336,431
Kategori:
Genre:
Bab 100
Dari sehari ke sehari, dari minggu ke minggu. Alhamdulilah aku dah boleh lupakan rasa kesedihanku pada arwah Haikal. Tapi tak bermakna aku boleh lupakan terus, tak mungkin. Sebab dia tetap sahabat yang terbaik untuk aku, yang sentiasa segar dalam ingatanku dan tak mudah nak lupakan macam tu je. Setiap kenangan bersamanya amat memberi kesan padaku. Sangat. Dan tiap malam, insha Allah jika aku tak balik lewat, selepas waktu maghrib aku dan Dhia akan sedekahkan Surah Yassin padanya. Lagi-lagi bila aku dan Dhia rindu pada arwah. Kadang kami berdua menangis melepaskan rasa rindu dan kami akan ajak abang ziarah kubur arwah. Abang tak bagi aku pergi sendiri, kena ada peneman sama ada abang yang hantar atau si teman tapi mesra tu yang hantar. Siapa lagi kalau bukan si perasan tu, Faliq. Namamu tetap ada dalam hatiku wahai Harris Haikal.

Aku senyum sendiri. Aku pun dah kerja. Jadi, mulalah episod menyibukkan diri sendiri dengan kerja. Hahaha..!! Tapi minggu ni tak busy pun. Yang penting aku suka jawatan aku sekarang ni. Bahagian marketing. Dan yang paling best, aku berkerjasama dengan sahabat lama aku, Naim. Punyalah syok hidup aku. Terasa seperti zaman muda mudi dulu sewaktu mula-mula kerja. Ke sana sini mesti berdua. Kalau ada Naim, maknanya mesti ada aku. Mana dia pergi aku pun ada, mana aku pergi dia ada. Sahabat yang ting tong. Tapi sekarang ni dah tak berapa nak ting tong dah. Dah nak kahwin dah. Minggu depan. Yeahh!! Kahwin juga kau beb. Kasihan, dulu nak kahwin tak jadi, putus tunang. Lama dia patah hati tapi ni dah terbuka hati. Tak boleh nak rapat sangat dah dengan Naim. Jelous pula bakal isteri dia nanti. Hehe!!

" Amboiii... Termenung jauh Cik Aliaa ni. Ingat siapa tu? Oooooo.. Ingat si "tutttttt" tu ye..!!" Hampir terkejut aku bila tiba-tiba Mira muncul di pintu dapur.

" Si tutt?! Si tutt siapa pula?" Aku berkerut. Mira tersengeh-sengeh. Mesti ada sesuatu dia ni.

" Hahahaa.. Tu ha! Yang hantar bunga setiap hari pada Cik Aliaa tulah.." Mira duduk dihadapan aku. Senyum.

" Hmm.. Kalau dia tu. Tak perlu nak ingat. Tak ingin nak ingat pun tapi dia yang akan munculkan diri..! Memang tak sempat pun nak ingat" Jawabku. Mira gelak.

" Tapi hari ni, dia tak hantar bunga tau! Dia hantar makanan. Saya terserempak dengan dia tadi dekat bawah. Minta tolong saya sampaikan pada Cik Aliaa. Dia dan Nizam kerja luar katanya. Tak sempat nak bagi sendiri. Pesannya lagi, kalau sempat jumpa Cik Aliaa lunch nanti.." jelas Mira. Dah jadi posmen dah si Mira ni.

" Makanan? Mesti mama dia suruh bagi kut. Awak tunggu kejab ye saya ambil. Dekat bilik saya ek!!"

" Aha.. Dekat bilik..!" Aku terus bangun dan menuju ke bilik. Aku pun kebetulan belum sarapan lagi ni, cuma minum nescafe je. Tunggu Naim tak sampai lagi pula. Aku ambil mangkuk tingkat steel dan bawa ke dapur. Entah apalah yang mama bekalkan ni. Baik sungguh hati mama. Aku letak mangkuk tingkat di atas meja. Ku buka satu persatu mangkuk itu. Wow!! Sedapnya. Nasi goreng udang, kuih bingka tepung dan sambal tumis ikan bilis. Memang menyelerakan.

