336,691
Kategori:
Genre:
Bab 13
Mengalir airmata Puan Asmah bila melihat si comel. Sedih hatinya. Lahir tiada ibu disisi, si ibu sedang bertarung nyawa. Sungguh comel cucunya ini. Tersenyum melihat cucu yang bergerak bila disentuh. Lembutnya kulit bayi selembut sutera. Seorang jururawat datang menghampiri, mengangkat si comel lalu diberikan kepada Puan Asmah. Alhamdulilah si comel sihat. Si comel sudah dibenarkan pulang ke rumah. Hanya Aliaa yang masih belum sedar dan masih belum ada apa-apa perubahan.

" Comelnya baby ni ma. Sedih sangat. Aliaa tak dapat  tengok lagi si comel ni.." menitis airmata Asnida. Suasana dibilik itu sayu dan hiba sekali.

"Kita doakan sama-sama semoga Aliaa cepat sedar dan sembuh. Baby ni perlukan ibunya.." Puan Asmah mencium pipi si comel.

Tidak lama kemudian, Faliq datang. Urusan pembayaran bil hospital untuk si comel sudah selesai. Baby dah boleh keluar wad, dah boleh balik ke rumah, dah boleh tidur di rumah. Tak sabar nak dengar tangisan baby dirumah. Mesti menceriakan hati mereka. Mesti rumah sederhana besar itu akan lebih meriah dan ceria  dengan kehadiran si comel ini. Kehadiran yang dinanti-nantikan selama ini. Si comel penyeri hidup mereka sekeluarga.

" Mama tolong jagakan anak Alang ni ye ma.." kata Faliq hiba. Si comel diciumnya. Puan Asmah mengangguk perlahan.

" Sayang balik dulu ye. Doakan mama cepat sembuh ya sayang!!"  Direnung wajah si comel. Menitis lagi airmatanya. Sedih!! Terus mengalihkan pandangan ke arah lain. Asnida turut merasai kesedihan itu. Beg pakaian si comel diberikan pada Asnida.

"Sabar banyak-banyak Alang. Kuatkan semangat. Angah balik dulu.." Faliq mengangguk. Muncul pula Adil dan Mak Long menghampiri Puan Asmah. Mahu melihat si comel. Suasana memang sedih. Jururawat yang berada si situ pun turut bersimpati dan turut mengalirkan airmata. Mak Long tidak langsung bersuara. Hanya mencium si comel. Kemudian, giliran si Adil pula. Ditenung wajah si comel.

" Muka awak sebiji muka mama awak.." kata Adil senyum dalam kesedihan. Dielos-elos pipi lembut itu.

"Doakan mama awak cepat sedar ya sayang. Nanti uncle datang jumpa sayang lagi.." Adil mencium si comel berkali-kali. Tak dapat menahan airmata. Puan Asmah dan Asnida terus meninggalkan mereka membawa si comel. Faliq hanya memandang. Sepatutnya Aliaa yang mendukung si comel dan balik bersamanya tapi.. Allahuakhbar..!!

"Maafkan Papa, sayang..!"kata Faliq sendiri. Terus duduk dikerusi. Menahan sebak. Menekup muka.

" Sabar banyak-banyak Liq. Ini semua dugaan untuk kita.." Adil menenangkan hati Faliq.

"Aku minta maaf Dil. Aku minta maaf. Ini semua salah aku. Aku berdosa pada Aliaa, pada anak aku pada kau dan semua.." Faliq meluahkan rasa kekesalannya.

"Perkara dah berlaku. Semua ini dah ditentukan ilahi. Allah bagi dugaan sebab Dia sayang kita. Cuma kita je sama ada sedar atau tidak, berubah kebaikan atau sebaliknya dengan apa yang dah berlaku. Jadikan pengajaran.." kata Adil. Faliq diam.

" Kau dah makan tak ni?!" Tanya Adil. Faliq menggeleng.

"Aku tak ada selera nak makan. Aku nak tunggu Aliaa sedar.."

"Jangan macam ni bro. Kalau kau pula yang jatuh sakit, macam mana. Kau tak kasihan dekat anak kau ke?"

"Tapi aku..!"

" Aku faham perasaan kau. Semua orang sedih Liq. Kita hanya mampu berdoa dan berdoa. Dahlah.. Jom aku temankan kau makan. Lepas tu kita tengok Aliaa.. Jom!!" Ajak Adil. Faliq bangun dan melangkah longlai. Menuju ke kantin. Mak Long sudah pergi menemani Aliaa. Tak ada apa yang menyelerakan Faliq. Hanya membeli sebungkus roti sardin dan air mineral. Kemudian, mereka ke bilik Aliaa pula. Pintu dikuak perlahan. Kedengaran suara Mak Long sedang membacakan yassin pada Aliaa. Mereka duduk disofa. Tidak mahu menganggu Mak Long.

