336,694
Kategori:
Genre:
Bab 48
Balik dari office tadi. Macam yang dijanjikan. Abang ambil aku balik kerja. Dan kami terus ke menuju ke kedai. Jalan agak sesak pula, biasalah waktu kemuncak macam ni. Masing-masing berlumba-lumba nak cepat sampai ke destinasi. Cuaca pun boleh tahan terik. Jadi bersabarlah abang menghadap kesesakan lalulintas. Sama je dengan KL. Hehe..!!

" Abang pergi mana je tadi?!" Tanyaku memecah kesunyian.

"Duduk rumah je.. "

" Aik..!! Kata nak jumpa Wan?"

" Tak jadi. Dia pergi Ranau ada hal sikit dekat rumah anak yatim.."

"Rumah anak yatim?!" Aku bertanya ingin tahu.

" Iya.. Family dia ada buka rumah anak yatim dekat sana.." aku angguk.

" Ni kita nak kemana?"

"Ke kedai adiklah.." jawabku. Aku nak cerita dekat abang mengenai Zahwan dan bekas isterinya. Tapi nantilah. Takut abang risau pula. Iyalah.. Dekat KL ada problem dekat sini pun ada problem. Tak pasal-pasal abang suruh aku balik KL pula nanti. Duduk dengan dia semula. Masak aku. Tak apa. Nanti aku akan cerita juga tapi bukan sekarang.

Sampai je, kami pun berjalan ke kedai. Aku kenalkan abang dengan Kak Su dan Lina. Abang tahu pasal Kak Su cuma tak pernah jumpa lagi.

"Abang.. Ni lah kedai adik dan Kak Su.." aku senyum.

"Alhamdulilah.. Tahniah Adik!! Adik dah buktikan pada abang adik memang boleh berjaya. Usahawan dah ni kan.." Abang peluk bahu aku. Bangga abang dengan pencapaian aku.

" Ini semua atas berkat doa abang,  Mak Long dan semua. Semangat yang abang bagi pada adik. Terima kasih abang.." kataku jujur.

" Sama-sama. Jadi, dah ada kedai, dah kerja dekat sini. Nampaknya dah taknak balik KL dah ke ni.."

"Hahaahaa.. No komen..!!"

"Abanglah tinggal sorang-sorang. Hmm..!!" Abang buat muka sedih.

" Abang kan nak kahwin. Nanti adalah teman. Betul tak?!" Kataku. Senyum.

"Hmm.. Cantik kain-kain ni.." Abang meneliti setiap kain pasang. Dan angguk-angguk kepala. Aku senyum je. Seronok aku tengok abang. Abang jelah semangat aku sekarang. Setiap nasihat abang aku simpan. Dan aku buktikan pada abang. Bila abang happy aku pun happy sangat.

" Abang.. Jom!! Adik nak tengok laut.."aku mengajak abang.

"Sekarang?!" Aku angguk. Semestinya abang okey je. Sebelum pergi aku beritahu Kak Su nak balik dah. Bincang sesuatu dengan dia. Sayang Kak Su, Kak Su memang baik.

Aku dan abang terus berjalan beriringan menuju ke kereta. Tapi aku rasa macam ada seseorang yang memerhatikan aku. Bila aku menoleh ke belakang, tiada pula. Siapa pula yang ikut aku ni. Hmm.. Biarlah perasaan aku je kut. Aku dan abang terus masuk dalam kereta dan meninggalkan shopping mall itu.

Sepanjang perjalanan, kami berbual kosong. Abang sentiasa menasihati aku. Aku dengar dan angguk. Aku simpan nasihat-nasihat abang. Abang banyak memberi nasihat dan ceramah keagamaan pada aku. Dah lama tak dengar ceramah abang. Dah lama tak kena cuci kepala aku ni dengan abang. Sekali kena cuci sampai bersih licin berkilat. Terima kasih abang. Abanglah abang kandung yang paling baik di dunia ini. Sayang abang ketat-ketat. Dah beranak pun masih nak bermanja dengan abang. Nak bermanja dengan siapa lagi kalau tak dengan abang sendiri. Nak bermanja dengan laki, laki lari. Hmm... Tak kuasa nak kejar. Biarlah dia lari dengan labi-labinya. Hahahaa..!!