"Sedapppnyaaaa bau..!! Belum makan lagi dah sedap..!!" Kata Mira teruja. Aku senyum dan ambil pinggan bersama sudu. Aku senduk nasi goreng ke dalam pinggan dan beri pada Mira dan sepinggan untuk aku sendiri.

" Mama Faliq masak, memang sedap tau. Dalam dunia ni masakan paling sedap bagi saya cuma tiga orang je. Abang saya, Mak Long dan Mama. Memang tak ada tandinganlah..!!" Jawabku jujur. Lalu duduk kembali. Aku dan Mira layan nasi goreng udang mama. Mama bekalkan banyak. Jadi, aku simpankan untuk Naim juga.

Perut sudah kenyang hati pun tenang. Aku masuk dalam bilik. Duduk pandang sekeliling. Mana Naim ni, apasal tak sampai lagi. Tak kan tak datang kerja kut. Mesti mood kahwinlah tu. Lusa baru dia start cuti kut. Hmm..  Minggu ni agak bosan kerja. Duduk office je, appointment semua tak ada, papa cakap nak tukar jadual. Aku pun tak tahu jadual apa. Dah lama tak masuk office sini jadi banyak juga dah berubah. So, tunggu jelah meeting bulanan nanti. Papa pun tak masuk office ni dua minggu pergi Australia kut. 


Tempat Zack, katanya ada projek baru. Projek baru apa, itu aku tak tahulah. Malas nak tanya.  Tapi macam best je bunyinya. Mana tahu aku boleh minta kerja ke sana. Wah!! Jadi orang putihlah gamaknya. Memang jauh betullah aku merantau nampaknya. Hahaha..!! Angan-angan je lebih. Macamlah abang aku bagi. Ada juga aku saja bagitahu dia nak kerja dekat sana oversea. Tak kisahlah kerja apapun. Biar Dhia pun sekolah dekat sana. Punyalah mengamuk abang. Sepanjang hari membebel je. Cakap saja-saja je kut. Kalau betul-betul aku nak pergi, rasanya tak ngaku aku adiknya kut. Hehehe!! Lawakkk....

Apa aku nak buat ni? Mengelamun jelah. Buka laptop check balik segala kerja semalam. Pasang lagu dan nyanyi. Erisya dah balik Terengganu. Kak Intan pun cuti sakit. Kasihan dia demam. Ni Naim masuk lewat kut. Kenapa aku tak tanya dia je, kan senang. Apa dah!! Aku keluarkan handphone dari dalam handbag. Boleh pula aku lupa handphone. Banyak juga whatsapp masuk dan panggilan tak dijawab. Aku senyum. Tahu dah siapa yang hantar. Tak ada orang lain dah, si Faliq lah juga. Handphone aku ni memang untuk dia je kut.

" Oittt... Makcik..!! Aku masuk office after lunch ya.. Perut aku meragam lorr.. Sedih!!" Aku gelak kecil. Patutlah tak sampai lagi. Masalah perut rupanya.

"Okeylah. Jumpa nanti..!" Balasku.

Kemudian aku baca whatsapp dari Faliq pula.

" Uit sayangku Aliaa Sofea.. Beratus kali saya call, awak dimana.. dimana.. dimana?!"

Ceh!! Sayang?! Apa sayang? Ingat aku kisah dengan sayang tu. Hmm Sorry!! Elehhh... Call baru tiga kali kata beratus kali. Menipu je. Hahahaa!! Aku gelak.

" Mama ada bagi breakfast untuk awak. Tapi sorry tak sempat nak hantar. Saya kena ke side ni. Dah lambat. Saya kirimkan dekat Mira tadi. Makan tau jangan tak makan.. okey bye!! Muah.. muah!!"

Eeee.. Muah.. muah..  bagai, gelilah wahai Encik Faliq oii..!! Nasi goreng pun dah masuk dalam perut dah pun. Aku gelak lagi. Macam-macam mamat ni. Dialah sekarang kawan aku. Teman tapi mesra. Rasa macam dulu-dulu bujang je tapi tak sama. Just lebih kepada iya.. Teman tapi mesra. Rasa sayang? Sayang teman tapi mesralah. Lebih? Tak kut. Tak.. tak.. dan tak tahulah satu hari nanti. Tapi yang pasti, sekarang tetap teman tapi mesra. Titik!

