehe..!!"

"Ha?! Amboii.. Rindu dekat bini ye.. Hahaa!!" Aliaa gelak.

" Iyelah. Saya pun nak sweet-sweet juga macam Cik Aliaa dan Encik Faliq.."

"Haahahaaa.. " Mereka gelak bersama.

" Baiklah Nizam..! Okeylah saya gerak dulu ek. Kerja elok-elok tau.. Bye..!!" Kata Aliaa pada Faliq. Nizam dan Naim senyum je.

"Okey!! Jumpa nanti.. Love you..!!" Faliq kenyit mata pada Aliaa. Sengaja. Tersipu malu Aliaa.
Aliaa terus melangkah bersama Naim meninggalkan Faliq dan Nizam. Faliq masih tersenyum melihat Aliaa.

"Ehem.. Ehem...!! Sudahlah tu memandang. Nanti petang sambung pandang lagi ye. Kita dah lewat ni Encik Faliq..!" Tegur Nizam.

" Eh..!! Iyalah. Jom.. Jom..!!" Faliq dan Nizam terus menuju ke kereta.

 Mereka masih lagi bergurau senda. Tapi dalam hati Faliq tetap risau pada Aliaa. Risau sebab kesihatannya dan yang paling dia risau adalah kata-kata Tasya tadi. Dia tak ada niat pun nak berkasar dengan Tasya, tapi perbuatan Tasya melampau. Depan Faliq pun dia berani bersikap kasar apatah lagi kalau di belakang Faliq. Tak apalah jika Aliaa sihat, jika waktu Aliaa tidak sihat dan dia berkasar. Ishh!! Tak tahu apa akan terjadi.


Kena berhati-hati sajalah. Makin menjadi perangai si Tasya ni. Dendamnya tidak pada Faliq tapi dendamnya pada Aliaa. Aliaa yang jadi mangsa. 

Previous: Bab 130
Next: Bab 132

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.