Sampai di Todak Waterfront, abang mencari parking. Mujur ada kereta mahu keluar. Lega!! Tak payah nak jalan jauh. Kemudian, kami berjalan menuju ke kerusi. Duduk menghadap laut. Syoknya dapat angin laut. Fuhh!! Tenang. Aku jalan dan berdiri di tiang lampu. Menarik nafas dalam dan hembus perlahan. Angin sejuk menusuk ke tulang. Angin laut memang mendamaikan. Nak hujan mungkin ni. Nyaman terasa. Orang tak ramai. Aku merenung nun di sana. Melihat pulau-pulah yang terletak cantik sekali di tengah lautan. Kapal-kapal ikan keluar masuk, bot-bot penumpang berlumba-lumba. Masing-masing mencari rezeki. Abang hanya memerhatikan aku. Abang tahu apa yang sedang bermain difikiranku. Jadi, dibiarkan aku sendiri bersama emosiku.

"Adik..!! Abang ke toilet ya.." Abang menjerit panggil aku. Aku angguk. Aku masih layan laut. Arhh!! Seronoknya..


Macam nak terjun ke dalam laut je. Lepas tu berenang ke pulau. Pulau apa, aku pun tak tahu. Macam-macam aku fikir. Start dah aku merepek. Aku gelak sendiri.

"Aliaa..!!" Lamunanku mati tiba-tiba. Siapa pula yang menegur aku ni. Aku menoleh ke belakang. Berdiri tercegat Zahwan. Aduhai.. Dah kenapa dia datang. Mana dia tahu aku dekat sini. Dia ke yang perhatikan aku tadi. Hmm..

" Buat apa awak dekat sini?!" Tanyaku tak selesa. Aku pandang kanan kiri, manalah tahu bekas isterinya nampak.

"Saya nak jumpa awak. Nak jumpa Adil.." katanya.

" Abang pergi toilet. Awak pergilah tunggu dekat sana tu.." Aku jadi tak sedap hati pula ni.

"Tak apalah. Temankan awak disini je.." Dia melangkah berdiri di sebelah ku. Aku berganjak ke kanan dua langkah.

"Tak perlu nak temankan saya. Saya tak perlukan teman. Boleh tak awak jangan ganggu saya?!" Pintaku.

"Saya tak ganggu. Kebetulan saya lalu sini dan nampak awak sorang-sorang dekat sini. Lagipun, saya nak jumpa Adil.." katanya.

" Iyalah tu.. Saya taknak nanti bekas isteri awak bising pada saya.." terangku.

"Biarlah dia. Saya bukan suami dia pun.." selamba je Zahwan cakap. Geram pula aku!!

" Biarkan?? Hey !! Saya yang kena marah, saya yang jadi mangsa tau tak? Saya taknak dimusuhi oranglah Wan. Cukuplah.. Dan tolonglah faham.." aku dah start bengang dengan Zahwan. Berkerut dahiku. Aku jalan meninggalkan dia. Tapi dia mengekori aku. Aduhai..

" Kita kawan kut.." Eee geramnya aku. Kenapa dia tak faham ni. Zahwan ni pun meroyan jugalah macam Tasya. Kenapa diaorang ni semua meroyan. Kenapa aku dikelilingi dengan orang meroyan. Kuatnya dugaan aku ni. Aku ingat aku datang Waterfront ni nak cari ketenangan. Menghadap laut. Malas nak pergi tempat lain. Tapi rupanya bukan ketenangan yang aku dapat tapi serabuttttt!!

Aku berhentikan langkah. Zahwan pun berhentikan langkah juga. Aku buat muka garang, cehh!! Garanglah sangat. Aku berpatah balik tempat tadi. Pun Zahwan tetap ikut. Ya Ampun.!! Apa aku nak buat ni. Abang mana?

Aku berhenti di tempat tadi lagi. Menghadap laut lagi. Zahwan disebelahku.

"Tolonglah Wan. Tolonglah faham keadaan saya. Tolonglah..!!" Aku merayu.

"Tapi kita kawan kan.. Takkan tak boleh Aliaa.."

