336,506
Kategori:
Genre:
Bab 2
Seperti hari-hari biasa. Sampai saja dirumah Faliq, Puan Asmah akan terus masuk ke dalam bilik Aliaa. Mahu melihat keadaan menantunya. Tersenyum melihat Aliaa sedang lena tidur. Puan Asmah meletakkan nasi dan air suam diatas meja. Lalu, duduk di tepi katil mengusap-ngusap kepala Aliaa. Pucat sungguh mukanya. Simpati.

" Kasihannya menantu mama ni. Seksa sungguh Aliaa mengandungkan cucu mama ini. Sabarlah sayang..!!" Puan Asmah sedih melihat Aliaa. Hanya dia yang memahami setiap keperitan menantunya itu. Dari awal mengandung hingga 9 bulan ni, mabuk sepanjang hari. Macam-macam ubat yang doktor beri agar kesihatannya dan kesihatan bayi dalam kandungannya dalam keadaan baik. Teruk sungguh Aliaa mengandung. Kena pula penyakit Anemia. Pernah sekali masuk hospital kerana mengalami Anemia tahap kritikal, terpaksa buat pemindahan darah dan makan ubat tambah darah. Walaupun begitu, Aliaa masih mampu senyum dan ketawa kerana tidak mahu mereka sedih melihat keadaannya. Hampir menitis airmatanya mengenangkan nasib si menantu. Tak sampai hati melihat keadaan teruk Aliaa.

" Mama..!!" Aliaa senyum melihat Puan Asmah. Dia bangun dari baringannya dan duduk bersandar dikepala katil dengan dibantu oleh Puan Asmah.

" Aliaa macam mana, okey tak?!" Tanya Puan Asmah.

" Okey ma..!!" Perlahan suaranya. Memang itulah ayatnya setiap kali ditanya. Tak pernah tak okey.

" Makan dulu ye sayang. Mama ada buatkan sup ikan merah ni. Makan ye..!" Puan Asmah mengambil nasi tadi. Lalu menguapkan nasi ke dalam mulut Aliaa. Aliaa senyum saja. Wajahnya sangat pucat.

" Ma.. Dah 9 bulan dah kandungan ni. Dah besar kan.. Tak lama lagi Aliaa akan melahirkan. Baby pun selalu gerak. Happy sangat. Abanglah yang paling happy.." kata Aliaa. Happy.

" Iya sayang.. Tak lama lagi Aliaa melahirkan. Saat yang paling bahagia buat seorang ibu adalah saat melahirkan. Sakit bersalin akan hilang serta-merta bila dengar tangisan baby dan bila tengok baby nanti.." cerita Puan Asmah. Aliaa senyum.

" Selama 9 bulan ni juga,  Aliaa tak sihat. Mabuk teruk, sakit itu sakit ini. Sampai buat apa pun tak dapat. Banyak sangat Aliaa menyusahkan mama dan abang. Aliaa minta maaf mama.."Nada suara sedih. Berubah airmuka Aliaa.

" Aliaa.. Tak ada apa yang menyusahkan. Setiap anak yang kita kandung tak sama. Lagi-lagi mengandungkan anak pertama. Aliaa kena kuat semangat. Mama faham apa yang Aliaa fikirkan. Mama sangat berterima kasih pada Aliaa, Aliaa tanggung semua ni semata-mata nak beri zuriat pada Alang. Nak beri mama cucu. Pengorbanan Aliaa sangat mama hargai.." Puan Asmah menguap nasi lagi pada Aliaa.

" Terima kasih mama. Aliaa sayang mama sangat-sangat. Ma.. Andai terjadi apa-apa dekat Aliaa saat melahirkan nanti. Aliaa minta, mama tolong jagakan baby ni ye.." Terkejut Puan Asmah dengar.

"Kenapa cakap macam ni sayang. Aliaa tak akan apa-apa. Mama tahu Aliaa kuat. Mama, Alang, Adil dan semua akan sentiasa bersama Aliaa. Dahlah ye.. Jangan fikir bukan-bukan dan taknak sedih-sedih macam ni. Nanti baby pun sedih.. Senyum sikit sayang..!!" Puan Asmah senyum. Air suam diberi pada Aliaa. Baik sungguh Puan Asmah. Dia jaga Aliaa sehabis baik. Terlalu menyayangi Aliaa.

