336,480
Kategori:
Genre:
Bab 132
Sakit hati pada Aliaa masih tak sudah, malah semakin menggunung. Kalah gunung Everest. Pelik bin ajaib. Aliaa langsung tidak lakukan apa-apa padanya pun, tapi dia sendiri yang sakit hati. Tersangat sakit. Kalau ikutkan hati dendamnya itu,mahu saja dia tikam-tikam badan Aliaa sampai hancur lumat. Tapi macam mana, dia sendiri pun tak tahu. Mahu dilempang saja muka Aliaa pun, masih tidak berjaya lagi. Dia sendiri yang kena lempang balik adalah. Geramnya hati dia. Sakitnya jiwa.

Kereta dipandu laju, entah kemana tujuannya pun dia tak pasti. Fikirannya serabut. Yang dia fikir hanya Faliq, Faliq dan Faliq saja. Itu saja. Kereta diberhentikan di hadapan sebuah cafe. Entah kenapa, hatinya teringin pula makan di cafe tersebut. Pernah dia makan di cafe itu bersama Roy dahulu. Hanya sekali saja. Dan hatinya terpanggil pula untuk ke situ lagi walaupun tiada arah tujuannya tadi.

Dia berjalan masuk ke dalam cafe dengan jalan menggoda. Semua mata terpanar padanya. Terpanar melihat pakaian dan susuk tubuh yang memang menggoda. Fuh!! Dasyat. Rambutnya dibelai-belai. Duduk ditengah-tengah cafe. Sengaja menarik perhatian pengunjung cafe itu. Duduk menghadap keluar. Seorang pelayan menghampiri dan menghulurkan menu padanya. Dia melihat sekilas saja. Bukan mahu makan pun tapi sekadar menayang muka saja. Hanya memesan epal jus saja.

Handphone dikeluarkan dan membuka aplikasi galeri. Gambar-gambar lama dia bersama Faliq dilihat satu persatu. Tiba-tiba senyum sendiri. Entah apalah yang mencuit hatinya. Dia memberi senyuman pada pelayan yang menghantar airnya dan kembali melihat gambar. Dia menyedut air perlahan. Lega tekaknya. Tenang sikit kepalanya. Dia memikirkan sesuatu. Berkerut-kerut dahinya.

"Apa i nak buat dekat Aliaa ye? Hmm.. Patut ke i bunuh je dia. Tapi kalau i bunuh dia, nanti i masuk penjara. I taknak jadi banduan. Tak.. tak.. tak..!! Tak pasal-pasal masuk berita tv3, seorang wanita cantik dipenjara kerana membunuh janda Faliq. Ha?! Oh my god!! Tak.. tak.. tak..!!" Katanya sendiri.

" Tapii.. Kalau i tak buat macam tu. Dia asyik menyibuk je. Dia ambil Faliq dari i. Dia musnahkan kebahagiaan i, dia rampas Faliq dari i. Dia tak boleh hidup. Dia memang patut mati je. Ishhh!!!..!!" Tiba-tiba hatinya jadi marah pula. Dia menyedut air lagi. Kemudian, kembali berfikir.

" I akan cari idea yang paaaling simple. Yang paaaaling menikam hati Aliaa, biar Aliaa sendiri yang akan tinggalkan Faliq. Itu idea yang terbaik..!!" Tasya senyum lebar.

"Dekat sebelah ada butik pengantin. Hmm... !" Tasya terus bangun dan meletakan wang kertas berjumlah Rm10 diatas meja. Lalu, terus keluar dari cafe itu dan berjalan pula ke butik pengantin. Terpegun melihat kecantikan gaun pengantin yang dipamerkan. Mewahnya! Teruja  sangat. Tanpa buang masa, dia membuka kasut dan masuk ke dalam butik.

Melangkah saja masuk. Fuh!! Tenangnya rasa, bau wangian Lavendar menusuk ke dalam rongga hidungnya. Nyaman! Dia melihat satu persatu baju pengantin yang memang mempersonakan. Dulang-dulang hantaran hiasan juga sungguh cantik sekali. Dia ke almari kasut pengantin pula.

" Oh my god!! Kenapa cantik sangat ni. Ni kalau i pakai duduk atas pelamin bersanding dengan Faliq. Wahh!! Mesti i lah wanita paling cantik di dunia dan i lah wanita paling beruntung di abad  ini. Haa!! Bestnya. Bahagianya hidup i.." melayan perasaan sendiri pula Tasya. Seorang pekerja keluar dari belakang. Senyum simpul mendengar Tasya bercakap sendiri.

