336,474
Kategori:
Genre:
Bab 81
Balik dari kedai aku terus ke Todak Waterfront. Dah lama tak lepak sini. Jarum jam sudah menunjukkan tepat ke 9.50 malam. Nak cari udara laut. Sebenarnya nak jumpa Haikal. Nak cerita semua padanya. Beberapa hari ni kami tak dapat nak jumpa. Di office pun cuma cerita urusan kerja je. Nak borak suka-suka memang tak ada dah. Aku yang mengelak dan taknak ada urusan personal dengannya lagi sejak ibunya datang jumpa aku dan warning aku. Aku tak tahulah mana Datin tu boleh dapat nombor handphone aku. Hampir setiap hari dia akan message dan cakap benda yang sama. Jangan rapat dengan Harris Haikal. Dah macam ugutan pula. Alaa tak kisah pun. Dulu Asnida ugut aku lagi hebat. So, aku tak gentar pun cuma bab kerja ni memang aku kisah.

Aku tahu Haikal perasan dengan perubahanku tapi dia tak bertanya dan aku pun tak bercakap. Aku rasa dia tahu kenapa aku jadi macam ni cuma iyalah lelaki kan. Ego ada, mungkin dia nak aku mulakan bersuara dulu kut dan aku pun ego jugalah nak dia mulakan bersuara. Hahaha..!! Sama-sama ego. Dia tunggu aku dan aku tunggu dia. Sampai bila pun tak sudah.

Aku duduk di kerusi besi menghadap laut. Sejuknya angin laut. Peluk tubuh aku kesejukan. Aku janji dengan Haikal jam 10.00 malam. Saja datang awal sikit. Mujur Haikal setuju. Aku ikut nasihat abang. Abang suruh aku cerita apa yang dah berlaku dan cerita apa yang ibunya warning aku pada Haikal. Abang takut, nanti kalau apa-apa terjadi, aku yang akan dipersalahkan sepenuhnya. Jadi nak taknak memang kena cerita semua. Abang suruh aku letak jawatan je. Abang tak sanggup biarkan aku diperlakukan begini.

" Assalammualaikum.. Sorry saya lambat. Ada patient tadi.."

" Waalaikumsalam. Tak apa, saya faham..!!" Aku senyum. Dia duduk disebelahku.

" Kenapa tiba-tiba nak jumpa dekat sini dan malam-malam macam ni.." tanyanya tak sabar nak tahu. Aku tarik nafas dan senyum.

" Ada perkara penting saya nak beritahu awak.." aku memulakan cerita.

" Penting apa Aliaa?!" Haikal pandang aku. Aku terus menghadap ke laut. Senyum.

" Dulu, sebelum saya terima jawatan ini. Abang suruh saya fikir masak-masak. Sebab abang risau dan taknak sesuatu berlaku pada saya. Dan, apa yang abang  risaukan dulu, dah pun berlaku.."

" Apa maksud awak?!"

" Haikal.. Saya kena terus-terang. Saya taknak diamkan. Saya taknak terus dihina.. " aku tarik nafas. Pejam mata. Dan terus berdiri masih menghadap laut. Macam mana nak cakap ni. Rasa berat pula.

" Dihina? Dihina apa ni Aliaa.." Haikal berdiri dihadapanku. Berkerut seribu.

" Saya tak layak pegang jawatan ni Haikal. Company ni company family awak. Saya bukan sesiapa. Saya orang luar, orang asing.." Kataku jujur.

" Aliaa apa awak cakap ni. Saya tak pernah anggap awak orang asing atau orang luar. Tak pernah terfikir sikit pun Aliaa. Malah uncle pun tak rasa awak macam tu.."

"Itu kata awak Haikal. Tapi kata mama awak lain.." kataku perlahan. Haikal terdiam. Tepat pandang mataku. Dia tunduk ke bawah, tarik nafas dan pandang aku semula.

" Saya tahu mama saya ada jumpa awak, mama ada cakap sebelum dia balik KL. Awak jangan risau, saya dan uncle akan bincang dengan mama nanti ya.. !" Kata Haikal senyum.

"Tapi apa yang mama awak cakap tu ada betulnya Haikal. Saya memang tak patut terima dulu. Saya tahu awak dan Dato' baik dan saya terima sebab saya nak balas jasa baik Dato' pada saya. Jadi saya terima dengan ikhlas. Tak sangka jadi macam ni.."

