336,496
Kategori:
Genre:
Bab 129
Duduk termenung sendirian. Memandang pinggan kotor diatas meja. Mujurlah perut dah kenyang kalau tidak memang hilang terus seleranya. Dugaan apakah ini? Ini semua berpunca dari Tasya. Kalau dia tak datang biliknya malam tadi, takkan jadi macam ni. Jadi stress pula dia. Entah bilalah Tasya tangkap gambar tersebut. Dia memang tak perasan langsung. Tapi bila dia tengok gambar  tu sendiri, memang patut pun Aliaa marah. Gambar dia didepan pintu bersama Tasya, pintu terbuka pula tu. Memanglah Aliaa mengamuk. Matilah..!! Dan mestilah Aliaa fikir perkara tak baik. Tapi memang dia tak perasan pun. Tak tahulah macam mana nak pujuk hati Aliaa. Aliaa dah betul-betul marah. Risau sangat dia. Takut Aliaa batalkan pernikahan mereka. Aduhh..!! Matilah kalau macam ni. Cetus hatinya. Baru nak bahagia, dah dugaan ini pula datang. Faliq menyapu muka dengan tangannya. Dan menekup muka. Buntu dah.

"Encik Faliq okey ke tak ni?!" Tanya Nizam yang baru keluar dari toilet dan duduk dihadapan Faliq.

"Tak okeylah Zam. Pening kepala jadinya. Aliaa tak percaya cakap saya pun.." Faliq mengadu, sedih saja muka.

" Sabarlah Encik Faliq. Biarkan je dulu. Dia tengah marah tu, faham-faham jelah perempuan. Emosi lebih. Kita cakap apapun tak guna. Tunggulah dia reda sikit.." kata Nizam menenangkan hati Faliq.

" Sebab dia tengah marah dan emosi lebih tulah buat saya risau. Kut-kut dia terus reject saya. Macam mana?! Aduhaii... Mati saya bro mati..!!" Faliq mengeluh.

" Hmm.. Masalah juga tu. Tapi saya yakin, Cik Aliaa akan fikir juga tu nanti. Dia pun tahu kut Tasya tu memang nak pisahkan Encik Faliq dengan Cik Aliaa kan. Jangan risaulah..!!" Kata Nizam lagi. Penuh yakin.

"Tulah. Harap-haraplah kan. Kurang ajarlah Tasya tu. Kalau ikutkan hati saya ni, nak je saya campak dia ke dalam laut. Biar mati dimakan ikan.." Faliq meluahkan rasa marahnya pada Nizam. Nizam gelak kecil. Memahami perasaan Faliq.

" Sabar Encik Faliq..!! Apa yang berlaku ni mesti ada hikmah. Sabar banyak-banyak dan doa banyak-banyak..!" Nasihat Nizam. Faliq hanya menganggukkan kepala. Kemudian, mereka bayar bil makanan dan terus meninggalkan restoran itu. Cuaca agak terik dan panas membahang, sepanas hatinya pada Tasya. Sakit hatinya pada Tasya meluap-luap. Sabar Faliq!

Sepanjang hari kursus, memang dia langsung tak fokus. Fikirannya terus memikirkan mengenai Aliaa. Mencari idea macam mana nak yakinkan Aliaa dan nak Aliaa percaya padanya. Serabut dah kepala. Dia curi-curi hantar whatsapp mahu memujuk hati Aliaa. Tapi satu pun Aliaa tak balas. Bertambah-tambah bimbang hatinya. Tak senang duduk dan tak tenang jiwanya. Kalau boleh, sekarang ni juga dia mahu balik KL. Nak menghadap Aliaa dan nak heret sekali Tasya biar mengaku depan Aliaa apa yang Tasya dah buat padanya malam tadi. Di goda dengan Tasya. Kecut perut jadinya.

Tamat kursus, dialah orang pertama keluar dari dewan itu. Jenuh Nizam mengejarnya. Tanpa fikir panjang, Faliq terus memandu balik ke hotel. Mujur juga jalan tidak jam. Dan sepanjang perjalanan balik ke hotel, Faliq langsung tak bercakap sepatah pun. Senyap saja. Hanya berkumandang lagu-lagu di radio keretanya. Nizam senyap saja, malas nak bertanya. Dia tak mahu ganggu Faliq. Fikirannya berserabut.

Setelah parking kereta, mereka berdua terus jalan masuk ke dalam hotel. Jalan beriringan dan berbual. Sewaktu melintasi ruangan menunggu, tanpa mereka sedar. Si Tasya sedang memerhati mereka. Tersenyum terus apabila melihat Faliq. Dengan gaya yang gedik, Tasya berlari anak mengejar Faliq dan Nizam. Dah macam itik pulang ke reban saja gaya Tasya ni. Hari ni dia berpakaian agak sopan sikitlah. Seluar jeans panjang bersama blouse labuh menutupi punggung. Rambutnya pula diikat kemas tidak seperti selalu yang mengerbang macam langsuir dan berkarat. Langsuir pun berambut hitam.