" Apalah Faliq. Asyik-asyik, perempuan tu je. Janda pula tu. Tak apa Tasya. You nanti yang akan gantikan tempat janda tu. You yang akan duduk di pelamin yang Wowww!! ni dengan Faliq..!! Terlalu yakin Tasya. Tak sedar Shima sedang gelakkannya. Gelak kecil saja.

" Ehem.. Ehem..!! Maafkan saya. Cik cantik nak tempah untuk majlis perkahwinan ke?!" Terkejut Tasya tapi tidak dipedulikan.

"Of course lah majlis perkahwinan i. Takkanlah majlis you pula kan..!" Amboii.. Berlagaknya. Shima hanya senyum saja.

"Oh okey!! Kami ada tawarkan pakej lengkap. Boleh tengok dalam album terbaru ni Cik. Silakan..!" Pelawa Shima dengan senyuman. Tasya menghampiri dan duduk dikerusi kayu. Album diatas meja diambil. Satu persatu diselak.

" Wow!! Cantiknya..! Hmm.. Okey tak apa. I cuma tengok-tengok je dulu. I nak majlis 7 hari 7 malam tau. Ada ke pakej tu?!"

" Ada Cik Cantik. Kalau Cik Cantik nak buat majlis 30 hari 30 malam pun, boleh sangat-sangat. Sebab butik kami ni semua pakej ada dan memang ada khas untuk golongan vvip macam Cik Cantik ni..!" Jelas Shima lagi dengan senyuman. Pandai membodek. Bijak!! Apalagi si Tasya ni mulalah rasa amat bangga di panggil Cik Cantik. Senyum ke telinga.

" Oh ya!! Tapi i taknak ambil pakej perkahwinan ni. I cuma nak servay je dulu. Nak kena bincang dengan my love dulu.." katanya lagi.

" Boleh, boleh..!! Don't worry Cik Cantik..!!"

" I nak tanya, boleh tak you buatkan i kad jemputan yang paaaaling cantik, yang tak ada orang lain buat lagi. I cuma dalam Malaysia ni, i je sorang yang buat. Boleh?!" Pinta Tasya.

"Boleh saja. So, Cik Cantik nak tema apa? Tema flowers, cartoon..!"

" Cartoon?! Sorry okey! Eee...! Cartoon untuk budak-budak. Tak sesuai...!" Tasya menjeling pada Shima.

"I nak kad i tu nampak mewah dan moden. Jangan lupa letak pearl, kristal atau apa-apa saja yang nampak i kaya. Boleh?!" Macam-macam permintaan Tasya ni. Shima garu kepala dan iyakan saja.

" Insha Allah, boleh saja. So, berapa keping Cik Cantik mahu. 500 keping atau 1000 keping?!" Tanya Shima sambil menulis sesuatu di kertas nota.

" Hmm... 10 keping je..!" Jawab Tasya selamba.

"Apa? 10 keping? Ni untuk majlis perkahwinan ke majlis kematian?!" Selamba saja Shima bertanya. Pelik.

" Hey you..!! Ada ke majlis kematian nak tempah kad jemputan bagai. Tak tahulah kalau you!" Bengang Tasya. Shima gelakkan saja.

" Taklah Cik Cantik. Macam pelik je. Sebab biasa yang nak tempah kad pada kami paling sikit pun 500 keping tapi Cik Cantik nak tempah 10 keping. Lebih baik buat sendiri je.." balas Shima.

" You ni kan banyak bunyilah. Sekarang ni you boleh buat ke tak boleh buat? Apa? You ingat i tak mampu ke nak bayar. Kalau sekeping Rm100 pun, pejam matalah i bayar...!" Berlagak sungguh. Shima senyum sinis. Dah biasa dah dia menghadap client yang poyo macam Tasya ni.

" Hmm.. Kalau macam tu, Cik Cantik bagi nombor telefon. Saya nak info bos saya. Kalau dia kata okey je, saya akan call Cik Cantik. Macam mana?!" Cadang Shima. Tasya agguk tanda setuju. Dia keluarkan kad namanya dan beri pada Shima.

" Apa-apa cepat call i tau. I nak tahu jawapan hari ni juga sebab i nak kad tu paling lewat lusa. ." Shima hanya senyum.

"Sudahlah nak tempah 10 keping je, nak cepat pula tu. Demand betul.." bisik hati Shima sendiri.

" Maaf Cik Cantik. Kalau nak secepat itu kami tak dapat buat. Sebab kami tengah busy sekarang ni. Tapi apapun, saya kena info bos saya.." sambung Shima lagi. Jujur.

" Hmm.. Okey!! Oh ya! Letak nama pengantin Tasya dan Faliq. Simple..!!" Katanya. Shima agak terkejut.