"Memang tak boleh. Kawan tak boleh, contact tak boleh. Ni jumpa lagi tak boleh.. Faham tak?!" Suaraku agak keras. Tapi dia bukan faham pun. Makin tersenyum menampakkan gigi taringnya adalah. Aduh..!! Masalah ni.. Dia diam. Aku pun diam. Mata masih memandang ke tengah lautan.

"Aliaaaa!!" Seorang wanita menjerit memanggil namaku. Dengan pantas aku terus menoleh ke belakang. Dan.....

Pangggg!!! Aduhh!! Makan penampar aku dapat. Peritnya pipi aku.

"Ya Allah..!! Mimi.. Apa awak buat ni?" Merah muka Mimi pandang aku. Aku terpaku. Menyentuh pipi sendiri.

"Apa saya buat? Ni ha.. Perempuan ni memang patut ditampar. Sudah kubilang sama kau kan. Jangan kau jumpa Wan lagi. Kau tak faham bahasa ka ha?!" Turun naik nafasnya, marah.

" Dia tak jumpa saya. Saya yang datang jumpa dia. Saya nak jumpa abang dia. Abang dia sahabat saya.. Kenapa kau tiba-tiba tampar dia? Gila sudah kau ni ha?! Bikin malu saja!!" Terang Zahwan.

"Kenapa ni?! Kenapa tampar adik saya? Awak ni siapa? Siapa ni Wan..?" Abang datang terus marah.

"Saya ni bekas isteri Wan. Adik kau ni menggatal sama Wan.."

"Mimi sudahlah.. Pulang kau sana. Pergi..!!" Arah Zahwan.

"Tapi abang..!!"

"Saya cakap kau pergi..!!"kata Zahwan. Mimi dengan marah terus meninggalkan kami.

" Apa ni Wan? Apa adik aku dah buat? Korang ni kenapa ha, Faliq buat adik aku macam ni. Kau pun sama. Ya Allah..!!" Kata abang.

"Maaf.. Maaf Adil. Kau dengar dulu aku cerita. Aku akan cerita semua..!!"  Aku terdiam seribu bahasa. Terus jalan laju duduk dikerusi. Menekup muka. Menangis semahu-mahunya.

Ya Allah..!! Dugaan apa lagi Kau mahu bagi pada aku. Apa yang Kau mahu tunjukkan padaku. Kenapa dugaan yang bertimpa-timpa Kau beri sekaligus. Aku tak mampu, tak sanggup nak hadapi. Tak larat...

Hari ni memang hari penampar sedunia ke? Tadi Tasya kena penampar dengan Faliq,  ni aku pula kena penampar dengan bekas isteri Zahwan.

Ni akibatnya padankan muka pada Tasya. Dan sekarang, padan muka aku sendiri. Huwaa!!

" Aliaa.. Saya minta maaf bagi pihak Mimi. Saya minta maaf..!!"kata Zahwan. Aku masih menekup muka.

" Macam nilah Wan. Lepas ni kau tak payah jumpa adik aku lagi. Tak payah langsung. Aku taknak adik aku diapa-apakan lagi. Aku jauh dari dia. Tolonglah.." Abang merayu pada Zahwan. Zahwan jadi serba salah.

" Tak apalah. Aku minta maaf Dil. Aku pergi dulu. Aliaa.. Saya minta maaf. Jaga diri baik-baik.." Zahwan meninggalkan kami.

Abang duduk disebelahku. Abang peluk aku. Aku menangis lagi di dada abang. Kali ni bukan kerana Faliq tapi kerana Zahwan pula.

" Maafkan abang dik. Abang tak tahu kenapa sahabat-sahabat abang buat adik macam ni. Orang yang abang percaya, yang abang sayang yang abang kenal. Mereka buat adik menderita macam ni.. Maafkan abang dik.. Maafkan abang..!!" Abang cium dahi aku. Aku tak mampu nak cakap apa-apa dah. Aku taknak abang rasa bersalah disebabkan sahabatnya.

Aku kesat airmata. Langsung tak cakap apapun. Dalam hati hanya Allah je yang tahu.

"Ya Allah..!! Kasihannya adik abang. Maafkan abang dik.. " aku senyum tawar. Pipiku merah kesan tangan Mimi. Sedih muka abang.