Faliq menyandarkan badan di sofa. Letih sungguh badannya. Semalaman langsung tak tidur kerana menunggu Aliaa. Naik sembam matanya. Dia memejamkan mata. Hanya Aliaa yang difikirkan. Terbayang saat-saat bahagia bersama Aliaa dahulu. Sewaktu baru mengenalinya, sewaktu melamarnya di kebun buah, sewaktu lafaz akad diucapkan dan sewaktu diawal perkahwinan. Memang indah belaka. 


Hanya disinari cahaya keceriaan. Bila masuk ke alam rumahtangga, biasalah mana ada suami isteri yang tidak bergaduh. Gaduh-gaduh manja. Tapi Aliaa, kalau merajuk dengan si suami, lebih banyak berdiam, malas nak ambil port, memang senyap sunyi je rumah. Sampailah Faliq memujuk. Tapi biasa sehari je merajuk, esok dah okey. Dan kalau Faliq pula yang merajuk, memang ada jelah yang dia buat ambil hati Faliq. Faliq tak boleh merajuk lama-lama, ada je idea Aliaa untuk memujuk dengan cara bergurau senda. Memang gamatlah rumah mereka kalau dah masing-masing bergurau senda. Meriah dengan gelak tawa. Faliq kalau bab ketawa memang nombor satu. Tak ingat dunia.

Tapi sejak hadirnya Tasya. Mengubah segala-galanya sekelip mata. Tiada lagi gurau senda, tiada lagi gelak tawa. Dalam sebulan boleh dikatakan dekali dua saja dia menemani Aliaa dirumah dan lebih menyedihkan sepanjang kehamilannya memang langsung tak pernah duduk rumah. Rumah cuma dijadikan tempat persinggahan sekejab je. Balik kerja buat kerja rumah kemudian keluar balik lewat. Time hujung minggu pun sama. Nasiblah Aliaa. Bertabahlah.. Ujian dan dugaan untukmu.

Tutt.. Tutt..!! Handphone Faliq berbunyi perlahan. Terhenti segala bayangan kenangan bersama isteri tercinta. Handphone dikeluarkan. Dah sudah!! Tasya menghubunginya. Beberapa kali berbunyi. Lantas meminta izin Adil untuk menjawab pangilan. Berkerut muka Adil dapat syak sesuatu. Airmuka Faliq pun berubah. Faliq terus keluar dari bilik itu.

" You dekat mana? Dari semalam i call, i whatsapp, langsung you tak reply. Tahu tak i rindu you Sayang..!!" Suara manja kedengaran ditalian.

"Sorry!! Emergency..!!"jawab Faliq ringkas.

" Tahulah wife you dah bersalin tapi takkanlah sampai i pun you dah lupa. Sanggup you kan?!" Faliq menundukkan kepala.

" Buat masa ni boleh tak jangan hubungi i langsung.." kata Faliq lembut.

" Ha?? Jangan hubungi you?? Apa you merepek ni Faliq..!!"Menjerit suara Tasya.

"Iya.. ! Tolonglah..!! I nak bersama isteri i,  isteri i koma. Dia perlukan i, anak i perlukan i.." 

"Habis.. You ingat i tak perlukan you??  I ni sebagai apa??  Time you nak, you dekat dengan i. Time you taknak, you nak jauhi i. Macam tu??!"

" Bukan macam tu. Tapi.. Keadaan isteri i sekarang ni. I sayang dia, i nak temankan dia.  Pleaselah..!! Tolong fahami keadaan i sekarang. Okey??!" Pinta Faliq. Serabut kepalanya.

" No Faliq..!! No..!! I tak boleh faham.. I pun sayang you,  i pun nak ditemani. Apa yang you bagi dekat dia, i pun nak juga..!!" Degilnya minah poyo ni.

" Dia wife i, hidup mati i, nyawa i, segala-galanya hanya untuk dia. So, i minta you tolong fahami keadaan i. Itu sahaja..!!" Kata Faliq tegas.

" Oo macam tu?! Jadi i ni siapa? Perempuan simpanan you lah. Perempuan disaat you sunyi sepi.." Nada suara marah dari Tasya.

" Sukahati you lah nak cakap apa. Okeylah. Malas nak fikir, tolong jangan hubungi i.. Bye!!"