Selesai makan, walaupun hanya 4,5 suap sahaja itu dah cukup baik. Jarang Aliaa dapat makan banyak itu. Selalu 3 suap je pun dah terkeluar semula. Kasihan Aliaa.!!. Puan Asmah mengangkat pinggan ke dapur. Membiarkan Aliaa berehat. Dia tahu Aliaa tak sihat bila melihat wajahnya yang sangat pucat. Tapi Aliaa memang tak akan info padanya. Lemah badan Aliaa. Tunggu Faliq balik sekejab lagi, biar Faliq yang bertanya sendiri.

Puan Asmah mencuci pinggan dan meletakkannya ditempat pengering. Lauk sudah terhidang untuk anak kesayangannya. Lalu, menuju ke ruang tamu menunggu Faliq balik. Tv dibuka, sambil menunggu sambil menonton. Begitulah rutinnya selama Aliaa mengandung. Dia yang tawarkan diri mahu menjaga Aliaa dan berulang-alik dari rumahnya. Setiap pagi Encik Kamaruddin akan menghantarnya ke rumah Faliq dan petang Asnida akan ambilnya. Kadang-kadang Faliq yang menghantar.


Ada juga dia menyuruh Faliq tinggal dirumahnya selama Aliaa mengandung tapi Faliq menolak baik. Dengan alasan mahu menjaga Aliaa sendiri. Tapi hati ibu mana yang sanggup melihat keadaan si menantu yang sering tidak sihat, mabuk teruk selama mengandung. Jadi, dia buat keputusan mahu menjaga Aliaa sewaktu Faliq kerja. Dan, keputusan itupun disokong oleh suaminya. Faliq pula sering balik lewat. Busy dengan kerja. Takut dan risau terjadi sesuatu pada menantu kesayangannya jika dibiarkan seorang diri dirumah. Biarlah dia susah sikit demi kesihatan dan keselamatan menantu dan bakal cucunya itu.

Tidak lama kemudian, pintu rumah diketuk. Cepat-cepat dia bangun dan membuka pintu. Tersenyum Faliq didepan pintu.

" Lewat Alang balik..?!" Tanya Puan Asmah.

"Ada meeting tadi ma. Ma.. Alang ada berita gembira ni.." kata Faliq. Senyum ceria.

"Berita gembira apa?! Jom makan dulu.." Mereka berjalan menuju ke dapur. Faliq mengekori Puan Asmah ke dapur.

"Mama tak apa. Alang tak lapar lagi ni. Mama dah makan belum?." Baru sahaja Puan Asmah mahu menyenduk nasi. Lalu, diletak semula pinggan kosong diatas meja.

" Mama tak lapar lagi. Jadi, taknak makanlah ni.." Faliq mengangguk. Senyum.

"Aliaa dah makan ke ma? Banyak tak dia makan?" Tanya Faliq. Membuka peti sejuk dan menuang air sunquick kotak ke dalam gelas kaca. Lalu diletakkan semula air sunquick dan menutup pintu peti sejuk. Duduk semula.

"Dah. Banyak jugalah. Adalah dalam 5 suap.."

" Alhamdulilah. Susah nak tengok dia makan banyak tu.." Puan Asmah megangguk. Setuju dengan apa yang Faliq cakapkan.

" Alang.. Mama rasa Aliaa tak sihat. Pucat sangat. Macam termengah-mengah je dia. Mama risaulah Alang.. Cuba Alang tanya dia nanti.." terang Puan Asmah.

" Baiklah ma. Nanti Alang tanya dia. Oh iyalah ma.. Lupa nak bagitahu berita gembira ni.." Faliq kembali senyum.

" Ha.. Apa yang gembira sangat ni?!"

" Ma.. Alang naik pangkat.."

" Yeke?! Alhamdulilah. Rezeki anak namanya tu.. " Senyum Puan Asmah. Menumpang kegembiraan anak kesayangan.

" Iya ma. Syukur alhamdulilah. Alang pun tak sangka. Tapi.. Alang kena kursus ke Jepun seminggu. Minggu depan kena pergi.."jelas Faliq lagi.