"Kita balik jom..!!" Pintaku. Aku terus bangun. Dan kami menuju ke kereta. Abang memulakan pemanduan. Aku masih diam. Fikiran blurr sekejab. Entahlah.. Tak tahu nak cakap apa. Tak tahu nak buat apa. Rasa hati ni dah tawakal jelah. Redha jelah. Apa mereka nak buat pun, buatlah. Nak tampar ke, nak tembak ke, nak bunuh ke. Silakanlah.. Aku serahkan diri.. Buat jelah apa mereka nak.

Sampai saja dirumah. Aku masih duduk dalam kereta. Aku senyap. Fikiranku dah mula bercelaru, dah mula makin tertekan. Bayangan Faliq, Tasya, Zahwan, bekas isteri Zahwan semua silih berganti. Nafas aku turun naik. Mereka ketawakan aku. Mereka mengejek-ejek aku.

"Semua orang buat aku macam ni. Semua orang benci aku, semua orang nak aku mati kan. Lebih baik aku mati.. Baru puas hati korang.." Aku jadi sangat tertekan.

"Adik.. Astagfirullah Al Azim.. Ingat Allah dik. Mengucap sayang..!!" Abang menenangkan aku.

"Diaorang semua benci adik. Semua nak adik mati abang. Untuk apa adik hidup lagi. Untuk apa??" Airmata aku deras mengalir. Aku dah macam orang kena rasuk dah. Aku menjerit-jerit melepaskan segala tekanan.

"Sayang jangan macam ni.." Abang cuba pegang tangan aku. Aku meronta-ronta minta dilepas. Aku buka pintu kereta dan lari masuk ke dalam rumah. Aku lari ke dapur, aku ambil segala ubat aku. Aku lari pula naik ke atas terus masuk dalam bilik. Aku kunci pintu. Aku bersandar dipintu dan menangis sepuas-puasnya. Bayangan mereka masih lagi dihadapanku. Gelak tawakan aku. Kejamnya kalian.

"Adik.. adik buka pintu ni dik. Jangan buat sesuatu diluar kawalan dik.. adik!!" Aku dengar abang ketuk-ketuk pintu. Aku tak pedulikan.

" Korang nak aku mati kan. Korang seksa jiwa aku, korang buat aku menderita. Bunuh je aku,  bunuh..!!" Aku menjerit-jerit sendiri. Aku tak tahu apa yang aku nak buat. Aku tak sedar apapun. Yang aku nampak mereka menghina aku, mengejek aku, macam-macam mereka buat. Aku sedih.

Abang terus ketuk pintu. Aku tak pedulikan langsung. Aku terus menangis dan menangis lagi.

" Aliaa.. Buka pintu ni Aliaa.. Ingat Allah Aliaa.." aku dengar sayup-sayup je suara tu. Aku tak tahu siapa. Arhhh !! Lantaklah.

"Pergi semua.!! Aku taknak jumpa sesiapa. Biar aku mati, baru puashati korang semua..!! "
Aku bangun. Tapi kepala tiba-tiba jadi sakit. Sakit yang teramat sangat. Dada aku jadi sakit. Aku tak boleh bernafas. Aku terus jatuh ke lantai. Aku ambil ubat. Aku tak tahu ubat yang mana satu. Pandangan aku dah mula kabur. Aku ambil je semua ubat dan makan. Aku mengesot ke meja nak ambil air. Aku tuang air ke dalam gelas. Ya Allah sakitnya dada. Rasa macam nyawa di penghujung. Aku teguk sekali dua air dan prankkkksss.. Gelas jatuh. Pecah berderai.. Aku mengurut dada. Sakit. Aku masih lagi cuba untuk bernafas.

" Abang..!! Tolong adik!" Aku jerit panggil abang. Aku kuatkan semangat nak bangun. Aku memaut pada kerusi tapi kerusi dan aku jatuh ke lantai. 


Tanganku luka terkena kaca. Tapi sikit pun aku tak rasa sakit. Aku cuma nampak darah banyak mengalir. Aku biarkan. Dada makin sesak, pandangan makin kabur, badan makin lemah. Akhirnya.. Aku rebah ke lantai. Aku tak ingat apa-apapun. Gelap gelita..!! 

Previous: Bab 47
Next: Bab 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.