" Dahlah. Tak payah fikir lagi. Jawatan tu sekadar jawatan je. Tak penting pun yang pentingnya apabila kita kerja mencari rezeki yang halal. Betul tak?!"Haikal senyum je.

" Tak boleh Haikal, memang tak boleh..!!" Kataku tegas. Serius.

" Aliaa.. Saya tak boleh sandang jawatan ni sebab tugas saya. Awak pun tahu kan.. Sebab tu saya dan uncle ambil awak. Hanya awak yang layak.."

"Tapi saya bukan ahli keluarga awak.."

"Dan sebab tu juga saya nak awak jadi isteri saya Aliaa. Masuk dalam ahli keluarga saya..!!" Ha?? Aku terkedu. Hmm..

" Tak boleh. Tak boleh dan tak boleh..! " aku berganjak dan kembali duduk. Aduhaii... bertambah masalah.

"Saya tahu. Hati awak untuk Faliq kan.?!" Aku berkerut. Ini dah lebih ni. Tak ada kaitan dengan Faliq kut.

"Ini soal kerja dan kita. Kenapa perlu babitkan Faliq?!" Suaraku agak keras. Marah dan menjeling padanya.

" Okey.. okey!! Sorry...!! Aliaa.. Memang pada mulanya mama tak setuju sebenarnya tapi ini keputusan papa, uncle dan saya juga. Kami percaya pada awak dan yakin awak yang terbaik. Lagipun awak anak angkat uncle, so, kami tak rasa awak orang luar." Aku senyap. Haikal masih pandang aku.

"Sekadar anak angkat je Haikal. Saya minta maaf. Saya kena tarik diri, saya tak ada pilihan Haikal. " kataku perlahan.

" Aliaa.. Janganlah macam ni. Company ni perlukan awak, tanpa awak company ni takkan sampai ke tahap ni. Sejak awak bersama kami, prestasi company meningkat. Okey macam ni, awak jangan risau ya. Saya akan bincang dengan mama nanti. Insha Allah mama akan faham. Aliaa..!! Kami perlukan awak Aliaa. Jujur saya cakap, saya pun perlukan awak.. !" Aduhaii Haikal. Apa aku nak cakap lagi.

"Haikal.. Dengar ni. Ada dua sebab saya tak boleh terus berada dalam company ni. Pertama, ni company keluarga awak dan saya bukan ahli keluarga awak. Saya memang tak layak. Dan yang kedua.. Kita tak boleh rapat lagi dan tak boleh jadi bestfriends forever lagi.."

" Ha?? Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba ni. Sebab Faliq ke?"

"Haikal.. Please jangan libatkan Faliq dalam hal ni. Dia tak ada kena mengena pun.."

" Habis.. Kalau bukan sebab dia sebab apa? Aliaa.. Saya tahu awak sayang Faliq lagi kan. Saya dapat rasakan tu semua sebab tu awak susah nak terima saya sedangkan saya memang ikhlas pada awak. Saya sayang awak Aliaa.. !!" Pula dah. Tak pasal-pasal Faliq yang kena. Tersedaklah si Faliq tu malam-malam macam ni.

" Haikal.. Dah banyak kali saya cakap kan.. !" Kataku tegas lagi. Dia terdiam. Aku keluarkan handphone dan buka aplikasi whatsapp. Aku beri handphone padanya. Biarlah dia baca sendiri apa yang ibunya whatsapp aku. Haikal memandangku pelik dan mengambil handphone dari tanganku. Dia baca satu persatu. Berubah terus airmukanya. Aku hanya senyum. Aku bangun dan jalan ke tepi tembok. Membiarkan dia sendiri. Nyamannya angin laut. Mendamaikan.

" Aliaa.. Saya minta maaf. Saya tahu mama memang tak bagi kita kawan. Saya ingat mama sekadar cakap kosong je, tak sangka sampai dia  buat macam ni pada awak. Maafkan saya Aliaa. Maafkan saya..!!" Aku hanya senyum. Dia rasa bersalah sangat. Kasihan pula aku tengok dia.

" Apa yang perlu saya cakapkan lagi Haikal.  Atas nasihat abang saya. Dengan rasa rendah diri saya terpaksa tarik diri dari company ni. Saya akan jumpa Dato' nanti saya sendiri akan jelaskan padanya.. Saya minta maaf. Saya dah tak sanggup dihina lagi, hidup saya ni bukan untuk dihina. Saya dah tak sanggup.."