" Faliq?! Faliq Alfie ke?!" Tanya Shima ingin tahu.

"Yup..!! You kenal Faliq?! Macam mana you boleh kenal.." Berkerut Tasya, terkejut.

" Encik Faliq tu adik Kak Ash kan.." tanya lagi.

"Ash?! Ha.. Iyalah..!! Wow!! You pun kenal Faliq. Biasalah, sayang i tu siapa je yang tak kenal. Hensem kan..! I pula cantik.." Jawabnya sendiri. Bangga..!! Shima gelak kecil. Menyampah pula dia tengok gaya Tasya.

" Wait.. wait..!! Macam mana you boleh Faliq dan Ash tu. Atau Faliq pernah ambil pelamin...." Tasya bertanya semula. Rasa pelik pula.

" Memanglah dia kenal. Dah aku dan Faliq owner butik ni..." Terdiam Tasya sebentar. Macam kenal suara itu. Dia menoleh saja. Oh my god!! Telan liur dia. Terpaku kaku. Terus cuak muka. Matiii..!! Tak berkelip mata pandang. Terperangkap sendiri.

Asnida berkerut menghampirinya. Menjeling tajam padanya. Lalu, meletakkan handbang dan beberapa bungkusan plastik di atas meja. Masih tepat pandang Tasya yang masih berdiri kaku. Kakinya seperti digam sahaja.

" Dia nak apa datang ni?!" Tanya Asnida pada Shima. Serius.

"Dia nak tempah kad jemputan. Nak jawapan hari ni juga sebab lusa dia nak.."

" Kad jemputan? Berapa banyak dia nak? Design?" Tanya Asnida lagi tapi mata masih tetap pada Tasya. Tajam setajamnya. Kecut perut Tasya dengan pandangan Asnida.

"Dia nak kad yang mewah, moden. Letak pearl, kristal. Tapi cuma nak 10keping je. Dia cakap tak kisah bayar berapa pun. Sekeping Rm100 pun dia sanggup.." Punyalah jujur si Shima. Naik berpeluh dahi Tasya.

"10 keping?? Kalau 10 keping je kad jemputan. Ini bukan kad jemputan perkahwinan tapi kad jemputan kematian dia ni.." Asnida menjeling tajam lagi. Tasya mengalihkan pandangan. Diam seribu bahasa.

" Apa nama pengantin..?!" Asnida bertanya.

" Tasya dan Faliq.."

" Okey tak apa. Awak boleh masuk. Dia ni biar saya uruskan. Saya nak buatkan kad paaaaling glamour untuk dia.. Thanks Shima..!!" Kata Asnida. Shima terus masuk ke belakang dengan membawa plastik yang dibawa Asnida tadi. Kertas nota itu di ambil oleh Asnida dan Asnida berdiri di hadapan Tasya. Tasya masih membatu.

" Hmm.. Nak buat majlis perkahwinan dengan adik aku ye. Tapi kenapa jemputan tu sikit sangat. Adik aku tu, dia orang yang hebat tau, ramai kawan, kalau jemputan untuk dia saja pun lebih seribu orang. Kenapa kau buat 10 kad jemputan je ek. Ke kau yang tak ada kawan. Oh ya!! Perempuan macam kau ni, memang tak ada kawan ek. Siapalah nak kawan dengan manusia hati busuk macam kau ni.!" Asnida senyum sinis pada Tasya. Perli.

"Sukahati i lah nak buat berapa banyak pun. Duit i kut.." Berani Tasya menjawab.

" Memang duit kau tapi jangan kau ingat aku tak tahu permainan kau. Kau nak bagi orang kad jemputan untuk kenalan Faliq dan kau nak malukan dia. Kan?!" Teka Asnida. Mata merah pandang tepat mata Tasya.

"Eh.. Mana.. Mana ada. I tempah ni nak buat koleksi peribadi je.." tergagap-gagap Tasya cakap.

" Hohohoho.. Nak buat koleksi. Hebat koleksi kau kan. Berapa banyak dah koleksi kad jemputan kau ada. Ha?!" Asnida mengambil gunting diatas meja. Ditunjukkan pada Tasya. Berdebar-debar dah Tasya dibuatnya. Pucat dah muka ketakutan.

" You ni kenapa? Salah ke i buat?"

"Tak salah pun. Buatlah berapa banyak pun kau nak. Tapi yang salahnya kau tuuu.. Aku dah cakap dekat kau kan. Jangan ganggu Faliq dan Aliaa lagi. Tapi kenapa kau ganggu lagi. Sampai kau pergi ikut Faliq ke Jb sana dan kau buat hal. Itu tak salah kau cakap.. !" Asnida tarik rambut Tasya.

