336,425
Kategori:
Genre:
Bab 128
Hilang terus mood aku pagi ni. Elok-elok aku happy terus rasa macam arhhh!!. Tension..!!  Patutlah dia cakap jangan layan si Tasya tu. Rupanya sebab takut kantoi kut. Tapi takkan dia sanggup tipu aku lagi. Siapa yang tak curiga macam ni. Ishh!! Dia cakap pergi kursus dengan Nizam, sebilik dengan Nizam, tapi gambar tu. Macam mana si parasit tu boleh bergambar dengan dia depan bilik pula tu. Mana Nizam? Takkan Nizam biarkan Tasya masuk bilik mereka. Atau..?!!  Nizam bersubahat kut. Ya Allah..!! Biar betul. Nizam pun tipu aku ke..?! Sedihnya...!!

Huh!! Lelaki semua sama. Patutlah aku tak nampak Tasya beberapa hari ni. Rupanya dia ikut Faliq ke JB dan memang betul lah kut apa yang Tasya cakap, Faliq kursus cuma dua tiga hari je dan selebihnya Faliq luangkan masa dengan dia. Berfoya-foya dekat sana. Ni bukan lagi berfoya-foya tapi ni dah kira berpoyo-poyo. Dua-dua sama je. Depan aku pijak semut pun tak mati tapi belakang aku..  Geramnyaa..!! Gilalah..!! Bencilah..!!

Rasa macam nak menjerit je. Nak lepaskan semua rasa ni. Dahlah aku call, whatsapp langsung tak balas. Ni mesti takutlah tu nak jawab. Kut-kut dia tengah bersama Tasya. Huwaaaa!! Oh!! Ibu.. Tolonglah adik..!! Sampai hati Faliq buat adik macam ni. Jerit aku didalam hati. Nak jerit kuat-kuat dalam office ni nanti apa pula staff cakap. Jerit dalam hati jelah.

Disebabkan malam tadi, batery handphone habis, jadi aku cas handphone dekat ruang tamu. Pagi-pagi tadi aku tengok handphone, ada missed call dari Faliq tapi dua kali je. Dan, bertubi-tubi gambar whatsapp dari Tasya. Aku pun malas nak ambil port sangat tapi bila dua gambar ni aku tengok buat aku curiga pula. Terus rasa jantung ni nak gugur je. Beb..!! Gambar dalam bilik dan depan pintu bilik kut. Gambar mereka berdua dan gambar Faliq sendiri. Aku tahu itu gambar baru dan bukan gambar lama sebab semasa Faliq buat video call kelmarin, itulah biliknya. Persekitaran yang sama dan suasana sama. Mana mungkin aku silap. Kenapa pagi-pagi lagi aku dapat berita macam tu. Hmm.. Dugaan apakah ini?

Entahlah.. Malas nak fikir. Buat sakit otak je. Biarlah dia nak buat apapun. Biarlah dia nak bersama Tasya ke, bersama amoi ke, bersama pondan ke, biarlah. Biarlah.. Biarlah..!! Hari ni, aku taknak jawab mana-mana paggilan dan aku malas nak pegang handphone. Cukuplah aku dah call Faliq tadi nak bertanya pasal gambar tu tapi malangnya dia tak jawab. Dan aku pun dah whatsapp dia. Dia nak baca atau tak, terpulang. Tapi nak kata dia busy dan fokus pada kursus tak juga, semalam dalam kursus pun boleh je layan whatsapp aku. Takkan hari ni tak boleh. Ahh!! Itu semua poyolah. Hati aku betul-betul sakit. Sejarah mungkin berulang kut. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan kuat. Mencarikekuatan sendiri. Aku masukkan handphone dalam laci dan tutup laci rapat-rapat. Padan muka!! Tiada maaf bagimu Faliq..!!

Aku ambil mug kosong, belum lagi tengahari dah dua mug nescafe aku minum. Memang pecah rekod. Ni aku nak ke dapur dan nak buat lagi.  Kali ni nescafe tarik tinggi-tinggi pula. Hari ni hari tension aku. Harap tak ada yang cari pasal. Silap haribulan memang akan kena marah dengan aku. Hari ni aku betul-betul garang mengalahkan Singa jadian. Aku melangkah keluar dan menuju ke dapur dengan muka garang.

Siap nescafe suam. Tak tarik pun, hilang mood nak tarik. Aku jalan menuju ke bilik. Naim pandang aku dan tegur aku. Tapi aku diam seribu bahasa terus masuk bilik. Aku letak mug atas meja dan duduk. Air nescafe suam aku hirup perlahan. Sambil pejam mata menikmati keenakan aroma kopinya. Fuhh!! Nyaman!! Tenang!! Tapi dalam hati tetap tak berapa nak tenang. Aku letak semula mug atas meja dan duduk bersandar. Tak lama, muncul Naim. Tersengeh-sengeh masuk dan terus duduk. Aku muka mencuka.