" Aliaa.. Saya minta maaf bagi pihak mama saya. Tapi tolonglah ye, jangan buat keputusan macam ni dulu. Saya akan bincang dengan mama dulu. Bolehkan Aliaa. Please!" Katanya.

"Awak sendiri pun dah tahu kan mama awak tak bagi kita kawan. So, Ni jelah caranya.." Aku pun tak tahu nak buat apa lagi dah. Aku dah malas nak fikir. Apa aku buat semua tak kena. Lebih baik aku mengalah je. Malas dah nak pertahankan. Dahlah. Cukuplah.

"Mesti ada jalan penyelesaian.. Awak sabar dulu ya, bagi saya masa sikit je lagi." katanya mengharap. Aku pandang mukanya. Aku tahu dia berbelah bagi sebenarnya. Antara ibunya, kerjaya dan aku. Entahlah. Aku pun buntu. Apa yang aku fikir sekarang ni. Aku nak letak jawatan dan nak pergi jauh dari Malaysia. Kecewa.. kecewa dan kecewa!!

" Okey! Saya pun nak kena bagitahu Dato'. Tapi hubungan kita ni biarlah setakat rakan sekerja je. Atas urusan kerja je. Luar dari kerja kita x kenal. Doktor peribadi pun tak perlu lagi. Saya minta maaf Haikal. Ini untuk kebaikan awak dan family awak. Saya taknak ganggu hidup awak lagi. Saya taknak rampas kebahagiaan mama awak. Maafkan saya.. Saya minta diri dulu.. Assalammualaikum.." Haikal hanya berdiam. Aku pusing ke belakang dan mahu melangkah. Dengan pantas tanganku dipegang Haikal. Tak bagi aku jalan.


"Sampai hati awak buat saya macam ni. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Saya ikhlas sayang awak Aliaa.." katanya muka sedih. Aduhaii..

" Sampai hati mama awak hina saya sebegitu Haikal. Dimatanya, saya ni umpama seorang pengemis. Mengemis kasih sayang, mengemis kebahagiaan dan mengemis kemewahan family awak. Hina sangat ke status janda ni Haikal, tak ada seorang wanita pun nak jadi janda. Tak ada. Tapi kenapa dengan status ni orang benci, orang hina. Apa salah saya Haikal. Kalau ia pun benci tak perlu cakap macam tu. Jijik sangat ke status janda. Saya sedih sangat. Kita hanya berkawan je tapi tanggapan mama awak. Huh!! Bayangkan kalau saya kekasih awak. Macam mana? Maafkan saya.. Maafkan saya.!. Mama awak nak yang terbaik untuk awak. Tapi bukan janda macam saya..." Aku luahkan segalanya. Menitis airmataku akhirnya. Haikal merenung wajahku. Simpati. Tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Kasihan dia, tak pasal-pasal terpaksa dengar aku membebel.

" Saya sayang awak Aliaa..!!" Katanya perlahan. Menundukkan kepala. Angin laut memukul ke tubuhku. Sejuk menggigil rasanya. Perlahan aku melepaskan pegangan tangannya. 

" Saya minta maaf. Saya minta diri dulu.. bye!" Aku terus melangkah laju meninggalkan Haikal. Aku langsung tak toleh ke belakang. Aku jalan dengan airmata. Maafkan aku wahai doktor peribadiku dan maafkan aku wahai bestfriends forever. Aku dah tak mampu nak pertahankan rasa ini lagi. Aku rasa sangat terkesan dengan kata-kata Datin Zita. Aku rasa sangat terhina. Biarlah aku undur diri dari terus diperlakukan begini. Bukan aku saja rasa begini tapi abang juga. Betapa sedihnya abang.

Maafkan adik..!! Aku tahu abang memang tak bagi dan tak suka aku berkawan dengan anak-anak vip takut inilah yang terjadi. Dulu, sewaktu aku kerja bersama Encik Zack. Abang selalu pesan, berhati-hati kawan dengan mereka. Sebab kami golongan bawahan takut jadi isu nanti. Mati-mati abang tak bagi. Dan sewaktu Dato' beri tawaran jawatan ni, banyak kali abang nasihatkan aku supayan fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Tapi aku degil, aku ikut kata hati. Konon nak membalas budi Dato' atas kebaikan Dato' pada aku selama ini. Aku terima dengan ikhlas dan akhirnya apa yang abang nasihatkan aku kini aku sedang hadapi. Rasa bersalah pada abang. Maafkan adik..!!

Sedihnya..!! 

Previous: Bab 80
Next: Bab 82

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.