" Hoii sakitlah. Lepaslah.. Kenapa nak tarik rambut i ni. Rosaklah.. I datang sini nak tempah kad je kut bukan nak cari gaduh..!" Tasya meronta-ronta minta dilepaskan.

" Siapa suruh cari pasal.."

"Kalau i tahu ini butik you. Tak ingin i nak masuklah. Lepaslah.." jeritnya lagi.

" Aku pun tak ingin terima pelanggan macam kau ni. Ada hati nak tempah kad jemputan konon. Kau sengaja nak buat malu Faliq dan nak buat malu family aku kan. Kau memang cari nahas betina. Kau memang nak mati..!!" Marah Asnida.

" Aduhh..!! Tolong.. Tolong..!!" Tasya menjerit.

"Tadi kau kata kau nak buat koleksi kad kan. Tak best tu. Ni aku cadangkan, rambut kau yang bertukar-tukar warna ni kan elok lagi kau buat koleksi peribadi. Masuk dalam frame dan gantung dekat ruang tamu rumah kau. Colorfull hair.." Dengan selamba Asnida gunting rambut Tasya segengam.

" Apa you buat ni. Rambut i. Kejamnya you..!!" Terus dilepaskan Tasya dan beri rambut tadi pada Tasya. Merengek-rengek Tasya.

" Eh!! Aku tak kejamlah. Tu baru sikit. Tapi next time aku botakkan terus kepala kau tu. Okey tak?! Nak?!" Asnida senyum sinis. Ditepuk-tepuk tangan depan Tasya.

"Rambut i.. Sampai hati you, i sayang rambut i ni tau tak! You ni kan. Memang gila. Gila.. Gila.. Gila!!!" Tasya jerit macam orang tak siuman.

" Lain kali jangan berani masuk kandang singa kalau tak, nanti kena baham.. Hahahaa!!" Asnida gelak kuat.

" You dan Aliaa sama je. I takkan berdiam. I akan dapatkan Faliq juga.." Berani pula Tasya ni. Dah kena pun masih melawan lagi.

" Kalau nak kena lagi teruk. Silakanlah buat.."

"Ishhh!! Menyesal i datang sini. I hate you..!!!" Tasya masih lagi tak puas hati.

" Sekarang lebih baik kau berambus. Sebelum aku patahkan kaki kau pula. Berambus sekarang..!!"


Kata Asnida perlahan tapi mendalam nadanya.

" Memang i nak berambus pun dari sini. Ini pertama dan akhir i pijak ke butik ni. Banyak lagi butiklah i boleh pergi. Lagi hebat dari butik ni. Menyesal i datang..!"

" So, apa tunggu lagi. Pergilah berambus!!"

" Iya.. Iya..!! I pegilah ni. Dan you kena ingat ya. I takkan berdiam tau. I tetap nak Faliq.." Sempat lagi si Tasya ni.

" Kalau nak aku buatkan kad kematian khas untuk kau. Buatlah..!" Sinis lagi Asnida. Duduk dikerusi.

" I tak hairanlah dengan kad tu. You buatlah kad kematian untuk you sendiri.."

"Apa kau cakap? Tak puas hati lagi ke? Nak kena lagi ke? Sini kau..!!" Geram pula Asnida dengan Tasya. Terus bangun dan mahu menghampiri Tasya tapi Tasya dengan bawa rambutnya tadi terus lari menuju ke pintu.

" Gila punya orang.. I akan tuntut bela atas rambut i ni. Gilaaa!!" Sempat lagi dia membebel dan menjerit sebelum tutup pintu. Sakitnya hati. Lalu terus jalan meninggalkan butik itu.
Sumpah seranah dalam hati. Menyesal dia masuk butik itu. Kalau dia tahu butik itu kepunyaan Asnida. Memang hidup mati semula tidak ingin jejak pun.

Masuk saja dalam kereta, enjin terus dihidupkan. Penghawa dingin dipasang.

" Huhu.. Tengok, buruk dah rambut i ni. Muka i pun dah jadi tak cantik. Kalau boleh i memang nak sambung you rambut. Tapi tak boleh. I'm so sorry rambut. Tu orang memang gila. Sakitnya hati i. Bencilah..!!"Tasya merungut sendiri.

 Hampir menitis airmatanya kerana si rambut kesayangan. Dia memulakan pemanduan, nak taknak dia kena pergi salon juga dengan segera. Mahu repair rambutnya.

Hmm.. Nasib kaulah Tasya. 

Previous: Bab 131
Next: Bab 133

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.