Termengah-mengah Tasya mengejar Faliq. Naik semput dia. Dipanggil nama Faliq tapi Faliq tak perasan pun jeritannya. Faliq sedang rancak berbual dengan Nizam hingga sampai di liff.

"Sayaaang..!! Tunggu i..!!" Jerit Tasya sekuat hati. Faliq menoleh ke belakang dan terus mengeluh panjang.

Berpandangan dengan Nizam. Cepat-cepat Faliq menekan butang liff. Menyampah betul dia tengok muka perempuan ni.

" Apa dia nak lagi. Huh!!"

" Hai sayang..!! I tunggu you ni balik tau..!" Kata Tasya.

" Hey!! Kau nak apa lagi. Pergilah. Jangan ganggu aku boleh tak?" Kata Faliq keras. Serius.

"Sayang..!! You kenapa ni. I cakap baik-baik kut. You penat yee. Tak apa sayang, nanti i urutkan you yaa..!!" Tangan mula menyentuh Faliq. Nizam sendiri pun naik menyampah tengok.

" Lepaslah. Tak payah nak sentuh-sentuh akulah.." Faliq menepis tangan Tasya dengan kuat. Tapi Tasya macam tak ada perasaan saja, walaupun dah dimarah tapi tetap buat muka selamba saja. Muka macam nak kena penampar pun ada.

Tingg..!! Pintu liff terbuka, terus Faliq masuk dalam liff. Tiada orang didalamnya. Nizam mengekori termasuk si Tasya. Muka Faliq mencuka, tiada senyuman dan serius.

"Kau nak apa ha? Kau dah tangkap gambar aku malam tadi dan kau dah bagi dekat Aliaa pun kan. So, kau nak buat apa lagi sekarang ni. Tak puashati lagi ke?!" Marah Faliq. Betul-betul Faliq marah.

" Hohohoo.. Aliaa mengadu dekat you ye. Alaa sayang.. Gambar je kut. I saja je nak bergurau dengan Aliaa. Lama dah tak bergurau dengan dia..!" Jawab Tasya dengan muka tak bersalah.

" Bergurau? Ishh!! Ya Allah..!! Perempuan ni memang sakit jiwalah" Geramnya Faliq pada Tasya. Sakitnya hati Faliq dengar.

" Dia ni bukan sakit jiwa lagi ni Encik Faliq. Ni dah kira pakej lengkap ni. Sakit jiwa, sakit otak, gila meroyan, sewel, tiga suku dan semualah.." Nizam bersuara. Terus Tasya pandang Nizam. Berkerut.

" Hey!! You diam. Jangan nak busy body.." Pandai pula Tasya marah bila Nizam cakap begitu. Ada perasaan lagi rupanya.

"Engkau tu yang patut diam. Kau yang patut berambus dari dunia Encik Faliq dan Cik Aliaa. Perosak hidup orang macam kau ni patut dihumban dalam lubang kubur je. Tapi aku rasa lubang kubur pun tak nak terima jasad kau ni yang penuh dengan busuk hati, dendam, penuh dengan segala kejahatan.." Nizam pula bersuara. Tegas! Menyirap saja hati Tasya mendengar.

" I tak ganggu hidup you. Jadi, tolong diam..!" Tasya pandang tepat pada Nizam. Faliq geleng kepala. Pening.. Pening!!

Apabila pintu liff terbuka, dengan pantas Faliq terus jalan laju keluar. Tasya tetap mengekori.

" Sayang..!! Tunggu i..! Sayang.. Jom keluar. I belanja you. I bosanlah. I asyik duduk bilik je, i datang sini nak luangkan masa dengan you..!" Faliq memberhentikan langkah dan menarik nafas dalam. Dia menoleh pada Tasya. Tasya fikir, Faliq setuju dan senyum lebar.

" Mulai dari hari ni, aku taknak tengok sikit pun muka kau. Dan mulai hari ini, tolong jangan munculkan diri kau depan aku dan Aliaa. Kalau kau muncul juga. Tahulah apa padahnya.." Faliq memberi amaran pada Tasya. Jari telunjuk betul-betul di depan mata Tasya. Naik juling mata Tasya. Mata Faliq tajam ke dalam mata anak mata Tasya. Faliq ingat Tasya akan takut dengan amarannya. Tapi Tasya senyum dan pegang tangan Faliq. Faliq tepis lagi.

" Tak payahlah warning i. You warning macam ni, nampak macho lah sayang..!!" Ha?? Faliq pandang Nizam. Tercengang. Lalu ketuk kepala sendiri.

" Zam.. Tolong suruh perempuan ni pergi. Jangan bagi dia ikut saya dan ganggu saya. Saya taknak tengok muka dia.." arah Faliq pada Nizam.

" Baik Encik Faliq..!" Faliq terus jalan laju dengan perasaan marah, bengang dan semua perasaan ada lalu meninggalkan Tasya.