"Faliqqq!! You jangan lupa dengan apa yang you dah buat pada i. You tak boleh lepas tangan Faliq. Tak boleh..!! Ingat tuu.."

" Apa yang i dah buat? I tak buat apa-apapun pada you. Tak payah nak ugut-ugut i okey. Dahlah.. Sorry!! Bye.." Talian terus dimatikan. Faliq menyapu kepala dengan tangan. Serabut.. Serabut dan serabut fikirannya.

Dengan keadaan Aliaa yang masih tiada perubahan. Tak tahulah sampai bila. Ditambah lagi dengan Tasya. Mahu jadi mental dia. Rasakan kau Faliq. Menempah maut! Ejek hatinya sendiri.

Faliq melangkah lemah masuk semula ke dalam bilik ICU itu. Duduk kembali di sofa. Menekup muka sendiri. Adil hanya memerhati saja gelagat adik iparnya itu. Malas mahu bertanya. Mesti yang call tadi, kekasih hatinya,teka Adil didalam hati. Geram sebenarnya Adil pada Faliq. Sanggup dia buat adik kesayangannya begitu. Kalau tak ingat akan keadaan Aliaa sekarang ni. Mahu dia belasah Faliq cukup-cukup. Hilang kepercayaan pada sahabat. Hmm.. Manusia berubah sekelip mata. Cuma bentuk perubahan baik atau sebaliknya. Bila iman tidak kuat, mudah goyah kerana wanita. Kerana bisikan syaitan jahanam.

Faliq terfikir dengan apa yang Tasya cakapkan sebentar tadi. Apa yang dia sudah lakukan? Dia tak lakukan apa-apapun. Hanya keluar makan, menonton wayang, shopping saja. Tak pernah pula lakukan sesuatu perkara diluar batasan agama. Tak pernah pun sampai berdua-duaan dalam hotel atau rumah. Tak pernah sampai terlanjur hingga ke kamar. Astagfirullah Al Azim. Faliq menarik nafas dalam. Tak mungkin berlaku. Dia tak lakukan semua tu. Dia masih ingat Allah, masih takut pada azab Allah. Nauzubillah minzalik. Minta dijauhkan. Tapi kenapa Tasya berani cakap macam tu. Apa sebenarnya yang dah berlaku. Ahh!! Pening.. Pening dan pening.. !!

Atau Tasya sengaja main ugut-ugut agar dia tidak melepaskan Tasya. Agar dia takut dengan ugutan. Itu perkara biasa permainan lelaki dan  perempuan sekarang. Bila pasangan sudah tidak boleh menerima diri mereka. Mulalah buat game, mengugut bagai. Biar takut dan terus akan bersama. Padahal tak ada benda pun. Kehidupan..!! Tapi andai Tasya memang berani dan beritahu pada Aliaa segala ini. Macam mana pula? Lagi pula Aliaa sudah tahu perhubungan terlarang mereka. Jadi, tak mustahil Aliaa percaya akan semua kata-kata Tasya. Masak ni masak!!

 Memang hati Aliaa akan bertambah sakit, bertambah kecewa hampa, bertambah berparut dan berdarah. Dan, yang Faliq takutkan. Akan hilang segala kepercayaan dan keyakinan Aliaa padanya. Seterusnya akan hilang sedikit demi sedikit rasa kasih, sayang dan cinta Aliaa padanya. Iya.. Bila Allah dah tarik semua itu dan bila tiada lagi ruang dan peluang. Fuh!! Menjawablah kau Faliq. Dan, macam mana kalau Aliaa tak mampu untuk memaafkan. Dan minta dilepaskan.?!

Arhhhhh!!! Tak mungkin!! Tak mungkin Aliaa akan lakukan seperti itu. Aliaa sayang dia sangat. Aliaa masih perlukan dia lagi. Aliaa sayangkan rumahtangganya. Cinta dan kasih sayang Aliaa padanya adalah cinta sampai ke mati. Dia tahu itu. Dia yakin. Aliaa isteri yang baik, isteri yang solehah. Tak mungkin akan bertindak diluar pemikirannya.

Macam-macam yang bermain difikiran Faliq. Tahu takut tapi kenapa lakukan. Kenapa buat si isteri begitu. Terlalu ikut nafsu akhirnya makan diri.

Hati wanita.. Bila selalu disakiti, bila selalu dikhianati,jangan pernah menyesal andai suatu hari nanti tiada lagi harapan untukmu. Bila tiada lagi rasa kasih dan cinta. Yang ada hanya rasa tanggungjawab dan simpati. Menangislah airmata darah sekalipun, tiada lagi ruang dan peluang. Selamat tinggal jelah!!

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.