336,693
Kategori:
Genre:
Bab 10
Pejam celik pejam celik, hari ni dah hari ke-enam Faliq ke Jepun. Kelmarin dia ada call aku. Selama seminggu dekat sana, hanya dua kali je dia call. Itu pun cakap kejab je. Katanya kemungkinan esok malam flight dia balik Malaysia. Tapi aku ada tanya Nizam, whatsapp Nizam je. Nizam cakap Faliq balik Malaysia hari ni. Flight malam ni tapi tak pasti jam berapa. Tak tahu mana satu betul atau mana satu salah. Aku pun tak tanya lebih-lebih dekat Nizam. Taknak dia syak sesuatu. Setakat nak tahu bila flight Faliq je. Sebab hari ni aku rasa tak sedap hati sebenarnya. Bukan nak negatif pada suami tapi iyalah. Keistimewaan seorang isteri, dapat merasai sesuatu dari perbuatan si suami. Anugerah yang Allah beri. Tak apalah. Kalau dia nak tipu aku pun, terpulang. Tu antara dia dengan Allah. Selagi aku bernyawa, Insha Allah aku akan terus berdoa untuknya. Doa yang baik-baik. Hanya doa jelah yang mampu aku lakukan sekarang.

 Pagi tadi aku sarapan banyak. Makan nasi lemak, makan kuih dan makan biskut. Air Anmum minuman wajib tiap hari. Itupun dah cukup kenyang. Tengahari tadi pun sama, dua pinggan nasi aku makan. Lauk pula sedap, memang berselera sungguh. Siapa taknak makan kalau lauk ikan siakap masak stim,  ayam goreng kunyit, masak lemak labu tulang ayam, sayur sawi, ayam berempah lagi. Perhh!! Memang berselera besar sangat. Abang dan Mak Long sengaja masak sedap-sedap macam tu supaya aku makan banyak. Memang banyak pun, seminggu aku duduk rumah ni, memang kerja aku makan je sepanjang masa. Gemuklah aku nanti ni.

Tapi selepas makan malam tadi. Badan aku rasa tak sedap. Jadi lemah tiba-tiba. Tak tahu kenapa. Tadi pun aku makan sikit je. Rasa loya je tekak ni. Dah start balik mabuk ni. Aduhaii.. Janganlah. Tengah tunggu hari nak bersalin kut. Risau pula aku pada diri sendiri. Aku menyandarkan badan di kepala katil. Membelai-belai perut.  Menunggu tindakbalas dari baby ni. Aku senyum sendiri. Aku membuka laci meja lampu. Mengeluarkan buku nota berwarna pink. Buku nota penting yang aku simpan dari kerja dulu. Aku sayang buku ni, dah macam diari je. Segalanya aku luah pada buku ni. Buku rahsia hatiku. Pen aku ambil dan menulis sesuatu.

Sedang asyik menulis dan meluahkan. Tiba-tiba perut jadi sakit. Sakit sebab baby mengeras. Fuh!! Sampai sesak jugalah nafas ni. Kemudian, okey semula. Aku sambung menulis lagi. Bila menulis, menitis pula airmata. Huhu!! Aku ķoyakkan helaian kertas yang telah ku tulis tadi dan masukan dalam sampul surat berwarna pink. Diluar sampul surat ku tulis " Imamku.." Lalu, ku selitkan dicelah-celah pakaian baby. Beg pakaian baby sudah ku sediakan untuk bawa ke hospital. Standby. Manalah tahu jika sesuatu terjadi padaku saat melahirkan nanti. Sekurang-kurangnya aku dah siapkan wasiat untuk suamiku. Hehe..!! Persiapan awal.

"Aliaa..!!" Aku terdengar satu suara memanggil namaku dan pintu bilikku diketuk. Suara siapa aku tak pasti sebab lembut sangat suaranya. Lantas ku terus membuka pintu.

"Eh!! Mama.. Bila mama sampai?!" Aku salam mama dan peluk mama. Aku dipeluk erat oleh mama sampai menitis airmatanya melihat aku. Aku kehairanan. Dan senyum..

"Baru sampai. Papa ada tu.."kata mama.

"Mehlah ma. Masuk bilik ni. Tapi maaf tau bilik bersepah sikit.." aku tersengeh malu. Mama masuk dan duduk dikatil.

" Rindu mama dekat Aliaa. Mama paksa papa hantar ke sini hari ni juga.." kata mama dengan senyuman. Aku gelak kecil.

"Terima kasih ma. Aliaa sihat ma. Jangan risau.." jawabku.

" Aliaa.. Mama taknak Aliaa fikir apa-apa. Mama nak Aliaa tenang. Mama tahu Aliaa pendam rasa pada Alang, betul kan?!" Eh! Macam mana mama boleh tahu ni. Aduh!!

"Pendam rasa kenapa pula ma. Tak adalah ma. Aliaa bahagia dengan abang. Aliaa happy dengan abang. Aliaa patut berterima kasih pada dia. Ni pula dia tak sabar nak balik, rindu dengan baby ni katanya.." kataku memberi keyakinan pada mama. Maafkan Aliaa ma. Aliaa terpaksa menipu.

"Iya sayang!! Mama faham hati Aliaa. Aliaa kena banyak bersabar ye, kena kuatkan semangat demi anak dalam kandungan tu ya sayang!" Mama pegang erat tanganku. Aku hanya senyum dan mengangguk.