Bunga atas meja aku ni, dah tak ada tempat rasanya nak letak. Kalau dulu seminggu dua tiga kali dia hantar tapi kali ni tiap hari. Dah macam taman je dah bilik aku ni. Taman mawar. Hahaha!! Aku siap bagi diaorang lagi dekat luar tu. Letak dekat bilik papa. Sampai papa pun geleng kepala. Nak ambil hati akulah tu. Tapi agak-agaklah pun. Tiap hari tu, banyak betul duitnya tiap hari membeli. Bukan murah pun. Eloklah kau sedekahkan dekat masjid. Kan elok tu wahai Faliq Alfie. Hmm..

Lamunan terhenti. Handphone berbunyi. Pantas tanganku terus capai handphone depan mata.
Angah call. Aku senyum.

" Assalammualaikum.. Aliaa busy ke?!" Suara Angah ditalian.

"Waalaikumsalam. Tak ada buat apa ni. Bosan. Kenapa Angah?!" Tanyaku.

" Angah nak ajak Aliaa jumpa client. Sebab dia nak ambil pakej kek pengantin sekali. Angah nak offer dan  tanya Aliaa ni, Aliaa nak ambil tak pakej tu. Kalau nak malam ni kita jumpa client tu.. Macam mana?! " Senyum lebar aku. Excited pula.

" Boleh juga! So, Angah nak pergi jam berapa?! Kalau sekarang pun boleh!" Semangat betul aku.

" Sekarang tak boleh. Angah nak siapkan baju bertunang ni ha. Tapi malam tau, lepas maghrib. Boleh?!" Tanya Angah.

"Boleh je..!"

"Nanti malam Angah ambil Aliaa dekat rumah ya..!"

"Okey!! Bye..!!" Talian dimatikan.  Wow!! Dapat job lah. Lama dah tak ambil tempahan kek kahwin ni. Seronoknya. Jadi si pembuat kek semulalah jawabnya, sambil-sambil. Hehe!! Aku sambung buat kerja yang tak kerja sangat ni. Tiba-tiba rasa ngantuk pula. Beratnya mata ni. Aku baringkan kepala diatas meja. Dan lelaplah kejab..

" Oitt makcik..!! Amboi lenanya tidur. Tahulah ni company bapa angkat kau. Hahaha!!" Aku tersedar. Ish!! Lama ke aku tertidur ni. Naim gelak tengok aku. Aku mamai.

"Dah jam berapa ni beb. Santak ngantuk aku..!" Aku sengeh. Aku tengok muka dicermin. Buruk betul rupa bangun tidur.

" Dah nak habis waktu lunch pun.." jawab Naim.

" Iya ke?! Ya Allah..!! Betul-betul lena aku tidur ni. Temankan aku makan jom. Laparlah..!!" Ajak aku. Bangun tidur perut laparlah pula.

" Aku dah makan dah. Kau ajaklah Faliq. Tadi aku terserempak dengan dia dekat bawah. Baru sampai rasanya.." Aku mencebik.

" Kau memang kan. Aku tunggu kau. Kau suruh aku lunch dengan dia pula.." aku buat muka merajuk konon.

" Elehhh..!! Kau dan-dan cakap tunggu aku. Padahal tidur lena adalah..!" Aku gelak kecil.

"Eh!! Beb.. Aku lupa nak info kau..!"

" Info apa?!"

" Tasya..!!"

" Kenapa dengan Tasya. Bukan dia dah balik JB ke. Tu yang aku dengarlah.." aku berkerut.

" Memanglah. Tapi dia datang kerja sini balik tau.."

" Maksud kau?!"

" Dia kerja dekat company import eksport tingkat lima. Dah hampir sebulan kalau tak silap.." kata Naim. Aku terkejut.

" Kau biar betul beb? Mana kau dapat info semua ni..?!" Habislah Faliq.

