336,545
Kategori:
Genre:
Bab 162
Dalam minggu ni saja, setiap hari Mr.K tu hantar barang dekat aku. Berderet dah barang dan bunga diatas meja aku. Makin aku cakap jangan ganggu aku makin kerap pula barangnya dihantar. Naik rimas sampai. Dalam seminggu ni, aku jadi pengintip sementara. Memang waktu dia hantar barang dari jam 9.00pagi ke 10.00pagi. Tak cepat tak lewat dan aku pun mulakan tugas mengintip dari itu juga. Yang aku perasaan, salah seorang penghantar itu lelaki yang Nina pernah cakapkan. Tinggi dan kulit hitam manis. Kadang dia hantar dan kadang budak bunga yang hantar. Kalau budak bunga tu aku tahulah sebab dia pakai baju yang sama je tiap kali hantar. Tapi yang sorang ini, agak mencurigakan. Okey tak apa, hari ni aku nak ikut dia. Hari ni aku pakai jeans dan tshirt lengan panjang. Senang sikit nak mengejar. Aku  tak kerja sebenarnya hari ni, dan abang pun tak tahu. Diam-diam sudah.

Disebabkan kereta aku pun dah keluar, jadi pergi balik kerja sendiri memandu. Senang, bebas. Misi pun bermulalah. Aku tunggu dalam kereta je, kereta baru jadi dia mesti tak kenal aku kut kan. Senang jejak ni. Dalam masa yang sama, aku hubungi Nina. Suruh Nina info aku kalau lelaki tu hantar barang.

Titt..! Whatsapp masuk dari Nina.

" Cik Aliaa.. Lelaki tu baru hantar barang.
Dia pakai tshirt Kelabu berseluar jeans hitam dan pakai topi warna hitam.."

" Okey tq.." aku balas.

Mata aku tak berkedip mencari kelibat lelaki itu. Relax Aliaa. Dia tengah dalam liff kut. Sabar..!! Okey relax!!

Mata aku tertumpu pada seorang lelaki yang sama seperti apa yang Nina cakapkan. Muka tak berapa nak cam, tapi tengok memang orang biasa-biasa je. Aku terus memerhatikan lelaki itu. Dia menaiki sebuah kereta jenis Proton Myvi Kelabu putih. Aku rasa dia ni diupah ni. Aku ikut kereta itu dari belakang. Jalanraya mujur clear senang sikit. Memudahkan.

Masuk jalan sana masuk jalan sini. Keluar lorong sana masuk lorong sini. Mana dia nak pergi ni. Aku punya fokus kereta tu sampai aku sendiri pun jadi keliru aku di mana pula ni. Eh!! Dia masuk Lorong Haji Taib?? Ni kawasan wanted ni. Aku memberhentikan kereta jauh sikit dari kereta tadi. Keluar lelaki itu dan menghubungi seseorang. Aku ambil handphone dan tangkap gambarnya. Alamak tak berapa nak jelaslah pula tapi okeylah. Kabur-kabur sikit. Handphone tak power.

Aku perhatikan sekeliling kawasan itu. Dia masuk satu kedai, kedai apa aku tak pasti. Kenapa dia ke sini ye. Sah lelaki ini mesti diupah. Tapi yang call aku selalu tu dia juga ke?   Ni yang aku keliru ni. Tak apa. Tunggu sekejab. Tak lama dia keluar semula, berdiri berhampiran keretanya. Nampak seperti menunggu seseorang. Hmm.. Siapa yang dia tunggu? Muka dia serius je.

Aku tundukkan kepala sikit, takut dia perasan pula. Tak pun takut geng dia perasan. Kawasan sini biasanya ni bergeng-geng. Bahaya tempat ni. Kalau abang tahu ni, mati aku. Untuk kepastian sama ada dia yang call aku selalu tu Mr.K atau tidak. So, aku try call nombor Mr.K tu. Lelaki tu pun masih berdiri terpacak dekat tepi keretanya. Kalau dia jawab, dia Mr.K. kalau tak,dia orang upahan.

Aku mencari nama Mr.K dan terus mendail. Tutt.. Tutttt..!! Dia tak jawablah pula. Aku try sekali lagi. Mata aku fokus pada lelaki itu. Dia tak jawablah. Dia keluarkan handphone tapi dia tak jawab panggilan aku. Aku syak, Mr.K ni bukan dia. Ya!. Dia ni hanya orang suruhan je. Dan mungkin orang yang dia tunggu ni adalah Mr.K kut. Aku buat kesimpulan sendiri. Lelaki itu naik kereta semula. Mana dia nak pergi pula ni. Aku pun ikut jelah. Aku sempat tengok kedai yang lelaki tu masuk tadi. Kedai makan je kut. Tapi ada tangga di tepi kedai itu, rumah kut tu. Rumah kedai kali. Aku garu kepala. Aku tak tahu tempat ni, pertama kali masuk ni.