" Insha Allah ma. Demi anak ini, Aliaa memang kena kuat. Dan selagi Aliaa mampu untuk bersabar dan bertabah. Selagi tu doa tak akan putus untuk kita semua. Aliaa sayang abang, sayang mama, sayang papa dan seluruh family. Jujur Aliaa cakap, Aliaa bahagia sangat dengan semua ni.." kataku meluah. Mama dengar dengan tekun sekali. Aku diciumnya lagi. Terima kasih mama.

Kemudian, ak  temankan mama ke ruang tamu. Papa sedang seronok berbual dengan abang dan Mak Long. Entah apalah yang diceritakannya. Happy je mereka dan aku pun happy juga melihat mereka. Aku duduk di sofa sebelah Mak Long. Semua mata tertumpu padaku. Aku senyum.

" Aliaa sihat?!" Tanya papa.

"Alhamdulilah. Sihat pa!!"

" Baguslah.. " Papa senyum dan aku membalas senyuman. Kami berbual kosong. Tapi aku banyak berdiam. Rasa lain macam pula ni. Baby mengeras lain macam pula ni. Naik sesak dada aku menahan sakit. Tapi aku diam je. Tahan sendiri je. Biasalah dah akhir-akhir nak bersalin ni.

Aduhaiii.. Aku tak dapat tidur. Rasa macam nak bersalin dah ni kut. Segala pinggang, perut kerap pula sakit. Duduk baring semua dah tak kena dah. Tanda pun dah keluar. Kontraksi semakin  menjadi kuat dan kerap. Boleh tahan jugalah sakitnya kontraksi ini. Aku tengok jam, dah subuh rupanya. Semalaman aku tak tidur menahan sakit. Aku mandi siap-siap. Nak ajak abang ke hospital. Takut pula lama-lama nanti sesuatu yang terjadi. Sebab doktor cakap kalau rasa kerap sakit dan masa sakit tu tetap antara lima minit sekali atau tiga minit sekali tu salah satu tanda nak bersalin. Dan tanda yang lain adalah keluar air ketuban atau darah. Kena ke hospital terus.

Aku keluar dari bilik dan jalan perlahan ke ruang tamu. Bila rasa sakit, aku berhenti sekejab. Abang di dapur bersama Mak Long. Berbual mesra. Buat sarapanlah tu. Aku senyum dan menghampiri mereka. Duduk di kerusi. Berkerut dahi menahan sakit.

" Abang..!! Pergi hospital jom. Rasa macam nak bersalin dah ni.." kataku perlahan. Senyum manis.

" Ha? Nak bersalin?? Biar betul?? Nak pergi bila ni, sekarang ni ke?! Adik okey tak ni.." Aku gelak kecil. Kelakar tengok reaksi abang. Cuak tak tentu pasal.

" Dah keluar tanda ke dik?" Tanya Mak Long. Aku angguk perlahan. Senyum. Relax je aku.

" Okey.. Okey..!! Relax ye..! Mak Long, nak buat apa ni.."Abang garu kepala. Suruh orang relax tapi dia yang huru-hara adalah. Hahaha.. Lawaklah abang ni.

" Nak buat apa lagi. Pergilah ambil beg baby, lepas tu hantar adik ke hospital.." kata Mak Long.

"Oh!! Okey.. Okey!!" Terus abang berlalu. Ambil beg baby di dalam bilik aku dan terus berlari hidupkan enjin kereta. Aku senyum jalan ke kereta. Mak Long masuk bilik dia sekejab untuk ambil tudung. Aku masuk dalam kereta, duduk bersandar. Badan aku rasa lemahlah pula. Lemah menahan sakit kut. Dan lemah tak cukup tidur kut. Harap-harap semuanya okey..!

Hatiku tenang. Tak ada rasa gementar atau takut. Aku hanya senyum je. Bila berlaku kontraksi, aku pejamkan mata dan dahi memang berkerut. Aku dah bersedia nak bersalin. Dah bersedia nak bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat Faliq. Baby ni tak sabar nak keluar melihat dunia. Aku senyum bila teringat suamiku. Semoga dia bahagia dunia akhirat. Semoga suamiku dapat kejar cita-citanya. Semoga suamiku sentiasa happy dan ceria. Aku rindu suamiku. Aku rindu sangat padanya.

Sebelum keluar bilik tadi, aku cuba hubungi dia. Tapi tidak berjawab. Tak apalah. Tak ada rezeki aku nak bercakap dengannya. Nak melepaskan rasa rindu sebelum masuk bilik bersalin. Tak dapat nak dengar suaranya pun tak apalah. Tak apalah. Aku terima semua. Aku redha apapun terjadi. 



"Maafkan sayang.. !! Ampunkan segala dosa-dosa sayang pada abang. Maafkanlah segala kekurangan dan kelemahan sayang selama menjadi isteri abang. Maaf tak mampu jadi isteri yang terbaik. Halalkan makan minum pakaian dan tempat tinggal sayang selama perkahwinan kita. Kurang lebih sayang minta maaf. Terima kasih sudi jadi suami yang terbaik untuk sayang. Terima kasih menyayangi, menyintai dan mengasihi sayang dan terima sayang seadanya. Abang suami yang baik. Tapi sayang bukan yang terbaik untuk abang. Maafkan sayang..!! Andai sayang pergi tanpa sempat jumpa abang. Redhakanlah sayang..!!

Aku bukan bidadari syurgamu..

Salam.."

Whatsapp akhir kuberikan padanya. 

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.