" Betullah. Takkan aku nak tipu kut. Kau macam tak kenal aku je kan. Semua company dalam bangunan ni cerita dalam tangan aku tau..!!" Katanya bangga.

"Hahaha!! Kau dari dulu sampai sekarang sama je kan. Nak kahwin dah pakcik oi, bertaubat sikit..!" Aku jeling perli pada Naim.

"Ish!! Kau ni. Aku dapat info pun aku cuma bagitahu kau je tau. Tak adanya aku tokok tambah cerita. Yang aku tahulah, company tu  bagi Tasya gaji double triple tau. Marketing juga. Fuhh!! Gilalah. Kalah gaji kita..!" Terang Naim lagi.

" Fuyooo!! Tapi kau tengoklah cara dia. Cantik, pandai cakap, bergaya jadi tak mustahil lah ramai company nak ambil dia kerja lagi-lagi pegang jawatan tu. Memang sesuailah tu dengan dia. Rezeki dia.." kataku senyum.

" Itulah kelebihan dia. Dia jadi orang kuat Dato' Ciew tau. Member aku cakap, dia dapat rumah, kereta baru. Mewah gilalah hidup dia..!" Aku geleng tengok Naim. Semangat betul bercerita. Aku senyum jelah.

"Dah.. Dah.. Tak payah nak mengutuk pula. Aku taknak tambah dosa..!" Perli aku.

"Aik Aliaa.. Tiba-tiba aku rasa pedaslah pula.." Naim sengeh.

" Kalau pedas, sila minum air..!" Jawabku lagi.

" Hahahahaa...!! Ni aku nak info benda penting. Kau kena hati-hati dan kena info Faliq juga. Apa yang aku dapat tahu. Dia nak buat something dekat Faliq. Something apa tu aku tak pasti. Mungkin nak tunjuk dekat Faliq lah kut yang dia dapat jantan lagi hebat, lagi kaya.." sambung Naim lagi. Aku berkerut.

" Hmm.. Tu lantak dialah. Cuma aku harap dia tak ganggu hidup aku lagi. Tu jelah.." kataku.

" Tulah. Apapun, kau kena hati-hati juga. Perempuan si Tasya ni selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi tu dia takkan puashati. Aku rasa, dia memang saja kut kerja area sini sebab nak balas dendam dengan Faliq atau kau.." teka Naim.

" Hmm.. Tapi aku dah tak ada apa-apa dengan Faliq kut. Tak kan tak habis lagi..!" Aku megeluh.

" Ada dia kisah. Kau ada apa-apa ke, tak ada apa-apa ke dengan Faliq. Tu tak penting. Bagi dia dendam tetap dendam.."

"Ishh!! Kau ni, tak baik tau menuduh dia. Kut-kut dia dah berubah ke. Janganlah negatif awal sangat, mentang-mentanglah dia pernah buat jahat. Yang jahat tak selamanya jahat Naim oii. Fikir baik-baik jelah.."

" Sukahati kaulah. Tapi kadang-kadang, tak perlu jadi baik sangat pun Aliaa. Memang kena negatif juga untuk berhati-hati. Aku dah info kau, pandai-pandai kaulah ye..!" Kata Naim lagi. Aku pandang Naim. Betul juga apa Naim cakap tu. Entahlah malas nak fikir. Dari aku fikir si Tasya tu. Lebih baik aku fikir perut aku yang tengah berbunyi ni. Laparrr!!

" Dah sudah..!! Jom temankan aku makan. Aku tak kira, kau kena temankan aku juga. Sekarang!!!" Tegas. Aku terus bangun dan ambil duit dalam laci.

" Kau paksa akulah ni?!"

" Memang aku paksa kau. Dah jom!!" Aku terus keluar dari bilik dan diekori oleh Naim. Nak tak nak, terpaksalah Naim ikut. Orang lain berlumba-lumba nak masuk office, aku pula sibuk keluar office dan baru nak turun makan. Entah ada lauk lagi entah kan tidak. Makan jelah apa yang ada. Janji perut kenyang. Kalau perut kenyang kan hati tenang. Apa-apalah Aliaa. Janji happy!!

Previous: Bab 99
Next: Bab 101

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.