" Jepun? Ish!! Minggu depan pula tu Alang. Aliaa tunggu hari je ni nak melahirkan. Tak boleh ke pergi lepas Aliaa selamat melahirkan?!" Puan Asmah berkerut.

" Itulah masalahnya ni ma. Alang pun tak tahu macam mana ni. Tapi kalau tak ambil jawatan tu, rugi besarlah. Sebab bukan senang nak dapat jawatan tinggi tu. Lagipun, salah satu cita-cita Alang ni.." sambung Faliq lagi. Puan Asmah terdiam. Dia sendiri pun tak tahu apa nak buat. Dalam keadaan Aliaa macam ni. Faliq pula nak tinggalkan. Ish!!

" Entahlah.. Mama pun tak tahu nak cakap apa. Alang fikirlah baik-baik. Cuma mama risau Aliaa, kalau dia sihat. Tak apa. Dalam keadaan dia macam ni. Dia perlukan Alang disisi. Alang fikirkanlah yang terbaik.." lemah je suara Puan Asmah. Sebenarnya dia tak setuju jika Faliq mahu pergi kursus ke Jepun tu. Faliq termenung sebentar. Meneguk air didepannya.

Aliaa bangun perlahan-lahan. Tak dapat tidur. Baby dalam perut aktif asyik ditendang-tendang saja perutnya. Aliaa tersenyum happy. Berat rasa badannya membawa baby dalam kandungan ini. Sudahlah badannya kurus dan kecil membawa perut yang besar ni. Terumbang-ambing jalannya. Hehe.. Aliaa membuka pintu dan jalan perjalan menuju ke ruang tamu. Tapi tiada sesiapa. Dia jalan pula ke dapur. Sebelum masuk ke pintu dapur dia terdengar perbualan Puan Asmah dan suaminya. Nampak macam serius. Aliaa berdiri ditepi pintu mendengar perbualan mereka. Tiba-tiba hatinya berdebar. Kenapa pula ni?! Bisik hatinya.

" Kenapa sampai nak melahirkan pun Aliaa masih mabuk macam tu ma. Alang ada dengar kawan-kawan Alang cerita, yang isteri mereka mengandung. Paling lama mabuk pun 2,3 bulan je. Tapi Aliaa mabuk sampai nak melahirkan. Macam pelik je.." keluh Faliq. Turun naik dada Aliaa. Sedih mendengar keluhan Faliq.


" Alang tak boleh samakan mereka dengan Aliaa. Setiap orang dugaan mengandung tak sama.."

" Tu Alang faham. Memang tak sama. Tapi.. Iyalah. Dengan Alang yang kerja dekat office lagi. Sebelum pergi kerja nak kena settlekan rumah, sediakan sarapan dia. Balik kerja nak membasuhlah, urus rumah. Letihlah ma. Belum lagi malam dia muntah-muntah, kadang Alang tak tidur pun sebab jaga dia.." sambung Faliq lagi.

" Itukan dah tanggungjawab seorang suami bila isteri mengandung. Lagipun Aliaa mengandungkan anak Alang. Bukan anak orang lain pun. Janganlah mengeluh Alang, tak baik. Kalau Aliaa dengar apa yang Alang cakap ni mesti dia kecil hati.." Puan Asmah agak marah dengan keluhan Faliq.

" Alang tahu. Cuma pelik je ma.. Dari awal mengandung sampai nak melahirkan ada je problem dia.. " Sampai hati Faliq cakap macam tu.

" Alang.. Kenapa Alang mengeluh macam ni. Alang ingat Aliaa sengaja ke buat-buat sakit macam tu. Seksa tau tak. Alang tak nampak ke pengorbanan dia nak bagi Alang zuriat. Ni baru mengandung, esok kalau melahirkan. Antara hidup dan mati je tau. Hati-hati cakap tu Alang. Jangan sampai apa yang Alang cakap tu buat Alang menyesal. Aliaa tu isteri Alang, anak dalam kandungannya tu anak Alang.." kata Puan Asmah keras. Marah!

" Maaf ma. Alang bukan nak mengeluh ma. Alang nak dia sihat, nak dia kuat. Alang nak dia..."