" Sayang..!! Nantilah. I tak habis cakap lagi..!" Tasya mahu mengejar Faliq tapi ditahan oleh Nizam.

" Tolong pergi dari sini. Kalau tak aku panggil security dan cakap ada orang gila kacau. Dan, kemudian, kau akan dihalau. Nak?!" Kata Nizam serius. Masih tetap tahan Tasya dari terus ikut Faliq.

" Apa you ni? Nak halang i kenapa? I cuma nak dengan Faliq. Bukan buat apa pun.." Tasya tetap berdegil.

" Kau pekak ke? Tak dengar Encik Faliq taknak jumpa kau. Sekarang kau pergi. Jangan sampai aku call security..!" Kata Nizam tegas.

" Call lah ingat i takut..!" Amboii.. Berlagak pula Tasya ni.

"Okey..!! Aku call sekarang. Biar kau diheret keluar dari hotel ni..!" Nizam terus mengeluarkan handphone nya. Muka serius memandang handphone dan membuat panggilan. Handphone diletakkan di telinga. 


"Okey.. Okey..!! I pergi sekarang. Tapi i takkan berdiam tau. Sampaikan salam i pada cinta hati i ya.. byeeee!!" Tasya mengenyitkan mata pada Nizam. Geli sungguh Nizam. Tasya terus berjalan menuju ke liff sambil bernyanyi-nyanyi. Nizam geleng kepala.

"Aku tipu pun dia boleh percaya. Hehe.. Tahu takut juga perempuan ni.. Hmm.." kata Nizam sendiri dan beristighfar panjang. Apabila Tasya masuk ke dalam liff baru Nizam berlalu ke biliknya.

Pintu dibuka. Kelihatan Faliq sedang duduk menekup muka dengan tangan. Nizam meletakkan beg kerjanya diatas meja dan duduk di katil. Masih memandang Faliq. Faliq menyandarkan badan di kerusi memandang Nizam.

" Lama-lama saya boleh jadi gila macam ni Zam. Kusut kepala..!" Nizam senyum. Memang nampak jelas wajah Faliq, wajah dalam tekanan. Kasihan. Nizam bersimpati tapi apa dia boleh lakukan. Hanya memberi nasihat saja.

" Sabar Encik Faliq.. Sabar..!"

"Entahlah Zam. Saya buntu dah ni. Tak tahu macam mana nak pujuk Aliaa. Saya call dari tadi langsung dia tak jawab. Risaulah..!" Keluh Faliq.

"Sabar..! Saya rasa elok Encik Faliq biarkan dia dulu. Bagi dia masa, bagi dia relax dulu. Jangan paksa dia supaya percaya sebab susah nak pujuk hati wanita yang dah pernah terluka. Itu Encik Faliq kena faham. Memang kena kerja keras dan kena banyak bersabar. Walaupun Cik Aliaa dah boleh terima Encik Faliq tapi Encik Faliq kena terima hakikat yang sebenarnya Cik Aliaa dulu dengan Cik Aliaa sekarang adalah tak sama.."jelas Nizam. Faliq mendengar dengan tekun. Mengangguk-angguk kepala tanda faham.

" Iya..!! Memang betul lah kan. Aliaa dulu dan Aliaa sekarang memang tak sama. Dulu dia cool je tapi sekarang ni kuat betul sentapnya.." Kata Faliq.

" Sekarang ni dia kuat sentap bersebab. Perempuan Encik Faliq, dia takkan buat perangai kalau tak ada sebab.."sambung Nizam lagi.

" Iya.. Saya faham..!!"

"Sekarang ni Encik Faliq memainkan peranan yang besar. Macam mana nak jaga dan pertahankan hubungan dengan Cik Aliaa dan macam mana nak jauhkan diri dari Tasya. Encik Faliq fahamkan maksud saya.."

"Yupl!! Saya faham. Sekarang ni, saya nak pujuk Aliaa je. Nak taknak terpaksalah call abang ipar. Minta tolong.. !!" Faliq senyum.

"Hahaahaa.. Selamatlah ada abang ipar. Abang ipar yang sporting pula tu."

" Mana tak sporting, sahabat sejatilah katakan. Hehe.. Kalau tak ada dia, belum tentu Aliaa nak terima saya dulu dan kini tau..! Sahabat dunia akhirat tu..!!"

"Untung-untung..!!" Mereka gelak bersama. Hilang rasa tekanan Faliq. Selamatlah ada Nizam, kalau dia seorang disitu. Tak tahulah apa akan terjadi.

Dugaan demi dugaan. Bukan mudah nak kecapi kebahagiaan. Kena lalui pelbagai onak dan duri. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan diakhirnya. Setiap penderitaan pada awalnya pasti akan  ada kebahagiaan diakhirnya. Teruskan melangkah, jangan mudah mengalah. Kebahagiaan pasti menjadi milik insan yang sabar.

Tetaplah bersabar Faliq demi cinta pada Aliaa.


Previous: Bab 128
Next: Bab 130

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.