Aku terus mengekori lelaki itu. Mana pula dia nak pergi ni. Hari ni aku betul-betul jadi pengintip tak bertauliah.

Tutt.. Tuttt..!! Handphone aku berbunyi. Alamak..!! Mr. K. Aku pakai earphone dan jawab.

" Helloo Uncle Gopal.. Saya mahu satu saja ya uncle. Make sure susu kambing segar tau uncle. Hantar waktu biasa ya.. Okey uncle saya busy ni. Jumpa esok ya uncle. Byee!!"  Aku cakap laju-laju dan terus matikan talian. Aku gelak sendiri. Konon salah nomborlah.

Eh!! Mana pula kereta lelaki tu. Aduhai.. Hilang pula dia. Leka sekejab je terus hilang. Jalan punya jalan masuk pula ke Jalan Masjid India. Sesak juga jalan ni, menguji kesabaran betul lah. Ha! Itu pun kereta tu. Dia parking kereta dekat satu lorong tersembunyi di belakang sebuah hotel. Aku pun terus cari parking juga. Yes!! Memang dipermudahkan. Ada pula kereta mahu keluar, memang rezeki akulah ni. Aku terus keluar dan memakai beg silang. Aku pakai topi kepunyaan abang dan pakai cermin mata. Menutupi muka aku sikit. Taklah dia perasan sangat.
 
Aku jalan ke arah kereta itu. Tiada oranglah di dalam kereta ni. Mata aku melilau mencari kelibat lelaki itu. Lorong ni agak sunyi juga.

Tut.. tutt... !! Alamak.. Time nilah handphone nak berbunyi lagi. Abang call lah. Aduh..!! Habis!

" Adik dekat mana? Adik kerja ke tak ni?!"

"Adik dekat Jalan Masjid India ni. Kerja tapi masuk lepas lunch nanti kut. Tengok keadaan. Kenapa abang?!" Jawabku.

"Buat apa dekat situ?"

"Adik tengah cari orang ni. Abang.. nanti kita jumpa, adik nak gerak dah ni, bye..!!" Aku terus matikan talian apabila nampak lelaki itu keluar dari mana aku tak perasan. Dia jalan kaki, aku ikut dari belakang. Dari Jalan Masjid India ke Jalan TAR pula, dia melintas aku pun ikut melintas. Jalan pula masuk ke Sogo. Nak shopping ke orang ni. Ikut jelah. Dia berhenti membeli minyak wangi. Ni mesti nak beli untuk aku esok kut. Teka aku.

Selepas dia buat bayaran, dia jalan keluar melalui Pertama Complex, Medan Mara dan melintas lagi. Mana dia nak pergi ni. Jauh perjalanan kaki dah ni. Dia masuk lorong demi lorong. Naik lenguh kaki aku dah ni. Sebenarnya boleh je kalau aku nak terus tanya lelaki ni waktu dia hantar barang dekat office tapi aku degil, nak juga ikut lelaki ni. Nak tahu sangat lokasi dan siapa dia. Puashati.

Lorong ni sunyilah, gerun pula aku. Tapi yang pelik kenapa dia letak kereta dekat Jalan Masjid India dan berjalan kaki ke sini. Jauh juga ni. Kenapa dia tak bawa kereta tu je dan kenapa tak naik LRT je. Taklah penat aku berjalan. Apalah orang ni. Ini ke kerja dia tiap hari? Ishh!! Aku ni dah merepek pula. Aku ikut lagi dan lagi. Dia menoleh ke belakang, aku cepat-cepat menyorok di sebalik dinding. Fuh!! Selamat tak nampak aku. Jalan lagi perlahan-lahan.

Dia berhentikan langkah dan bersandar pada sebuah kereta lama. Dah pula, dia tunggu siapa pula ni di tengah-tengah lorong sunyi ni. Aku menyorok di belakang lori. Mengintai-ngintai, handphone tak lepas dari tangan aku. Senang untuk aku tangkap gambar setiap gerak geri dia.  Okey cun. Dapat pun tangkap gambar dia, ni bukti ni. Tak lama kemudian, sebuah kereta mewah jenis BMW berhenti di sebelah kereta lama itu. Seorang perempuan memakai dress seksi dan seksa paras peha keluar. Rambut panjang ikal, bertumit tinggi dan....!

Apa?? Aku tercengang. Biar betul. Macam tak percaya je.

Mereka berbual sebentar, aku tak dengar perbualan tu. Jauh kut cuma dengar suara gelak perempuan itu. Aku amati sebaik-baiknya apa yang berlaku dan yang penting aku rakam aksi mereka ni. Perempuan itu memberikan sejumlah wang yang banyak pada lelaki hitam manis tu. Wang kertas yang diikat, macam sengaja je tayang depan aku. Ah! Tak hairan pun. Kemudian, perempuan tu pandang kanan kiri. Muka cemas dan kelam-kabut terus masuk semula ke dalam kereta. Dipandunya laju. Fuhh!! Dasyat! Telan liur aku. Aku masih memerhati lelaki tadi, tersenyum sendiri sambil mengipas-ngipas duit ke mukanya. Amboi syoknya dapat habuan setelah buat kerja ye. Aku meneka lagi. Beg kertas minyak wangi yang dibelinya tadi masih lagi dipegang. Duit dimasukan ke dalam poket seluarnya. Dia sambung jalan semula. Aku pun ikut lagi.