"Sayang tahu sayang banyak menyusahkan abang. Bebankan hidup abang. Banyak buat masalah. Sayang yang sepatutnya jaga makan minum abang, buat kerja rumah semua, bukan abang. Sayang isteri yang tak baik untuk abang.." Tiba-tiba Aliaa muncul dimuka pintu dapur. Terkedu Faliq dan Puan Asmah. Mengalir deras airmata Aliaa mendengar apa yang Faliq cakapkan tadi. Sangat tersentuh hatinya. Faliq tak ikhlas menjaganya.

" Sayang.. Sayang..!! Abang minta maaf. Abang.. abang tak bermaksud nak sakitkan hati sayang.." Terlajak perahu boleh berundur terlajak kata. Tanggunglah kau Faliq.

" Tak apa abang. Sayang faham apa yang abang maksudkan. Sayang dan baby ni memang menyusahkan hidup abang. Sayang minta maaf abang.. Minta maaf..!!" Aliaa terus berjalan meninggalkan Faliq dan Puan Asmah.

" Sayang.. Abang minta maaf!!" Faliq cuba memujuk. Cuba memegang tangan Aliaa. Aliaa tepis. Perutnya tiba-tiba mengeras. Dia memberhentikan langkah. Berkerut kesakitan. Memegang tepi dinding.

" Tinggalkan sayang sendiri.." tersekat-sekat suara Aliaa menahan kesedihan dan menahan kesakitan. Rasa bersalah Faliq jadinya. Tetap memujuk. Aliaa tak hiraukan. Sampai sahaja dalam bilik terus ditutup pintu bilik dan dikuncinya.

" Sayang.. Buka pintu ni. Abang minta maaf. Sayang..!!" Faliq mengetuk-ngetuk pintu. Tapi tiada respon dari Aliaa.

Faliq menyapu muka dengan tangan. Menyesal dengan apa yang dia cakapkan tadi. Dia tidak sepatutnya mengeluh. Dia seperti tidak memahami kepayahan si isteri. Dia ingat suka-suka ke Aliaa buat macam tu? Dia ingat Aliaa nak ke sakit dan mabuk sepanjang kehamilan? Tiada seorang isteri pun nak mabuk macam tu. Betapa seksanya, deritanya, peritnya. Hanya yang pernah alami saja yang tahu.

Faliq kembali ke ruang tamu. Puan Asmah kecewa dengan sikap Faliq. Dia yang memahami keadaan Aliaa. Dia sendiri pun kecil hati mendengar keluhan tadi. Faliq duduk disofa.

" Ma.. Alang minta maaf. Alang tak ada niat nak cakap macam tu. Ni mulut ni.. Bodoh betul." Dia memukul mulutnya sendiri yang celupar itu.

" Sampai hati Alang. Mama pun kecil hati dengar keluhan Alang. Sebelum Aliaa mengandung, pernah tak dia abaikan Alang. Makan minum pakaian Alang, rumah ni semua. Pernah dia abaikan? Tak pernah kan.. Alang juga yang nak anak, bila Allah dah bagi. Kenapa perlu nak mengeluh keadaan isteri yang mengandungkan anak sendiri? Alang baru jaga dia 9 bulan. Esok dah ada anak, macam mana. Kalau jaga isteri pun mengeluh macam ni." Faliq terdiam. Seribu penyesalan.

"Tak apalah Alang. Kalau Alang taknak jaga Aliaa, penat jaga Aliaa. Biarlah mama bawa Aliaa ke rumah. Mama boleh jaga Aliaa. Tak payahlah Alang risau." kata Puan Asmah dan terus bangun meninggalkan Faliq sendiri.


Faliq masih duduk termenung diruang tamu. Tanpa dia sedar, dia sudah melukai hati dua insan yang amat penting dalam hidupnya. Hati isteri dan hati ibunya sendiri. Menyesal pun tak berguna. Duduklah dia seorang diri. Puan Asmah sendiri pun tak sangka, sanggup Faliq mengeluh macam itu. Hati isteri mana yang tidak tersentuh bila mendengar keluhan begitu. Bila keluhan demi keluhan terpacul dari mulut si suami. Terasa menyusahkan dan membebankan. Sudah tentu Aliaa rasa yang Faliq tidak ikhlas menjaganya selama ini. Kasihan Aliaa...!!

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.