" Beb..!! Kau apahal ni. Bad mood je? Ada masalah ke? Ke gaduh dengan Faliq ni...!" Teka Naim.

"Aku tak ada mood hari ni. Jadi, kau jangan cari pasal ya..!" Kataku serius.

"Amboii.. Garangnya. Iyelah Aliaa..! Nak lunch tak? Jom..!!" Ajak Naim. Aku geleng kepala je.

"Dah pula. Nak aku tapau kan tak?!" Aku geleng lagi. Tetap serius.

" Hmm.. Taknak juga. Apa kena dah dengan kau ni Aliaa oii. Nanti kalau kau sakit perut sebab tak makan. Aku tak tahu ye. Jangan cakap aku tak ajak lunch pula tau..!" Aku berkerut pada Naim. Tetap berdiam. Naim bangun menuju ke pintu.

"Naim.. ! Panggilkan Mira masuk sini kejab..!!" Arahku pada Naim.

" Okey Boss!!" Naim terus je keluar. Aku nak siasat Mira sikit-sikit. Kepala otak tengah kusut ni. Apalah nasib, asyik kena tipu je.

Tapi aku patut kena tanya Faliq juga. Kut-kut ni permainan Tasya yang sengaja nak sakitkan hati aku. Tapi.. tapi.. Gambar dekat sana kut. Kalau Tasya tak ada dekat sana macam mana gambar tu boleh ada. Takkan saka Tasya. Isshhh!!! Merepeklah.

" Cik Aliaa panggil saya?!" Mira muncul.

"Mira.. Saya nak tanya sikit ni.."

" Tanya apa?!"

"Nizam betul ke kursus dengan Faliq?! Bila dia balik?!" Tanyaku.

" Aha betul. Baru je dia call saya ni. Selasa katanya tapi dia naik flight.." jawab Mira. Aku angguk tanda faham.

" Malam tadi, Nizam ada call awak tak? Dia call dekat mana? Dekat dalam bilik ke atau mana-mana?!" Tanya aku lagi. Dah macam penyiasat dah.

"Ada.. Tak silap dalam jam 9 lebih macam tulah dia tengah makan. Kenapa Cik Aliaa?! Ada yang tak kena ke?!"

"Eh! Tak adalah. Saja tanya. Okeylah awak boleh keluar. Sorry ganggu!!" Aku senyum pada Mira dan Mira terus keluar. Aku masih berfikir lagi dan terus keluarkan handphone. Lantas, aku check masa dan tarikh gambar whatsapp  dihantar oleh Tasya.

"Jam 8.52malam gambar ni dihantar. Mira cakap Nizam call dia dalam jam 9 lebih. Mungkin waktu Nizam keluar makan, Tasya dan Faliq dekat bilik..  Haa?!!! Oh my god!!" Aku cakap sendiri. Buat andaian sendiri. Sedih sendiri. Pedih sendiri. Semua sendiri. Huhu!!

Aku tak tahu sejauh mana hubungan mereka dan aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tak boleh macam ni. Aku kena tanya Faliq juga, kena dengar penjelasan dari mulut dia sendiri. Aku tak boleh percaya 100% pada gambar tu. Kalau aku percaya maknanya aku pun percayalah pada parasit tu. Dia tu nak hancurkan hubungan aku dengan Faliq. Dia akan buat macam-macam sampai kami berpisah lagi. Tapi...

Okey Aliaa..!! Tarik nafas dan lepas perlahan. Relax and cool. Jangan cepat buat andaian takut jatuh fitnah. Buruk padahnya. Jangan percaya sebelah pihak je tapi kena dengar juga bagi pihak Faliq. Kalau dia memang menipu, kau kena redha jelah. Dan kalau ini semua adalah permainan Tasya tu jadi engkau kena terus pertahankan hubungan kau bersama Faliq. Ingat Aliaa.. Orang yang busuk hati macam Tasya tu akan terus membusuk hatinya selagi apa yang dia inginkan belum dia dapat. Jadi, tak mustahil ini semua permainan Tasya. Relax okey!! Hati kecilku berbisik. Aku tarik nafas lagi dan bangun kemudian duduk di sofa pula.

Tutt... Tuttt..!! Cepat je tangan aku capai handphone. Okey Faliq call. Nak jawab ke atau tidak. Hati terus jadi panas ni. Dia call lagi dan lagi. Dengan sakit hati. Aku jawab.

" Hello sayang..!! Sorry saya busy tadi, dah makan tak ni?!" Tanyanya.

"Tak.." Jawabku.

" Kenapa tak makan? Nanti sakit macam mana?!"

"Biarlah saya mati. Baru puashati awak!"

" Ya Allah! Kenapa cakap macam ni!"

" Dapat whatsapp saya kan? Apa semua ni? Awak cakap awak dengan Nizam. Tapi kenapa ada Tasya. Awak tipu saya, sampai hati awak kan..!!" Aku mula beremosi.