Dia jumpa pula seorang lelaki bertubuh tegap, entah dari mana datangnya pun aku tak pasti. Lelaki itu memberikan sebungkus benda berwarna putih lalu lelaki itu terus masukkan ke dalam beg kertas. Apa pula benda tu. Aku tetap rakam. Dan tiba-tiba.. Dua orang lelaki di kejar dengan dua orang lagi. Dah pula aksi. kejar mengejar. Lelaki hitam manis dan kawannya tu terus cuak dan terus lari.

" Oii.. Lari.. Lari.. Tempat kita diserbu..!!" Jerit kuat salah seorang memberitahu kawan-kawannya. Aku tercengang. Aku nak buat apa ni. Nak lari juga ke atau duduk diam sini je. Alamak.. !! Macam mana ni. Bahaya tempat ni, time siang macam ni pun ada kes juga ke? Bukan malam je ke mereka buat jahat. Eh!! Lelaki hitam manis tu lari dah. Aduh.. Dengan tanpa fikir panjang, aku pun terus kejar lelaki tu. Kejar punya kejar. Alaaaa... Hmm.. Hampa!! Hilang..!

Aku berhentikan larian. Fuh!! Penat yang amat. Turun naik nafas tahan penat. Berpeluh satu badan.

" Terlepas lagi.. Huh!!" Aku terkejut dan berkerut. Bila masa pula ada orang sebelah aku ni. Entah muncul dari mana pun aku tak tahulah.

" Tulah.. Boleh terlepas pula. Punyalah aku ikut dia dari pagi sampai ni.. Bengang betul lah.." Aku pun cakap sendiri. Tinggal aku dan orang lelaki ni je kat kawasan tu. Di tengah-tengah lorong sunyi.

" Licik diaorang ni.." dia pula menjawab. Aku iyakan jelah. Aku pun tak kenal siapa dia ni tiba-tiba ajak borak.

" Tulah.. Kalau tak licik bukanlah penyangak namanya.." aku sambung dan main cakap je.  Dah macam kenal je kami ni.

" Betul tu. Aku setuju.. Eh! Kau ni siapa? Kau buat apa dekat sini? Sorang- sorang?? " Dia bertanya. Macam pelik je tengok aku.

" Soranglah. Eh.. Eh..!! Yang kau tanya aku ni kenapa? Kau pula buat apa dekat sini?" Aku pandang sekilas je lelaki ni. Aku tanya soalan yang sama padanya balik.

" Aku ni ada tugas. Kau ni buat apa dekat sini? Nak kata polis, mana ada polis pendek macam ni.." Eee bertuah punya mulut. Suka-suka kutuk aku. Cili mulut tu nanti, padan muka. Aku cekak pinggang pandang dia. Mendongak pandang.

" Elehhh... Apa? Ingat polis tu semua tinggi-tinggi belaka ke? Poyo je..!!" Aku jeling dan pandang ke hadapan semula.

" Memanglah..!! Tempat ni bahaya tau tak. Aku tanya, kau buat apa dekat sini?" Dia ni asyik tanya je. Geram pula. Busy body mengalahkan perempuan je.

"Tahu. Aku nak cari oranglah. Tu tadi dah jumpa tapi korang pergi kejar dia kenapa. Dah dia lari. Tu yang aku kejar dia juga ni tapi hilang pula.. Terlepas tau tak!! Ni semua salah kau.." Jelasku.

"Aku salah?"

"Iyalah.. Sebab kau kejar dialah, dia lari dan hilang ni.." selamba je aku cakap.

" Aku rasa macam kenal lah kau ni. Cuba kau buka cermin mata kau tu dan buka cap.." Dia pandang aku tak berkelip. Aku terdiam. Aku baru perasan.

"Aliaaaaa???"

Alamaakkkk!!! Kantoi sudah.. Mati.. Mati... !! Aku ketuk dahi. Aku angkat tangan dan tunjuk isyarat peace padanya dan sengeh nampakkan gigi. Berkerut sejuta dia.

Huh!! Aku ingat dengan pakai macam ni tak adalah orang kenal. Rupanya ada juga. Pula tu terjumpa dengan dia ni. Orang yang aku tak ingin nak jumpa dan mengelak dari jumpa dia. Dan akhirnya boleh pula terjumpa disini.  Alahaii... Hmm.. Redha jelah.. 
Previous: Bab 161
Next: Bab 163

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.