" Hey.. Hey..!! Sayang.. Sayang..!! Nanti dulu, dengar dulu apa saya nak jelaskan. Saya tak tahu pun dia datang dan saya tak tahu bila masa gambar tu diambil.." terangnya. Menafikan. Ha?? Tak tahu? Alasan...!!

" Macam mana boleh tak tahu sedangkan gambar tu gambar awak dan dia. Depan pintu, maknanya dia datang bilik awak, masuk dalam bilik awak dannn.. Ya Allah..!! Astaghfirullah Al Azim.." aku terdiam sekejab. Airmata bagai nak gugur je rasa tapi relax.

" Ya Allah Aliaa please!! Saya tak buat apa-apa dengan dia. Janganlah macam ni sayang. Ini semua taktik dia, ini semua plan dia kut.." Faliq tetap menafikan.

" Kalau dah lelaki dan perempuan dalam bilik. Berduaan kut. Apa lagi diaorang buat. Huh!!"

"Tak sayang..!! Kami bertiga dengan Nizam sekali...!!"

"Ha? Nizam pun bersubahat.


Ya Allah..!! Korang ni dah kenapa? Tak takut dosa ke!! Astaghfirullah Al Azim.." Aku betul-betul terkejut. Terbeliak mata aku dengar.

" Eh!! Bukan macam tu. Awak salah faham ni. Sayang.. Sayang..!! Dengar dulu. Sekarang ni, saya nak awak relax. Tarik nafas dan lepaskan perlahan. Relax..!! Saya taknak awak tension macam ni. Awak kena relax dulu. Saya akan jelaskan satu persatu..! Tenang sayang..!!"

 Aku pejamkan mata. Aku ikut apa yang dia cakap. Aku rasa jantung aku dah laju sangat ni. Ni kalau aku teruskan macam ni mahu masuk wad aku ni. Aku tarik nafas perlahan. Ambil udara sekejab. Lancarkan pernafasan aku ni.

"Sayang..!!" Aku diam. Aku ketap bibir, bibir aku rasa macam kebas pula dah ni. Aduhai... Aku tarik nafas perlahan-lahan.

"Sayang awak okey tak ni. Sayang..!!"

"Okey..!!"

" Sayang.. !! Janganlah macam ni. Awak tak boleh terlalu stress macam ni..!"

"Sekarang ni awak nak jelaskan apa?!" Suara aku mendatar. Faliq cerita semua apa yang dah berlaku dari A sampai Z. Siap nak suruh Nizam cakap dengan aku tapi aku taknak layan pun. Aku dengar dan dengar je. Tak tahulah nak percaya ataupun tidak. Tapi dari nada suaranya dia cakap jujur. Entahlah..

" Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Nak percaya pun tak, tak percaya pun tak. Awak pernah dengan dia kan. Jadi.. Hmm.. entahlah..!" Keluh aku. Suara perlahan.

"Sayang..!! Please.. !! Janganlah macam ni. Saya tak tipu. Saya tahu apa awak rasa, tolonglah percaya saya. Saya tak buat semua tu. Saya sayang awak..!!"

" Okeylah..!! Saya ada kerja. Jaga diri baik-baik.! Assalammualaikum..!" Aku terus matikan talian. Aku genggam handphone dan pejamkan mata serapatnya.

Aku tak tahu apa semua ni. Betul atau tidak? Nak percaya atau tidak? Tak tahu.. Tak tahu dan tak tahu. Tak apalah. Aku taknak fikir. Aku kena tenang sekarang ni. Andai Faliq tipu aku, biarlah Allah balas semua. Tapi andai ini kerja Tasya, siap kau Tasya. Tahulah apa aku nak buat. Kita tengok lepas ni siapa yang akan sakit hati sendiri atas perbuatan kau sendiri.

Lepas ni aku akan lebih sweet-sweet dengan Faliq depan kau. Itu pun dah cukup buat kau terbakarkan. Terbakar rentunglah kau nanti Tasya. Geram betul aku. Aku bukan nak dendam dengan kau, sikit pun tak tapi saja nak kenakan kau. Nak game kan kau. Selama ni macam-macam kau game kan aku dan Faliq. Kau tunggu ye. Aku tak jahat pun sampai fitnah tapi sekadar gurau-gurauan. Sesekali nak bergurau dengan kau.

Amboiii Aliaa.. ! Ni kira nak berlawan ke apa. Jangan Aliaa.. Jangan..!! Api jangan dibalas dengan api, nanti makin marak terbakar. Kan elok api dibalas dengan air. Insha Allah pasti api akan terpadam. Cuma cepat dan lambat je.

Hahahaaa..!! Okey.. Okey..!! Faham sudah!!

Aku kembali rasa tenang dan senyum. Sekarang ni, aku nak pergi surau nak solat. Nak minta ketenangan dari Allah. Nak mengadu pada Allah rasa isi hati ni. Sebelum tu, aku minum nescafe dulu. Fuhh!! Sedap!! Tenang..!! Nyaman..!!

Previous: Bab 127
Next: Bab 129

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.